seindah memori

seindah memori

Tuesday, January 5, 2010

letih!!!!!!!

letihnya saya bila semalam, saya rajin-rajinkan diri ke kuliah.. awal tu saya ingatkan habis kelas kul 3ptg.OOOOPPPPSSS rupanya saya tak perasan saya da kelas KO-K ptg tu. kul 5.30-7.30 ptg. saya pun pergilah ke fakulti ekonomi dan pertadbiran tuk kelas ASAS MENDEKLAMASI PUISI. kenapa saya amek puisi?? minat ke??? minat sangat-sangat. hehehehe.. bukannya ape, saya tertarik dengan keindahan bahasa yang digunakan. kadang-kadang selain menulis cerpen, saya juga selalu menulis puisi.. kenapa ek?? kadang-kadang dengan menulis puisi, segala rasa hati saya terluah di situ. dah lama saya tinggalkan penulisan puisi dan mendeklamasi puisi ni. sejak dari bangku sekolah saya agak aktif dalam bidang ni. kali terakhir saya mendeklamasi puisi ni ketika saya di tingkatan 4. (SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KANGAR. lepas tu saya dah tak aktif dah. saya beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran. sebab tulah saya memilih deklamasi puisi tuk subjek KO-K saya.

pertama kali masuk ke kelas ini, hati saya berdebar-debar apabila pensyarah minta kami semua deklamasikan puisi yang diberinya. bila tiba giliran saya, saya buat sebaik mungkin. Alhamdulillah saya mendapat pujian atas persembahan saya.bukanlah nak riak sekadar nak berkongsi dengan pembaca semua.. tapi ada jugak yang lain turut mendapat pujian.. habis je kelas jam dah menunjukkan kul 7 ptg.pensyarah lepaskan awal. saya pon ape lagi bergegaslah balik kolej. kul 9 malam nanti latihan bola baling pula menunggu. Ahh!!! letihnya saya rasa.

tepat 9 malam saya dah terpacak kat gelanggang futsal menanti kelibat pengurus bola baling. dalam fikiran saya kalau lambat sangat nak je saya pergi latihan bola jaring yang turut diadakan pada malam tu.lama juga menunggu akhirnya dia pon tiba. dah bersiap sedia, kami pon mulalah dengan 'warming up'. aduh terasa penatnya, itu baru 'warming up' tak lagi latihan.. selesai tu, beberapa kali kami kena lari, tak sempat berehat lari lagi,.. penatnya saya. muka dah bertukar jadi merah, terlalu penat!! nasib baiklah tak bertukar hijau.hahahaha.. time tu jugak perut saya kosong.(dari pagi saya tak makan) sebelum mula latihan tu, perut saya dah sakit, tapi tuk mengelakkan 'penyakit' tu datang lagi, saya cepat-cepat amek biskut dan makan satu sudu nasi eni. buat alas perutlah katakan. selesa sikit perut.hehehehe..mood makn saya masih tak baik. entahlah sampai bila nak berkeadaan begini. harap-harap selepas ni saya ada balik selera makan tu. eni dan kak ema dah marah-marah saya sebab tak makan, last-last tuk tidak membiarkan telinga saya mendengar ceramah free mereka saya pun orderlah nasi kosong dengan sup sayur. awal tu order sup cendawan tapi dah habis pulak.huhuhuhu.. saya bungkus je. naik bilik rehat kejap (baru je lepas main bola baling kan) hehehehe.. pastu saya pun makanlah, tengok nasi cam banyak je.. boleh ke saya habiskan?? sesuap dua je masuk dalam mulut saya, lepas tu dah tak boleh nak terima. last-last eni jugak yang tolong habiskan. hehehehe.. Huh! penat sangat malam tu.. kul 3 pagi saya mandi tuk segarkan badan. siapkan assaigment yang tertangguh.. mata dah mula mengantuk dan akhirnya saya tertido.. mujurlah tak terlepas subuh. hehehehe.. rasa mengantuk tu ada, rasa cam tak nak pergi je kelas kul 11 pagi tu. tapi memandangkan kelas tutorial yang agak penting, saya pun pergilah..dalam kelas ape lagi tersenguk-senguklah saya.. hehehehe..letih punya pasal..kaki pun masih terasa sakit.. malam nanti ada lagi latihan yang menanti..

Monday, January 4, 2010

malam sepi...

taktala sendirian (roomate kuar xde kt bilik), saya ambil masa tuk berfikir.. merenung kembali kekhilafan diri.. mungkin ada yang pernah berkecil hati dengan saya.. mungkin ada yang pernah memendam amarah terhadap saya.. ampun maaf saya hulurkan.. mungkin tanpa sedar saya bertindak demikian.. kadangkala, tingkah kita dipengaruhi oleh emosi..
kadangkala kita tak sedar pon akan kesilapan kita..

rasa rindu pada keluarga semakin menyesakkan dada saya.. rasa nak pulang je kampung, tambahan laptop saya buat hal pulak.. nak kata kena virus tak pula. kalau rosak cam ne?? aduh minta dijauhkan lah.. nak beli yang sebiji ni pon bukannya senang. hehehehe..walaupon minggu ni masih lagi minggu add and drop (tak masuk kelas tak pe) hehehee.. tapi saya ada kelas yang wajib pergi. tak boleh nak ponteng-ponteng. Ikutkan hati saya, nak je saya lari balik hari selasa ni, memandangkan saya cuma ada satu kelas je hari tu.. tapi tak boleh. hari rabu saya da kelas penting pulak. xdapatlah balik kampung.. pe2 pon saya tengok dulu apa yang dah jadi dengan laptop saya ni.. kalau tak baik jugak mungkin saya akan balik kampung.. hhehehhe.. bukan tak de tempat baiki laptop kat sini, tapi saya tak biasa. so susah sikitlah.. heheheh..

teringat akan adik bongsu saya yang baru je beberapa hari menjejaki kaki ke alam persekolahan menengah.. (form 1) tak tahulah cam ne dia menyesuaikan dirinya.. masa saya ada dulu( cuti sem) saya yang uruskan segala persiapan persekolahannya. mak dan ayah serahkan pada saya. Al-maklumlah kakak buzy dengan kerjanya. (tu belum kahwin lagi, kalau dah kahwin tak tahulah saya)hehehehee..moga-moga urusan persekolahannya berjalan dengan lancar..

rindunya.............

Sunday, January 3, 2010

enjoy sikit..












rasa cam nak tercabut je jantung saya ni bila naik permainan yang agak menakutkan.. hehehehe.. ok, nak dijadikan cerita, hari sabtu,(2/1/2010) lebih kurang kul 12 tgh hari saya dan kak ema pon pegilah Berjaya Time Square..nak wat ape g situ?? shooping ke?? maklumlah duit PT dah masuk.. hehehhe.. Bukan shooping, tapi kami g main kat Cosmo World Theme Park. Ape yang ade kt sana??? macam-macm permainan yang ada. tuk kanak-kanak pon tak ketinggalan. hehehe.. ok, sampai je kat situ, kami pon belilah tiket. Tuk hari minggu harga tiket RM37 klu hari biasa palk RM32 (promote sikit) hehehhe.. niat tu nak main roller costers atau supersonic odyssey. sebab pe nak main benda alah tu??? sebb saya nak jerit sekuat-kuatnya. nak release tension yang ada. awalnya tu kami sangat teruja tuk naik roller costers tu. pastu bila dah start bergerak... huh tak payah la cakap. takut ya amat.. tp saya puas sebb dapat menjerit sekuat hati saya.. terasa hilang beban masalah saya selama ni.. mungkin betul kadang-kadang orag cakap bila kita menjerit, terasa ringan sikit beban masalah kita.. time tu punyalah takut sampai menangis. itulah kali pertama dalam hidup saya naik roller coster. hehehe.. sebb sebelum ni ayah saya tak bagi naik.. hehehee.. bukan pe takut jatuh.. tp bila difikir-fikirkan kalau nak mati kat mana-mana pun boleh mati kan kalau dah sampai ajal..

lepas tu kami mencuba permainan DNA MIXER. hah yang ni lagi satu menakutkan.. saya dan kak ema bukan pe, walaupun takut tapi tetap nak mencuba. hehehe.. konon nak advanture lah ni.. hahaha.. bila ia berpusing ke bawah dan ke atas dengan laju, ya allah, sekali lagi terjerit-jerit sape-sape yang cuba permainan tu. walaupun safetynya kuat tapi tetap rasa cam nak jatuh. hehehe..pastu pening punya pasal, kami rehat sekejap. mujurlah perut kami kosong.kalau tak gerenti dah termuntah kat situ.. huhuhu.. lebih kurang 20 minit kami berehat, kami pon mencuba satu lagi permainan yang agak mencabar tu.. SPINNING ORBIT. mula-mula tu tak lah rasa gerun sangat sebab ia berpusing dari bawah ke atas. bila dah sampai ke atas tu saya dan kak ema pejamkan mata. takut nak tengok bawah..entah ke berapa kali saya mengucap. dari mula main roller coster sampailah permainan terakhir. mulut saya ni tak putus-putus mengucap dua kalimah syahadah.takut kalu jatuh nanti tak sempat mengucap. hehehe.. walaupun tahu safetynya kuat tapi tetap takut. hehehehe..
permaianan seterusnya, saya orang je yang cuba. kak ema dah takut. dia tak nak cuba permainan ni. SPACE ATTACK. hah yang ni lagi la mencabar dari banyak-banyak mainan yang awal kami cuba. masa naik tu, kalimah Allah tak lekang dibibir saya. terasa nak menjerit, tp suara bagaikan tak terkeluar sebab dah banyak sangat menjerit. saya cuma pejamkan mata. bila ia naik ke atas secara menjunam, Ya Rabbi, terasa cam jantung dah nak terkeluar.saya rasa cam saya sendiri pun nak jatuh. saya terfikir kalaulah safetynya terlepas pandang, confirm mati dengan ketinggian yang sememangnya tinggi... lepas je permainan tu, saya dah rasa nak termuntah. rehat sekejap sebelum cuba permainan seterusnya. hehehe.. tak serik-serik lagi tu. bukan pe, alang-alang dah masuk, baik cuba semua permainan yang ada, kalau tak rugi je bayar 37 ringgit.

lepas tu saya dan kak ema pon cubalah permainan DIZZY IZZY. nampak cam biasa-biasa je.tak mencabar. sebab kanak-kanak pun ada yang main. tp sebelum tu, kanak-kanak kena ukur dulu ketinggian mereka, cukup atau tak tuk permainan ni. disebabkan permainan ni nampak cam tak mencabar, kak ema pun tanyalah saya, "nak menjerit tak?" saya pun jawablah, "taknaklah akak, dah tak ada sore nak jerit." cewah dengan bangganya lah jawab cam tu. tp sekali ia bergerak, hah amek kau.. tak nak menjerit ape nya, terpaksa menjerit sebab ia berpusing dengan laju, dalam keadaan senget dan tanpa henti, malah pusingannya hanya sehala..hah masa tu dah pening dah.ketinggiannya boleh tahan.nak jerit pon dah tak larat. dah abis tu, saya dan kak ema cepat-cepat pegi toilet. huh rasa nak termuntah tu datang lagi. dah la perut kosong. mujur lagi, kalau tak memang dah terkeluar sume yang saya makan. rasa kelakar pun ada, sebab nampak je tak mencabar, tapi ada yang nak termuntah, dan ada jugak yang siap bawa minyak cap kapak! lepas tu, kami mencari air yang masam-masam sikit, tuk hilangkan rasa pening dan termuntah tu.. lepas tu, last sekali permainan yang kononya tuk orang dewasa kami cuba. OOORT'S EXPRESS. rasa cam biasa je, tak mencabar jugak bila tengok orang main. bila pusingan dibuat yang awalnya perlahan, tetiba je jadi laju. pusingan tu dlam keaadaan sengit.bila dah sengit ni, orang sebelah tinggi ni terus je ke tepi pasangan sebelah. boleh dikatakan terhimpit jugaklah pasangan kita tu. lepas tu memang pening sakan. adauh hari ni memang kami buat kerja gila. dah tahu diri tu takut nak jugak cuba. huhuhuhu.. bukan pe, sesekali nak jugak enjoy. kami nak main permainan ni dari sem lepas lagi, tp modal tak cukup. jadi bila dah ada modal (masuknya duit pt) tu yang pergi terus tu. takut nanti tak sempat pulak dengan assaigment yang comfirm akan datang berlonggok-longgok. dah penat bermain, kami tak ketinggalan tuk bergambar. nak jadikan sebagai kenangan. puas berpossing, kami turut mencuba permainan kanak-kanak.Dah penat main permainan yang mencabar tadi, cuba pulak la permainan kanak-kanak. hehehe. FANTASY TRAIL. naik keretapi, masuk lam terowong, dan kemudiannya nampaklah haiwan-haiwan yang dilukis dan dibuat seolah-olah betul. best sangat, terasa lapang je dada ni. aha, sebelum tu, kak ema cuba main BUDDY GO ROUND. ala yang naik cam kuda pusing-pusing tu diiringi ngn lagu twingkle-twingkle tu. hehehe..

pastu dah penat berjalan, bermain dan bergambar kami pun keluarlah dari situ. dah penat sangat-sangat. tapi tak tersa nak isi perut. hehehe.. jam dah menunjukkan kul 5 ptg. nasib baiklah masa tu kedua-duanya 'cuti'. hehehhe.. tu yang boleh enjoy terlajak sikit tu. pastu kak ema nak shooping pulak. saya dah lenguh dah ni. terpaksa ikut jugaklah kak ema. hehhe.. pastu dah abih bershooping, keluar je dari dari Time Square, hujan lah pulak. dah la datang dengan motor. cam ne nak buat ni. sementara nak tunggu hujan renyai-renyai, masuk sekejaplah kat Giant. masuk je tapi tak beli ape-ape pon. dah tersa sengal-sengal di kaki, hujan pon dah renyai-renyai, so kami pun redah je lah hujan tu. bukan jauh sangat pun dari tempat saya. dah sampai kolej, kami singgah kejap kat cafe kolej ketiga, nak isi perut. jam dah pukul 6. tapi saya sejak dua menjak ni, tak da selera nak makan, sebab tu sampai kul berapa pun boleh tahan lagi perut ni. tapi lepas tu mulalah gastrik tu datang.teringat saya sem lepas, akibat dua hari saya tak isi perut, penyakit tu datang lagi. menyucuk-nyucuk perut saya.hari tu jugaklah badan saya berbau minyak angin. nak makn ubat, ubat tak ada..hahahha.. padan muka saya.. berbalik pada cerita saya td, pastu saya gagahkan jugalah makan makann kegemaran saya yang sememangnya bukan nasi. manalah tahu selera tu ada. tapi tak berkesan jugak. dah banyak hari saya tak jumpa nasi. huhuhu.. tak tahulah apa nak jadi dengan saya. hehehe.. teringat saya pada seseorang yang ada mensyorkan saya makan vitamin B complex. hehehe.. tp saya malas nak makan.hehehe.. sudahnya sampai ke malam la saya tak jamah sebarang nasi.just makan biskut je. sekurang-kurangnya menjadi alas perut saya.hehehe.. sepanjang cuti 2 hari (jumaat= awal tahun+ sabtu) saya dan kak ema enjoy je. hari jumaat kami pegi main bowling. pandai ker??? tak pandai sangat pon. masuk jugak longkang. hahahaha..

ape-ape pon kami enjoy walaupun takut mencuba permainan yang menakutkan, kalau ada rezeki terasa nak datang dan main lagi. walaupun takut, tapi tetap best!!!!!!! saya letaklah sikit gambar yang diambil ketika kat sana.. lepas ni nak pegi main bowling lagi.. sejak bila pulak saya suka main bowling ni??? sebenarnya saya masih baru dalam bowling. tak pandai, just cuba-cuba je. keinginan nak main bowling tu wujud dalam hati saya apabila terasa tak best je bila permainan cam tu tak cuba. sebab tu saya cuba bermain walaupun tak pandai. Thanks a lot to kak siti. dia yang mula-mula ajak saya dan ajar saya bermain bowling. hehehehe.. yang penting enjoy kan?? tak sabar saya nak tunggu 14 Jan nanti. nak tengok cite Adnan Sempit yang saya kira kelakar ceritanya.hehehee..saya ni kaki wayang ke?? tak jugak. saya mula jejak kat panggung wayang tu masa saya form 6. tu pun dengan kawan-kawan sekelas saya. sebab kitaorang nak cuba panggung yang baru je buka kat Pasaraya ANEKA time tu. hehehehe.. boleh dikiralah dengan jari berapa kali saya masuk panggung ni. last saya masuk, saya tengok cite senario beach boy dengan adik bongsu saya. dia yang beriya-iya ajak saya pegi tengok. kalau ikutkan hati saya tak nak.tp kesiankan adik sebab dia minat dengan senario.hehehehe...

tak salahkan sesekali kita enjoy dalam hidup kita. cuma jangan tersalah enjoy sudahlah. hehehehe..