seindah memori

seindah memori

Tuesday, May 22, 2012

Layan jerrrr

ptg-ptg bila rasa bosan, aku g berjogging kat taman jubli emas,,still sorng-sorng,,, dulu taman tasik darul aman yang akan aku tuju, tapi sesekali berubah angin tak salah kan??? ptg tu bawa anak sedara g situ,, dia punye teruje nak maen papan gelongsor, buaian, n jongkang jongkit sampaikan aku ajak dia balik, dia tak nak balik,, hampeh punya anak sedara,, hahahhaa,, ralit tengok racing kete mainan,, tgok kuda,,, beza antara TJE ngn TTD ni kat TJE tak de kayak dan kete nak round tasik cam kat TTD,, tp kat TTD takde racing kete,, layang-layang tetap ade kat dua dua tasik nih,, kalau majlis rasmi diraja akan buat kat TJE la,, kat TJE ade keris besar sebagai lambang diraja,,, ahhaa,, kt TJE jgk ade tempt nak maen skeatboard,,, :))

ade sape-sape yang tgok cite JANGAN AMBIL PADANG KAMI! kat ASTRO RIA? aku tak kan miss tgok cite tu,, lakonan beto khusyairi mmg mantap! kisah yg memaparkan kesungguhan belia ataupon anak muda yg nak balik padang flat dorang sedgkan pemaju dah beli,, cite ni jugak menceritakan tentang kehidupan penghuni flat,, maslah parking,maslah itu  dan maslah ini,, cite arahan rosyam nor nih mmang gempak la (bagi aku la),,, walaupon rumah aku bukan rumah flat tp aku penah tinggal kat flat zaman aku belajar kt kl dulu,, memang itu la yg dirasa dan memang itu la masalah yg dihadapi,,
cite ni best,, sebelum-sebelum ni kalau tengok beto berlakon agak kurang aku nak layan, tp bila tgok cite nih, bg aku dia best dan mungkin boleh terima anugerah pelakon lelaki terbaik mungkin?? who's  know?? name dia skrng dh melonjak naik pe,, tp mungkin ada antra kita yg belum kenal sape beto nih,,

ni la beto khusyairi



 tp si beto ni dah kawen,, ahhaakkzzsss,,

JEMARI QHALBU: masa tu kian hampir,, akan mula mengorak langkah,,, budbye sume,, jumpe lagi next time,,(**,)

Kuasa ALLAH,,,

 agak terkejut membaca cerita dari yatt walaupon benda2 cam nih dah terbaca dlm buku-buku agama tapi bila orang kita kenal (walaupon dia seorang artis) mendapat hidayah ALLAH dan diri sendiri seolah-olah melihat azab ke atas wanita-wanita yang tidak menutup aurat,, sedikit terkelu,, begitu besar kuasa ALLAH,, subhanallah,,  cerita Yatt yang aku copt paste dari satu blog hiburan,, :

Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

subhanaallah,,,,, sama2 lah kita renungkan dan jadikan iktibar,,

JEMARI QHALBU: bersalaman dgn yang bukan muhrim, kita perlu jaga batasannya,, bila mereka nak bersalam,cuba  menolak dengan cara baik,, :))

Thursday, May 17, 2012

ntah pe pe jer

cuti sekolah dah nak mula,, lagi seminggu ja,, pulau lagenda sekali lagi menggamit aku,, woohhaa,, bestnya,, bukan sekadar nak pergi bercuti tp nak shopping jgk!!

kehidupan kita ni kadang kadang ada pasang surutnya,, kadang kadang ada tawa, kadang kadang ada duka,, bila kita berduka mesti kita nak ketenangan kan?? hihihi,, sekadar berkongsi bersama sama,,, tak kira apa jua dugaan yang mendatang, tempuhilah dugaan itu dengan tenang ibarat air yang mengalir dgn tenang,, :))

ahaaa,, kt astro prima ada tayang cite bicara hati yang diadaptasi dr novel bicara hati,, memula cite ni ditayangkan aku tak lepas waktu nak tgok cite nih,, tp lame lame cite nih dah makin mengarut sebab jauh sangt larinya dari cite lam novel,, aku jadi menyampah dgn cite ni yang aku kira tak masuk akal,, dan kadang-kadang aku rasa seolah-olah cite ni menjatuhkan martabat seorang isteri,, sebab apa yang zahlia lakukan mase dia tahu yang dia mengandung, tak sama langsung dalam novel,,satu lagi bila razif  dah pulih dari penyakitnya dia still nak kan zahlia sehinggakan dia sanggup terima anak lam kandungn zahlia,, dan zahlia pulak cam bg harapan kat razif,, itu pon tak de lam novel,, lam cite ni nampak cam zahlia tu curang sedangkan zahlia bertudung what sdgkan lam novel tak de,,?? masa Linda buat plan nak kenakan syahran dan zahlia, lam novel scene asal kat hotel dan lelaki yang nak pikat zahlia tu jaz sentuh pipi zahlia dan bukannya kat club malam sampaikan buat zahlia mabuk!!! huh! tak puas hati aku,, kalau nak buat cerita pon agak-agakla jangan sampai cite tu lari terus dari cite asalnya,, fikir secara logik la tak kan lah syahran nak ajak zahlia yang bertudung tu masuk club semata-mata untuk dating dorang!!,huh!! ade ke laki nak bawak bini dia yang pakai tudung tu masuk club,, ape ke hal pompuan bertudung nak masuk club?? itu menjatuhkan martabat pompuan yang pakai tudung okeh! walaupon sekadar drama tp ia menyentuh sentiviti aku sebagai seorang pompuan yg bertudung! dan satu lagi bila razif mengamuk macam org gile, sence ni tak de lam novel okeh??? pendek kata aku dah menyampah tengok cite yang aku kira makin lama makin menyimpang dengan novel dan menjadikan cerita tu tak sebest novel,,

ahaaa,, cite ombak rindu pon sama,, bagi aku filem ombak rindu yang hot tu tak sebest novel ombak rindu,, bukan aku je yang cakap tp penulis novel ombak rindu pon punya pandangan yang sama dgn aku,, dari segi plot ceritanye, dari segi gaya bahasa yang digunakan agak lari dengan cite asal,, tu yang buat filem ombak rindu tu bagi aku tak best, tp ada setengah pihak yang seronok tengok ombak rindu tu sampai menangis-nangis,,,  hohohoho,,,,,,,,,


p/s: drama kat tv 3 banyak adaptasi dari novel,,

jom membaca

ahaa,, aku dah maafkan semua orang yang pernah buat salah dgn aku,, seorang ustaz cakap kalau kita nak hati kita tenang, kita kena maafkan semua orang,, so, aku dah maafkan mereka samada mereka sedar atau pun tak yang mereka dah pernah buat salah dgn aku, aku tetap maafkan mereka walaupun mereka tidak meminta maaf dgn aku,, :)) penghijrahan ke arah yang lebih baik,,

ahaa,, memandangkan dunia semakin moden,, kata orang 'segala-galanya' dihujung jari anda',,, tp perlu kita ingat, membaca itu penting,, lagi-lagi sejarah tentang sesuatu supaya kita tahu apa yang kita lakukan dgn penuh keterujaan dalam kehidupan kita tidak menyimpang jauh dgn agama kita,,jgn mengharap kat internet je walaupon kat internet kite boleh membaca jgk,, cari artikel yang kita nak, n then baca,, tp kena tgok jugak dari sumber mana bacaan kite tu,,, sebabnya supaya kita tak percaya bulat-bulat dgn artikel tu,, tak salah untuk membca sekadar pengetahuan tapi benda yang belum sahih jangan cepat percaya,, :))  apabila kita membaca ni, benda yang kita tak tahu kita akan jd tahu,, itu penting!!! aku suka membaca, bukan sahaja novel malah bahan-bahan ilmiah jgk,, dari kecik lagi memang aku suka membaca,, zaman aku sekolah dulu, time rehat je aku lepak kat perpustakaan,, kalau kawan-kawan nak cari aku, dorang dah tahu kat mana nak cari aku :))

kadang-kadang bukan sahaja sejarah itu penting untuk kita ketahui, tapi hukum hakam dalam islam jugak kita perlu ketahui dgn lebih lanjut,, kalau pergi je kedai kedai buku, banyak buku buku keagamaan yang dijual,, soal jawab islam, kehidupan selepas kematian,, azab di neraka,, azab di kubur, kelebihan menjadi seorang wanita di sisi Allah, pernikahan dalam islam,, persediaan sebelum sakaratulmaut tiba,, balasan di akhirat,, dan macam-macam lagi buku buku keagamaan yang ade kat pasaran,, kadang-kadang kita ni jaz belek-belek je tajuk buku tu tp tak terasa pon nak beli sebab malaz nak baca! tengok harga buku RM 10 je,, tp kita tak nak beli kononnya duet tak de,, woohaa,,,, kau topup ada pulak duetnyer ye??? kau beli henset yang  harganya beratus-ratus tapi nak beli buku keagamaan tak mampu pulak,, terbaik!!!

bukan tu saja, buku tu penting untuk kita dan membca tu amat penting sebab sekarang ni macam-macam isu yang menjadi perbualan masyarakat,, percaya atau pon tak, kita boleh membezakan seseorang itu rajin membaca ataupon tak dari segi pemikirannya,,, walaupon sekarng nih segalanya dihujung jari anda tp kalau tak membaca tak berguna jugak,,,,,, jom membaca buku,, :)) btw, masing masing ada pandangan sendiri,,

p/s: iktibar hari semalam, harungi hari esok,,,

carca merba

bulan mei ni banyak hari yang bermakna buat kita semua,, hari ibu, hari jururawat,, dan hari guru,, bagi aku hari hari adalah hari ibu, jururawat dan guru sebabnya, golongan golongan ni berkhidmat tanpa mengira masa,, cuma tarikh yang di khaskan tuk golongan ni adalah sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan mereka,, terutamanya kaum kaum ibu bagi anak anak yang jarang bersama ibu mereka atau mungkin anak yang 'derhaka' sebab terlalu sibuk sampaikan nak 'call' ibu sehari pon tak sempat,, dgn adanya sambutan ni, golongan golongan ni akan terasa lebih dihargai dan buat mereka mampu tersenyum,, btw, SELAMAT HARI JURURAWAT, HARI IBU DAN HARI GURU, walaupon dah terlewat untuk aku ucapkan tp ia masih dibulan MEI,, (^^,) tp sambutan hari ibu menjadi isu pulak skarng nih,,, tp aku tak nak komen ape-ape, masing-masing ada pemikiran intelektual sendiri,, :)

terbaca satu lagi luahan hati seorang isteri yg mana suaminya bertugas sebagai PDRM di sabah sedangkan beliau di semenanjung,, walaupon berkali kali permohonan dibuat, tetpi nasib tidak menyebelahi mereka.. kata si isteri, dia bekerja di syarikat swasta, kalau syarikatnya ada cawangan di sabah beliau sendiri yg akan minta tukar dan sekiranya dia berhenti kerja dan berpindah ke sabah keadaan akan menyukarkan pulak dari segi kewangan mereka berdua lagi pun zaman sekarang susah nak dapat kerja,,,
bila agaknya akan berakhir masalah ni???

aha,, petang semalam angin kuat melanda kawsan aku,, pokok rambutan depan rumah aku tumbang,, dah tak dapat nak makan rambutan untuk musimnya nanti..so sad :(
tp tak per, ade dua pokok lagi pokok rambutan kat depan rumah,, hihihihi,,

ni la keadaan pokok rambutan yang tumbang tu,,,

oh ya,, meja rehat tu pon dah rosak,,  hehehehe,,


p/s: alhamdulillah, calon suami pernah tegur pasal aurat,, (saje nak uji bakal suami)

Thursday, May 10, 2012

KOMA,,,

keadaan kesihatan dah okey,, alhamdulillah :))  macm tak percaya bila my dad bagi kebenaran tuk aku g ke satu destinasi,,my dad cakp "bawa kete perlahan-lahan,,"  sesorang drive tuk perjalanan yang amek masa agak lama,, pergi sendiri jer,, tak de teman,, drive keta kat kawasan berbukit, fuh! jumpe ngn lori yang bawa kayu balak,,,tkut pon ade, wat nyer kayu balak tu jatuh kene kete ke ape ke tak ke mampus! hahah,, tempt yg aku g nih memang banyak kenderaan berat,, dan destinasi tu xde line!! aku tengok henset yang aku guna tuk no DIGI bile sampai sane, tp xde line,, hahaha,, cam tak caye je,, line tuk maxis dan celcom sekejap ade, sekejap takde,, last last sekali aku amek keputusan off kan je henset henset tu, :)) memula tu berdebar jgk, yelah kite sorang-sorang jer,, tp aku beranikan diri,, hihihihi,, aku wat ape eh kat sane?? sekdar mencari sesuatu yang hilang kat sane,, nape sampai jauh bawa diri?? sebb aku nih suke melancong,, ahahahaha,,,  okeh, tak nak cite sal perjalanan or percutian aku lebih lebih,cukup setakat itu :))

aku de satu cite nak kongsi ngn pembace blog sume,, al kisah ade suami isteri ni, dah ade anak,, nak dijadikan cite, satu hari wife dia jatuh kat bilik air,, mujurlah si abang nih ade dgn mamanya,, cepat-cepat dia gtau papanya,, memula ingtkan kes tak serius tp bile g hospital si isteri tu tak sedarkan diri hampir tiga jam,, so, pihak hospital terpakse bawa pesakit ni ke hospital besar.. dan terpaksa lakukan pembedahan kat bahagian kepala sebab nak buang darah beku,, pesakit ni jatuh terbaring,, selesai operate,, pesakit ni tak sedarkan diri jugak,, sampai ke hari ni pesakit belum sedarkan diri,, tp satu berita baik bile pesakit dah dipindahkan wad,, sebelum ni kt ICU dan sekrng pesakit kt wad biasa,, 

si isteri or pesakit nih, ade anak kecil yg masih menyusu susu ibunya,, 'si kecil' nih tak pernah minum susu formula dan tidak diajar untuk minum susu formula,, si kecil jgk tak pernah berenggang dgn mamanya,,  jadi, bila dah keadaan menjadi runcing cam nih, barulah si kecil tu diajarnya minum susu formula, mulanya sikecil menolak, kemudian di beri air soya,, dah biasakn diri dgn air soya barulah sikecil ni dpt terima susu formula,, malamnya , si kecil ni seperti mencari mamanya, selalu menangis,,, "si abang" cakap kat "si kecil" "adik dok diam-diam, mak ite akit,," sedih je dgr "si abang" ckp cam tu kt adik,, 
anak anak beliau dijaga oleh nenek mereka sebb papa mereka ade kat hospital menanti si isteri sedar dari koma,, 

doakanlah supaya pesakit ni cepat sembuh,, anak anak beliau masih memerlukan beliau,,

p/s: SELAMAT HARI IBU,,,,

dah kawen tapi jauh


itu hari aku jalan jalan kat popular,, belek belek novel yg terbaru kt pasaran,, aha,, nampak novel terbaru fauziah ashari,, penulis yang aku gemari,, tjuknye kan kukejar cinta kamu :)) pastu belek belek buku ilmiah,, nampak buku "anda bertanya ustaz azhar idrus menjawab berkenaan permasalahan semasa"  bagus buku nih!! belek alat tulis yg aku nak beli, pastu dah sambar ape yg aku nak beli, aku pon g kaunter bayar semua tu,, :))

 


aha,, sekarang ni ramai kawan-kawan yang dah berkahwin,, tahniah kepada mereka ya,, tapi yang jadi masalahnye sekarang mereka berkahwin tapi dok asing-asing sebab bekerja,, aha,, si suami dok  perak si isteri pulak dok kedah,, si suami dok terengganu si isteri dok kuala lumpur,, si suami dok pulau pinang, si isteri dok selangor,, hmm,, terpaksa berjauhan walaupon dah berkahwin, jumpe pulak seminggu sekali,,

nnti dah kahwin, minta tukar la tempat kerja, senang kan?? ha, nampak mcm senang, isi borang tunggu respon pihak atasan,, dapat ke tak wat pertukaran,, kalau rezeki berpihak kepada kita mungkin cepat boleh tahu keputusannya, kalau x, bertahun tahun la kena menunggu,, ahaa,,, bila bertahun tahun nak menunggu nih, ade pulak msalah lain yang dtg,, yakni bila dah beranak pinak,, aku terbaca satu luahan penulis nih kat akhbar HM,,, si isteri nih mengadu sebb suami dia yang bekerja kat Kuala Lumpur sbg PDRM dah bertahun minta dtukarkan kt Perak., tp xde jawapan,, yang jadi kesiannyer dorang nih ade anak 2 orang,, so, si suami ni jaga anak yang sulung dan si isteri jaga anak yang kedua.. kesian kan??

aku tak suka berkahwin jarak jauh,, kalau boleh nak sentiasa ada di sisi suami sebb itu memang tugas seorang isteri yang BAIK,, yg BAIK okey??

hahhaahaa

^_______^

Thursday, May 3, 2012

jauh

'gangguan perasaan' semakin stabil,, tido malm malm pun dah tak ade bayangan tu lagi,, alhamdulillah,, mungkin ini satu ujian,, walaupon agak sukar nak tido sejak seminggu nih, tp aku bersyukur sebab 'bayangan wajah' tu tidak lagi kelihatan,, mungkin berkat doa dan rawatan dalaman yg dilakukan, 'kesihatan hati' bertambah baik. kenapa ada sesetengah antra kita yg sukar tuk menerima kenyataan ya???

hmmm,, kadng-kadng kita tak sedar yg kita ni semakin jauh dgn ALLAH,, cer tengok aktiviti anak-anak muda zaman sekarnag,, ya! mereka yg berintelek,, isu semasa yg melibatkan negara, politik, dan macam-macm lagi lah,, pernah tak kite terfikir kenapa semua ni berlaku??? kadang- kadng tu tgok je anak-anak muda berintelektual tp melahirkan anak luar nikah,, eerr,, kat mn silapnya??

tak nak komen banyak-bayak, tp pernah tak kita terfikir berapa  banyak amal yg dah kita lakukan untuk berdepan dengan DIA,,, cukupkah amal kite untuk menjadi bekalan di akhirat nnti? bersediakah kita dengan KEMATIAN jika kewajipan kewajipan yg dituntut belum lagi kita penuhi???

kita sebenarnya sekrng semakin jauh,, ada jgk budak budak sekolah yg tidak tahu sembahyang,,, di manakah silapnya tu?? anak-anak muda yg pemakaiannya tidak berlandaskan islam langsung,, eerr,, kenapa ya??

sedih meliht keadaan dunia hari ni,, jika nak mencari ketngan bukan di pantai atau di clubbing atau di mana mana sahaja tempat melainkan dgn ALLAH,, ada msalah kita mohonlah kepada ALLAH untuk mencari ketenangan,, jika tiada masalah, bersyukurlah kita, jangan lupa diri,,

dekatkanlah diri kita dengan ALLAH tak kira mcam mana sekalipon langkah kita,, berubah menjadi baik tidak menjadi masalah sekiranya niat kita ikhlas kerana ALLAH,,

p/s: buat solat isthikarah untuk mencari jawapan bg persoalan yang menjadi tanda tanya,,

buruk

posmen antar kad jemputan kawen seorng kawan sekolah teknik dulu,,, dah nak kawen pon beliau :)) tgok pic seorng sahabat juga dr sekolh teknik  dah bertunang pon beliau,, dulu aku dok asrama masa kat sekolah teknik ni, so, satu dorm la dorang nih :))  alahai rupe-rupenye sahabat yg bertunang ni, bertunang dgn budak teknik jgk,, "kalau dah jodoh,, "

oh ya,, ada terdengar satu ceramah agama yang ringkas tapi padat dgn pesanan,, "biarlah apa pun pandangan manusia terhadap kita, hanya allah sahaja yang tahu apa pandangn NYA terhadap kita,, biarlah apa orang nak cakap tentang kita asalkan kita tahu niat kita hanya kerana ALLAH,, walau buruk mana pon kita di mata manusia sekurang-kurangnya kita tidak buruk dimata ALLAH, yakni kita bersihkan diri dari sifat mazmumah dan tunaikan tuntuan ALLAH yang wajib,,,  biarlah orang bersangka buruk, mengata kita, asalkan kita tidak membalas  dendam kerna ALLAH itu ada,, biar mereka mendapat balasan dari NYA di akhirat kelak,, manusia tidak pernah berpuas dgn apa yang dinikmati dan manusia juga tidak ada yang sempurna,,

kita tidk lari dari melakukan kesilapan, tetapi jika kita sedar dan tahu akan kesilapan kita tu, segeralah bertaubat,, ALLAH itu MAHA PENGAMPUN..,,

sekiranya ada yang memburuk-burukan kamu, maka berdiamlah diri usah melenting kerana dia akan mendapat balasan dari ALLAH dan apa yang dikatakannya itu boleh mengundang fitnah,, dan ia adalah BERDOSA BESAR,, biar buruk dimata manusia tp jangan buruk di sisi ALLAH,,

p/: sentiasa berdoa semoga keimanan diperkuatkan lagi dalam diri,,, (^,~)

Wednesday, May 2, 2012

suria

mcm xpercaya bile sesuatu yang tak diduga berlaku,, walaupon pada zaman moden skarng ni masih lagi ada yg sanggup merosakkan kebahagian orang lain,, mungkin tak dapat menerima org yg pernah disayginya dulu kini menjadi milik org lain,, oh ya, pesann aku harap-harap org mcm tu belajar untuk mematangkan diri,, jgn gunakan taktik kotor untuk memusnahkan kebahagiaan org laen,, lupa-lupakan lah kisah kisah yg lama tu,, bia je ia jadi sejarah, bukukan kisah tu  n then tutup buku tu selama-lamanya dan jagn bukak bukak lagi,, belajar menerima yang jodoh tu dah terhenti 4 tahun lalu,, jodoh tu kan rahsia allah,, sebelum ni bile aku bc novel je terdetik lam hati, masih ade ke istilah 'guna-guna ' secara halus,, allahuakhbar, minta minta dijauhkan,, mungkin itu sebahagian daripada ujian allah pada hambanya,, :))  bile 'gangguan perasaan' tu dtg kite kne kuatkan diri dan keimanan,, kadang kadang manusia ni tak boleh nak menerima hakikat,, so, belajarlah menerima hakikat kpd sesiapa yg pernah putus dgn gf/bf,, :)) mungkin jodoh kita yg akan dtg lebih baik dari org yg pernah kita syg,, siapa tahukan? sebb allah dh aturkan yg terbaik untuk kita,,  kite pon tak tahu siapa jodoh kita,, bile dah org tak layan tu bermakna org dh tak nak ada apa apa lagi hubungan dgn kita walaupun sebagai kawan,, so,lupakan je lah dan jgn mencari lagi cinta yang dh terputus tu,,

aha,, ingt tak aku pernah share ngn korang sume video "sudah cukup sudah" lam satu entry aku,, sekrng nih video tu dah 1,185 611 org tengok,,(setkt yg aku tgok pg td) lgu ni ternyata bez, see? impak lagu tu yang dimainkan oleh radio yang ade kt malaysia ni,, aku ni suke dgr radio suria fm,, klu pagi pagi tu bleh la dgr suara kencana dewi, nabil, n halim othman,, klau ptg ptg tu dgr suara linda onn,, klu nak dibandingkan hot fm dgn suria fm aku rase better suria kot,, dulu aku suke dgr hot, tp lame lame aku jadi bosan,, aku beralih ke suria, mungkin suria lebih sebati dgn jiwa aku :)) lagi pulak dorng maenkan lagu lagu yg best dan tak ketinggalan lagu lagu lame zaman aku sekolah dulu,, lagu rock kapak n lagu jiwang jiwang,, bila lagu yg kite dah lame tak dengar n then bile dgr balik, rasa lagu tu sampai ke hati,, :)) kalau xde yang lama mn nak ade yg baru kan?? so, kite kne jgk dgr dan sokong lagu lame2,,,, 

lgu nirwana band tu sampai ke hari ni masih lagi diputarkan di radio suria,, dgr celoteh linda onn mmg aku tak jemu,, mungkin sebb suara dia,, :)) lagu maafkan aku(AFEE UTOPIA), andaiku bercinta lagi (MOJO), aku suka dia (aina tasneem),, antara lagu yg aku kira hit bila dimainkan kat suria,, teruskan usaha SURIA FM untuk terus maju sebagai radio pilihan,,,

bg aku SURIA mmg terbaik,, tp bergantung jgk pada pendgr pendgr kt luar sna,, yg mungkin lebih suke dgr HOT,, ataupon mungkin yg lebih suka dgr ERA,, mgkin jgk SINAR,, masing-masing ada citarasa tersendiri,, (^^,)

lagu yang dimainkan untuk OST cite  kt TV pon tak ketinggalan mempromosikan lagu-lagu sama ada lagu malaysia ataupon indonesia,, mcm sekrng lagu yg hot 'BILA" (PEPITO) dan "RINDU BUKAN TEMAN (ERNIE ZAKRI) OST untuk cite MAHABBAH slot samarinda yang dimainkan kt TV3,,

aha,, sekarng ni disebabkan ASTRO memberi peluang kpd pelanggan-pelanggannya tuk tonton 130 saluran yakni 'saluran' yang kite tak beli pon boleh tgok cam saluran pelangi, box office,, dan mcm-mcm lg la, aku dah terlepas tgok MAHABBAH sebb terlupe cite tu bila teruja sgt tengok cite yang dimainkan kt box office,, hahhahahaa

p/s: menerima jemputan majlis perkahwinan rakan sekolah pda buln 6 nnt,, selepas 6 tahun menyulam kasih akhirnya mereka disatukan,, inshaallah, amin,,,,, kalau dah jodoh tak ke mana,,, (^,~)