seindah memori

seindah memori

Monday, March 11, 2013

Abu Dhabi

isu panas sekarang mestilah isu tentang Lahad Datu,, Agak tak tenteram jgk hati ni bila kejadian ni berlaku,, hm,, pentingnya mata pelajaran sejarah sebab benda-benda macam nilah,, kenapa tiba-tiba puak sulu menuntut sabah yang kononnya milik moyang mereka,, kalau mengikut sejarah tu sepatutnya tiada apa-apa tuntutan yg boleh dibuat,, dan sememangnya SABAH adalah milik MALAYSIA,, nak bercerita panjang tentang sejarah ni nanti pembaca bosan plak,, hehehee,,  tapi agak memilukan bila beberapa orang perjuang-perjuang tanah air kita terkorban dalam membenteras penceroboh,, al-fatihah kepada arwah,,

back to the title saya hari ni,, tiada apa yang menarik cuma nak berkongsi rasa gembira,, alhamdulillah,, saya dapat ke ABU DHABI,, mungkin penangan 'RINDU BERTAMU DI ABU DHABI" membawa jejak saya ke sana,, setelah menghadapi beberapa proses, permohonan saya diterima untuk ke negara Arab tu,, syukur tak terhingga,, Asalnya, niat hati nak ke CAIRO, tapi mungkin rezeki lebih kepada ABU DHABI..  Tempoh yang agak lama saya di sana. Terasa ingin menunaikan umrah tp mungkin belum rezeki saya lagi,, insha allah suatu hari nanti (**,)

Saya ada 20 tempat yang ingin di lawati termasuklah luar dan dalam negara,, aiihh,, tak sabar nak melancong,,, anda bagaimana ya? mesti ada jugak tempt untuk dilawati kan?? kumpul duit banyak-banyak dan pergi melancong sementara masih single ni dan tiada apa-apa komitmen,, hihihihi,,

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak saya jejak kaki ke MASJID AL- BUKHARY walaupun pada awalnya banyak dugaan yang terpaksa saya lalui,, " syaitan tidak suka kita berbuat baik, jadi macam-macam yang dia akan hasut atau lalukan"  sama jugak dgn pernikahan,, "syaitan akan menghasut kita dan akan membuatkan kita lebih mengikut nafsu daripada agama" sebabnya, pernikahan adalah satu ibadah dan sesiapa yg melalui pernikahan akan mendapat pahala. "syaitan tidak suka kita mendapat pahala kerana saat 'aku terima nikahnya dilafazkan', maka banyak pahala yang akan diperoleh oleh pasangan suami isteri. bertentang mata sesama pasangan pun dah dikira pahala tp kalau sebelum bernikah dikira berdosa.. see?? permainan syaitan,, syaitan akan menghasut kaum adam dan hawa supaya melakukan dosa daripada pahala,, macam mn ya kita nak elakkan benda cm ni??? hanya keimanan kita mampu menghalangnya,, dekatkanlah diri dengan Allah, insha allah kita akan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan yang tiada tolak bandingnya,,

manusia boleh berubah sekiranya kita sendiri ingin berubah,,
manusia juga boleh berubah ke arah kebaikan jika mempunyai keinginan itu,,

*berdoa dan terus berdoa*

No comments:

Post a Comment