seindah memori

seindah memori

Friday, December 20, 2013

Aku DaN saWaH,,,,

petang-petang akan menikmati indahnya pemandangan matahari terbenam,, tak perlu pergi jauh,, belakang rumah saya ja,, hehehe,, angin petang yg bertiup sepoi-sepoi bahasa mendamaikan jiwa,, dulu masa saya kecil-kecil memang kat sinilah tempat saya melepak,, ingat lagi kalau musim putar tanah, habis ja kelas fardhu ain, dok lepak kat bawah pokok jambu sambil makn nasi lemak,, dulu fardhu ain kat masjid kampung, jadi ada la org kampung yg buat kenduri kat budak-budak fardhu ain nih,,pokok jambu tu tepi sawah,, pastu kalau petang-petang dok tengok abang-abang main bola kat sawah,, ni kalau time tanah kering la,, pastu kalau musim timur pulak, main wau @ layang-layang kat sawah,,, best ooo,, hehehe,, kadang-kadang berkelah dengan kawan-kawan sekampung kat sawah,, berkelah makan nasi, menyicah garam belacan,,  main khemah-khemah,, khemah tu kami akan buat bila musim menuai,, ambil jerami kemudian dijadikan khemah,, bessstttnyaa!!!! 


 


 kalau musim menuai, saya dan kawan-kawan akan turun sawah, cari ikan,, selalunya kami akan dapat ikan haruan atau sepat,, bawak serkap lagi tu nak tangkap ikan,, seronok la boleh main dengan selut time kanak-kanak dulu,, hihihi,, dari kecik sampai ke besar, sawah adalah tempat saya,, saya tak malu nak mengaku rumah saya dikelilingi sawah, malah saya berbangga,, sawah yg menghijau sangat cantik,,


 



sekarang dah besar macam ni, saya akan cari sawah kalau ada masalah,, saya akan ke sawah petang-petang untuk melihat matahari terbenam,,dan saya akan pejamkan mata,, biar angin sawah membawa keresahan hati saya,,







biarlah saya ni orang kampung sekalipun, walaupun kampung saya jauh dari hiruk pikuk kota,, tapi kampung sayalah membuatkan saya berasa tenang dan nyaman,, angin petang sawah pun nyaman,, suasana kampung tak sama dengan bandar, hanya mereka yang sebati dengan kampung saja boleh sesuaikan diri dengan kampung,,  kawan kawan yang belum pernah tengok sawah tu datanglah ya kat KEDAH NEGERI JELAPANG PADI,, (^__^)


:::iRiS oRkiD^^

Wednesday, December 11, 2013

Masih Mencintainya

Auni memandang ke luar jendela, menikmati pemandangan laut Pantai Chenang. Dinginnya, angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan Auni, tiba-tiba ingatannya menerjah ke peristiwa 3 tahun lalu. Walaupun perit tapi dia harus hadapinya juga. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Tanpa sedar, peristiwa menyakitan itu sudah lama berlalu. Dia pun sudah lama memulakan kehidupan baru. Biarlah peristiwa itu menjadi kenangan. Auni melepaskan satu keluhan. Dia mengatur langkah untuk ke pantai. angin petang begitu nyaman.' alhamdulillah, aku masih berpeluang menghirup udara segar' bisik hati kecil Auni. Petang petang macam ni ramai juga pengunjung yang datang berkunjung kat pantai ni. Auni akan datang ke sini sekiranya dia dilanda masalah. Pernah sahabatnya menegur, jauhnya membawa diri. Tapi itulah dia, kerana di sini dia dapat melihat keindahan ciptaan Allah. Biarlah jauh asalkan hatinya tidak gundah. Auni duduk di pesisir pantai. Sesekali dia bangun bermain dengan air. Dia dan pantai boleh diibaratkan seperti irama dan lagu. Tak boleh dipisahkan,, Sedang kakinya lincahnya bemain dengan air, dia perasan akan sesuatu. seolah-olah ada mata yang memandang. gerak kakinya terhenti. Cepat-cepat dia bergegas kembali ke chalet. Dress putihnya ditinggalkan. badannya sudah melekit. Dia ingin segera mandi. Mata yang memandang itu menjadi persoalannya.


*****************************************************

Cuti sekolah dah tamat. Seminggu bercuti di Pulau Lagenda benar-benar membuatkan hatinya puas. Sekembalinya dia di Maktab Rendah Sains Mara Sandakan, pelajar-pelajarnya memeluk tubuhnya. Melepaskan rindu pada guru tersayang. Di MRSM, Cikgu Auni Afina sangat disenangi oleh pelajar-pelajarnya. Sejak dia bertugas di sini, pretasi mata pelajaran Geografi semakin meningkat. Pelajar-pelajarnya meminati mata pelajaran yang di ajarnya. Auni tersenyum sambil memandang satu persatu wajah pelajar kesayangannya.  "Cikgu, lama tak jumpa cikgu, kami semua rindu cikgu." "saya pun rindu kamu semua juga,  jadi macam mana dengan percutian kamu? cuti sekolah sebulan lebih ni kamu berjalan ke mana?"
"saya pergi Pulau Sipadan cikgu. best  sangat kat sana cikgu, nanti kalau cikgu kahwin, cikgu boleh lah pergi sana dengan suami cikgu.' Auni tersenyum mendengar kata-kata Rafini. Masing-masing mula bercerita tentang percutian mereka. ada yang tidak ke mana-mana, hanya membantu ibu menjual di pasar, ada yang bekerja di kedai untuk mencari duit poket buat belanja sekolah. Tiga tahun berkhidmat di sini, membuatkan Auni jatuh hati dengan Sandakan. Walaupun Sandakan tidaklah maju seperti Kota Kinabalu tetapi cukup membuatkan Auni senang berkhidmat di sini. Musim cuti sekolah, Auni akan pulang ke semenanjung. menjenguk orang tuanya di kampung. Usianya menginjak ke 28 tahun. namun masih tidak bertemu jodoh. bukan tidak ada yang mahu berkenalan dengannya, tetapi yang ada tu  suami orang, tua sangat lah, muda sangatlah. tak menepati citarasanya langsung! oopss! bukan memilih tetapi kalau boleh biarlah yang datang tu ikhlas dan bukan suami orang. I tak rela dimadukan! hehehe,,

**************************************
Auni membelek-belek dress ungu yang ingin dibelinya. Dalam hati berkira-kira nak beli ke ta nak,, cantik memang cantik tapi memndangkan gajinya belum masuk kena fikir dua tiga kali ni. hihihi,, Auni meletakkan kembali dress ungu itu ke tempat asal. Matanya meliar ke arah butik beg tangan. ish! cantik-cantik la pulak. Sabar Auni, nanti kau beli ye,, perut pulak minta diisi. Makan dulu la. Niat dihati ingin membeli barangan dapur, entah macam mana kakinya terlangkah ke butik pakaian pula. selesai makan, Auni terus ke bahagian barangan dapur. setelah mencapai barangan yang diperlukan, Auni terus menapak ke tempat parkir kereta. Gedebuk! Auni terjatuh akibat terlanggar susuk tubuh seseorang. "Maaf, saya kelam kabut sikit tadi, sorry again" Auni memohon maaf  kepada lelaki itu. Lelaki itu hanya terdiam walaupun dia turut sama terjatuh. Dia hanya memandang  wajah dihadapannya. Auni tergamam apabila wajah lelaki itu dipandangnya. Sekali lagi Auni memohon maaf dan bergegas ke tempat parkir. Tiba-tiba Auni berasa sebak. Kenapa dia muncul sekian lama menghilang? kenapa kami bertemu?Allah. Auni menangis dalam Ford Fiesta miliknya. Cermin keretanya diketuk. Lelaki itu! Dengan bahasa isyarat, lelaki itu meminta agar Auni menurunkan cermin keretanya. "Saya nak jumpa awak" Auni hanya menggeleng. Gear dimasukkan. perlahan-lahan keretanya keluar parkir dan dia terus memecut keretanya.

*********************
Rayyan termenung. wajah perempuan tadi bermain diingatannya. sudah berkahwinkah dia? apa dia buat kat sini? kat mana dia tinggal? Pelbagai persoalan menerjah mindanya. Kenapa hari ini dia bertemu dengan perempuan yang pernah disakitinya. kenapa wajah mulus itu sentiasa membuatkan dia berasa tenang. tapi kenapa aku tinggalkan dia dulu? ah! bodohkah aku? Rayyan bermonolog. "kau ni kenapa? termenung je aku tengok? Ingatan siapa?" suara Bob, teman serumah Rayyan mengejutkan lamunannya. "Tak ada lah. mana ada aku ingatan siapa." "Dah tu, yang kau termenung tu kenapa?" "Hm,, kau ingat lagi tak pasal tunang aku tu?" "Bekas tunang kau?" Rayyan mengangguk. Hanya Bob yang tahu Rayyan pernah bertunang."Kenapa dengan dia? Dia 'contact kau balik ke?" Rayyan menggeleng. "Tak adelah, tadi aku terserempak dengan dia." "kau jumpa dia? kat mana? eh! jap, bukan ke dia kat semenanjung? dia buat apa kat sini?"  "tu yang aku pelik, kalau dia datang berjalan-jalan kat sini, buat apa nak beli barang dapur segala bagai," "Ray, aku nak tanya kau sesuatu ni, kau sayang lagi kat dia?" "Kau pun tau kan, abah aku tu sayang giler kat bekas tunang aku tu, sampaikan aku kenalkan dengan perempuan lain, dia reject, nak juga bekas tunang aku. Lagipun aku dah lama cari bekas tunang tu. " "weh, kau ni tak menjawab soalan aku la." hek eleh, lain yang ditanya, lain pulak yang dijawabnya. Rayyan tayang gigi. Bob menjeling menyampah. "So, kau nak buat apa sekarang bila dah tau dia ada kat sini?" "Hm, tadi aku ikut jejak dia. aku tengok dia masuk taman." "Kau agak-agak dia dah kahwin ke belum?" "tak tahulah, dah tiga tahun  kami berpisah, mungkin dia dah kahwin, mungkin juga tidak" satu helaan dilepaskan. "aku nak follow dia la Bob, kalau boleh, aku nak minta maaf kat dia atas kesilapan aku dulu. Aku tahu aku banyak dah lukakan hati dia. tapi dia tetap bersabar dengan aku. sebenarnya dia baik Bob, cuma aku yang tak hargainya." "Ray, sebagai kawan aku hanya boleh nasihatkan kau, kau fikirlah apa yang terbaik untuk kau, jangan sampai nanti kau tak kahwin sudah la. Kalau kau nak dia balik kat au, pergilah cari dia, kalau dia belum kahwin tu tandanya kau masih ada harapan. Tapi kalau sebaliknya, kau kena terima." "Aku akui Bob, tak ada perempuan lain yang boleh bersabar dengan kerenah aku melainkan dia. tapi aku silap, kerana benda kecil tu aku perbesarkan sampai melukakan hati semua pihak. Masa putus tunang, aku yakin dia sangat sakit sebab dia sayang aku" "Aku tanya kau jangan marah, kenapa kau lepaskan dia dulu?" "Sebab masa tu aku curang dengan dia. Bila aku ada perempuan lain, aku lupakan dia. Aku tak pernah contact dia, sampaikan satu hari dia minta putuskan pertunangan kami.  Aku dah banya lukakan hati dia.Aku terlalu mengejar kemewahan dunia, aku nak enjoy, sebab tu aku lepaskan dia." Bob menggelengan kepalanya. "sorry to say, kau memang bodoh sebenarnya. Kalau aku, ta kan bazirkan duit aku kat perempuan lain kalau aku dah ada tunang" "Aku menyesal Bob." "Dah la, pergilah cari dia, pujuk dia kembali, kalau dia dah kahwin, dia bukan jodoh kau. Ingat tu" Rayyan menganggukkan kepalanya. Auni Afina...

********************

"Cikgu Auni, cikgu buat apa kat sini?" "Kamu Shahir, terkejut cikgu, cikgu saja je ambil angin kat sini. Lagipun cikgu bosanlah kat rumah tu sorang-sorang." "Ha, tu tandanya cikgu kena kahwin." Shahir tayang gigi. "Nakal eh kamu, saya tak ada calon la Shahir." " Tapi saya ada calon untuk cikgu." "Ish! siapa pulak calon kamu tu?" Shahir menunding jarinya ke arah belakang Auni. Susuk tubuh itu! wajahnya! Allah.. Auni memandang Shahir. "Cikgu, tadi abang ni cari cikgu, jadi saya bawa la abang kat sini sebab saya tahu kalau cikgu tak ada kat rumah, cikgu mesti ada kat sini." Shahir tersenyum. Dia merupakan pelajar Auni, kebetulan rumahnya sebelah dengan rumah Auni. Kalau hendak keluar, Auni akan memberitahu ibu Shahir supaya dapat tengok-tengokkan rumahnya. Auni hanya tinggal berseorangan di rumah sewanya itu. Tinggal seorang lebih selesa. "cikgu, saya tunggu kat hujung saya, cikgu berbuallah dulu dengan abang ni, nanti dah selesai, ajak saya balik tau, sebab saya datang dengan abang Rayyan. Sekali lagi dia tayang gigi. Shahir sudah hilang dari pandangan Auni.  Auni tidak betah berdepan dengan lelaki ni. Dia hanya diam seribu bahasa. Sunyi. "awak sihat?" suara garau itu memecah kesunyian antara mereka. "saya sihat." "dah lama ke awak kat sini?" "dah hampir tiga tahun." "macam mana awak boleh ada kat sini? maksud saya awak kerja kat sini." Auni memandang ke arah lautan. "Masa saya bertunang dulu, saya mohon pertukaran ke sini tanpa pengetahuan tunang saya, sebab masa tu tunang saya tak pernah ambil tahu pasal saya. lepas saya putus tunang, pertukaran saya diterima, jadi bila saya nak tolak, saya takut pihak MARA ingat saya main-main, dah minta, tapi bila dapat tolak, jadi saya terima pertukaran tu. sebab tu saya ada kat sini." "dah lama saya cari awak" Auni sedikit terkejut. "kenapa awak cari saya?" "Sebab saya nak minta maaf pada awak, saya sedar semua yang berlaku adalah salah saya. kalau saya pertahankan, mesti kita tak jadi putus." "saya dah lama maafkan awak, dah la, tak payah nak dikenang perkara yang dah lepas, anggap je lah kita tiada jodoh. Awak dah kahwin?" Rayyan tersenyum. "Belum, awak tahu tak, semua perempuan yang saya kenalkan pada abah dan mak, dorang reject. Masa tu baru saya sedar, mereka sebenarnya nak awak jadi menantu mereka, bukan perempuan lain." Auni mengukir senyuman. "In Sha Allah, suatu hari nanti, awak akan bertemu dengan jodoh awak, saya doakan yang terbaik untuk awak. Mungkin awak belum bertemu dengan jodoh yang sesuai." "entahlah, mungkin suatu hari nanti" "Banyakkan berdoa ya, hm, saya minta diri dulu lah ye, dah nak malam dah ni," Auni melaung nama Shahir. Dia cepat-cepat berlari mendapatkan Auni. "Cikgu dah nak balik ke? cikgu hantar saya ye, boleh cikgu makan malam kat rumah saya." Alahai Shahir... "err, Auni, lepas ni boleh kita berjumpa lagi?" "Dengan izin Allah"

***********************************************

"Auni, saya nak awak kembali dalam hidup saya. Saya sedar kesilapan saya dulu. Saya nak awak kembali, menjadi suri dihati saya."
Mata Auni membulat. Terkejut dengan permintaan Rayyan. "Err, saya,," "Tolonglah Auni, izinkan saya menebus segala silap saya selama ni." "Tapi saya,," "Awak tak boleh terima saya ke?" Auni berfikir sejenak. Mata lelaki itu dipandangnya. "Awak pernah mengecewakan saya, saya takut saya akan terluka lagi."  " saya janji Auni, saya tak kan ulang lagi kesilapan saya dulu. Saya akan lebih menghargai awak." "Berilah masa untuk saya berfikir."

****************************

"Auni, macam mana kalau suatu hari nanti Rayyan kembali pada kau?" Auni memandang Suraya. "Yaya, kau jangan tanya soalan macam tu. Aku tiada jawapan. Aku tak pasti." "Tapi kau kena bersedia juga Auni, sebarang kemungkinan boleh berlaku." "Ya, aku tahu tu, tp aku belum bersedia. Aku rasa mustahil dia akan kembali kepada aku, dia dah bahagia dengan kehidupan dia Yaya, mana mungkin dia akan cari aku." "Auni, kuasa Allah kita tak tahu, jodoh tu rahsia Allah, mungkin sekarang korang terpisah, supaya korang dapat belajar sesuatu, mana tahu jodoh korang berdua masih ada. Cuma, Allah ingi meguji sejauh mana kesabaran kau." "Entahlah Yaya, aku dah penat, aku letih, kalau boleh aku dah tak nak fikir semua ni. Aku serahkan semuanya pada Allah." "Kau jangan putus asa, berdoalah."Thanks Yaya."

********************************

"Ya Allah, andai Mohd Rayyan Arman bin Mansor adalah jodohku, kau temukanlah semula au dengan dia, andai dia yang tercipta untukku, maka kau panjangkanlah jodoh kami berdua. Andai dia yang tercatat untukku maka kau satukanlah kami dalam ikatan pernikahan yang sah. Andai dia bukan jodohku, maka kau hapusanlah segala tentang dia dari fikiranku. Andai dia bukan bakal imamku, maka kau luputkanlah segala pesonanya dari kedua mataku. Ya Rabb, andai dia bukan yang terbaik untukku, kau damaikanlah hatiu dengan ketentuanmu. Kau temukanlah aku dengan lelaki yang ikhlas mencintaku keranaMu dan temukanlah aku dengan lelaki yang boleh membimbingku ke jalanMu. Ya Allah, jika aku bukan yang terbaik untuk dia, maka kau temukanlah dia dengan pasangannya, kau temukanlah dia dengan pendampingnya yang telah kau tetapkan untuknya.Aku redha dengan segala ketentuanMU, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaanMU, Amin Ya Rabbal A'lamin." Auni mengaminkan doanya. Dia mengukir senyuman. Hatinya benar-benar lapang kini. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sejak berpisah dengan tunangnya, dia tidak pernah lupa untuk berdoa. Walaupun lelaki itu pernah menghacurkan hatinya.

****************************************

Telefon milik Auni berdering. Minta diangkat. Di teliti nombor yang tertera. Hati berdetik, nak angkat ke tak, hm,, angkat je la kot pemanggil ada hal. punat hijau ditekan. Terdengar suara memberi salam di sebelah sana. "Auni, ni makcik, Auni sihat?"  Auni terkejut! Hah! mak Rayyan? "Auni?" "Ye makcik, saya sihat, alhamdulillah, makcik sihat?" "Makcik sihat, semua kat sini sihat. Dah lama tak dengar khabar Auni, dah dekat tiga tahun dah." "Masa pantas berlalu makcik," "Auni ada kat mana sekarang?" "saya ada kat Sabah makcik, mengajar kat sini," "Ye ke? seronok mengajar kat sana?" " Seronok, jumlah pelajar tak ramai sangat, jadi tak da la penat sangat nak kawal mereka, lagipun mereka semua baik-baik makcik." "Dah lama ke Auni kat sana?" "Lama la jugak makcik, dah dekat tiga tahun saya kat sini." " Tiga tahun kat sana? Patutla tak dengar khabar, jauhnya membawa diri." Auni ketawa. "Bukan membawa diri makcik, tapi tanggungjawab yang membawa saya ke sini." "Alhamdulillah,Auni tak nak balik sini?" "Nantilah makcik, saya akan balik jugak tapi bukan waktu terdekat ni, lagipun saya belum ada komitmen, jadi biarlah saya kumpul duit banyak-banyk dulu, nanti dah kaya, senang sikit"  Auni bergurau. Terdengar suara ketawa pemanggil. "Okeylah Auni, makcik nak ambil kain dijemuran kejap, nanti ada masa makcik 'call' Auni lagi," "Baik makcik, kirim salam pada semua ya makcik. Assalamualaikum." "waalaikumusalam." Talian dimatikan. Perlahan, airmatanya menitis.

***************************************

"Aku terima nikahnya Nur Auni Afina bt Abdullah dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai." Terasa seperti baru semalam dia bergelar isteri orang. Kehidupannya semakin indah. Rayyan sudah berubah. Rayyan sangat menghargai dan menyayangi Auni sebagai isteri.  Enam bulan bergelar isteri kepada Rayyan membuatkan Auni bersyukur dengan kuasa Allah. Novel Jodoh itu Milik Kita dibeleknya. Sementara menunggu Rayyan pulang dari kerja,  Auni membaca novel sambil berbaring. Makan malam siap dihidangnya. Pintu bilik dikuak, Rayyan masuk dengan langkah yang teratur. Dia turut sama berbaring disebelah isterinya. Tubuh isterinya dipeluknya. Wajah itu dikucupnya. "Abang? Auni tak dengar bunyi kereta abang pun." "Mana nak dengar kalau asyik sangat dengan novel tu." Auni tersenyum. "Maafkan Auni abang," "Abang tak marah pun, Auni dah siap masak?" Rayyan menguatkan lagi pelukannya. "Dah, abang nak makan dah ke?' "Kejap lagilah, abang nak rehat kejap," "Abang nak air tak? Auni ambilkan." "Abang tak haus, Auni temankan abang je." Auni tersenyum memandang Rayyan. Suaminya itu sangat manja. Auni mengusap lembut rambut Rayyan. Sesekali dikucupnya pipi Rayyan. "Auni, jangan goda abang." Auni ketawa. "Mana ada Auni goda abang." Auni tersenyum nakal. Diulesnya bibir Rayyan. Mata Rayyan yang seakan tutup terbuka. Dia tersenyum memandang isteri kesayangannya. "Nakal ye isteri abang ni," Rayyan mengeratkan lagi pelukkannya. Wajah Auni dikucupnya sehinggakan Auni kegelian. Ketawa Rayyan diselangi dengan ketawa Auni. "Abang, janganlah." "Tadi Auni goda abang kan? abang memang dah tergoda ni." senyuman nakal Rayyan membuatkan Auni membeliakkan matanya. "Abang jangan nak mengadalah, nanti lauk tu tak de siapa nak makan." Auni menarik lengan Rayyan menjadikan alas kepalanya. "Auni yang goda abang, siapa yang tak tergoda tengok isteri yang cantik terbaring macam ni? Siap dengan wangi-wangi lagi, Auni pakai dress putih singkat ni sebab nak goda abang kan?" Auni ketawa. Dia akui, dia sengaja memilih dress putih singkat yang sedikit jarang tu untuk tatapan suaminya. Biar kelihatan seksi dimata suaminya. "Auni nampak seksi." Bisik Rayyan dengan penuh romantik. "Auni buat abang tak boleh tinggalkan Auni walaupun sekejap." Dahi Auni dikucupnya. Auni tersenyum. "Seksi Auni hanya untuk abang." bibir merah milik Auni menjadi sasaran Rayyan. "Abang, makan malam." Auni mengingatkan Rayyan "Auni lagi sedap dari makan malam." "Rayyan membenamkan bibirnya ke leher Auni. Mereka sedang mencipta kebahagiaan.

**********************

"Sayang, bangun, mandi lepas tu kita solat subuh sama-sama." Kejut Rayyan. Auni mengeliat. Dia membuka mata. Dia memandang Rayyan yang duduk dihadapanya. "Abang dah mandi?" "belum, tunggu sayang, cepatlah bangun, kita mandi sama-sama." Rayyan tersengih. "Abang ni ada-ada je la." Auni menarik selimutnya, teringat akan sesuatu, Auni menarik kembali selimut rapat ke dadanya. Dia memandang Rayyan yang masih tersengih. Makin lebar pulak sengihannya. "abang ni sengajakan? tolonglah Auni." "Rayyan mendekatkan wajahnya ke wajah Auni. "Tolong apa sayang?" "Ambilkan dress tu, abang main campak je baju orang." Auni menjeling. Rayyan sudah pecah ketawanya. Dia turun dari katil dan segera mengutip  pakaian Auni. " Nak malu apa dengan abang? Abang kan dah tengok?" makin nakal pula Rayyan mengusik Auni. Auni mencuka. Dijelingnya Rayyan. "Hey, pagi-pagi dah dah buat muka kat suami sendiri, tak baik tau." "abang tu, kenakan Auni." Rayyan tersenyum dengan rajuk isterinya. "Ala bushuk abang ni, okey cepat pakai baju tu, kita mandi sama-sama, solat subuh sama-sama, sarapan sama-sama," Rayyan mengenyitkan matanya.
Usai solat subuh,  Auni menyediakan sarapan. ayam dikeluarkan dari peti sejuk. sayur lobak dipotong, bawang dimayang. kuali dipanaskan. Auni mula menumis. bau harum masakannya menyucuk hidung Rayyan. sepanjang mereka berkahwin, dia tidak pernah 'termiss' masakan Auni. Auni memang pandai masak. Dia beruntung kerana mempunyai isteri seperti Auni. Dia rajin memasak,setiap kali Rayyan ke tempat kerja,Auni akan sediakan  bekal buat Rayyan. Kata Rayyan, masakan Auni akan buat dia sentiasa ingat pada Auni. Dia menyenguk ke ruang dapur. Melihat isterinya ralit menggoreng nasi. Aroma masakan sudah sampai ke hidungnya. Dia berdiri dibelakang Auni. Perlahan, tangannya melingkar ke pinggang Auni. "Abang ni, selalu buat Auni terkejut." Rayyan hanya tersengih. "Lambat lagi ke nak masak ni sayang? Abang dah lapar ni." "kejaplah, kalau abang tak kacau Auni dah siap dah nasi ni." "Abang pulak yang kena? Auni goreng telur tak?" "Mestilah goreng, telur separuh masak kan? Auni ingat lagi kegemaran abang." pipi Auni dikucup Rayyan. "Ni yang buat abang bertambah sayang kat Auni" "Auni pun sayang abang juga, jom makan abang, nasi dah siap ni." Auni mencedok nasi goreng dalam kuali ke dalam mangkuk nasi. "Pandai isteri abang masak, abang dah terliur ni" Mereke ke meja makan. Mula menjamah nasi goreng tomyam. Rayyan tambah dua kali. "Enam bulan kita kahwin, abang perasan sesuatu." "Apa tu abang?" "Berat badan abang dah naik. Ni semua gara-gara masakan Auni. sedap giler, terasa rugi pulak lambat kahwin dengan Auni" Auni tersenyum senang. Rayyan sudah jauh berubah. Dulu ketika mereka bertunang, jika dia memasak untuk Rayyan, Rayyan tidak pernah memuji masakannya. Jika dulu, Rayyan liat untuk bersolat, tapi sejak mereka berkahwin, Rayyan dah boleh menjadi imamnya. Ya Allah, syukur sangat dengan anugerah yang Kau berikan ini. Auni berasa bahagia sangat.

***************************************

Rayyan dan Auni menonton televisyen.  Kepala Rayyan berada diatas paha Auni. Dia senang begitu, Auni tahu suaminya seorang yang manja. Diusapnya rambut Rayyan. Sesekali jemarinya akan bermain dengan janggut Rayyan. Janggut sejemput! "Sayang, terima kasih." Gerakan Auni terhenti. " Terima kasih untuk apa abang?" "Terima abang semula dalam hidup Auni." Auni tersenyum. "Allah Maha Berkuasa abang, Dia dah tentukan segalanya." "Auni sayang abang tak?" "Sayang, mestilah sayang." "Abang tahu Auni sayang abang, kalau Auni tak sayang abang, Auni takkan terima abang semula kan?" "Abang, jangan diungkit perkara lepas." Rayyan menyentuh dada Auni. "Hati ni, abang dah banyak sakitkan, abang dah banyak lukakan. Kalau abang boleh tengok hati Auni, mesti banyak jahitannya." "Abang, jangan cakap macam tu, perkara tu dah lama berlalu." "Abang menyesal buat Auni macam tu.Abang terlalu ikutkan darah muda abang." "Tak pe abang, Auni tak salahkan abang pun." "Auni, setahun selepas Auni pergi dari hidup abang, abang rasa hati abang sangat kosong walaupun ketika itu abang dikelilingi ramai perempuan. Abang tak tahu apa yang abang cari  dalam hidup abang. Abang banyak bazirkan masa dan duit dengan mereka. abang nak mereka sayang abang. Tapi sayang, sebenarnya mereka tak sayang abang seperti mana Auni sayangkan abang. Auni banyak bersabar dengan abang. sepanjang kita bertunang, abang tak pernah layan Auni seperti tunang. malah abang tak pernah memberi apa-apa pada Auni. Abang rasa bersalah Auni. Abang nak 'contact' Auni semula tapi abang malu. Abang malu pada Auni, malu pada diri abang. siang malam abang berdoa agar abang bertemu semula dengan Auni." "Kenapa abang tak balik semenanjung cari Auni? Abang kan tau kampung Auni?" "Abang malu Auni. Auni ingat tak masa Auni bercuti kat Langkawi dulu? Abang ternampak Auni kat Chenang, tapi abang tak berani nak dekat dengan Auni" Rayyan bangun, perbetulkan duduknya supaya bertentangan dengan Auni. Dia meraup mukanya. "Abang minta maaf Auni" "Abang, benda dah lepas, biarlah abang. Auni pun dah lupakannya. Masa tu Auni nampak abang, sebab tu Auni lari balik chalet" "Abang rasa bersalah, Auni sanggup terima abang semula dan layan abang macam raja. Sedangkan dulu, abang tak pernah layan Auni dengan baik." Auni mencapai tangan Rayyan. Tanggan suaminya digenggam erat. "abang,  ketika kita berpisah, Auni memang sakit, terluka dan kecewa. Tapi Auni tabahkan hati. Auni anggap Auni bukan yang terbaik untuk abang. Auni berdoa supaya abang bertemu dengan jodoh abang. walau siapa pun dia, biarlah dia boleh menjaga abang dengan baik." Rayyan menangis mendengar kata-kata Auni. Sayang benar isterinya pada dia. Dia yang bodoh kerana sanggup lukakan sekeping hati yang ikhlas terhadapnya. "Abang janganlah macam ni, sekarang kita dah kahwin kan?Kita dah bahagia abang." Auni menyeka airmata yang mengalir dipipi Rayyan. Rayyan mencapai tangan Auni lalu dikucupnya. "sayang tunggu sini kejap ye, abang nak ke bilik kejap." Auni hanya mengangguk. Rayyan datang dengan senyuman. tangannya disembunyikan dibelakang. dia mengambil tempat disebelah Auni."sayang pejamkan mata" "Abang nak buat apa ni?" "Pejamlah, tak pejam kang abang cubit." "Abang ni mengada-ngada." walaupun mulutnya membebel, dia memejamkan juga matanya. "Okey, sekarang sayang buka mata." Sepantas kilat Auni mencelikkan matanya. Matanya tertancap pada sepasang dress berwarna ungu. Dress yang ingin dibelinya suatu ketika dulu. Auni menjerit kesukaan. Pantas tubuh Rayyan dipeluknya. "abang, terima kasih. mana abang tau Auni nak dress ni?" Rayyan tersenyum. "Auni ingat tak hari Auni langgar abang?  Masa tu abang dah nampak Auni, Abang ikut Auni. Abang nampak Auni dok belek dress ni tapi letak balik. Abang fikir Auni mesti sukakannya tapi tak jadi beli. Abang belikan untuk Auni hari tu jugak.Abang tunggu waktu yang sesuai nak bagi kat Auni." "Patutlah masa dapat gaji, Auni ke butik tu, tapi dress dah tak ada, Auni tanya penjual kat butik tu, dia cakap dah habis stok." "Tapi sekarang dah dapat kan dress tu?" Mata Auni membulat galak. "Auni sayang abang." "Dapat dress dia, baru nak sayang abang ya?" Rayyan memuncungkan bibirnya. Auni tergelak. Dia menggeletek  Rayyan. Ketawa mereka bersatu. "Abang tak bagi dress ni pun, Auni tetap sayang abang." Auni mengucup pipi Rayyan. Rayyan memeluk Auni erat.

************************************
Dress labuh ungu pemberian Rayyan disarungkan ke badannya. Jelas menampakkan susuk tubuhnya yang ramping. rambutnya disanggul tinggi. wajahnya dioles dengan cream dan bedak. Kelopak matanya diconteng dengan eyeshadow, alis matanya dihiasi dengan eyeliner. Pipinya disapu sedikit dengan blusher. Auni memandang wajahnya. dia tersenyum. Sekadar bersolek ringkas. dia kemudian mengambil gincu, dicalit  ke bibirnya. Gincu berwarna pink lembut menyerlahkan lagi keayuan wajahnya. Dia ingin mencapai tudung ungu lembut, sepadan dengan dress labuh ungu miliknya. Pintu bilik diuak. "Sayang dah siap belum?" Rayyan terpana. Berkali -kali ditenyeh matanya. "Belum lagi abang, sekejap, nak pakai tudung." "sayang," Panggil Rayyan lembut. dia mendekati Auni. "sayang cantik sangat. Dress ni sesuai dengan Auni." dia memeluk belakang Auni. diusapnya jemari Auni. "Abang, nanti kita lambat" "sayang cantik, abang macam tak nak pergi pulak majlis malam ni. nak berkepit dengan Auni je.' "abang jangan nak mengadalah, dorang semua mesti tengah tunggu kita." Rayyan tidak menghiraukan kata-kata Auni. Dia mengeratkan lagi pelukkannya. Dia menarik cucuk sanggul rambut Auni. Dibiarkan rambut itu mengurai. Rayyan mencium haruman yang terbit dicelah-celah rambut Auni. Auni terbuai dalam pelukan Rayyan. Dia memejamkan matanya. "abang," Lembut kedengaran suara Auni. "Hmm,," "Kita ada majlis, nanti kita terlewat." Rayan tersenyum. Dia mengucup pipi Auni. "Cantik Auni malam ni, cepat bersiap tau." Rayyan melepaskan pelukannya. Auni mengucup pipi Rayyan. "abang tunggu sekejap, lagi lima minit." Auni tersengih.

******************************
"Cantiknya cikgu," puji Shahir. dia tayang gigi. dia memandang ke arah Rayyan. "abang Rayyan pun handsome juga.Dia tersengih. "Ni kenapa sengih-sengih ni?" "Cikgu cantik, abang Rayyan handsome, nanti kalau cikgu dapat anak, mesti anak-anak cikgu comel-comel belaka." Makin lebar sengihan Shahir. Aku tersenyum. Rayyan pula join Shahir. Tersengih. Malam ni merupakan malam perpisahan Auni dengan MRSM Sandakan. Dia dan Rayyan akan kembali ke semenanjung. Sudah puas berbakti di Negeri Bawah Bayu, masa untuk kembali ke semenanjung sudah tiba. Rafini menghampiri Auni. "Cikgu yang comel, nanti dah balik semenanjung, jangan lupa datang sini balik tau, kami semua mesti rindu cikgu nanti." Auni memang rapat dengan pelajar-pelajarnya di sini. Apabila mereka mengetahui dia akan kembali ke semenanjung Malaysia, mereka ingin adakan majlis perpisahan untu Auni. Walaupun bukanlah di hotel atau di dewan besar, majlis yang ringkas di dewan sekolah itu cukup meriah. Auni tersenyum gembira. Ya, dia mesti merindui Shahir yang suka tayang gigi, Rafini yang sentiasa mengusiknya,Saiful yang nakal, Maisarah yang pendiam,teman-teman sejawat, Cikgu Salbiah, Cikgu Lokman, Cikgu Amnimazita, Cikgu Hafizi, dan staff sekolah.Pasti dia merindu mereka semua.

***************************************
"sayang buat apa tu?" "Tengok album lama ni abang, masa kat MRSM dulu. Teringat kat Shahir dengan Rafini. Dah dua tahun tinggal Sandakan. Mereka pun sekarang dah tingkatan lima." "Rafini yang selalu panggil Auni cikgu comel ke?" "Ya abang, dia la tu, dia tak pernah panggil Auni Cikgu Auni, dia akan paggil cikgu comel. Auni pakai baju kurung ke, blaus ke, dress ke, dia tetap panggil cikgu comel. kadang-kadang nak mintak Auni ajar dia pun, dia cakap macam ni 'cikgu comel, Fini tak faham la apa beza imigrasi dengan emigrasi ni.Rindu kat mereka abang." Auni tergelak. "isteri abang ni  memang comel pun, mujurlah abang yang kahwin dengan Auni. Kalau tak melopong abang." Rayyan tersenyum. mata Auni mula membesar. Meledak ketawa Rayyan. apabila ketawanya reda, dia melentokkan kepalanya di bahu Auni. "Sayang, abang rasa bertuah dapat isteri macam Auni. Terima kasih sayang" "Auni pun, dulu Auni fikir abang takkan berubah, rupanya telahan Auni salah." "Auni isteri yang baik, abang fikir Auni dah tak nak terima abang." "Mulanya tu memang Auni tak nak abang, Auni takut Auni akan terluka lagi. Tapi bila mak 'call' Auni, pujuk Auni, Auni sebak, dah lama Auni tak dengar suara mak, mak cakap dia tetap anggap Auni macam anak dia sendiri. walaupun dia sendiri terkilan dengan perpisahan kita, tapi mak reda. Mak pesan macam-macam kat Auni. Auni sedih abang. Siang malam Auni menangis. Dulu Auni menangis kerana berpisah dengan abang, lepas tu menangis kerana mak.Abang, pada mulanya Auni tak terima sepenuhnya diri abang, Auni cuma nak penuhi harapan mak dengan abah. Tapi bila lama-kelamaan, Auni tengok abang dah banyak berubah. Abang bukan lagi Mohd Rayyan Arman b Mansor yang Auni kenal suatu ketika dulu. Abang banyak berubah." Perlahan air mata menitis dipipi Auni. "Auni sayang, jangan menangis, abang minta maaf pasal dulu-dulu, abang sayang Auni." Rayyan mengesat pipi Auni. "Jangan menangis lagi, nanti baby dalam perut ni pun kuat menangis macam ibunya." sempat lagi Rayyan menyakat Auni. Auni membeliakkan matanya. Rayyan sudah ketawa. Pipi Auni dikucupnya penuh kasih. "Abang sayang Auni selamanya." Auni tersenyum bahagia. Kerana masih mencintainya, aku terima dia kembali dalam hidupku..
Ya Allah, andai inilah hikmah perpisahan kami suatu ketika dahulu, aku bersyukur dengan kebahagiaan ini. Terima kasih Allah..
                                                           

setiap kesedihan, kedukaan pasti diakhirnya ada kegembiraan,,
Jodoh itu kan rahsia allah, walaupun jauh terpisah, walaupun lama terpisah,, 
namun andai sudah jodoh, bersatu jua,,

~Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya~