lamanya saya xon blog saya ni.. berhabuk nampaknya.. aduhai.. dah 2019 dah.. maknanya dah 4 tahun saya tak lawat sini,,, hihihii
inshaallah penulisan cerpen saya yang tertangguh akan mula menghiasi blog saya nanti.. rindunya untuk menulis.. tunggu idea datang ya... (^^,)
nanti kita jumpa dalam cerpen saya,, (^^,)
seindah memori
Thursday, June 20, 2019
Monday, September 21, 2015
i'm back!!
Dah lama tak hupdate blog nih.. hampir setahun jgk yer... maklumlah buzy sikit dengan hal hal peribadi dan kerja.. hari khamis ni dah nk raya haji.. sebelum tu takziah dan alfatihah buat arwah jemaah malaysia yg meninggal di sana kerana insiden ribut kuat dan kren jatuh.. semoga roh mereka dicucuri rahmat.. dah 2 kali raya puasa tanpa ayah.. raya haji kali ni pon tanpa ayah jgk.. rindu pada arwah ayah.. semoga ayah tenang di sana.. setahun lebih dah ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama lamanya.. sungguh pedih tp kena redha jugak.. allah dah atur cntik. Cuma bila ayah dah tiada ni mcm mcm yg berlaku. Msa ni lah kita boleh tengok sapa sebenarnya saudara kita... sapa yg nk amek kesempatan atas ketiadaan ayah.. rupanya ramai.. mereka berhutang dgn arwah bila dituntut mereka tak mau bayar.. sampai hati mereka. Yg buat buat lupa pun ada... tak pa lah biar Allah saja yg membalasnya... sebenarnya mcm mcm jgk ragam manusia ni ya.. hihi... okeh nanti sy smbung celoteh lg yer.. hahaha
Wednesday, June 11, 2014
melakar bahagia
Ernida memasuki ruang kamar yang suram itu. Perlahan lahan kakinya menapak. Bimbang jika ada yang mendengar akan kepulangannya. Dia duduk di birai katil. Memandang sekujur tubuh yang terbaring. Ernida menghembus nafas lega. 'Mujur lah dia tak terjaga, tidur mati agaknya.' Bisik hati Ernida. Ernida kemudiannya bangun untuk membersihkan diri. Baru setapak dia melangkah dia terasa tangannya di pegang seseorang. Langkahnya terhenti. "Sayang dah balik? Kenapa lambat sangat?" Dia memandang wajah lelaki itu dalam kesuraman malam. "Err, Erni ganggu tidur abang ke? Maaf ye." Jam ditangan dikerlingnya. Pukul 10 malam. Suaminya yang tidur awal. Mungkin letih bekerja siang tadi. "Tak lah, abang tidur tidur ayam je ni,tunggu sayang balik." Lelaki itu tersenyum. "Maaf ye abang, tadi pusing-pusing bandar, jumpa Aina, borak-borak dengan dia tak sedar dah lewat. Nak mesej abang bagitau tadi, tapi bateri pulak habis. Sorry again" kasihan juga dia pada si suami yang menunggunya. "Tak ape, cuma lain kali jangan buat macam tu lagi. Abang risau. Erni dah solat belum?"" Belum abang, Erni nak mandi dulu,lepas tu nak solat." "Pergilah, abang tunggu, kita solat sama-sama." "Abang belum solat lagi"? Lelaki itu tersenyum dan kemudiannya menggelengkan kepalanya. Ernida tersenyum. Dia tahu suaminya tidak pernah lupa untuk mengimamkannya dalam solat. Beruntung dia mempunyai suami seperti suaminya. Baik, penyayang dan tidak pernah lupa tanggungjawab kepada Yang Esa. Cuma dia belum bersedia untuk memberi sepenuh rasa kasih dan cinta kepada suaminya.
*************************************************************************
"Erni tak nak kahwin ke?" Erni memandang wajah tua itu. Dahinya berkerut. "Kenapa umi tanya macam tu?" "Umur kamu bukan makin muda Erni, umi nak juga tengok anak umi ni ada keluarga sendiri." "Insha Allah umi, nanti kalau ada putera kayangan yang datang meminang Erni, Erni kahwinlah umi." Wajah tua itu tersenyum. Dia mengeluarkan sesuatu di bawah kusyen. Kemudian diserahkan kepada Ernida. "Apa ni umi?" "Tengoklah, kalau Erni berkenan dengan putera kayangan tu."Sepantas kilat Ernida memandang tepat ke anak mata uminya. Beralih kepada sekeping gambar ditangannya. "umi,,Erni tak kenal dia." Puan Khadijah memegang lembut tangan anaknya. "Sayang, umi kenal keluarga dia, umi berkenan dengan lelaki ni, bakal mak mentua kamu pun berkenan dengan kamu. Dia baik Erni. Lelaki ni pun baik. Dia tak tinggal solat." "Umi, mak dia pernah tengok Erni ke? Ni lelaki ni pernah tengok Erni?" Tiba-tiba rasa seperti ingin mengamuk. Tapi untuk apa? Umi paksanya kahwin? Umi nak satukan dia dengan orang yang dia tak kenal? Huh! "sabar sayang, mereka dah tengok gambar Erni, umi dah berbincang dengan Puan Sarah, kalau kedua-dua pihak tiada halangan,kami nak satukan kamu berdua dalam masa terdekat ni." "Umi, Erni tak kenal lelaki ni, Erni takut dia tak baik umi, kaki perempuan ke, kaki pukul ke." "Erni, tak baik buruk sangka kepada orang, Erni sayang umi tak?" Ernida mengangguk. "Erni setuju dengan keputusan umi? Satukan kamu dengan Amzar? Ernida terdiam. Memikirkan kata-kata uminya. Ah! parah! Dah la tak kenal siapa lelaki ni, tak pernah tengok pun rupa dia, hidung kemek ke, mata sepet ke? Haduh! umi ni pun satu, buat keputusan tak nak bagitau orang dulu. Sape nama lelaki tu tadi? Amzar? Kacak ke Amzar tu? Kerja apa? kalau kacak tak kan nak kahwin pun ikut orang tua-tua. Dia tak ada pilihan sendiri ker? Buatnya dia ada pilihan sendiri tapi kena kahwin paksa macam mana? Hadoi,, Pening. Ernida memicit-micit kepalanya. "Sayang,?" "Umi, bagilah orang masa umi, Erni nak fikir dulu, ni soal masa depan Erni umi, Erni nak kahwin sekali seumur hidup. Erni tak nak bercerai berai." "Umi faham nak, fikirlah tapi umi berharap keputusan Erni nanti adalah berita gembira untuk umi." Ernida hanya memandang wajah tua itu dengan pandangan kosong.
***********************************************************
"Am? tak nak tengok gambar tuannya ke?" "Tak pelah mama, biar je lah, Am ikut je pilihan mama, kalau itu baik bagi mama, baiklah bagi Am." "Betul ni Am? Am tak menyesal?" Amzar tersenyum memandang Puan Sarah. Dipeluk bahu mamanya. "Mama, Am tahu, mama sentiasa lakukan yang terbaik untuk anaknya, Am tak kan menyesal dengan pilihan mama. Kalau dia baik pada pandangan mama, dia juga baik pada pandangan Am." "Mama harap kamu bahagia nanti nak, dia baik Am, mama tak nak kamu kenangkan benda yang dah lepas, yang lepas tu biarlah lepas, usah dikenangkan lagi" "Mama maksudkan apa? Am teringatkan bekas tunang Am? Perempuan yang curang tu? Am dah tak ingtkan dia mama, perasaan Am pada dia pun dah mati mama." Sedikit keras suara Amzar menutur kata. Puan Sarah mengusap-usap rambut anaknya. Dia senang melakukan begitu jika angin anak sulungnya datang. Kemarahan Amzar beransur pergi. Usapan mamanya menyenangkan hatinya. "Mama, kalau Am dah kahwin, mama nak usapkan lagi tak rambut Am macam ni?" "Ish! dah kamu ada isteri, isteri kamu la yang buat, ada pulak mama." Kalau dia tak nak buat mama?" Pertanyaan Amzar mengundang ketawa Puan Sarah. Geli hati dengan perangai anak bujangnya itu. "Kamu ni Am, nak kahwin dah pun nak manja-manja lagi dengan mama, nanti tahulah isteri kamu tu layan kamu macam mana. Nanti kamu boleh bermanja dengan isteri kamu, dah lupa dah macam mana nak bermanja dengan mama." "Kalau macam tu mama, kita cepatkan majlisnya ye mama. Am risau bakal menantu mama tu lari, sebab tak setuju." "Ke situ pulak dia, nantilah, mama pun tengah tunggu keputusan dari pihak perempuan. kalau dia setuju, hujung bulan ni kamu bertunang terus nikah. lepas tu baru kita buat majlis resepsi." "Tak cepat sangat ke mama? Macam nak kahwin koboi je?" "Benda baik Am, kita kena cepatkan, lagipun mama dah tak sabar nak ada menantu. Sekurang-kurangnya ada peneman mama." "Kalau dia teman mama, siapa nak teman Am?" Sekali lagi pecah ketawa Puan Sarah. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. "Kenapalah anak mama ni biul sangat? Sudah, pergi mandi. mama nak telefon bakal mak mentua kamu tu. Nak tanya keputusan meraka." Dengan malas Amzar bangun menuju ke biliknya. "Betul ke Am tak nak tengok gambar bakal isteri Am ni?" Dia terdengar soalan mamanya. "Tak nak mama, Am nak tengok orangnya yang betul-betul, nanti kami bernikah baru Am nak tengok, baru suprise sikit." Jerit Amzar sambil tersenyum. sekejap-sekejap dia menggelengkan kepalanya. Aku dah nak kahwin? Dia menggarukan kepalanya yang tak gatal.
********************************************************
Amzar memasuki biliknya yang harum. Bilik pengantin lah katakan. ini semua idea mama, nak letak haruman rose sebab si Ernida suka haruman rose. Eh! ni bilik aku ke bilik dia? mama, mama,, kalau dah sayang menantu, semua benda nak ikut menantu. Sabar je la Am,, kau mungkin akan disisihkan mama kau nanti. Biarlah, aku kan dah ada permaisuri hati. hehehe..seminggu yang lepas dia selamat disatukan dengan Ernida. Dia tersenyum bila mengingatkan pertama kali terpandangkan wajah isterinya. Hampir ternganga dia. Tak sangka isterinya begitu cantik. Walaupun tidaklah secantik Siti Nurhaliza tapi pada pandangannya isterinya lebih cantik dari Siti Nurhaliza. hehehe.. Amzar berbaring di atas katil. Niat hati mahu lelapkan mata seketika. Ernida masih di bawah kerana membantu saudara yang lain mengemas rumah. matanya semakin layu. Dia sudah tidak terdaya mahu membuka matanya. Akhirnya dia terlelap.
**********************************************************
Ernida memasuki ruang kamar yang berbau harum itu. Dia menarik nafas lega bila terpandangkan suaminya berbaring di atas katil. Sebentar tadi puas dia mencari suaminya, disangkanya suaminya tak setuju dengan perkahwinan mereka kerana selepas saja majlis resepsi, Amzar terus lesap. Rupanya disini suaminya bersembunyi. Dia pun tidak sedar akan kehilangan suaminya, sehinggalah sepupu suaminya Haikal menegur akan ketiadaan Amzar. Bertuah punya suami, kita penat-penat kat bawah, dia sedap-sedap landing kat sini. Tanpa sedar Ernida membebel. Dia mengambil pakaiannya dalam almari, kemudian memasuki bilik air. Badan sudah melekit. Usai mandi, Ernida membentangkan sejadah, ingin menunaikan solat isyak. Jam sudah menunjukkan angka 12 malam. Di bawah rumah, masih kedengaran suara saudara-mara Amzar yang riuh rendah. Usai solat, Ernida merapati suaminya. Dia melihat wajah suaminya. Perlahan jemarinya menyentuh lembut pipi suaminya. Amzar terasa seperti ada sesuatu yang merayap di pipinya. dengan pantas dia menangkap 'sesuatu' itu. Ernida tergamam. Sepantas kilat Amzar membukakan matanya. Terkedu dia seketika bila memandangkan wajah isterinya tanpa tudung. Matanya jatuh pada rambut milik isterinya yang hitam pekat.Dia pantas bangun menatap wajah isterinya. sunyi antara mereka. Amzar ralit memerhati wajah isterinya. Subhanallah, indahnya ciptaanMu ya Allah. Perlahan jemari Amzar menyentuh rambut Ernida yang panjang mengurai. Matanya yang mengantuk tadi menjadi segar bugar. Dia mencium rambut isterinya yang basah. Terasa haruman rambut isterinya. Dia menelan air liur. Keinginan untuk bersama isterinya memuncak. "Abang, abang dah solat belum?" lembut suara isterinya menegur. Amzar buat-buat tak dengar. Tangannya berkalih kepada pinggang Ernida. Dia mengemaskan pelukkannya. Ernida telan air liur. Berdebar-debar. Ernida mengelus lembut tangan suaminya. "Abang?" lembut tutur Ernida memanggil si suami. "Hmmmm.." hanya itu yang mampu disahut oleh Amzar. Dia seakan-akan terpukau dengan haruman Ernida. "abang dah solat belum? tadi Erni masuk tengok abang dah tidur." "Belum lagi, abang letih, sekejap lagi abang solat. sayang dah solat?" Erni menganggukkan kepalanya. "Baru je sudah, air sembahyang Erni pun baru je batal." Erni mengenyitkan matanya kepada suaminya. "Nakal eh, nak kenakan abang la tu. Tadi siapa yang gatal-gatal sentuh pipi abang? Hmmm?" Amzar mencuit pipi gebu milik isterinya. Ernida melentokkan kepalanya ke dada bidang milik suaminya. Amzar mengemaskan lagi pelukkannya. Dia tenang begitu. Berada disamping isteri yang baru dinikahinya membuatkan dia begitu tenang. Hari-hari nak dengar suara lembut isterinya saja. Isterinya benar-benar menyenangkan hatinya. Tak salah pilihan mama. Amzar tersenyum. Dia mencium pipi isterinya. Ernida mengelus lembut rambut Amzar. Amzar tersunyum. 'Mama, isteri Am usap rambut Am mama.'bisik hati kecilnya. Semakin lebar senyuman Amzar teingatkan perbualannya dengan mamanya dulu. "Abang, terima kasih kerana menerima Erni sebagai isteri abang, Kita tak pernah mengenali antara satu sama lain. Kita bertunang dan nikah hari yang sama. Tak berpeluang untuk mengenali sesama kita dengan lebih dekat. Tak macam pasangan yang lain." "Abang yang patut berterima kasih pada Erni, terima abang sebagai suami Erni. Tak pe sayang, abang tak kisah, kita boleh bercinta selepas nikah kan? " Amzar tersenyum. menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Dia mencium leher Ernida. "Abang, abang tu belum solat lagi, mandi pun belum lagi.. abang mandi dulu ye, Erni tunggu abang." Ernida tersenyum memandang Amzar. Dia mencium tangan suaminya. Amzar melepaskan pelukkannya. "Tunggu abang tau" Amzar mengenyitkan mata kepada isterinya dan berlalu ke bilik air. Nakal. Dalam hati, dia tersenyum bahagia.
*********************************************************
tempoh awal perkahwinan mereka, Ernida masih tidak dapat membiasakan diri dengan Amzar. Seingatnya, malam itu dia terus tidur usai suaminya ke bilik air. Oh! pembetulan, pura-pura tidur. Ernida takut kerana belum bersedia. Namun selepas kejadian dia pulang lewat tempoh hari, sedikit sabanyak pintu hatinya terbuka untuk si suami. Dia yang sedang menyiram pokok bunga terasa ada tangan yang menglingkar dipinggangnya. Dia tahu siapa gerangannya. Haruman polo yang semerbak itu sudah dapat diagak siapa empunya badan. "Abang dah bangun? Kan tak elok tidur selepas subuh?" "Abang letih la sayang, kerja kat pejabat tu banyak sangat. Mujur hari ni cuti, abang nak spend time dengan bidadari abang ni." Ernida menyudahkan siraman pokok bunganya. Tersenyum dia sambil memerhati bunga rose dan orkidnya yang berkembang mekar. Dia menuruti langkah Amzar menuju ke kerusi batu di hadapan laman rumah mereka. Sebelah kanan laman kelihatan kolam buatan sendiri. Idea siapa? Sudah tentu hero kacak Ernida. hehehe.. Jangan tak tahu suami Ernida ni pakar dalam landskap. Sebab itu kerjayanya seorang arkitek. "Abang ada sesuatu nak cakap dengan Erni." Ernida hanya memandang anak mata Amzar. "sayang dah boleh terima abang? Maksud abang sepenuhnya. Sayang abang dan cintakan abang sepenuh hati Erni?" Ernida mengelus jemari Amzar. Dia menarik nafas dalam-dalam. "Erni sedang berusaha abang, Erni tahu abang sayangkan Erni, abang tak pernah lupa tanggungjawab abang terhadap Erni. Erni akan cuba, abang bagi Erni masa sikit je lagi."Ernida mengharap. Sebenarnya dia sudah menerima suaminya itu cuma hanya berlakon saja. Dia memandang wajah lelaki yang tersenyum itu. "Abang sedia menunggu sayang, sampai Erni boleh terima abang sepenuhnya. Sampai bila-bila hanya Erni bidadari dunia abang, insha allah di akhirat juga." Ernida terlopong dengan kata-kata Amzar. Amzar menghadiahkan ciuman dipipi Ernida sambil tersenyum.
*****************************************************
Ernida menyibukkan dirinya di dapur. Sekejap lagi suaminya akan pulang dari bekerja. Selepas dia berkahwin, Ernida sudah berhenti kerja. Itu permintaan suaminya. Alasannya, dia tidak mahu ada lelaki lain memandang Ernida di luar sana.Cemburu juga ya suami aku ni! Tak apalah, asalkan bulan-bulan ada income, boleh shopping. hehehe.. Aroma masakan Ernida menyucuk hidung. Sesekali dia terbersin. Jika dulu dia sukar untuk menerima suaminya, tapi perasaan itu semakin berkurang. Suaminya pandai menjaga hatinya. dia sudah bersedia untuk menerima suaminya dengan sepenuh hati. Suaminya tidak pernah meninggikan suara kepadanya, suaminya terlalu baik. Segala kerenahnya suaminya melayan dengan senang. Jika ingin menegur, suaminya akan menegur dengan lemah lembut. Itu yang membuatkan dia semakin jatuh sayang dengan suaminya. Mungkin inilah hikmahnya dia putus tunang dengan Zulkarnain tiga tahun lalu. Rupanya Allah nak temukan jodoh yang lebih baik kepadanya. Syukur. Ernida terdengar deruman kereta memasuki ruang halaman rumahnay. Dia tersenyum. Pasti suaminya sudah pulang. Dia menutup api didapur kemudian menuju ke pintu hadapan. Lantas dibukanya pintu menyambut kepulangan suami dengan senyuman. Amzar tersenyum memandang isterinya. Sejak berkahwin, sudah menjadi rutin Ernida menyambut kepulangannya. Dia semakin bahagia dengan tingkahlaku isterinya. Amzar menghulurkan tangannya, Ernida menyambutnya lantas dikucup tangan milik suaminya. Amzar mencium dahi Ernida. "Sayang masak apa ni? Sedap baunya." Dia memeluk pinggang Ernida. Mereka beriringan menuju ke ruang tamu. "Masakan istimewa untuk abang." "Kenapa istimewa?" Ernida hanya tersenyum. dia bingkas ke dapur. Dia datang semula dengan membawa segelas jus oren. Dihulurkan kepada suaminya.Amzar mengambilnya dan minum seteguk dua. Hatinya tak sabar untuk menunggu jawapan daripada Ernida. Dia menghenyakkan punggungnya di sebelah Ernida. Wajah Ernida direnungnya. Hilang segala keletihannya. Serabut di tempat kerja hilang begitu sahaja bila memandang wajah lembut dihadapannya. "Cepatlah sayang, kenapa istimewa? hari ni bukan hari lahir abang, ulang tahun perkahwinan kita pun bukan, hari ni pun bukan hari lahir sayang, kenapa ya?" Ernida ketawa. Oh sopannya dia ketawa. Amzar suka mendengar ketawa Ernida. Dia memegang tangan Ernida. " Ernida, kenapa ni? " Amzar pura-pura marah. Tanpa suara, Ernida menarik tangan suaminya dan kemudiannya diletakkan ke perutnya. Amzar tercengang. "Kenapa ni sayang? Sayang sakit perut?" Amzar tidak betah duduk. Risau jika isterinya sakit. Tangannya diletakkan ke dahi isterinya. Tadi Ernida ada telefon dirinya untuk meminta izin ke klinik. Sakit apakah isterinya? Sekali lagi ketawa Ernida meletus melihat perlakuan suaminya yang kelam kabut. "Abang, jangan gelabah sangat, Erni tak ada apa-apa, Erni sihat." "Habis tu, Erni suruh abang pegang perut Erni kenapa? Erni jangan main-main dengan abang, abang tak nak kehilangan Erni, kita baru lima bulan kahwin tau. Abang tak puas lagi merasa nikmat rumahtangga." Erni menampar lembut peha Amzar. "Abang ni, ke situ pula dia, betullah cakap mama, abang ni lembab la." "Hei, tak baik tau mengutuk suami." Ernida tayang gigi. Sekali lagi Ernida menarik tangan Amzar ke perutnya." Dalam perut Erni sekarang ni ada benih abang." Ernida tersenyum memandang Amzar. Amzar memandang Ernida. Bagaikan tidak percaya dia bakal menjadi bapa. " Betul ni sayang? Kita akan jadi mama dan papa?" Ernida menganggukkan kepalanya. Lantas Amzar memeluk tubuh Ernida. "Terima kasih sayang, terima kasih. Lepas ni jangan buat kerja berat-berat lagi dah. Abang nak Erni jaga baby kita, jaga kesihatan Erni." "Erni akan jaga tanda cinta dan kasih abang kepada Erni.Erni sayang abang." Ernida mencium pipi suaminya. Sepanjang perkahwinan mereka, pertama kali dia mengungkapkan kata sayang kepada suaminya. Dia telah bersedia untuk memberikan rasa kasih, cinta dan sayangnya kepada suaminya apabila doktor mengesahkan dia hamil dua minggu. Inilah tanda cinta suaminya kepadanya. Dia takkan sesekali mensia-siakan cinta suaminya. Amzar merenggangkan pelukkannya. Matanya merenung mata bundar milik isterinya. "Sayang dah boleh terima abang sepenuh hati?" Ernida hanya menganggukkan kepalanya. Amzar tersenyum. "alhamdulillah, tidak sia-sia doa abang selama ni, tidak sia-sia abang ambil hati sayang, supaya boleh terima abang dengan baik." Dia mengucup dahi Ernida. "Abang baik dengan Erni, baik sangat, abang tak pernah marahkan Erni, tu yang Erni sayang abang." "abang tak kan marah orang yang abang sayang tapi abang akan tegur dengan baik. sayang tahu yang tu kan?" Ernida tersenyum. "Tahu, lima bulan kenal abang, Erni dah tahu abang macam mana, Erni bahagia dengan abang. Erni ingat Erni takkan bahagia lagi dah." 'Sayang, kita berdua ada kisah silam masing-masing, tapi Allah itu maha Adil kan? Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Pilihan mama untuk abang adalah tepat. Pertama kali pandang wajah sayang, dah tiada bayangan Aziyan." "Erni minta maaf abang, Erni susah sikit nak terima abang dulu sebab Zulkarnain. Erni trauma dengan lelaki. Tapi lepas kita nikah, Erni yakin dengan abang, Erni cuba bukakan hati untuk abang. Dulu sayang sikit, sekarang banyak.." Ernida menguntum senyuman. "Sayang, Erni adalah segala-galanya bagi abang. Erni adalah nyawa abang." Ernida mencium bibir suaminya. "I love you sayang." Ernida merangkul leher suaminya. "I love you too sayang." Amzar membalas ciuman isterinya.Dia dan Ernida sedang melakar bahagia. Siapa kata cinta selepas nikah tak bahagia??? Jodoh kan milik Allah,,, Kun fa ya kun...

Monday, June 2, 2014
malam sunyi...
Mata belum mengantuk... selalunya jam mcm ni dah dibuai mimpi... cuba melelapkan mata tapi gagal... sperti ada sesuatu yg bertapak difikiran.. berkali kali mata dipejamkn tp tetap degil.. dicelikkan kmbali.. sudahnya... handphone dicapai dan sentuhan jemari qhalbu disingkap... jemari mula menaip... sebenarnya sejak saya belajar mncintai seni.. sy betul betul jatuh cinta.. daripada zero,saya dah tahu sedekit demi sedikit.. alhamdulillah... sesungguhnya ATURAN ALLAH ITU YG TEEBAIK...Dgn izinNya.. apa yg dikehendakiNya akn berlaku...
Monday, May 12, 2014
mencuba....
Seronok pulak menulis menggunakan galaxy note 3... dah jarang bukak laptop sbb sekrang ni update blog boleh guna hp ja.. hihihi.. sukanya... alhamdulillah.. dpt jua ku memiliki hp ni.. hihihi.. boleh tulis apa-apa ja yg kita nk kat note.... hihihi.. sy try tulis apa yg sy nk tulis.. hasilnya sperti kat atas.. hehe.. oooppsss.. tulisan agak tak cantik sbb tulis guna pen hp.. (^^,)
Subscribe to:
Posts (Atom)