seindah memori

seindah memori

Sunday, August 21, 2011

BiarkaN rindU itu berLaGu 4

Sebelum pulang ke tanah air buat selamanya, aku bercuti di Gold Coast. Zairil langsung tidak aku hubungi. begitu juga dengan dia. entah masih ingatkan aku atau tidak. Helmi pulak yang makin kerap hubungi aku. Siapa sangka, aku ingatkan dulu dia adalah calon umi aku, alih-alih si Zairil bakal suamiku. tapi tidak ada kata putus dari kami berdua. Si Helmi, selepas aku berjumpa dengan Zairil, dia datang berjumpa dengan ku. Katanya ingin bertanya tentang risikan abahnya. Tak ke haru aku dibuatnya masa tu. Mujurlah dia memahami keadaan aku. Aku katakan yang aku belum bersedia. Sudahnya selepas itu, dia selalu hubungi aku. Tapi aku hanya anggap dia sebagai teman sekampung aku, tidak lebih dari itu walaupun dia dah berjaya menerajui syarikatnya sendiri di ibu kota sekarang.

Aku berjaya menamatkan pengajian master ku di sini. Syukur kepada Yang Esa tak sia-sia penat lelah ku selama ini. Percutianku di Gold Coast benar-benar memberi ketenangan padaku mana tidaknya dengan kecantikkan Pantai Main yang membuatkan aku teruja untuk bercuti di sini. Bersarapan di Pantai Main yang penuh glamor sebelum berenang untuk menyegarkan badan membuatkan aku teringat akan pertemuan aku dengan Zairil suatu ketika dahulu. Apa khabar dia sekarang ya? Dan di pesisir pantai ini juga pelancong boleh bersnorkeling atau menyelam dengan hidupan laut yang berwarna terang dalam bangkai kapal Scottish Prince.Bunyi macam seronok je. Kalaulah berteman kan lebih seronok? aku tersenyum. Siapalah yang sudi bercuti dengan aku di sini. Terasa ingin berenang tapi mengenangkan aku sendirian malu pula rasanya. Lainlah dengan masyarakat sini, mat dan minah saleh di sini berenang suka hati mereka je. Terasa nyaman menghirup udara bersih di sini ditambah pula dengan deruan ombak memukul pantai. Di pantai ini juga ada di antara peluncur-peluncur yang menunjukkan 'skill' meluncur masing-masing. Angin dan gelombang timuran bergabung untuk menghasilkan gelombang setinggi dua kaki lebih kurang seminggu sekali, dan apabila ombak memecah pantai, gelombang di bahagian lain tidak sesak dan terganggu. Setiap beberapa bulan, siklon luar pesisir pantai menghasilkan ombak setinggi empat kaki yang menjadi tarikan ramai peluncur air yang berbekalkan papan luncur dengan keazaman utuh terbayang di wajah masing-masing.Jadi, tidak hairanlah jika pantai ini menjadi tumpuan mereka. jika ingin menaiki papan boogie, paling elok dilakukan pada waktu pagi sebelum angin melanda, dan tempat terbaik untuk meluncur layang-layang adalah Narrowneck. Tengah harinya, aku bersiar-siar di kedai berjenama sepanjang lebuh Orchid dan Elkhorn atau hala ke kompleks beli-belah bertaraf tinggi Marina Mirage. Terdetik ingin membeli sesuatu di sini untuk mereka di kampung sebagai kenang-kenangan. Untuk umi dan walid sudah pasti. Untuk Zairil sekali. Kalau bertemu dengannya nanti bolehlah aku beri padanya, kalau tidak bertemu, simpan je lah, susah apa!

Petangnya pula aku bersiar-siar di pasar seni dan pertukangan di Lebuh Cavill. Pelbagai rekabentuk pertukangan yang dipamerkan, setiap barang pertukangan mempunyai keunikkannya tersendiri. Penat bersiar-siar, perut tiba-tiba berkeroncong minta diisi. sudahnya aku memilih untuk makan di restoran di Lebuh Orchid atau tuju ke Burleigh Heads untuk hidangan di tepi pantai.Romantik kan? alahai, kalau berbulan madu di sini aku rasa seperti tidak mahu pulang. usai makan, aku balik ke hotel. badan sudah letih, dari pagi sampai ke petang aku bersiar-siar di sini. Terasa lenguh-lenguh kaki ini. kalau umi ada, mesti bernanah telinga aku dileterinya. Memang aku suka berjalan-jalan di tempat-tempat yang menarik macam ni. kalau di Malaysia aku suka dengan keindahan Pulau Langkawi. Dah banyak kali aku menjejakkan kaki ke sana. dah puas rasanya berpusing-pusing di pulau lagenda itu. Esok pagi aku akan bertolak ke Malaysia. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan umi dan walid. rindunya aku pada wajah tua itu.

********************************************************************************

"Welcome back Qhas" tersenyum aku melihat Ayu di hadapan aku menyambut ketibaan aku di KLIA. Aku mendakap seeratnya tubuh kecil itu. "Rindunya aku kat kau Ayu, dah lama tak jumpa kau." " Aku ingat kau dah tak pandai cakap bahasa melayu." "banyaklah cekadak kau, eh, kalau kau nak tahu kat sane pun ade jugak 'student' luar cube belajar bahasa melayu. Lagipun ramailah 'student' Malaysia kat sana. Tak de nye aku nak lupe diri." Ayu hanya ketawa. "Dah la tu, jom aku hantar kau balik, nanti kita boleh sembang panjang lagi. Aku ambil cuti semata-mata nak jemput sahabat baik aku ni,tahu?" aku hanya ketawa mendengar celoteh Ayu. Intan Rahayu, teman baikku semasa di universiti dulu. Hingga kini persabahatan kami masih utuh. walaupun berbeza negeri, Ayu sanggup turun Pahang semata-mata untuk menghantar aku pulang. Katanya, dah lama tak lepak dengan aku, mendengar cerita pasal aku sejak aku ke luar negara. Ayu pula sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. alhamdulillah dah bertemu jodoh sahabat aku yang sorang ni. aku? entahlah tunggu je lah orang tua aku. A kata mereka A lah kata aku. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pahang hampir dua jam meletihkan aku. Terbayang-bayang wajah umi dan walid. Terbayang juga katil yang seolah-olah memanggil-manggil aku melepaskan rindunya terhadap aku!

Biarkan rindU itu berlaGu 3

Aku memandang lautan yang terbentang luas. sambil jemari aku menguis-guis pepasir pantai. sesekali aku memandang lelaki di sebelah aku. Sepi antara kami. "Qhaslah." lelaki itu memanggil namaku. Aku berpaling padanya. "kenapa?" aku hanya menunggu bait bicara dari bibirnya. Aku hanya melihat tingkah lakunya. sesekali matanya meliar ke kiri dan ke kanan. kelihatan ramai keluarga yang datang disini untuk berkelah. ada juga pasangan yang menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Terdengar satu keluhan dari bibirnya. "saya ade benda nak cakap dengan awak." "ye, cakaplah, saya tunggu awak bercakap dengan saya." "Awak tak kenal kan siapa saya? saya pun tak kenal awak. Awak rasa kita boleh ke teruskan hubungan tanpa mengenali satu sama lain?" Aku menarik nafas. "ye saya tahu tu, saya tak kisah awak, asalkan awak ade niat untuk menyayangi diri saya, insyaallah kita boleh memahami hati masing-masing nanti. tapi kalau awak rase awak tak boleh nak teruskan, baik kita jangan mulakan. saya takut nanti masing-masing akan terluka." "Saya paham apa yang awak nak sampaikan, tapi saya tak yakin dengan hati saya sendiri. saya ada kisah silam saya. jadi sukar untuk saya buat keputusan. Saya datang sini pun sebab mak saya yang minta saya datang sini. Katanya kalau saya datang sini, saya akan jumpa dengan jodoh saya." "so? awak nak cakap yang saya bukan jodoh awak?" Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya. "bukan itu maksud saya. saya tahu awak perempuan yang baik-baik, tapi saya ni.. ahh.. payah saya nak berterus terang dengan awak." "saya tahu kita kenal atas permintaan keluarga. Umi saya pun suruh saya datang sini, katanya ada orang nak berjumpa saya. rupanya orang tu adalah awak, bakal jodoh saya. " "Jadi sekarang macam mana? Kita nak mulakan hubungan ini ke?" "Saya dah dapat tawaran sambung belajar kat luar negara, bulan depan saya kena berangkat. kalau kita mulakan hubungan ini, awak dah bersedia ke?" "hm,, berapa tahun awak kat sane?" "sepatutnya setahun tapi saya rasa nak stay sana lagi setahun." "Kenapa pulak nak stay sana?" "saja nak pengalaman kat negara orang." "oh, kalau macam tu saya tunggu awak balik sinilah, nanti kita bincang semula. saya tak nak tanggung risiko, saya takut nanti saya bermatian-matian sukakan awak, tunggu awak kat sini, tapi awak ada yang lain kat sane." "eh, jangan cakap macam tu, kalau saya ade ikatan dengan awak insyaallah saya akan menjaganya sebaik mungkin. Saya jenis perempuan yang tak pandai untuk bercinta dengan ramai lelaki." "awak tak takut kalau saya pulak yang curang dengan awak?" "awak rasa awak akan curang dengan saya?" soalan aku dibiar sepi. lelaki itu hanya mengjongket bahunya. diam tanpa kata-kata. Umi, ini kah lelaki yang bakal menjadi suami Qhas? Lelaki yang tiada pendirian dan tidak yakin dengan diri sendiri. Mungkin juga lelaki yang tidak mengenali diri sendiri?

"awak pernah bercinta?" soalan yang aku ajukan untuk dia. Sepi. Soalan aku tiada respon. akhirnya aku membuat keputusan, biarlah dia dengan cara dia. Mungkin dia tidak bersedia lagi untuk bercerita dengan aku.
"Zairil, saya minta maaf kalau soalan saya tadi buat awak tak selesa. Tapi kalau awak nak kongsi pasal hidup awak dengan saya, ceritalah tapi kalau awak tak sudi, saya tak paksa awak."
Dia hanya memandang aku. aku mengalihkan pandangan aku ke arah lautan. Terasa malu untuk bertentangan mata dengan dia.
Satu keluhan dilepaskan. Mungkin dia tidak selesa dengan soalan aku.
"awak, hari dah nak malam, saya nak balik dulu, nanti umi tertanya-tanya pula mana saya pergi. dah lama kita kat sini."
"Hm,," itu sahaja yang aku dengar dari mulutnya.
"awak nak balik Johor hari ini jugak ke? Tak penat?"
"saya nak stay kat sini dua tiga hari lagi, lepas tu baru nak balik Johor. Lagipun saya dah 'booking' bilik.
"oh, kalau macam tu, saya balik dulu ya. awak jaga diri baik-baik kat sini. kalau perlukan bantuan saya, telefonlah saya. assalamualaikum."
Aku mengangkat punggungku pantas laju kaki ku melangkah meninggalkan lelaki itu. Umi, mesti banyak solan yang umi akan tanya padaku nanti. telinga bersedialah dikau. hahhaa

Mak, diakah perempuan yang mak nak jadikan calon menantu mak? Boleh ke along hidup dengan dia mak. Tanpa rasa cinta dan sayang? Diakah jodohku? ya allah berilah aku petunjuk jika benar dia adalah wanita yang tercipta untukku melayar bahtera hidup bersama ku hingga ke akhir hayat ku nanti. Qhaslah Yusrina, nama itu bermain di bibirnya.
langit mula kelam. matahari kian berlabuh, menutup tirai siang hari. Perlahan-lahan Zairil melangkah ke chalet. Tenang langkahnya menuju ke destinasi.

Thursday, August 18, 2011

daRi PejabaT aGama ke shaHaB Perdana

baJu kurunG ak sarung kat badan aku n then aku kenakan tudung, aku belek2 kat cermin,, ok la ni, xhuduh, hakhak, aku pun start motor,, sbelum tu mak aku kasi duit RM20 hinggit, mak aku pesan "bawa spare takut tayar pancit nnt", ok, aku pun mulakan perjalanan aku nak g Hutan Kampung yakni umah kawan baik aku ni,, sampai separuh jalan baru aku teringt lesen n ic aku dalam poket sluar track aku, hahahaha, ape lagi aku pun patah la balik,, huhuhu,, nak cepat dh jadi lambat,,

setengah jam kemudian,,,,

aku pon sampai kat umah kawan aku tu,,

"hah, jomlah dok sengih2 apa lg?"

dia pun bonceng la motor aku,

sebelum tu dia da tanya aku

"hang tau tak kat mana pejabat agama ni?'

aku pun sengih je la,,

"aku xtau, hang tak tau gak ka? kalau tak tau better tanya orang,"

"ok2,aku tanya ayah aku sat"

ok, dah tahu kat mn pejabat agama aku pun mula la merempit,, hahahha

dah sampai kat pejabat agama,,,

kawan aku pun anto la borang nikah kat pejabat agama tu, aku pun tengok la borang-borang yang kawan aku ni isi yakni borang nikah,,

aku pun ckp dlm hati 'oo, gini rupanya borang nikah,' hakhak

pastu ade la satu g borang ape tah kawan aku kene isi kat situ,, n then dah siap, aku pun ckp nak balik dah ke?" "tak yah g, kita g jalan-jalan dulu, aku nak tengok cincin, album letak duit mas kawin, gift,,"

'amboi, bukan ari tu hang dah beli ka cincin?' aku tanya dia,
"memang dh beli, tp aku nak beli lagi,,"

aku pun ok je lah, orang banyak duit,, hahhaa

mula-mula sekali kami masuk kedai buku agama,, aku ni kira baik jgk la suggest kt kawan aku ni satu buku,, isteri n suami mithali, aku suh dia beli tuk bakal suami dia buku suami mithali n isteri mithali tu tuk dia,,, dia tak nak segan katenye, ok, aku pun tengok la buku pe yang dia pegang,, hahahaha,, ak cam nak ketawa besar kat dalam kedai tu,, tp aku jaz sengih2 je lah,, hakhak,, buku dia pegang bertajuk " ADAB MALAM PERTAMA' hahahaha,, pastu aku pun ckp kt dia, aku pun ase buku yang ni best gak, (aku tak ingt tajuk buku tu, buku yg aku pegang tp berkisah malam pertama jgk la),,,bgus jugaklah tp hang trylah compare dengan yg hang pegang tu" dia ckp kat aku, tak payah la, ambik dua-dua ja la, senang," aku pun cakp, ok gak tu satu ambik kat hang, satu g bagi kat 'Aziz' ( tunang kawan aku) hahaha,, pastu dia ckp" eh hang p bayaq sat, aku malu la pakcik tu ada," hahahhaha,, aku ketawe je lah, malu pulak kawan aku ni dah beli buku cenggitu,, hak2,, xpe2 demi kawan, aku pun g lah bayarkan tuk dia, aku beli buku "RUQYAH ASAS PENGUBATAN ISLAM"( Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din).

pas 1 kedai, satu dua kedai kami masuk, huh! pose2 ni pun bertahan lg nak shopping ni,, hakhak,,

ok, aku jaz teman dia je,

last sekali kami masuk kedai 'RAINBOW" yakni kedai barangan perkahwinan,,
belek punya belek, aku jadi geram,, dalam hati dh pasang angan2 nnt aku kawin nak wat cam nilah,, hahhahahaa,,,

pas dah penat berjalan, dia pon suh aku anto dia kt shahab perdana,, dia da nak balik Penang, tempt dia keje, kawan aku ni keje jururawat kat Hospital Pulau Pinang. Kawan satu sekolah dulu, tak sangka, dia dulu yg pendiam dah nak kawin, aku????
huhu,,lambat lg,, :))

kepada kawan aku ni (Nor Shuhada bt Hj. Musaffa) aku ucapkan selamat pengantin baru yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan Aziz b. Mat pada 3/9 nnti,,



Sunday, August 14, 2011

biarkan rindu itu berlagu 2

"kenape termenung ni?" Aku memandang pada empunya suara. "Tak ada apelah umi, teringat zaman study dulu. Qhas selalu lepak dengan Ayu.Dah dua tahun dah rupenye Qhas dah habis belajar. Sekarang masing-masing dah kerja. Buzy lah, susah nak jumpe." "Kenangan tu sentiase ade dalam ingatan kita, kenangan yang tak kan berulang, kamu pun dh makin besar Qhas, dah boleh kahwin." "ala, umi ni, Qhas tak de calon lagi lah," "itu je yang umi dengar dari dulu sampai sekarang, tak de calon, habis bilenye nak ade calon?" Alahai, umi dah mula nak membebel. Aku memandang wajah redup itu. Lantas ku capai tangannya. "Umi, Qhas tahu umi nak tengok Qhas kahwin, ade keluarga sendiri, tapi tak de sape nak Qhas umi." "Jangan nak merepek, kamu tu yang selalu mengelak.Bulan lepas Haji Idris ade tanya umi pasal kamu. kalau kamu solo lagi dia nak pinangkan kamu dengan anaknya si Helmi tu. Mak ni tak berani nak cakap ape-ape." Bulat mata aku mendengar ayat umi. "Biar betul umi?" "Betullah, kamu ingat umi nak menipu?" "Eh, tak ade lah umi." "Hah, dah tu kamu nak ke tidak dengan Helmi tu?Kamu jangan cakap yang kamu masih tunggu Asyraf. Dah bertahun-tahun dia tinggalkan Qhas, Qhas tak ingat ape yang dia dah buat dengan Qhas? Mase Qhas sambung belajar di UKM dulu, ape yang dia dah buat belakang kamu? Itu kamu baru pergi sane sekejap, tak sampai sebulan dia dah cari orang lain. Umi tak nak menantu umi perangai macam tu. Dah, Qhas lupekan je dia." aku hanya berdiam diri. Kalau nak di ingatkan kisah aku, memang pedih. Teringat sewaktu Ayu tanya pada aku tentang teman lelaki. aku ada jawapannya, tapi aku tidak mahu mengungkit kisah lama. sudahnya pada dia aku katakan aku tidak mahu mencari teman lelaki. Asyraf! Ya, lelaki yang pernah aku cintai. Berkawan dari sekolah menengah lagi. Tapi bila aku dapat sambung belajar di UKM, hubungan kami mula renggang. Sampailah satu masa, mungkin Allah ingin beri petunjuk padaku bahawa lelaki yang aku cintai itu bukanlah lelaki yang terbaik untuk aku. Dia sedang bermesra dengan seorang perempuan. Saat itu, hati ini bukan sahaja terluka malah hancur berkecai. Seminggu aku menangis dan akhirnya aku mendapat kekuatan, aku bersemuka dengannya dan putuskan hubungan kami. Alhamdulillah selepas itu hidup aku makin tenteram, aku senang dengan cara hidupku. Kisah itu aku biarkan berlalu, aku bangun dengan hidup yang baru,hinggalah aku tamatkan pengajian ijazahku. Dan sekarang aku masih menunggu keputusan untuk aku sambung belajar di Australia peringkat master. Cinta? cinta aku buat Asyraf dah kosong. saat aku putuskan hubungan dengannya perasaan aku terhadapnya dah mati. Cuma untuk bercinta lagi aku rasa takut. Takut dikecewakan lagi."Qhas," Lembut suara umi memanggil aku. "Kenape ni nak? marahkan umi ungkit kisah kamu?" "Aku hanya tersenyum. "Tak adelah, umi, Qhas tak tunggu Asyraf, Qhas dah tak ade perasaan untuk dia. Cuma Qhas takut kalau Qhas bercinta lagi Qhas dikecewakan. Qhas tak nak rasa sakit tu berulang lagi umi." Umi memelukku. "Sabar Qhas, umi tahu penderitaan kamu dulu, umi tak paksa Qhas, cube satu je umi nak cakap, tak semua lelaki macam tu." "Qhas tahu umi. Umi, Qhas dah buat keputusan." "Ape dia nak?" "Umi tolong carikan calon untuk Qhas. Qhas dah bersedia untuk kahwin." "Betul ni Qhas?" Aku mengangguk sambil tersenyum. "Tapi umi dengan satu syarat." "Ade syarat pula? ape syaratnye?" "Bakal suami Qhas nanti mesti kene bersedia terima keadaan kalau Qhas dapat sambung belajar kat luar negara, dia mesti bersedia dari segi fizikal dan mental." "Itu je syaratnye? Ingatkan ape tadi. Tak sabar pulak umi nak dapatkan calon tuk Qhas." "Aiih umi, care umi bercakap ni macam dah ade calon untuk Qhas je" "Memang dah ade, tapi Qhas tunggu jelah,nanti umi minta dia kenal-kenal dulu dengan Qhas sebelum kahwin." Aku memandang umi. Biar betul umi aku ni. "Umi, tak kan Helmi?" Umi hanya tersenyum memandang aku. Dia menjongketkan bahunya pantas berlalu ke dapur. Dan aku, hanya terdiam. Betulkah tindakan aku kali ini dengan membiarkan umi mencari jodohku? Umi,, meninggalkan satu pertanyaan pada aku. Siapa calon bakal suami aku?

Saturday, August 13, 2011

biarkan rindu itu berlagu 1

"Qhaslah, tunggu aku sekejap!" langkah yang diatur terhenti. aku menoleh ke arah datangnya suara tu. "kenape Ayu?" "Malam nanti kite study same-same nak?" "Boleh je, kau nak study subjek ape?" "Binaan Bangunan ni, aku tak fahamlah ape yang Prof. Marzuki ajar tadi, kau faham faham lah dia kalau mengajar, mane kite ni nak dengar, dewan kuliah bukan main besar, dia cakap macam kite ni ade sorang dua je.Alahai mane aku nak dengar."
Aku tersenyum mendengar komen Ayu. ya memang pun. Prof. Marzuki kalau mengajar je kompom student kurang jelas.

Dan malam itu pun aku study ngn Ayu.Dah penat beri penerangan kat Ayu. Tak pasal-pasal aku jadi mentor dia. Aku ni bukanlah pandai sangat. Setiap kali final tu boleh lah nak dapat anugerah dekan. tu pasal kene pulun study sikit. Nak kekalkan pointer aku sampai habis sem kat sini. Sedang asyik menelaah buku, tetibe je si Ayu menolak tepi buku-buku aku. "Hah, ni apsal ni?" "Ala, sikit-sikit dah la kite study, final lambat lagi. Qhas, aku nak tanye kau sikit". "Ape dia?" "aku tengok kau ni sibuk je study, siang malam asyik berkepit jer ngn buku tu, aku tak fahamlah, kau tak rase ke nak enjoy ke?" "eh! apsal tanya aku camtu pulak? xdelah, aku nak enjoy tu boleh, tapi bile fikir aku ni tak ramai kawan malas lah aku. Lonely lagi senang kot." "hah! baru aku perasan kau tak de pakwe kan? baik kau cite kat aku?" "Ish, kau ni, tak de soalan yang lagi mencabar ke nak aku jawab?" "Ni kire dah mencabar ni, kalau kau tak leh jawab." Ayu mengangkat keningnya. "So, kau nak aku jawab jugaklah?" "of cause la." satu jelingan aku hadiahkan kat Ayu. "aku ni bukan ape Ayu, malaslah nak fikir soal pakwe pakwe ni, aku takut lah nanti gaduh jadi masalah pulak. Kau kan tahu aku ni kaki study, kang merajuk pulak pakwe aku, so, baik aku solo je lagi senang. tak payah nak fikir ape-ape." "ish! aku pelik la ngan kau ni, sekali aku rase kes kau ni dah macam cite dalam novel Seredup Kasihmu dah." "Banyaklah cekadak kau." Ayu dah ketawe. "Ala, aku gurau jelah, tapi kan, kalau ade orang nak kenal dengan kau, kau nak?" "ah, sudah, jangan nak mengarut. Sape yang nak aku ni? dah la tak cantik, lelaki sekarang kan pandang kecantikan luaran dari dalaman. so aku rasa tak payah aku nak terhengeh-hengeh ngan lelaki. Aku lebih suka bercinta lepas kawin Ayu." "kau biar betul, kau tak takut ke nanti di buatnya bakal suami kau tu garang ke, mcam mane?" Aku hanya tersenyum. Memandang wajah Ayu. Jemarinya aku capai dan aku menggenggam lembut. "Ayu, jodoh pertemuan di tangan Allah, siapa bakal suami aku nanti, aku terima dengan hati terbuka walaupun aku tak pernah mengenalinya. Aku yakin dengan janji Allah. Aturan Allah adalah yang terbaik, Dia tahu ape yang terbaik untuk hambaNya. Allah tidak pernah salah Ayu. Manusia yang kadang-kadang tersalah memilih. Kite perlu berusaha, insyaallah suatu hari nanti aku akan jumpe dengan jodoh aku." Lantas aku memeluk erat tubuh Ayu. Biarlah segala kenangan tiga tahun lalu tersimpan kemas dalam ingatanku. Tak kan ade siapa yang tahu kecuali Yang Maha Kuasa.

nantikan sambungannya..