seindah memori

seindah memori

Saturday, June 16, 2012

cikgu ni cantik la

tengah menulis dalam buku rekod harian sementra nak masuk kelas,,, budak budak solat zohor,,tetibe je ada seorng pelajar nih dtg kat aku,, "cikgu, jom masuk kelas kami," "eh!semua dah ade ke?"  "dah cikgu" " ok, jom" aku pon angkat punggung tetibe je budak tu cakap,,  "cikgu ni cantik la,," alahai pelajarku!  aku cume senyum jer,,

bila jadi seorang guru, kita dapat rasa apa yg guru guru kita rasa dulu semasa mengajar kita,, menjadi seorng pendidik perlu ada jiwa yang kental,, kene tahu mcm mn nak control budak-budak yang malas nak belajar, supaya dapat menarik minat mereka tuk belajar,, hm,, cuti sekolah 3 hari sebab hari AHAD ni cuti sempena ISRAK DAN MIKRAJ,,,  tp bile tgok pelajar-pelajar aku, teringt kembali zaman aku bersekolah menengah dulu,, berpakaian putih,, baju putih, tudung putih, kain biru, tp aku dulu pengawas,, baju dan tudung biru la, kaen 'blue black',,,  cume bila aku naek form 4 n form 5 je baju aku kembali kepada warna putih sebab aku pindah sekolah,, hakhakhak

p/s: belajar dari pengalaman,,,

usah berdengki


sepanjang cuti sekolah ari tu, fully aku g jejalan,, pas menjengah pulau lagenda,, aku terus ke satu destinasi,, jejalan kat langkawi tu sangat seronok,,masuk  underwater world, leh tgok kehidupan laut yang selama ni tak pernah tgok pun ade, yang menariknya bila aku tgok penguin,, aha,, cute sgt2 penguin tu,, banyak lagi  tempat menarik yg aku jelajah tp entry aku bukan nak cite sal perjalanan cuti aku,, cuma nak kongsi dgn kamu sume tentang kehidupan kite sebagai manusia, yakni sikap suke berdengki sesama manusia, sesama islam,,,

situasi 1:
bila melihat seseorg tu lebih dari kita,,,

bila dalam diri kita ada sikap cam nih,, mula lah nak berdengki,, bila tengok org tu lebih dari segala hal dari kita, mulalah dalam hati ada kekotoran,, letaklah colorox ke dettol ke  tetap tak hilang kalau kekotoran camnih ade dalam diri seseorang,,, yang paling bahaya bila menggunakan khidmat bomoh,,, alahai ceteknye pemikiran,,, mcam mana bangsa melayu nak maju kalau gini rupenya?????

situasi 2:
memburukkan orang laen,,

kes macam nih selalunya mesti ada org ketiga,, org ketiga ni lah yang bertindak sebagai talam dua muka,, org cam nih kite kene berhati-hati ketika nak berkongsi cerita, lebih baik tak payah bercerita la dgn org cam nih,,  heheheee,,,

situasi 3:

cuba mereka-reka cerita

kononnya itu lah, inilah tentang seseorng, tp tak betul pun,, saje je nak menyakitkan hati org laen,, kes cam ni selalunya kat tempat kerja pon boleh jadi jugak,, aha,, mungkin dalam sesuatu hubungan pun boleh jadi sama ada dalam percintaan or persahabatan,,, contohnye: " yo, kau ape cer? dgr cite kerja hebat skrg?" "eh, kau, ok la kerja aku skarng, pergi sana sini,," dlm 10 minit berborak tetibe je org tu leh cakap : "der, kau kol aku len kali lah yer, kau kol aku tak kene time la"  see??? " kau kol aku tak kene time la" pedas giler ayat tu,, tadi boleh je kau berborak kan?? aleh2  nak tunjuk la yg kerja cam kau ni bz yang teramat sgt!  wohhaa,, padahal kerja tu tak de lah bz pon,, sje nak bg kite yg mendengr ni sakit hati,,,huahuahua,,,

rasanya cukuplah 3 situasi je aku kongsi dgn korang sume,, cume nasihat aku, kite kenelah berhati-hati dgn orng camnih,, aku sendiri pon tak faham motif org bersikap demikian,, ape yang dia dapat eh?? kepuasan?? sekejap je,, dapat balasan kat akhirat nanti baru kau tahu erti kepuasan!! ahaaa,,,

jangan berdengki sesama islam,, sesama jantina,, tak de pekdahnya pon.. dengki secara berhemah boleh diterima,, hihihihihi,,,

p/s: terima seglanya dgn hati yg terbuka,,,,

Permaisuriku

masih ingt dgn cite 'JANGAN AMBIL PADANG KAMI!?" sbelom aku tgok cite nih, aku dah dgr lagu permaisuriku- ahdan,, mmg best lagu nih,, bile tgok cite JANGAN AMBIL PADANG KAMI! makin terasa 'kebestan' lagu nih,, huahuahua,, kamu semua boleh try dgr ye,,


  


p/s: dgr lagu nih mesti terbayang senyuman beto lam jangan ambil padang kami,, hihihihi

Tuesday, May 22, 2012

Layan jerrrr

ptg-ptg bila rasa bosan, aku g berjogging kat taman jubli emas,,still sorng-sorng,,, dulu taman tasik darul aman yang akan aku tuju, tapi sesekali berubah angin tak salah kan??? ptg tu bawa anak sedara g situ,, dia punye teruje nak maen papan gelongsor, buaian, n jongkang jongkit sampaikan aku ajak dia balik, dia tak nak balik,, hampeh punya anak sedara,, hahahhaa,, ralit tengok racing kete mainan,, tgok kuda,,, beza antara TJE ngn TTD ni kat TJE tak de kayak dan kete nak round tasik cam kat TTD,, tp kat TTD takde racing kete,, layang-layang tetap ade kat dua dua tasik nih,, kalau majlis rasmi diraja akan buat kat TJE la,, kat TJE ade keris besar sebagai lambang diraja,,, ahhaa,, kt TJE jgk ade tempt nak maen skeatboard,,, :))

ade sape-sape yang tgok cite JANGAN AMBIL PADANG KAMI! kat ASTRO RIA? aku tak kan miss tgok cite tu,, lakonan beto khusyairi mmg mantap! kisah yg memaparkan kesungguhan belia ataupon anak muda yg nak balik padang flat dorang sedgkan pemaju dah beli,, cite ni jugak menceritakan tentang kehidupan penghuni flat,, maslah parking,maslah itu  dan maslah ini,, cite arahan rosyam nor nih mmang gempak la (bagi aku la),,, walaupon rumah aku bukan rumah flat tp aku penah tinggal kat flat zaman aku belajar kt kl dulu,, memang itu la yg dirasa dan memang itu la masalah yg dihadapi,,
cite ni best,, sebelum-sebelum ni kalau tengok beto berlakon agak kurang aku nak layan, tp bila tgok cite nih, bg aku dia best dan mungkin boleh terima anugerah pelakon lelaki terbaik mungkin?? who's  know?? name dia skrng dh melonjak naik pe,, tp mungkin ada antra kita yg belum kenal sape beto nih,,

ni la beto khusyairi



 tp si beto ni dah kawen,, ahhaakkzzsss,,

JEMARI QHALBU: masa tu kian hampir,, akan mula mengorak langkah,,, budbye sume,, jumpe lagi next time,,(**,)

Kuasa ALLAH,,,

 agak terkejut membaca cerita dari yatt walaupon benda2 cam nih dah terbaca dlm buku-buku agama tapi bila orang kita kenal (walaupon dia seorang artis) mendapat hidayah ALLAH dan diri sendiri seolah-olah melihat azab ke atas wanita-wanita yang tidak menutup aurat,, sedikit terkelu,, begitu besar kuasa ALLAH,, subhanallah,,  cerita Yatt yang aku copt paste dari satu blog hiburan,, :

Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

subhanaallah,,,,, sama2 lah kita renungkan dan jadikan iktibar,,

JEMARI QHALBU: bersalaman dgn yang bukan muhrim, kita perlu jaga batasannya,, bila mereka nak bersalam,cuba  menolak dengan cara baik,, :))