seindah memori

seindah memori

Sunday, August 2, 2009

kenangan semalam

"Kita berpisah jelah. Kita dah tak sehaluan. Awak dengan cara awak dan saya dengan hal saya sendiri. Kita bawa haluan masing-masing. Saya dah penat bersabar dengan awak. Dah lama saya bersabar dengan awak. Saya pernah beritahu awak dulu, saya akan bersabar selagi saya boleh sabar, tapi awak menguji kesabaran saya! Awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni?" Aku memuntahkan segala api kemarahanku kepada lelaki yang tegak berdiri di hadapan aku. Dia merenung aku. Mungkin terkejut lihat aku marah sebegitu rupa. "Awak dah berubah Ika, dulu awak tak pernah tinggi suara pada saya. Siapa yang ajar awak semua ni?" "Tak ada sesiapa yang ajar saya. Selama ini saya diamkan diri, disebabkan saya tak pernah tengking awaklah, awak pijak kepala saya. Senang-senang je awak main-mainkan perasaan saya. Awak ingat saya ni ape?Patung? Awak dengar sini Mohd Hafiz, mulai sekarang saya tak kenal awak dan awak jangan cuba-cuba hubungi saya lagi. Faham!" Aku keraskan hati. Aku taknak terpedaya dengan pujuk rayunya lg. Cukuplah setakat ini sahaja. "Tapi Ika, saya sayangkan awak. Saya mengku, saya memang tak hargai awak, tapi tolonglah beri peluang sekali je lagi pada saya. Please!" "Peluang? Peluang untuk apa? Peluang untuk awak lukakan hati saya lagi? Awak sedar tak yang awak telah mensia-siakan peluang yang ada. Sudah tiga kali saya beri peluang pada awak, tapi awak tetap tak berubah dengan peragai buruk awak tu." "Ika, saya tahu salah saya, saya terlalu panas baran. Ikutkan kata hati, tak pernah fikir perasaan awak.Ika, maafkan saya. Kita berbaik semula ya?" "Apa? Bebaik semula? Sorry Hafiz, saya tetap dengan pendirian saya. Cukup-cukuplah awak sakiti hati saya." Aku lihat dia menahan nafas. Mungkin memikirkan kesudahan hubungan kami yang terjalin hampir 4 tahun. "Ika, selama ini awak bersabar dengan saya, kenapa sekarang dah tak boleh? Atau awak ada lelaki lain?" Hati aku sedikit tercuit dengan soalannya yang terakhir. Tidakkah dia tahu selama ini aku setia padanya. Ah! lelaki, tak pernah memahami hati wanita. Aku tersenyum. "Hafiz, anggap je kita tak ada jodoh. Jangan awak libatkan sesiapa dalam hal ini. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Saya yang ambil keputusan ini sendiri tanpa didorong oleh sesiapa pun. Boleh tak awak jangan berprasangka terhadap saya. Kenapa sikap awak tak pernah berubah?" "Saya tahu awak ada lelaki lain kan? Kalau tak, takkan lah awak nak berpisah dengan saya?" Sekali lagi dia menyoal. Tanda tidak berpuas hati dengan jawapan aku. "Hafiz...." Belum sempat aku membuka mulut, dia terlebih dahulu bersuara. "Ika, kalau awak ada lelaki lain, beritahu saya,siapa lelaki tu?"Tiba-tiba Hafiz meninggikan suaranya padaku. Aku sedikit tersentak. "Apa awak cakap ni? Saya tak ada lelaki lain." Awak jangan nak tipu saya."Suaranya sedikit keras. Aku dapat rasakan pipi sebelah kananku berpijar. Dan tak semena-mena tangan kiriku aktif menampar pipinya. Aku terpaku. Entah dari mana aku mendapat kekuatan sebegitu. "Ingat Hafiz, jangan sesekali pandang rendah pada wanita." Pantas aku berlalu pergi. Aku tak ingin menoleh lagi. Biarlah ia menjadi kenangan pahit buat aku. Ya, aku tak mahu ingat lagi detik perpisahan yang penuh tragis itu. Kenapa kami perlu berpisah? Dia dan aku sudah tidak serasi lagi. Hari-hari asyik bergaduh.Yang aku tak fahamnya, salah dia pun aku jadi mangsa amarahnya. Kesabaran aku ada hadnya. Entahlah aku tak faham dengan lelaki....

*************************************************

Aku memandang ke arah pepohonan hijau. Aku sepi. Walaupun aku mempunyai sahabat yang menjadi penawar duka, namun hati aku tetap kosong. Aku melihat teman-teman seperjuangan aku bergelak ketawa.Akhirnya tanpa diduga rupanya sudah sampai 3 tahun aku menjejaki kaki, menimba ilmu di 'um' ni. Tak sedar, pejam celik pejam celik, akhirnya tamat jua pengajian aku. Aku memandang Ira dengan pandangan sepi. Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di pusat pengajian tinggi. Selepas ini masing-masing akan membawa haluan sendiri. Tak sabar rasanya menunggu hari konvokesyen nanti. Aku tersenyum sendirian. "Ika, apa kau buat kt sini? Jomlah join kitaorang. Lepas ni kita dah tak jumpa lagi dah." "Kau pergilah dulu Ira, aku nak ambil angin kat sini kejap. Jap lagi aku nyusul." "Ika, kau ada masalah ke?" "Tak ada lah, mana ada. kau ni ada je nak soal aku." "Ika, aku kenal kau bukan sehari dua, tapi dah tiga tahun. Kau takut ke kau tak dapat jumpa dia lagi?" Aku lantas ketawa. "Apa yang kau merepek ni Ira? Siapa yang aku tak dapat jumpa lagi?" "Aku tahu, kau nak luahkan tapi tak mampu.Aku sebagai sahabat, aku sokong aja apa yang baik untuk kau. Tapi bila melibatkan soal hati dan perasaan, aku tak tahu nak cakap apa. Tahlah aku sendiri tak pasti dengan keputusan kau ni. Betul ke tak. Kadang-kadang aku terfikir juga apa kesudahan kisah kau nanti kalau kau pendamkan aje hati kau tu. Kenapa kau tak nak beritahu dia sendiri. Manalah tahu kalau-kalau dia pun sukakan kau." "Ah! Tak mungkinlah dia sukakan aku. Siapalah aku ni. Dah la pipi tembam." Aku ketawa. Melindungi keresahan hati. Ira turut ketawa." Kau ni merendah diri sangat. Eh! Selalunya yang pipi tembam nilah yang jadi pilihan tahu?" Aku mengjungkit bahu. Aku melihat Ikhwan menuju ke arah kami. "Oit, apasal dok kat sini je? Jomlah join kitaorang." "Kejap lagilah." Aku memberi alasan. Ikhwan memandang aku. "Ika, aku rasa ada sesuatu yang bermain difikiran kau ni. Betul tak apa yang aku rasa kau fikirkan?" Aku memandangnya, memohon penjelasan. "Aku tahu, kau resah sebab hati kau tak terluah lagi kan? Dulu aku suruh kau luahkan. Tapi kau taknak. Aku pergi beritahu dia sekarang ok?" Pantas aku menggeleng. "Jangan Wan, jangan sesekali pecahkan rahsia yang kau pegang. Aku tak nak. Biarlah aku macam ni. Aku takut." "Kau nak takut apa? Kau sepatutnya dah lupakan kisah silan kau tu. Dah 6 tahun berlalu. Sekarang kau perlu bina hidup baru kau. Punya teman hidup. Sampai bila kau nak jadi macam ni?" "Wan, Ira, aku takut sejarah berulang. Aku dah serik untuk bercinta lagi walaupun perasaan tu wujud dalam hati aku. Please, faham perasaan aku. Aku tak nak.Event aku tahu dia baik sekalipun, tapi aku taknak, aku malu." Ikhwan meraup wajahnya."Ya Allah Ika, kenapalah dengan kau ni. Aku sendiri pun tak faham. Aku tahu sangat-sangat dia macam mana. Aku nak tolong kau tak nak." Ikhwan melepaskan keluhan berat. Mata kami tertumpu pada lambaian Hisyam. "Wan, Ira, ingat pesan aku ya, jangan pecahkan rahsia ni. Aku tak nak dia tahu." Aku hanya melihat anggukan daripada dua sahabat aku. Perlahan-lahan kami bergerak ke arah Hisyam.
**************************

Serik untuk bercinta! Masih tergiang-ngiang ditelinga Shahrul kata-kata itu. Ah! Tapi kenapa baru sekarang dia tahu cerita itu. Sepatutnya dari dulu lagi dia tahu. Sekarang apa yang dia boleh buat. Runsing. '"Kau ni kenapa Shah, sejak akhir-akhir ni kau aku tengok macam ada sesuatu tak kena je?" "Tak ada apa-apa lah. Biasalah penah bekerja. Letih sikit." "Hei! come on la kawan, aku pun kerja jugak, orang lain pun kerja jugak, tak pula monyok cam kau ni."Shahrul menghelakan nafasnya. Ikhwan memang seorang sahabat yang memahami hatinya. "Wan, kau rasa apa yang Ika tengah buat sekarang? Aku tiba-tiba je teringatkan dia." "Aik! Pelik je bunyi nye tu. Kau tak contact dia ke?" "Aku segan lah. Mesti dia kerja bagus-bagus. Aku ni apalah sangat." "Shah, aku ada sesuatu nak beritahu kau. Lepas kau dengar semua ini pandai-pandailah kau buat keputusan." Shahrul terkesima mendengar perkhabaran yang baru sahaja didengarinya.Dia terduduk di atas sofa empuk miliknya itu. Dia kemudiannya meraup wajahnya.Kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya. Seolah-olah tidak mempercayai apa yang didengarinya. Dia memandang Ikhwan. "Wan, kenapa kau tak beritahu aku dari dulu lagi?" "Aku terpaksa rahsiakan sebab dia sendiri yang minta. Aku minta maaf." "Dah terlambat Wan. Aku tak tahu nak buat apa sekarang." Ikhwan mengangguk. "Shah, ini alamat rumahnya. Pergilah jumpa dia sebelum segala-galanya terlambat. Dia pernah kecewa dengan cintanya. Dia serik untuk bercinta lagi sebab dia takut tersalah pilih. Kau pergilah cari dia." Tanpa berlengah,Shahrul terus menghayunkan kakinya keluar menuju ke destinasinya. Sekarang dia sudah berada dihadapan rumah wanita itu. Tapi bayangnya tidak kelihatan. Hampir sejam dia terpacak di situ. Pantas dia tersenyum taktala terpandang wajah yang dirinduinya. "Assalamualaikum, Ika?" "Waalaikumussalam. Ya saya Ika. Awak?" "Skemanya kau. Aku ni Shah. Kau dah lupa ke?" Aku menggaru-garukan kepalaku. Mengetuk-mengetuk kotak pemikiran aku supaya mengingati lelaki yang berdiri dihadan aku. Aku rasa macam pernah lihat, macam familiar je. Oh! Tak mungkin dia! "Sorry, aku tak kenal tadi. Yelah kau dah banyak berubah. Tak macam dulu lagi dah. Jomlah masuk rumah aku. Kau jangan risau la, rumah aku ni selamat. Kat dalam tu ada mak dan ayah aku." Tanpa banyak soal, mereka beriringan memasuki banglo dua tingkat yang mewah itu. "Dah lama aku tak jumpa kau. Wan selalu juga aku contact, ye la kerja macam dia senang nak berhubung. Aku dengar kau dah berjaya sekarang. Akhirnya tercapai juga impian kau nak jadi tentera ye." "Alhamdulillah impian aku tercapai. Cuma sekarang aku ada satu lagi impian tak tercapai. "Ye ke? Apa tu?Nak kongsi dengan aku tak?" Kalau kau sudi berkongsi dengan aku selamanya pun aku sanggup kongsi dengan kau Ika. Impian aku yang tak tercapai tu, aku nak jadikan kau suri hidup aku. Kau sudi x Ika?" Aku terkejut. Dia bergurau ke? "Ika, please say something." "Kau serius ke?" "Ika, aku serius dengan keputusan aku. Aku dah tahu segala-galanya. Rahsia antara kau, Wan dan Ira. So, kau jangan nak berdolak-dalih lagi dengan aku." "Tapi aku..." "Dah tak ada tapi-tapi lagi. Sekarang aku kira kau dah setuju ye?" Aku tersenyum. "Shah, terima kasih." "Untuk apa?" "Terima kasih kerana sudi memberi peluang pada aku untuk memiliki hatimu." "Dan aku juga perlu berterima kasih pada kau sebab membuatkan hidup aku makin ceria selepas ini.Aku dan Shahrul tersenyum.



Ya Allah! Terima ksaih atas rahmatMu ini. Kini tiada lagi kenangan semalam yang mengganggu hidupku. Akan ku tutup serapat-rapatnya diari kenangan semalam yang sering menghantui aku.


No comments:

Post a Comment