seindah memori

seindah memori

Thursday, December 8, 2011

public speaking

hnset aku berdering,, sape lak kol nih,, maklumlah aku ni jarang dapat calling-calling dr orng,,
tgok name n gamabr yg naik, aku tersenyum,,

"ye kenape?''
"tolong sy kejap"
"tolong ape?"
"sy nk kene wat pengucapan awam esok, boleh tolong dengar tak sy nak cakap sal pengorbanan ibu?"
"boleh, silakan"
"keh, dengar eh"

aku pon sudilah tadahkan telinga aku dengar dia bercakap, dan aku ade jgk mengomen ape ape yg tak kene,, mujurlah mse zaman sekolah dulu ade jgk aku join benda benda seangkatan dgn public speaking nih,, dapat jgk la aku bantu sikit sikit.

hampir dua jam aku mendengr dia becakap tangh tengah malam, mate pun dah lali jer, hahahahhaha

last sekali dia ckp
"thanks tolong saya"
"no hal la awak, small matter je ni, weklem,,

^tak tahu dia dpt wat yg terbaik or tak,, hope dia berjaya lakukannya dgn baik,, ^

Monday, December 5, 2011

biarkaN rindU itu berlagu 8

aku amati grisan yang tercatat,, rasa nak menjerit pun ada, nak melompat-lompat je rasanya. Aku melangkh keluar dari bilik air, lju jer kaki aku ke depn. Meliar mencari kelibat Zairil. Dia kelihatan sedang berbaring di atas sofa yang empuk sambil menonton televisyen.
"awak, saya ade benda nak cakap dengan awak ni." aku merapati Zairil.
"apa dia sayang?" rambutku dibelainya.
"awak tutup mata dulu and then tadah tangan ye."
"alahai sayang saya ni, nak main tutup-tutup mata pulak dia, okey saya tutup mata."
Aku lihat mata suamiku tertutup rapat. Aku meletakkn alat yang tertera dua garisan tu di tangannya.
"okey, sekarang awak boleh buka mata."
Dengan pantas suamiku membuka mta dan matanya terarah pada 'benda' yang ada dalam tngnnya. Dia amatinya dengan tenang sambil tersenyum. Tanpa kata-kata satu kucupan singgh di dahiku. "Terima kasih sayang, saya macam tak percaya je yng kita bakal dapat anak. Betul ke ni saya akan jadi bapa?"
aku hanya tersenyum dan mengangguk.
"Lepas ni sayang jangan buat keje berat-berat lagi, saya rsa nak bagitau mak dan ayah la awak, mesti dorang pun gembira dengar berita ni."
"Tapi saya rase baik kita pergi 'chek' kat klinik dulu ye awak, bile dah comfirm nanti baru kita bagitau dorang."
suamiku hanya mengangguk. Perutku diusapnya.
"saya tak sabar nak tengok perut awak membesar dengan adenye benih saya dalam perut awak. Tak sabar rasanya." Sekali lgi dahiku dikucupnya.

***************************************************************************

Perutku makin membesar, suamiku pula tidak membenarkn aku membuat sebarang kerja rumah. Kerja kat pejabat pun dia suruh aku ambil cuti awal. Aku hanya menurut kat suamiku. Di menjaga aku dengan begitu baik sekali. Itu ini ade je yang dibebelnya. 'Jangan makan asam, tak baik untuk kesihatan awak dan baby nanti.' tu salah satu dari arahannnya. kadang-kadang nak je melawan, dah aku mengidam bukannya aku suke-suke nak makan asam, ahhaaa,, memang aku suke makan asam terutamanya jeruk. Jeruk betik! Yap! Jeruk betik memang kesukaan aku. Lagi satu dia akan membebel, "jangan lupe minum susu, nanti baby membesar dengan baik." kadang-kadang bosan dengan bebeln dia, terasa aku macam budak-budak pulak, tapi kadang-kadang seronok bile dilayan macam puteri. hahaha,, Menu makanan dan minuman aku memang dijaga dengan rapi. Sejam sekali kalau dia tidak buzy dia akan call aku. Tanye dah makan belum, dan nasihat yang tak pernah lekang dari bibirnya ' jangan buat kerja yang berat-berat.' Mungkin disebabkan aku kini kian sarat, dia terlalu mengambil berat terhadap aku. Terasa kasih sayang suami yang melimpah ruah. Mungkin inilah berkat jodoh pilihan keluarga. Terima kasih yang tak tertingga buat Allah yang temukan aku dengan Zairil. Bahagianya dirasa dengan kehidupanku sekarang.

biarkaN rindu itu berlaGu 7

Hujan renyai-renyai diluar. aku menyelak sedikit langsir. Memandang ke arah luar jendela. Pemandangan yang sangat cantik dengan warna warni bunga-bunga yang pelbagai jenis. Hasil tangan aku menghias laman rumah. Air terjun mini mencantikkan lagi lanskap yang sememangnya sejuk mata memandang.
"Awak terima saya sebagai suami awak?"
Suara itu mengejutkan aku. Aku hanya menghembus nafas, memandng wajah tenang dihadapanku. tangannya kucapai lantas kukucup.

"Zairil, awak dah sah menjadi suami saya. Soalan tu sepatutnya saya yang tanya kat awak. Ye lah, saya ni hanya gadis kampung, berbanding awak yang tinggal di bandar. Sebelum saya ambil keputusan untuk berkahwin dengan awak, saya dah fikir masak-masak, bagi saya awak sahaja yang boleh memimpin saya ke jalan Allah."

"Qhas, saya tahu saya hanya insan biasa, dua tahun kita saling menunggu, saya ingat hati awak dah kat orang lain. terima kasih sudi terima saya sebagai suami saya walaupun awak ada calon lain."

Aku hanya tersenyum memandang wajah suamiku. " sebelum kita kahwin, dua kali je kite jumpe, yang pertama mase umi saya nak saya kenal awak dan yang kedua mase saya balik dari luar negara. Masa tu saya jumpe awak nak tahu sama ada hati awak pada saya atau tidak. Tak sangka pulak yang awak pun suke saya ye?" aku mengenyit matku pada suamiku. Dia tersenyum lantas mencuit hidungku. "Dah mule nak perasan la tu, mujurlah mak yang suruh saya jumpa awak, tak sangka ye jodoh kite berdua panjang. Ingatkan orang tu dah lupe kan kita."
"Tak lah, masakan saya lupakan awak, sedangkn saya dah janji dengan awak kan?"
Zairil hanya tersengih.
Dah hampir dua bulan aku dan suamiku bergelar suami isteri. Selepas aku ambil keputusan untuk bersuamikan Zairil, Helmi adalah orang pertama yang mengucapkan tahniah padaku. Katanya, dia juga tidak dapat menerima aku sebagai isterinya, dia hanya menurut kata orang tuanya. Helmi juga sudah berkahwin dengan pilihan hatinya sebulan selepas aku selamat menjadi isteri Zairil. Kini, aku bahagia dengan suamiku. Rumah anak-anak yatim juga tidak pernah aku tertinggal untuk melawat mereka di sana. Kasih aku kepada Anisa sama seperti dahulu. Aku ada mencadangkan kepada suami keinginan aku untuk menjadikan dia sebagai nak angkatku, tapi kata suamiku 'biarlah kita ade anak sendiri, bukan tak suke dengan anak angkat, takut nanti bile ade anak sendiri, dia akan rasa tersisih sebab dia hanya anak angkat.' Hm,,, bile difikir-fikirkan ada betulnya juga kata suamiku. Aku hanya menurut katanya. Suami, kalau dah mula guna kuasa vetonya,, apalah sangat yang boleh si isteri melawan.

Friday, November 25, 2011

PerGinya dia menghadaP ILLaHi

sedang asyik aku menjamah bekal yg aku bawa kt tempt keja,, tetiba phone aku berbunyik,,

"da, buzy tak??? baLik sekarang,, ......... meninggal sebb excident"

dengar je berita tu aku tak jadi jamah nasik,, sudu aku letak tepi,, aku bagitau bos yang aku kne balik awal,, emergency kes,,

sebelom balik aku sempat wat panggilan kt seseorng mengkabarkan berita tu,,

"sabar ye awak,, takziah sy ucpkan,, awak jgn nangis,, "

aku mampu bertahan,, cume dlm fikiran nak tahu mcm ne dorang leh excident?? n then excident dgn ape??? aku drive kete g umah tok,, amek dia balik umah,, dalam ingatan hanya fikirkan pasal arwah,, Ya! dia sgt baik!!

kebaikan dia same macm arwaH tok wan aku dulu,,, pagi-pagi beliau akn selawat selepas balik dr masjid,, dan dgn selawatnyer tu mengejutkan aku dari lena di subuh hari,,,

bile dpt tahu cam ne kejadian tu berlaku,, aku terkilan,, rase nak marah pun de,, tp mujur fikiran ni masih waras,, hati berdetik ; dah ajal dia'

bile tgok muke arwah mase meninggal,, sayu je hati ni,,
walaupun baru sehari kami semua kehilangan beliau sedih 2 masih tersa,, dan pagi td dah tak kedengaran lagi selawat dan enjin moto ke masjid waktu subuh,,,

sedih terasa n then kadang2 air mata ni akn mengalir bile teringtkan arwah,,,
dan aku bertambah terkilan bila mengingatkn mase raya aidiladha yg lepas,, juadah nasi himpit dimakan dngn kacng hijau,, dan beliau ingtkn bubur kacng hijau,, dan aku pun ckp,,,

"xpelah,, raya tahun depan je lah wat bubur kcng hijau"

dan seorng kenalan ayah ckp "tak tahu ade ke tak tahun depan"

dan semalam tanggal 24/11/2011 bersamaan 28 zulhijjah kami semua kehilangan beliau,,

semoga arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama golongan mukminin,,

~al-fatihah buat arwah~

Saturday, November 12, 2011

anugerah terindah,,,

tak tahu kenapa,,, sejak akhir-akhir ni naluri keibuan tu ade dlm jiwa aku,, nak sgt baby yg comey,, :)),, bg aku itu perasaan yg terindh dlm idup aku,, sampai satu tahap aku rasa nak je bele ank angkat (maklumlah belum kawen) hak2,,

bile nk kawen??? jwpn yg sellu kite dgr,, "lambt lg,,, tak pon, blom de jodoh,,

aku?? insyaallah masenye akn tibe jgk nnt,,

hm,,ttbe je terfikir,, lembut sgt ke aku ni smpaikan org ckp,, 'nape tak mintak kej kt taska or tadika jer,, ko kn suke budak budak??? amek kau!!! hahahahaa,,,

tunggu je lah bele ank sendiri,, hahaahahaha



ish,, rindu la pulak,,,,teringt kengn bersame (^,^) bile yer waktu itu akn tibe???

^soklan tengah2 malm^

Friday, October 14, 2011

aku dan mereka


with my family n irah's family

with one, zam n ise

with nadia (ex roomate) -bunga tu dia yg bagi =p


yeaahhaa,,, dah bergelar graduan!!!







shah,su,moi, irah n imah


perjaLaNaN yG panjaNg

sebolom aku ke Kl 24/10, aku jejalan dulu kt penang petang tu, tren aku kul 10 malam.. niat di hati nak g batu ferenggi tp tak sempt pulak sebb aku sampai pun dah ptg sangat dah kt butterworth.. satu perasaan lega bila dpt tengok air laut pada waktu malam.. thanks ya kepada yg sudi menemani aku,,

kul 10.15 pun aku berlepaslah ke kl sentral.. sampai sane lam kul 6.00 pagi.ok, sampai sana aku pun menginaplah kat satu tempt ni,, 26arbulan semangat nak amek jubah konvo.. alhamdulillah, lepas je konvo aku, aku dah dpt kej,, rezeki aku,, same jgk ngn kawan2 yg lain,, dah kej,, rezeki masing masing kan?? bila dah keja segala rutin harian berubah sekelip mata,, aku kene biasakan diri,, bangun awal pagi, siapkan bekal nak bawa g tempat keja, jimat cket,, hehehee,, pagi pagi lagi dah drive kete g tempt keja,, handle itu ini,, ya!! something yg baru bg orang macam aku yg bru nak kenal dunia pekerjaan,,
tetibe teringat zaman aku sekolah dulu,, bangun awal pagi siapkan bekal nak bawa g sekolah,, jimat wang saku yg ayah aku kasi,, hehehe,,kadang kadang aku bawa bekal nasi lemak, kadang tu nasi goreng,, tapi selalunya nasi gorenglah sebab mudah dan cepat,, hehehe,,,

zaman sekolah dah berlalu,, zaman kat universiti pun dah berlalu,, kini aku di zaman pekerjaan...

perjalanan yg panjang dan masih panjang dan akan terus panjang,, insyaallah kehidupan akan lebih baik dr sebelom ini,,

Thursday, September 22, 2011

aDa yG membanTu,,

firstly aku nk ucap terima kasih berbanyak kt seorng kawan ni,, yah! walaupon tak pernah jumpa but dia memahami keadaan aku n sudi bagi pandngn kt aku,,
nak dijadikan citer, hanset aku yg tak pernah berbunyik tu tetibe je ade panggilan msuk,, agak terkejut jgk sebb no yg aku tak kenal tp bile tengok no tu no sebelah kl, so aku pun jawablah mane tahu kot-kot dr mane2 syarikat kt kl tu kan,, hehehee,,

aku amati sore girl yg kol aku tu,, aku tak cam n then aku tanye sape ni,,,

dia pun bagitau,,,,,

OMG sekali lg aku terkejut,, aku baru je nak kol dia say thanks but dia lebih dulu kol aku gune no maxis,, yg aku ade no celcom dia je (**,)

banyak nasiht dia bg kt aku,, thanks ya awak,,

walaupun kita hanya kenal melalui alam maya n tak pernah jumpa tp awak memahami keadaan sy n bertanya khabar dgn saya seolah2 kite dh lame kenal,,

sebab awak,, saya mampu berdiri hingga hari ini,,

awak tanya sy sedih tak??

tipulah kalau tak sedih kan???

tak pe setiap ape yg berlaku ada hikmahnya,,

thanks again xana hanami arani

Sunday, September 18, 2011

my love,,,

hm,, today i would like to speaking in english,,, why?? usually i just speak in malay so today i want to speaking in english,, T_T

my love??? who's that???

my love,,,
my mom,, only me can know what her feel when she sad,, yes! because i know her,,
she had sacrifice for me,,i love my mother,,

my love,,
my dad,, i love my father too,,
he also sacrifice for me esepecially since i continue my study at university,,

and now i want to returned favour for him,,

now, i am 23 years old,, getting married??? me??? oh! no, i don't think so,, not yet.. i'm still young,,(^___^) to my parents first, i want to do somthing to make their happy in their life,,

i've always love my mom and my dad,,
and i've always know my mom and my dad love me but will never know how much,,

my mom and my dad they are my love actually,,
for them,, thank you very much!!!

love~~

Thursday, August 25, 2011

biarkaN rindU itu berLaGu 6

Hujan renyai-renyai. Aku hanya memerhati kelam malam yang kian pekat. mendongak ke langit seoalah-olah mencari bintang yang hilang. teringat akan perbualan aku dengan umi petang tadi. Ah, pening aku dibuatnya. Nak kahwin pun susah, tak kahwin pun susah. Ya Allah bantulah hambamu ini ya Allah. Berilah aku pertunjuknya. Dan secara tiba-tiba fikiranku melayang jauh ke Benua Antartika.

"Qhas buatlah keputusan. Sama ada Helmi atau Zairil, umi terima je siapa pun jadi menantu umi. Dua-dua baik Qhas."
"Tapi umi, Qhas anggap Helmi macam kawan je umi."
"kalau macam tu pilihlah Zairil." umi memandang wajahku.
"Zairil tak 'contact' Qhas pun umi. Dia suka kat Qhas ke umi?"
"Qhas suka Zairil?"
"Entahlah umi, Qhas tak tahu apa yang Qhas rasa. Apa yang Qhas tahu, Qhas serahkan semuanya pada jodoh."
"Qhas kena buat pilihan yang terbaik untuk Qhas sebab ni semua berkaitan dengan masa depan Qhas."
"Umi, Qhas tahu semua tu. Umi, sebenarnya siapa calon umi?" Umi hanya tersenyum.
"Dua-dua calon umi. Umi ada beritahu Haji Idris pasal syarat kamu tu, dia salah faham pulak, dia ingat kamu nak suruh dia masuk meminang lepas kamu habis belajar. Itu yang dia datang merisik lagi sekali tu. Tapi mujurlah dia datang merisik, bukan nak meminang kamu."
"Macam mana umi kenal Zairil?"
"Masa umi dengan walid pergi Mekah dulu, kebetulan umi kenal dengan mak Zairil masa kat sana. Terus kami jadi kawan. Sembang punya sembang rupanya masing-masing ada anak dara dan teruna. Jadinya umi dan mak Zairil rancanglah nak satukan kamu. Tapi, yelah kita ni orang melayu, ada adatnya,ada hukumnya, bukan boleh main terjah je Qhas. Itu yang umi minta Zairiljumpa kamu dulu sebelum ada apa-apa ikatan antara kamu berdua."
"Umi kenal mak dia je, bukannya Zairil. Entah-entah dia tu jahat umi."
"ish tak baik kamu cakap dia macam tu. Mak dia baik, insyaallah anaknya pun baik. Kita tak boleh buruk sangka dengan orang lain Qhas."
"yelah umi, tapi antara Zairil dengan Helmi sape yang lebih baik umi?"
"Kita kenal Haji Idris tu baik orangnya. Helmi pun baik, hormat orang tua tapi Qhas lebih kenal mereka berdua.sebab itu umi nak Qhas kenal mereka berdua dulu sebelum buat sebarang keputusan. Percayalah Qhas, siapa pun pilihan Qhas, umi terima.

*****************************************************************************

"Apsal lambat sangat kau angkat 'fon'? lenguh tau aku tunggu." Aku memuntahkan kemarahan aku kepada Ayu. Berkali-kali aku cube 'call' tapi tak berangkat. Aku dah la ada hal penting nih. Dia tak nak angkat pulak. "Hoi cik kak, bagi salam dulu la, ini tak main serbu tak pakai helmet, aku cepuk-cepuk jugak kau ni karang. Apsal dengan kau ni? Kelam kabut je bunyi, macam ada hal penting je."
malu jugak aku ditegur begitu dengan Ayu. "sorry,, sorry.. Assalamualaikum Ayu, kau kena tolong aku ni."
"hm,, waalaikumusalam, kenapa ye? kereta kau kene tarik?"
"Ish, mana ada kau ni mulut, aku cili kang baru kau tahu. Ini soal hidup dan matilah."
"Kenapa? Ada orang meminang kau?"
"Eh! mana kau tahu ni?" "aku serkap jarang je, rilekslah Qhas, cool, cube kau cite kat aku one by one."
"Ala, minggu lepas ade kawan sekampung aku antar rombongan merisik aku, mujurlah baru merisik je, semalam aku dapat 'call' dari Hajah Saodah dia cakap nak meminang aku. Aku peninglah."
"Kau terima ajelah."
"aku nak terima yang mane?"
"Yang mane kau suka?" aikk,aku tanya soalan,aku dapat soalan balik dari Ayu. Memang nak kenalah dia ni.
"Aku tak tahulah Ayu, tu yang aku tengah fikir ni, Aku jumpa Zairil sekali je, lepas tu tak contact langsung. Dua tahun tak dengar cerita. Tup-tup nak masuk meminang aku. Tak ke haru aku. Dua orang pulak tu. Ayu, kau tolonglah aku."
"hm, kalau aku tak kahwin lagi boleh la aku ambik si Helmi tu, kau ambik Zairil"
Aku hampir menjerit mendengar ayat Ayu. Arrgh! perempuan ni, time-time macam ni nak buat lawak lagi dengan aku.
"Ayu, jawapan tu tak membantu aku." Toloanglah aku Ayu. Please."
"Hm, macam nilah Qhas, aku rasa better kau jumpa dulu dengan Zairil, tak pun kau call dia tanya apa perasaan dia terhadap kau. And then kau kena tanya Helmi juga. Nanti bila dah kau dapat jawapannya, kau boleh buat keputusan."
"hm,, ok jugak idea kau tu, kenapalah aku tak terfikir tadi. kalau tak,tak payah lah aku sibuk-sibuk call kau."
"kau tu kan bengap sikit bab-bab mcam ni." Selamba je Ayu mengutuk aku.
"Ayu!!!!!!!!!!!!!!"
dan aku dengar ketawa di talian sebelah sana. Ade-ade ja lah Ayu nak kenakan aku. Esok aku akan berjumpa dengan Helmi dan Zairil. Segalanya akan selesai.

Sunday, August 21, 2011

BiarkaN rindU itu berLaGu 5

Kipas syiling berpusing ligat. Sunyi rumah banglo dua tingkat itu. Masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. satu keluarga yang harmoni menghuni di rumah itu. "mak, along tunggu dia dua tahun seperti yang along janji dengan dia. Tapi along tak pastilah dia pun tunggu along jugak ke tak." Zairil memecah kesunyian dalam rumah besar itu. "Mak faham perasaan kau nak, kenape kau tak tanya dia aje masih tunggu kau lagi ke tidak?" lembut tutur Hajah Saodah. "Along tak beranilah mak, along takut dia reject along." Hajah Saodah memandang penuh kasih wajah anak sulungnya itu. "Along sukakan Yusrina?" "Yusrina mana pulak ni mak? Along tengah bercakap pasal Qhaslah lah ibu." Ketawa Hajah Saodah mendengar rungutan anak lelakinya itu. "Yelah, nama Qhaslah kan Qhaslah Yusrina? Betullah mak sebut Yusrina tadi." Hajah Saodah mengenyit matanya. "Mak ni, orang panggil Qhaslah tu Qhaslah bukan Yusrina." "Eh, biarlah mak nak panggil dia Yusrina pun, nama dia jugak kan?" "yelah mak, suka hati mak lah." "Alahai anak mak ni, dah nak kahwin pun nak bermanja lagi dengan mak?" tegur Hajah Saodah taktala kepala anaknya dipahanya. Lengan tua itu dipeluknya. "Sebelum kahwin biarlah manja dengan mak puas-puas nanti dah kahwin nak manja dengan isteri pulak mak. " Ujar Zairil sambil tersenyum. "Mengada-ngalah kamu ni along, mak tanya tadi along sukakan Yusrina ke tidak?" "Along baru jumpe dia sekali mak. Lepas tu tak contact dia langsung sampailah sekarang mak." "Habis tu along tak de perasaan lah pada Yusrina?" "Entahlah mak, susah nak cakap, tapi along cube lupakan dia, ye lah mak, orang kalau dah ada kat luar negara tu macam-macam boleh jadi mak. Tapi along tak boleh lupakan dia mak. Along sendiri pun tak faham dengan perasaan along." "Tak apelah along, mak tak paksa along kalau along dah terbuka hati along nak terima Yusrina beritahulah mak. Lupakan jelah kisah kamu tu along. Kalau takut sangat kamu berterus- terang je dengan Yusrina tu, tengok sejauh mana dia boleh terima along." Zairil mengeluh. "Entahlah mak, nantilah jika berkesempatan along pergilah kampung dia." "Mak nak anak- anak mak bahagia, restu mak sentiasa ada pada anak-anak. Along anak yang sulung, tanggungjawab along besar. Tapi adik-adik semua dah berjaya atas jasa along. Sekarang, mak nak tengok along ada keluarga sendiri, ada keturunan kita yang boleh menyambung perniagaan kita nanti. " "Mak, biarlah along fikirkan dulu." Sayu mata tua milik Hajah Saodah melihat anak lelakinya itu.

****************************************************************

Panas hati! itu yang di rasanya sekarang. Geram pun ada. Memandi-mandai. Terasa ingin belasah saja lelaki yang ada dihadapannya sekarang. Mencerlung matanya melihat wajah yang seolah-olah tidak bersalah itu. "Siapa suruh awak hantar rombongan? Kenapa memandai-memandai?" Soalan yang diajukan seolah-olah menikam hati lelaki itu. Jelas wajahnya yang terperanjat. "Eh, kenapa awak nak marah-marah saya pulak? Itu urusan orang tua kita, bukan salah saya." "Bukan salah awak? Tak kan awak tak tahu yang keluarga awak nak merisik saya?" "Saya tak tahu lah, saya pun baru je balik kampung. Abah saya baru je cakap kat saya yang dia dah pun merisik awak." "Huh! Dulu dah merisik, sekarang merisik buat apa lagi?" " Mana sya tahu." "jangan nak buat-buat tak tahu. Saya tak boleh terima semua ni Helmi." nada suara yang tadi kedengaran sedikit meninggi dah berubah menjadi perlahan. "Saya tahu Qhas, saya faham. Saya tak memaksa awak, lagipun kita kan kawan sekampung, saya pun tak anggap awak lebih dari seorang sahabat. Tapi keluarga kita yang beria-ia nak satukan kita." "Tapi saya tak boleh Helmi. Mustahil seorang sahabat boleh menjadi kekasih apatah lagi suami. Saya tak boleh terima keadaan macam ni." Satu keluhan dilepaskan. Bicara soal hati ini kadang-kadang melemahkan hati sesiapa sahaja. Ah! meruntunnya jiwa. "Qhas, jangan cepat melatah. Perkara ni kita boleh selesaikan dengan cara baik, Nanti saya beritahu keluarga saya. Saya minta maaf ya dari pihak keluarga saya. Saya harap kita masih berkawan ya?" "aku hanya mengangguk setuju.
Kenapa aku tidak boleh jatuh hati pada Helmi sedangkan dia terlalu baik untuk aku malah dia memahami keadaan aku. Kenapa ya? Duhai hati kenapa kau berbagi-bagi begini. Ya Allah berilah aku pertunjuknya.

***********************************************************************
Aku tersenyum melihat seorang kanak- kanak perempuan berlari ke arah aku. Pantas tubuhku diraihnya. "Mama, Anisa rindu mama. Mana mama pergi? dah lama tau Anisa tunggu mama datang sini." aku hanya tersenyum sambil mendengar celoteh dari bibir mungil itu. "Mama tak pergi mana-mana pun, mama ada kat sini sayang." "Mama tipu, kenapa dah lama mama tak datang sini?" "Mama kan kerja sayang, sibuk sikit. Hm,, mama dengar ada orang tu tak nak makan? kenapa ya? merajuk ke?" "Anisa rindu kat mama sebab dah lama tak jumpa mama, mama jangan lupakan nisa lagi ya mama?" "Mama tak lupa sayang, tapi dengan satu syarat. Anisa mesti makan tak kira apa yang berlaku, boleh?" Kelihatan kepala milik kanak-kanak itu turun naik seketika. Aku tersenyum. "Okey, sekarang jom kita pergi makan cendol, nak?" "Betul ke ni mama?Anisa nak pergi,tapi mama dah bagitau Umi Kalsom ke?" "Dah sayang, mama dah minta kebenaran dah. Jomlah kita pergi sekarang, nanti Makcik Zai tutup pulak kedai dia." "Yeh, sayang mama." Tubuh aku dirangkulnya. Sayangnya aku ada dia tak ubah seperti anak sendiri. Anisa Atau Nur Anisa Qaisara, seorang kanak-kanak yang kehilangan kedua ibu bapanya sewaktu dia berusia 2 tahun. Kini usia Anisa mencecah 6 tahun.Setelah kehilangan kedua ibu bapanya, Anisa ditempatkan di Rumah Anak-anak Yatim Raudhah. Rumah yang dahulunya pernah aku huni. Dua hari seminggu mesti aku datang sini melawat anak-anak yatim di sini. Umi kalsom, aku lihat masih kuat. Dialah pemilik rumah anak-anak yatim ini. Rumah ini dibina hasil titik peluh Umi Kalsom dan suami. Aku memandang sepi rumah ini sebelum meneruskan perjalanan untuk ke gerai cendol Makcik Zai. "Ala, sayang, Makcik Zai tak bukak la gerai hari ni, so, sayang mama ni nak makan ape?" "Hm, Nisa rase nak makan McD lah mama. Boleh?" "amboi, sejak bila anak mama tukar selera orang putih ni?" "Teringin je mama,selalu tengok kat tv."" Ye lah sayang, jom mama bawa Nisa makan McD ya." "Baik mama." Berkerut dahi aku melihat barisan yang panjang. Alamak time macam nilah dia nak panjang pulak. Aku melihat angka jam tangan. 12.30 tengah hari. Patutlah! nak tak nak terpaksalah aku turut beratur jugak. Tapi tak boleh makan sini. Sudah penuh! kena take away lah jawabnya. Sesudah mendapat ayam goreng dua ketul, bubur ayam satu, aku dan Anisa pun berlalu meninggalkan restoran makanan segera itu. Kami singgah di tasik untuk menikmati makanan kami sebelum  aku menghantar Anisa pulang ke rumah anak-anak yatim. Anisa makin membesar. Dia sudah memahami erti kehilangan. Kasihan Anisa, pada usianya yang masih mentah sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

BiarkaN rindU itu berLaGu 4

Sebelum pulang ke tanah air buat selamanya, aku bercuti di Gold Coast. Zairil langsung tidak aku hubungi. begitu juga dengan dia. entah masih ingatkan aku atau tidak. Helmi pulak yang makin kerap hubungi aku. Siapa sangka, aku ingatkan dulu dia adalah calon umi aku, alih-alih si Zairil bakal suamiku. tapi tidak ada kata putus dari kami berdua. Si Helmi, selepas aku berjumpa dengan Zairil, dia datang berjumpa dengan ku. Katanya ingin bertanya tentang risikan abahnya. Tak ke haru aku dibuatnya masa tu. Mujurlah dia memahami keadaan aku. Aku katakan yang aku belum bersedia. Sudahnya selepas itu, dia selalu hubungi aku. Tapi aku hanya anggap dia sebagai teman sekampung aku, tidak lebih dari itu walaupun dia dah berjaya menerajui syarikatnya sendiri di ibu kota sekarang.

Aku berjaya menamatkan pengajian master ku di sini. Syukur kepada Yang Esa tak sia-sia penat lelah ku selama ini. Percutianku di Gold Coast benar-benar memberi ketenangan padaku mana tidaknya dengan kecantikkan Pantai Main yang membuatkan aku teruja untuk bercuti di sini. Bersarapan di Pantai Main yang penuh glamor sebelum berenang untuk menyegarkan badan membuatkan aku teringat akan pertemuan aku dengan Zairil suatu ketika dahulu. Apa khabar dia sekarang ya? Dan di pesisir pantai ini juga pelancong boleh bersnorkeling atau menyelam dengan hidupan laut yang berwarna terang dalam bangkai kapal Scottish Prince.Bunyi macam seronok je. Kalaulah berteman kan lebih seronok? aku tersenyum. Siapalah yang sudi bercuti dengan aku di sini. Terasa ingin berenang tapi mengenangkan aku sendirian malu pula rasanya. Lainlah dengan masyarakat sini, mat dan minah saleh di sini berenang suka hati mereka je. Terasa nyaman menghirup udara bersih di sini ditambah pula dengan deruan ombak memukul pantai. Di pantai ini juga ada di antara peluncur-peluncur yang menunjukkan 'skill' meluncur masing-masing. Angin dan gelombang timuran bergabung untuk menghasilkan gelombang setinggi dua kaki lebih kurang seminggu sekali, dan apabila ombak memecah pantai, gelombang di bahagian lain tidak sesak dan terganggu. Setiap beberapa bulan, siklon luar pesisir pantai menghasilkan ombak setinggi empat kaki yang menjadi tarikan ramai peluncur air yang berbekalkan papan luncur dengan keazaman utuh terbayang di wajah masing-masing.Jadi, tidak hairanlah jika pantai ini menjadi tumpuan mereka. jika ingin menaiki papan boogie, paling elok dilakukan pada waktu pagi sebelum angin melanda, dan tempat terbaik untuk meluncur layang-layang adalah Narrowneck. Tengah harinya, aku bersiar-siar di kedai berjenama sepanjang lebuh Orchid dan Elkhorn atau hala ke kompleks beli-belah bertaraf tinggi Marina Mirage. Terdetik ingin membeli sesuatu di sini untuk mereka di kampung sebagai kenang-kenangan. Untuk umi dan walid sudah pasti. Untuk Zairil sekali. Kalau bertemu dengannya nanti bolehlah aku beri padanya, kalau tidak bertemu, simpan je lah, susah apa!

Petangnya pula aku bersiar-siar di pasar seni dan pertukangan di Lebuh Cavill. Pelbagai rekabentuk pertukangan yang dipamerkan, setiap barang pertukangan mempunyai keunikkannya tersendiri. Penat bersiar-siar, perut tiba-tiba berkeroncong minta diisi. sudahnya aku memilih untuk makan di restoran di Lebuh Orchid atau tuju ke Burleigh Heads untuk hidangan di tepi pantai.Romantik kan? alahai, kalau berbulan madu di sini aku rasa seperti tidak mahu pulang. usai makan, aku balik ke hotel. badan sudah letih, dari pagi sampai ke petang aku bersiar-siar di sini. Terasa lenguh-lenguh kaki ini. kalau umi ada, mesti bernanah telinga aku dileterinya. Memang aku suka berjalan-jalan di tempat-tempat yang menarik macam ni. kalau di Malaysia aku suka dengan keindahan Pulau Langkawi. Dah banyak kali aku menjejakkan kaki ke sana. dah puas rasanya berpusing-pusing di pulau lagenda itu. Esok pagi aku akan bertolak ke Malaysia. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan umi dan walid. rindunya aku pada wajah tua itu.

********************************************************************************

"Welcome back Qhas" tersenyum aku melihat Ayu di hadapan aku menyambut ketibaan aku di KLIA. Aku mendakap seeratnya tubuh kecil itu. "Rindunya aku kat kau Ayu, dah lama tak jumpa kau." " Aku ingat kau dah tak pandai cakap bahasa melayu." "banyaklah cekadak kau, eh, kalau kau nak tahu kat sane pun ade jugak 'student' luar cube belajar bahasa melayu. Lagipun ramailah 'student' Malaysia kat sana. Tak de nye aku nak lupe diri." Ayu hanya ketawa. "Dah la tu, jom aku hantar kau balik, nanti kita boleh sembang panjang lagi. Aku ambil cuti semata-mata nak jemput sahabat baik aku ni,tahu?" aku hanya ketawa mendengar celoteh Ayu. Intan Rahayu, teman baikku semasa di universiti dulu. Hingga kini persabahatan kami masih utuh. walaupun berbeza negeri, Ayu sanggup turun Pahang semata-mata untuk menghantar aku pulang. Katanya, dah lama tak lepak dengan aku, mendengar cerita pasal aku sejak aku ke luar negara. Ayu pula sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. alhamdulillah dah bertemu jodoh sahabat aku yang sorang ni. aku? entahlah tunggu je lah orang tua aku. A kata mereka A lah kata aku. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pahang hampir dua jam meletihkan aku. Terbayang-bayang wajah umi dan walid. Terbayang juga katil yang seolah-olah memanggil-manggil aku melepaskan rindunya terhadap aku!

Biarkan rindU itu berlaGu 3

Aku memandang lautan yang terbentang luas. sambil jemari aku menguis-guis pepasir pantai. sesekali aku memandang lelaki di sebelah aku. Sepi antara kami. "Qhaslah." lelaki itu memanggil namaku. Aku berpaling padanya. "kenapa?" aku hanya menunggu bait bicara dari bibirnya. Aku hanya melihat tingkah lakunya. sesekali matanya meliar ke kiri dan ke kanan. kelihatan ramai keluarga yang datang disini untuk berkelah. ada juga pasangan yang menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Terdengar satu keluhan dari bibirnya. "saya ade benda nak cakap dengan awak." "ye, cakaplah, saya tunggu awak bercakap dengan saya." "Awak tak kenal kan siapa saya? saya pun tak kenal awak. Awak rasa kita boleh ke teruskan hubungan tanpa mengenali satu sama lain?" Aku menarik nafas. "ye saya tahu tu, saya tak kisah awak, asalkan awak ade niat untuk menyayangi diri saya, insyaallah kita boleh memahami hati masing-masing nanti. tapi kalau awak rase awak tak boleh nak teruskan, baik kita jangan mulakan. saya takut nanti masing-masing akan terluka." "Saya paham apa yang awak nak sampaikan, tapi saya tak yakin dengan hati saya sendiri. saya ada kisah silam saya. jadi sukar untuk saya buat keputusan. Saya datang sini pun sebab mak saya yang minta saya datang sini. Katanya kalau saya datang sini, saya akan jumpa dengan jodoh saya." "so? awak nak cakap yang saya bukan jodoh awak?" Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya. "bukan itu maksud saya. saya tahu awak perempuan yang baik-baik, tapi saya ni.. ahh.. payah saya nak berterus terang dengan awak." "saya tahu kita kenal atas permintaan keluarga. Umi saya pun suruh saya datang sini, katanya ada orang nak berjumpa saya. rupanya orang tu adalah awak, bakal jodoh saya. " "Jadi sekarang macam mana? Kita nak mulakan hubungan ini ke?" "Saya dah dapat tawaran sambung belajar kat luar negara, bulan depan saya kena berangkat. kalau kita mulakan hubungan ini, awak dah bersedia ke?" "hm,, berapa tahun awak kat sane?" "sepatutnya setahun tapi saya rasa nak stay sana lagi setahun." "Kenapa pulak nak stay sana?" "saja nak pengalaman kat negara orang." "oh, kalau macam tu saya tunggu awak balik sinilah, nanti kita bincang semula. saya tak nak tanggung risiko, saya takut nanti saya bermatian-matian sukakan awak, tunggu awak kat sini, tapi awak ada yang lain kat sane." "eh, jangan cakap macam tu, kalau saya ade ikatan dengan awak insyaallah saya akan menjaganya sebaik mungkin. Saya jenis perempuan yang tak pandai untuk bercinta dengan ramai lelaki." "awak tak takut kalau saya pulak yang curang dengan awak?" "awak rasa awak akan curang dengan saya?" soalan aku dibiar sepi. lelaki itu hanya mengjongket bahunya. diam tanpa kata-kata. Umi, ini kah lelaki yang bakal menjadi suami Qhas? Lelaki yang tiada pendirian dan tidak yakin dengan diri sendiri. Mungkin juga lelaki yang tidak mengenali diri sendiri?

"awak pernah bercinta?" soalan yang aku ajukan untuk dia. Sepi. Soalan aku tiada respon. akhirnya aku membuat keputusan, biarlah dia dengan cara dia. Mungkin dia tidak bersedia lagi untuk bercerita dengan aku.
"Zairil, saya minta maaf kalau soalan saya tadi buat awak tak selesa. Tapi kalau awak nak kongsi pasal hidup awak dengan saya, ceritalah tapi kalau awak tak sudi, saya tak paksa awak."
Dia hanya memandang aku. aku mengalihkan pandangan aku ke arah lautan. Terasa malu untuk bertentangan mata dengan dia.
Satu keluhan dilepaskan. Mungkin dia tidak selesa dengan soalan aku.
"awak, hari dah nak malam, saya nak balik dulu, nanti umi tertanya-tanya pula mana saya pergi. dah lama kita kat sini."
"Hm,," itu sahaja yang aku dengar dari mulutnya.
"awak nak balik Johor hari ini jugak ke? Tak penat?"
"saya nak stay kat sini dua tiga hari lagi, lepas tu baru nak balik Johor. Lagipun saya dah 'booking' bilik.
"oh, kalau macam tu, saya balik dulu ya. awak jaga diri baik-baik kat sini. kalau perlukan bantuan saya, telefonlah saya. assalamualaikum."
Aku mengangkat punggungku pantas laju kaki ku melangkah meninggalkan lelaki itu. Umi, mesti banyak solan yang umi akan tanya padaku nanti. telinga bersedialah dikau. hahhaa

Mak, diakah perempuan yang mak nak jadikan calon menantu mak? Boleh ke along hidup dengan dia mak. Tanpa rasa cinta dan sayang? Diakah jodohku? ya allah berilah aku petunjuk jika benar dia adalah wanita yang tercipta untukku melayar bahtera hidup bersama ku hingga ke akhir hayat ku nanti. Qhaslah Yusrina, nama itu bermain di bibirnya.
langit mula kelam. matahari kian berlabuh, menutup tirai siang hari. Perlahan-lahan Zairil melangkah ke chalet. Tenang langkahnya menuju ke destinasi.

Thursday, August 18, 2011

daRi PejabaT aGama ke shaHaB Perdana

baJu kurunG ak sarung kat badan aku n then aku kenakan tudung, aku belek2 kat cermin,, ok la ni, xhuduh, hakhak, aku pun start motor,, sbelum tu mak aku kasi duit RM20 hinggit, mak aku pesan "bawa spare takut tayar pancit nnt", ok, aku pun mulakan perjalanan aku nak g Hutan Kampung yakni umah kawan baik aku ni,, sampai separuh jalan baru aku teringt lesen n ic aku dalam poket sluar track aku, hahahaha, ape lagi aku pun patah la balik,, huhuhu,, nak cepat dh jadi lambat,,

setengah jam kemudian,,,,

aku pon sampai kat umah kawan aku tu,,

"hah, jomlah dok sengih2 apa lg?"

dia pun bonceng la motor aku,

sebelum tu dia da tanya aku

"hang tau tak kat mana pejabat agama ni?'

aku pun sengih je la,,

"aku xtau, hang tak tau gak ka? kalau tak tau better tanya orang,"

"ok2,aku tanya ayah aku sat"

ok, dah tahu kat mn pejabat agama aku pun mula la merempit,, hahahha

dah sampai kat pejabat agama,,,

kawan aku pun anto la borang nikah kat pejabat agama tu, aku pun tengok la borang-borang yang kawan aku ni isi yakni borang nikah,,

aku pun ckp dlm hati 'oo, gini rupanya borang nikah,' hakhak

pastu ade la satu g borang ape tah kawan aku kene isi kat situ,, n then dah siap, aku pun ckp nak balik dah ke?" "tak yah g, kita g jalan-jalan dulu, aku nak tengok cincin, album letak duit mas kawin, gift,,"

'amboi, bukan ari tu hang dah beli ka cincin?' aku tanya dia,
"memang dh beli, tp aku nak beli lagi,,"

aku pun ok je lah, orang banyak duit,, hahhaa

mula-mula sekali kami masuk kedai buku agama,, aku ni kira baik jgk la suggest kt kawan aku ni satu buku,, isteri n suami mithali, aku suh dia beli tuk bakal suami dia buku suami mithali n isteri mithali tu tuk dia,,, dia tak nak segan katenye, ok, aku pun tengok la buku pe yang dia pegang,, hahahaha,, ak cam nak ketawa besar kat dalam kedai tu,, tp aku jaz sengih2 je lah,, hakhak,, buku dia pegang bertajuk " ADAB MALAM PERTAMA' hahahaha,, pastu aku pun ckp kt dia, aku pun ase buku yang ni best gak, (aku tak ingt tajuk buku tu, buku yg aku pegang tp berkisah malam pertama jgk la),,,bgus jugaklah tp hang trylah compare dengan yg hang pegang tu" dia ckp kat aku, tak payah la, ambik dua-dua ja la, senang," aku pun cakp, ok gak tu satu ambik kat hang, satu g bagi kat 'Aziz' ( tunang kawan aku) hahaha,, pastu dia ckp" eh hang p bayaq sat, aku malu la pakcik tu ada," hahahhaha,, aku ketawe je lah, malu pulak kawan aku ni dah beli buku cenggitu,, hak2,, xpe2 demi kawan, aku pun g lah bayarkan tuk dia, aku beli buku "RUQYAH ASAS PENGUBATAN ISLAM"( Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din).

pas 1 kedai, satu dua kedai kami masuk, huh! pose2 ni pun bertahan lg nak shopping ni,, hakhak,,

ok, aku jaz teman dia je,

last sekali kami masuk kedai 'RAINBOW" yakni kedai barangan perkahwinan,,
belek punya belek, aku jadi geram,, dalam hati dh pasang angan2 nnt aku kawin nak wat cam nilah,, hahhahahaa,,,

pas dah penat berjalan, dia pon suh aku anto dia kt shahab perdana,, dia da nak balik Penang, tempt dia keje, kawan aku ni keje jururawat kat Hospital Pulau Pinang. Kawan satu sekolah dulu, tak sangka, dia dulu yg pendiam dah nak kawin, aku????
huhu,,lambat lg,, :))

kepada kawan aku ni (Nor Shuhada bt Hj. Musaffa) aku ucapkan selamat pengantin baru yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan Aziz b. Mat pada 3/9 nnti,,



Sunday, August 14, 2011

biarkan rindu itu berlagu 2

"kenape termenung ni?" Aku memandang pada empunya suara. "Tak ada apelah umi, teringat zaman study dulu. Qhas selalu lepak dengan Ayu.Dah dua tahun dah rupenye Qhas dah habis belajar. Sekarang masing-masing dah kerja. Buzy lah, susah nak jumpe." "Kenangan tu sentiase ade dalam ingatan kita, kenangan yang tak kan berulang, kamu pun dh makin besar Qhas, dah boleh kahwin." "ala, umi ni, Qhas tak de calon lagi lah," "itu je yang umi dengar dari dulu sampai sekarang, tak de calon, habis bilenye nak ade calon?" Alahai, umi dah mula nak membebel. Aku memandang wajah redup itu. Lantas ku capai tangannya. "Umi, Qhas tahu umi nak tengok Qhas kahwin, ade keluarga sendiri, tapi tak de sape nak Qhas umi." "Jangan nak merepek, kamu tu yang selalu mengelak.Bulan lepas Haji Idris ade tanya umi pasal kamu. kalau kamu solo lagi dia nak pinangkan kamu dengan anaknya si Helmi tu. Mak ni tak berani nak cakap ape-ape." Bulat mata aku mendengar ayat umi. "Biar betul umi?" "Betullah, kamu ingat umi nak menipu?" "Eh, tak ade lah umi." "Hah, dah tu kamu nak ke tidak dengan Helmi tu?Kamu jangan cakap yang kamu masih tunggu Asyraf. Dah bertahun-tahun dia tinggalkan Qhas, Qhas tak ingat ape yang dia dah buat dengan Qhas? Mase Qhas sambung belajar di UKM dulu, ape yang dia dah buat belakang kamu? Itu kamu baru pergi sane sekejap, tak sampai sebulan dia dah cari orang lain. Umi tak nak menantu umi perangai macam tu. Dah, Qhas lupekan je dia." aku hanya berdiam diri. Kalau nak di ingatkan kisah aku, memang pedih. Teringat sewaktu Ayu tanya pada aku tentang teman lelaki. aku ada jawapannya, tapi aku tidak mahu mengungkit kisah lama. sudahnya pada dia aku katakan aku tidak mahu mencari teman lelaki. Asyraf! Ya, lelaki yang pernah aku cintai. Berkawan dari sekolah menengah lagi. Tapi bila aku dapat sambung belajar di UKM, hubungan kami mula renggang. Sampailah satu masa, mungkin Allah ingin beri petunjuk padaku bahawa lelaki yang aku cintai itu bukanlah lelaki yang terbaik untuk aku. Dia sedang bermesra dengan seorang perempuan. Saat itu, hati ini bukan sahaja terluka malah hancur berkecai. Seminggu aku menangis dan akhirnya aku mendapat kekuatan, aku bersemuka dengannya dan putuskan hubungan kami. Alhamdulillah selepas itu hidup aku makin tenteram, aku senang dengan cara hidupku. Kisah itu aku biarkan berlalu, aku bangun dengan hidup yang baru,hinggalah aku tamatkan pengajian ijazahku. Dan sekarang aku masih menunggu keputusan untuk aku sambung belajar di Australia peringkat master. Cinta? cinta aku buat Asyraf dah kosong. saat aku putuskan hubungan dengannya perasaan aku terhadapnya dah mati. Cuma untuk bercinta lagi aku rasa takut. Takut dikecewakan lagi."Qhas," Lembut suara umi memanggil aku. "Kenape ni nak? marahkan umi ungkit kisah kamu?" "Aku hanya tersenyum. "Tak adelah, umi, Qhas tak tunggu Asyraf, Qhas dah tak ade perasaan untuk dia. Cuma Qhas takut kalau Qhas bercinta lagi Qhas dikecewakan. Qhas tak nak rasa sakit tu berulang lagi umi." Umi memelukku. "Sabar Qhas, umi tahu penderitaan kamu dulu, umi tak paksa Qhas, cube satu je umi nak cakap, tak semua lelaki macam tu." "Qhas tahu umi. Umi, Qhas dah buat keputusan." "Ape dia nak?" "Umi tolong carikan calon untuk Qhas. Qhas dah bersedia untuk kahwin." "Betul ni Qhas?" Aku mengangguk sambil tersenyum. "Tapi umi dengan satu syarat." "Ade syarat pula? ape syaratnye?" "Bakal suami Qhas nanti mesti kene bersedia terima keadaan kalau Qhas dapat sambung belajar kat luar negara, dia mesti bersedia dari segi fizikal dan mental." "Itu je syaratnye? Ingatkan ape tadi. Tak sabar pulak umi nak dapatkan calon tuk Qhas." "Aiih umi, care umi bercakap ni macam dah ade calon untuk Qhas je" "Memang dah ade, tapi Qhas tunggu jelah,nanti umi minta dia kenal-kenal dulu dengan Qhas sebelum kahwin." Aku memandang umi. Biar betul umi aku ni. "Umi, tak kan Helmi?" Umi hanya tersenyum memandang aku. Dia menjongketkan bahunya pantas berlalu ke dapur. Dan aku, hanya terdiam. Betulkah tindakan aku kali ini dengan membiarkan umi mencari jodohku? Umi,, meninggalkan satu pertanyaan pada aku. Siapa calon bakal suami aku?

Saturday, August 13, 2011

biarkan rindu itu berlagu 1

"Qhaslah, tunggu aku sekejap!" langkah yang diatur terhenti. aku menoleh ke arah datangnya suara tu. "kenape Ayu?" "Malam nanti kite study same-same nak?" "Boleh je, kau nak study subjek ape?" "Binaan Bangunan ni, aku tak fahamlah ape yang Prof. Marzuki ajar tadi, kau faham faham lah dia kalau mengajar, mane kite ni nak dengar, dewan kuliah bukan main besar, dia cakap macam kite ni ade sorang dua je.Alahai mane aku nak dengar."
Aku tersenyum mendengar komen Ayu. ya memang pun. Prof. Marzuki kalau mengajar je kompom student kurang jelas.

Dan malam itu pun aku study ngn Ayu.Dah penat beri penerangan kat Ayu. Tak pasal-pasal aku jadi mentor dia. Aku ni bukanlah pandai sangat. Setiap kali final tu boleh lah nak dapat anugerah dekan. tu pasal kene pulun study sikit. Nak kekalkan pointer aku sampai habis sem kat sini. Sedang asyik menelaah buku, tetibe je si Ayu menolak tepi buku-buku aku. "Hah, ni apsal ni?" "Ala, sikit-sikit dah la kite study, final lambat lagi. Qhas, aku nak tanye kau sikit". "Ape dia?" "aku tengok kau ni sibuk je study, siang malam asyik berkepit jer ngn buku tu, aku tak fahamlah, kau tak rase ke nak enjoy ke?" "eh! apsal tanya aku camtu pulak? xdelah, aku nak enjoy tu boleh, tapi bile fikir aku ni tak ramai kawan malas lah aku. Lonely lagi senang kot." "hah! baru aku perasan kau tak de pakwe kan? baik kau cite kat aku?" "Ish, kau ni, tak de soalan yang lagi mencabar ke nak aku jawab?" "Ni kire dah mencabar ni, kalau kau tak leh jawab." Ayu mengangkat keningnya. "So, kau nak aku jawab jugaklah?" "of cause la." satu jelingan aku hadiahkan kat Ayu. "aku ni bukan ape Ayu, malaslah nak fikir soal pakwe pakwe ni, aku takut lah nanti gaduh jadi masalah pulak. Kau kan tahu aku ni kaki study, kang merajuk pulak pakwe aku, so, baik aku solo je lagi senang. tak payah nak fikir ape-ape." "ish! aku pelik la ngan kau ni, sekali aku rase kes kau ni dah macam cite dalam novel Seredup Kasihmu dah." "Banyaklah cekadak kau." Ayu dah ketawe. "Ala, aku gurau jelah, tapi kan, kalau ade orang nak kenal dengan kau, kau nak?" "ah, sudah, jangan nak mengarut. Sape yang nak aku ni? dah la tak cantik, lelaki sekarang kan pandang kecantikan luaran dari dalaman. so aku rasa tak payah aku nak terhengeh-hengeh ngan lelaki. Aku lebih suka bercinta lepas kawin Ayu." "kau biar betul, kau tak takut ke nanti di buatnya bakal suami kau tu garang ke, mcam mane?" Aku hanya tersenyum. Memandang wajah Ayu. Jemarinya aku capai dan aku menggenggam lembut. "Ayu, jodoh pertemuan di tangan Allah, siapa bakal suami aku nanti, aku terima dengan hati terbuka walaupun aku tak pernah mengenalinya. Aku yakin dengan janji Allah. Aturan Allah adalah yang terbaik, Dia tahu ape yang terbaik untuk hambaNya. Allah tidak pernah salah Ayu. Manusia yang kadang-kadang tersalah memilih. Kite perlu berusaha, insyaallah suatu hari nanti aku akan jumpe dengan jodoh aku." Lantas aku memeluk erat tubuh Ayu. Biarlah segala kenangan tiga tahun lalu tersimpan kemas dalam ingatanku. Tak kan ade siapa yang tahu kecuali Yang Maha Kuasa.

nantikan sambungannya..

Monday, August 8, 2011

berselindung di sebalik kaabah~~

ok,,, tajuk entry aku ni sal cite kat astro prima malam ni,, jalan cite yang bagus,, ade pengajaran,,aku lupe lak nak tgok sape pengarah cite ni but bagi aku okey la,,

pernah tak korang klu tengok cite melayu mesti cakp cam ni : besele cite melayu,,"
pernah tak??? mestikan?? nak2 pulak klu ending dia tak bez ke and whateverlah kan,,

klau kite asyik komen bende yg same bile nak maju cite-cite kt malaysia nih??
okey2 aku bukan nak komen lebey2 sal cite melayu tp nak sentuh sikit sal cite ~~berselindung di sebalik kaabah~~

mule2 aku terpikir gak apsal tajuk cite ni cam ni?? maybe sebb skrang bulan ramadhan kot,, so, sebb tu ade cite cam ni,, nice,,



1stly :zarina(watak utama) gunekan tudung n baju kurung tuk lindung perutnya yg membesar tanpa bapa,,so, xde sape tahu,, even family dia,, kecuali sorang kawan dia,(lelaki)

2ndly: zarina selalu ceramah kat kakak dia (memey) tentang bertudung n solat,,

3rdly: zarina berselindung dibalik tudung,solat n percakapannya tentang agama,, so, family dia ingt dia dah berubah,,

4thly:zarina gunekan pakwe kakak dia tuk jadi pak sanggup dia kononnye,,

5thly: zarina bunuh mak dia sendiri semata2 xnak ngaku yang (didie) mak dia sebb tamakkan harta

6thly: rahsia zarina terbongkar,,,,,,,,

lastly: zarina dapat pembalasannya,, muke kene simbah dgn asid,,


moral of the story: jangan salah guna kan agama tuk melindungi diri,,
islam itu indah,, jangan gunakan agama tuk kepentingan diri sendiri,,, jangan salahgunekan pemakaian tudung,, islam itu sangat mudah,,
ALLaH itu MAHA KUASA,, setiap perbuatan ade pembalasannya~~

Saturday, August 6, 2011

mencari satu erti

aku ingin kau menemaniku,,
di kala sepi,,
aku ingin kau tahu aku merinduimu,,

cintaku terhadapmu masih kuat,,
aku masih bersabar menunggu saat kita bersama,,
bahagia,,



berbaring dirumput menghijau
mencari suatu ketenangan
hari-hari perkara yang ku duga
pastinya nanti diriku terluka

aku masih disini,,
menunggu saat akhir
kau dan aku begini,,
mencari satu erti,,

biar hari berlalu,,
menanti masa itu,,
teruskan berlari,,
ke alam realiti,,

aku masih disini
menanti ia menjadi realiti,,
kau dan aku,,,

Wednesday, August 3, 2011

sekali lagi,,,

dah lame aku nak tgok cite ni,, las2 dapt gak tengok cite sekali lgi,, sedey,, sedey sangat!!! sampai menangis aku dibuatnya,,

lisa nampak cun sgt,, sam?? lakonan dia sentiase menjadi,,
adik mia sgt2 comey :))

hm,, nak kongsi dengan korng sumelah lagu tema sekali lagi,,
lagu dia pun wat aku tersentuh,, sob,,sob,,sob,,




cinta itu milik kita,,,,

tak bisakah cintaiku,,
tak bisakah sayangiku,,,,

Tuesday, August 2, 2011

alkisah malam terawih,,,

1 ramadhan bersamaan 1 ogos,, umat islam mule berpose,,
aku tak ketinggalan,, dan malm sebolom 1 ramdhan 2 aku pegilah terawih,, al-kisah nak dijadikan cerita,, pas 8 rakaat solat terawih yakni nak masuk 10 rakaat,, tetibe je aku ase pelik bile tok imam bace tahiyat akhir padahal aku ase baru 1 rakaat,,aku ni dah berdiri ngn org sebelah aku,, n then bile dengr tok imam bace tahiyat aku pon duduk,,padahal dalam hati ni dah pelik,, sembahyang pun dah tak kusyuk,,huhuhu,,

sebelom tok imam sempat bg salam tahiyat akhir, ade sorang jemaah ni aku dengar dia tengur tok imam:

"ustaz, ustaz wat baru 1 rakaat"

n then tok imam pun cakap:

"la ya ka? sory,,sory,sory tersilap,,"

pastu terpakselah sume jemaah sembahyang balik,,,

bile solat terawih, adalah solat yg aku nantikan bila bulan ramadhan,,
bukan pe selain rase sayu dngar sore imam bace ayat-ayat suci al-quran aku rasa solat ni mengajar kite supaya bersabar,,

mase nilah kite akan terasa rindu pada org tersayg yg dah lame atau baru menghadap illahi,,

sebenarnya apa yg berlaku dimuka bumi ni dah tertulis dari loh mahfuz lagi,,
dr cite aku pon kite boleh tengok kan?? tok imam pun boleh tersalah,, inikan pulak kite manusia biasa yg mungkin ilmu agama belum cukup didada,,

see???? semua manusia tak lepas dari wat silap kan???

so, sempena bulan ramadhan ni jomlah kite same2 tingkatkan ibadat kite,, insyaallah,,

~~alunan irama hati~~

aku tidak mengharapkan bakal suami yg kaya-raya,,
yg bergelar anak datuk mahupun tan sri,,
aku tidak mengharapkan bakal suami seorang yg kacak,,
yang kelihatan tampan pabila berjalan,,
aku tidak memandang pada kulit wajahnya,,
putih atau gelap,,

yang aku harapkan adalah bakal suamiku itu taat pada ajaran nabi s.a.w dan taat pada perintah allah s.w.t,,
yang tidak banyak harta, tetapi kaya dengan sikap mahmudah dan budi bahasa yang tinggi,,
aku mendambakan bakal suami ku itu nanti mampu menjadi pemimpin ku di dunia dan akhirat,, ketua yang baik pada si comel-comel ku suatu hari nanti,,



aku hanyalah mengharapkan bakal suami ku itu nanti sedap mate memandang,, tak usahlah terlalu kacak mahupun kulit yang cerah,,, kerna itu adalah hiasan sementara sahaja,,

tetapi aku menginginkan bakal suamiku itu nanti punyai rasa bertanggung jawab, penyayang dan menghargai aku dan rasa itu rasa yang berkekalan,,

cukuplah sekadar dia menerima aku seadanya dan ikhlas menerima ku sebagai permaisuri dihatinya,,
dan rasa kasihnya terhadapku tidak pernah hilang,,
rasa sayangnya terhadapku tidak pernah puput biarpun dimamah usia nanti,,
aku ingin hidup bahagia bersama bakal suamiku itu nanti setelah banyak pengorbanan yang telah aku lakukan,,
semoga kasih sayang dia terhadapku berkekalan,, dan rasa cintanya terhadapku sentiasa mekar bak bunga di taman,,

semoga aku bertemu jodoh dengan bakal suamiku itu nanti,,,

Thursday, July 7, 2011

biarkan rindu itu berlagu

biarkan rindu itu berlagu,,,,
nantikan kemunculan cerita baru dr aku,,,
ape kisahnya pulak selepas dia....suamiku?????

insha allah,, kisah terbaru aku ni akan muncul tak lama je lagi,,
nantikan ya kepada semua pembaca blog yg setia :))

kisah dalam lagu,,,

setiap lagu ade kisahnya,,,

~aku redha andai kau jauhkan diri membawa hati dan mimpi~
*Redha,TOm*

~walau tiada tangan menghulur kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula,,
tuhan hanya kau mengerti perjalanan hidup seorang insan~
*aku permata*

~bukankah kita dicipta tuhan sepasang tapi berlainan lemah sana sini kekuatan,,
masing-masing punyai bibit kelebihan supaya saling memerlukan~
*erti pertemuan*

~show me the way,,show me the way,, insha allah~
*insha allah*

~biarku setia menjaga cintamu selamanya~
*kisah hati*

~terlalu banyak alsannya tuk berdiam,,~~
*pokok*


setiap lagu ada cerita hatinya tersendiri,, cinta yg tak kesampaian,, seseorng yg begitu setia dgn cinta,, ade gak yang menanti tnpa jawapan,, ada gak yang redha dengn apa yg terjadi,, ade gak yg cinta baru nk berbunga,,,

dan,, kerana itulah setiap lagu ade kisahnya,, kerna kadg2 ade lagu yg sinonim ngn kisah kita,,,,

^wajah kekasih^

Wednesday, July 6, 2011

sweettnnyeeerrrr,,, aaiisshhh,,,

mesti pembaca pernah menonton marimar kan???
hehehehe,,
aku sgt suke cite ni,, pkul 3 ptg mesti aku tercongak kt depan tv,, tgok marimar,, hahhaa

sergio n marimar,, sesuai!!!!!

why aku nak letak cite sal marimar???
sebab mase aku tgok cite ni semalam,, yakni ari selasa,,ade satu dialog antra marimar n sergio yg wat aku tersenyum,, bg aku sweet sgt-sgt!!!!

dialog nyer cam nih

sergio: "tak sangka pulak yang awak ni suke tinggikan sore"
marimar: bile sy marah memanglah saya tinggikan sore"
sergio: ckp pelan-pelan dah la nanti org dengar"
marimar: bialah orng nak dengar pun"

pastu sergio bukak pintu,, dia jenguk kt luar n then dia pun cakap

"ntah-ntah ade orng sembunyi kat luar tu"
marimar pon ckp: amek la lampu suluh, suluh diorang
sergio ngn muke cuak tp nk senyum jaz ckp
"lampu suluh sy hanya tuk suluh awak jer,,,

OMG!! sangat swweeettt,,,,,,,,,,

aku suke tgok sergio n marimar,,

hm,, banyak benda yg kite akan rase bende tu jd sweett ngn org yg kite syg walaupon kadng2 benda tu nampak simple,, :))

Saturday, July 2, 2011

menanti dan terus menanti

ya,, aku menghadiri kursus ******,,,,,,,,, hehehhee,,
alhamdulillah,, perjalann kursus yg banyak input dan kelakar,,
sakit buah pinggang aku ketawa,, huahuahua

insyaallah,, nntikanlah dengan sape pasangan aku,,
di hari akad nikah nanti akan tahu sape bakal suamiku,,
jodoh pertemuan semua ditangan allah,,
sebelum itu, aku kene kenali diri aku,, sape aku??
dan bile dah melangkah ke gerbang perkahwinan jadilah diri sendiri,,

tgoklah name sape kat kad undangan perkahwinan nanti,,
insyaallah,,, tp tak tahu bile, cume cepat atau lambat jer,,
segala nasihat penceramah akan disemat dlm otak aku,,
hehheeee,, ALLAH ITU MAHA KUASA,, ALLAH dah ckp "KUN FA YA KUN" " maka jadilah ia " jika ALLAH berkehendak jodoh kita dan pasangan hingga ke akhir hayat sebagai suami isteri yg sah,, insyaallah maka panjanglah jodoh kita, namun jika Allah tidak berkehendak begitu, maka terputuslah hubungn antara kamu dn dia,,,
sume itu kerja ALLAH yg tersirat,, kite tidak tahu sape jodoh kite,,,

hari ni kite bercinta bertahun-tahun lamenyer,, tp jodoh tidak panjang,,
hari ini kite bertunang berbulan-bulan,, tp xde jodoh,,
dan hari ini kite berkahwin tetpi akhirnya penceraian berlaku,,
kenapa???? jgn salahkan pasangan kita tp cek balik dlm diri kite, kenape perkara ni berlaku???

Yakin dan percaya dgn kuasa ALLAH,, DIA LEBIH MENGETAHUI SEGALA-GALANYA,,

kini aku hanya berserah,,, siapa bakal suamiku akan terjawab suatu hari nnti,,

insyaallah,, suami yg soleh idaman wanita,,
suami yg taat pada sunnah nabi itulah pilihan wanita,,
lelaki yang sembahyangnya cukup lima waktu itulah yg didambakan oleh seorang wanita,,
insyaallah,, dialah bakal pemimpin si isteri dan anak-anak di dunia dan akhirat,,

pesan kpd diri aku sendiri, jadilah seorang wanita yg sejuk mata memandang.. insyaallah,, amin,,,

Thursday, June 30, 2011

tinta kasih

biar ku simpan kenangan itu,
biar ku telan segala kepahitan,,
biarkan ia bersemadi dlm jiwaku,,
biarkan ia,,

dan semalam,,,
aku biarkan kaki ini melangkah
mengikut rentak tari irama dunia,,
aku biarkan jemari terus mencoret,,
melukis rasa hati,,

dan perasaan itu,,
bersarang dlm hati,,
aku biarkan memori itu,,
biarkan memori itu berlalu pergi,,
tidak ingin lg disakiti dek memori itu,,
biarlah aku melangkah dengan rasa tenang,,
biarkan aku,,

pergilah memori,,
pergilah bersamanya,,
usah pedulikan aku lagi,
hati ini makin pedih,,
hati ini makin pilu,,
hati ini makin terluka,,

biarkan aku,,,

Thursday, May 12, 2011

segalanya telah berakhir,,,

alhamdulillah,,, detik 10.30 pagi td maka berakhirlah sudah perjalanan aku sebagai student um,, tetibe je perasaan hiba tu ada,, sedih,, sedih sebab nak tinggalkan um,, bangunan peperiksaan,, yang menetukan masa depan aku,, saat aku melangkah keluar,, hati sebak,, segala kenangan ada di sini,,
final exam,, harap-harap keputusannya nanti cemerlang,, heheehe,, walaupon berdebar jgk bila ade je kesilapn yg aku wat mase jawab soklan exam td,, tp aku hanya boleh tawakal je lah,, perjalanan aku sebagai student tamat disini,, tapi kenangan aku dengan kawan-kawan tak kan tamat disini,,, dan aku akan terus melangkah meneruskan perjalanan aku dengan alam pekerjaan yg menanti aku,,

tahun 1, 2, dan 3,, mencipta seribu kemanisan,, satu-satu nama sahabat-sahabt aku di sini menerjah ruang fikiran,, SITI MUNIRAH AHMAD SHAKRI,, teman seperjuangan yg ada taktala aku susah dan senang,, MUHAMAD IZWAN SUKRI, MUHAMAD NIZAM ABD BAKAR, MUHAMMAD HISYAM, NOR ASWAD OSMAN, RIDHUAN SOKRI,,, nama-nama kalian dan kengan bersama kalian dibumi bertuah ni akan aku ingat sampai bila-bila meskipun suka duka kita sebagai teman terpahat dlam ingatan aku,, bergelak ketawa, merapu meraban bila otak masuk air, macam-macam hal yg jadi, tp sume tu lumrahlah dalm bersahabt,,

sayu je hati,, 3 tahun disini, mencatatkan kenangan yg terindah, mals g kuliah, walaupon adakalanya aku ponteng kuliah, hukhukhuk,, tp tu semua kenangan jadi student,, masing-masing dah bawa haluan sendiri,, kita akan berjumpa lg insyaallah time grad nanti,,

terima kasih kepada kawan-kawan seperjuangan sekalian,, kepada SITI HAWA, SYAIDATULNOR, SITI BALQIS,, terima kasih,,, wat roomate tersayg,, NADIA RADHUAN dan ANISA,, akak enjoy dgn korang,, thanks a lot,, hukhuk,,

selamat tinggal kolej kediaman za'ba,, yang banyk meningglkan memori suka duka sepanjang aku kt sini,,

selamat tinggal Universiti Malaya,, tempat aku menimba ilmu,,

segalanya telah berakhir,, penntian ku telah berakhir,,

Thursday, May 5, 2011

saat terakhir,,,




ya,, kaki ini akan melangkah,, meninggalkan bumi um ini,,
akhirnya tamat sudah pengajianku di sini selama 3 tahun...

rindu pada teman-teman seperjuangan,,
rindu time lepak-lepak same-same,, bergurau, berborak sampai ke subuh,,
huhuhu

pasni mesti suasana kuliah akn dirindui,,,
rindu pada roomate,, alhamdulillah tak de masalah dgn roomate,,
dan kaki ini akan melangkah ke alam pekerjaan pulak,,

dan segala memori yg tercipta disini,, akan ku ingat dan akan aku simpan ia menjadi sejuta kemanisan sepanjng aku di sini,,

buat mereka yg bergelar sahabatku, kita akan berjumpa lg time grad nanti,, mudah-mudahan jodoh kita semua masih ada,,,

salam perpisahan tuk semua,, :))

Thursday, April 28, 2011

hari pertama,,,,


yeeaahhhhh!!!!! hari pertama aku amek exam ar ni,,, sukanya aku,, 4jam dok lam dewan exam,, pppeeerrggghh,,,,, jari ni sakit, jem, keras tak ah cakapla,, sakit siot!!! dengan dok fikir pe aku nak karang,, last2 selesai jugakla,, 2 paper aku hari ni,, jawab soklan kesihatan mula2 tu,, alhamdulillah boleh jawab,, pastu keluar dewan exam,, smbung stdy lg tuk next paper kul 11.30 pg,,
then jawab soklan petempatan desa,, alhamdulillah boleh jwab walaupon aku maen hentam ja,, hahhahahaa

tp ni la exam last aku,, pasni dah xde lg dah,, aku stdy pon dah nak abeh,, pasni nak wat ape ehh???

KERJA????

KAWEN????

hahhahahahahahhahahaa,,,,,,

Thursday, April 7, 2011

dunia tes!s

okeh,, alhamdulillah,, akhirnya berjaya jugak aku siapkan tesis aku,, setelah penat bersengkang mata tak tido malam,, nak menangis bile bahan kajian yang nak wat tak jumpe,, hampir-hampir putus asa bila terasa cam tak teratur ja tesis aku,, berterabur,, tak de bahan,,

tp,, alhamdulillah,, Allah telah permudahkan urusan aku,, syukur yang tak terhingga,, bermula daripada aku berurusan dengan pihak Jabatan Perangkaan Malaysia,, nak dapatkan maklumat, data, dan bahan kajian aku,, tapi tak dapat respon yg baik dari dorang,, time tulah aku rasa cam nak menangis,, 2 minggu tesis aku tak berjalan,,

aku puji JKR kubang pasu sbb aku senang berurusan dengan dorang.
hari dah makin hampir dengan tarikh nak kena submit aku punya tesis,,
6/4 2011,, prof jamilah nak semak tesis student di bawah seliaan dia,, siap sume tesis so, nak dijadikan cite,, aku dah siap sume bab yakni dari bab 1 hinggalah bab 6,,

pastu ada la nak tambah itu ini,, so,, aku ingt aku boleh la kot siapkan dalam masa 2 jam,, jadi alkisahnya, disebbkan mata aku tak tahan ngntuk aku pon tido la kul 3.30 pagi.. dah bila tido, niat ni nak bangun awal nak sambung balik tesis aku,, nak kene anto,, bila aku bangun pagi terus ja aku buka laptop n then aku mula la menaip apa-apa yang patut.



aku tengok jam,, semakin lama makin cepat aku rasa,, aku rasa cam tak sempat je nak anto akt prof sebelum kul 1, aku dah kelam kabut..

okey, bila dah siap sume, jam dah kul 12.15.. nak print lagi,,,,

aku pon pe lagi,, sambar je t-shirt n jeans ngn selipar,, g la fakulti,,
sampai kat sana dah 12.30.. aku print kt fakulti pendidikan, dah amek masa yg lama sebb banyak page,, ok,, pastu dah selesai aku print dah kul 12.55,, ok sempat ke nak binding pulak kedai td dah tutup sebb rehat,, alamak,, aku dah gelabah,, waaaa
pe lagi aku berlari la g kedai fotostat fakulti sastera,, aku dah tak pedulik orang nak tengok aku ke ape ke yang penting aku dapat anto kat prof tepat pada waktunya,, hehhehehee

mujurlah kedai fotostat fac sastera xtutup lg,, dah siap binding, aku pon mempercepatkan langkah aku,, panjat pulak tingkat 3 jabatan Geografi,, aduh,, tercungap-cungap aku penat,, dah la perut kosong kot!!!

sampai ja kt bilik prof, aku pon ketuk pintu,, prof pon siap ckp lg kat aku, "xpe2 kamu rehat dulu k, bg hilang rase penat kamu tu'
hak2 aku tesengih-sengih jelah,, tp memang betul aku penat,, hahaaaahhaa

pastu aku pon serahkanlah tesis aku, dan setelah dikomen-komen, prof pun cakap, lepas ni boleh lah kamu jilid ye, tapi edit-edit lah bahagian mane yang sy komen tadi,,"

mujur tak banyak yang aku kena edit,, lega rasenye,,
aku pon kuarlah bilik prof dengan nafas yg sangat-sangat lega dan tersenyum. LEGA!!!! tesis dah siap,, pasni bolehlah tumpu kat saiment lak,,

dunia tesis menyerabutkan otak aku,,
dunia tesis juga kadang-kadang wat aku tertekan,,
tapi tu la namanya student,, hehhehehe

Sunday, April 3, 2011

akukah??????

aku dapt msg dr kawan aku,, SHUHADA,, kawan satu sekolah menengah dulu,, aku tanya dia: JD TAK NAK KAWEN HUJUNG TAHUN NI???"
kawan aku cakp: JADI,19 ARIBULAN 11, dtg tau,,,

dah nak kawen pon kawan aku,, ari tu aku xdpt dtg mse majlis pertunangan dia,, hm,, mudah-mudahan dia kawen nanti aku boleh la p majlis dia tu nanti,,

aku???? bila nak kawen???
LAMBAT LG,,,,,
CALON????? no komen,,

whateverlah,, aku doakan kawan2 aku bahagia disamping insan-insan yg mereka sayang,,,cemburukah aku??
mungkin kot,, tp apa boleh buat,,

jodoh pertemuan, ditangan ALLAH,,
hm,, bila la aku akan rasa disayangi,, hm,,,,,,






TAK YAKIN KAH AKU????

aku yakin dgn perasaan aku,, tapi aku tak yakin dengn perasaan dia terhadap aku,,

KENAPA???

hm,, dengn apa yg berlaku, aku tak yakin,,,

SAYANG DIA TAK??

SYG,SGT SYG,,

CINTA DIA????

CINTA,, CINTA YG TAK KAN HILANG WALAU APA PUN YANG TERJADI,,

RINDU DIA TAK???

RINDU,, HARI_HARI RINDU,,

DAH TU KENAPA TAK YAKIN????

ISH BANYAK SOAL LAH!!!!!!

hahhahahahhahahahaha,,,

Saturday, April 2, 2011

tesiS oh tesis,,

memang sejak kebelakagan ni aku bz ngan tesis,,, pagi2 lagi aku dah tercongak kat PPZ (perpustakaan Peringatan za'ba),, nak wat pe kt sane?? tgok bola?? hahahaa,, aku cari bhan tuk siapkan tesis aku,, bertapa kat sane,, dr pagi sampai ke petang!!! kadang2 tu kalau lapo wat bodoh jer,, perut sakit ke aku xdulik,, yG penting tesis aku siap!!

walaupon tak larat, letih aku berjalan jugak g PPZ,, tesis punya pasal,, tu tak campur lg dengan assaigment yg dok tunggu aku!! adeh,, banyak kot!! kadg2 tu aku pk lec tak patut bagi assaigment kt 3rd year,, sebb dah kompom2 kami yang 3rd year ni bz ngn tesis,, alaahhhaaaiii,,,,,

aku pon kadag2 tak tido,, terpaksa korbankan waktu tido tuk siapkan sume tu,, dah tak da malam lagi dah bagi aku,, waaaa,, mata aku dah makin teruk sembab nya!!!! YES!!! sy suke,,



perut????? chipsmore je yg masuk lam perut aku,, xsempt nk mkn makann lain,,, aaarrgghhh!!!!!!!!!!!!! aku rasa agak tertekan!!!! otak jem dah pk sal tesis!!!

well,,, time aku menaip kt entry ni pon aku lapo siot!!!! YES perut aku da sakit,, sukenye aku,,, maaakkk tolong!!!!!!!!!!!!!

tuala oh tuala~~

GERAm nih,,
adeeehhhh,,,
aku basuh la towel mandi aku,, dah la gune tangan ok??
pueh aku sental,, samapi lenguh la tgn aku ni,,

ok bila aku yakin ia dah bersih,, aku pon bilas n perah dia,, pastu aku pon rendam la ngn pewangi baju,, rendam ngn baju2 yg aku basuh sekali,,
ok,, lebih kurg 5 minit aku biakannya, so aku pon perah lg baju n towel td,,,

pastu aku bia la kejap air baju2 n towel aku berkurangan,,
bila dah aku yakin air tu dah kurang (bukn pe senang sikit aku nk sidai nnt,, bile dah sidai xde air yg turun cm air hujan,,) hehhee,, maklumlah gune manual,, nk gune mesin basuh??? ooooh tidak!!! aku tak suke gune mesin basuh,,,

ok2 berbalik pada agenda aku td,,
bila aku yakin jer air dah tak de kat baju2 n towel aku tu, aku pon perah la lg,, nak pastikan air dah xde,,



ok, bile aku perah je towel aku,,, aku belek-belek la towel ak tu,,
oh,, mcm ade something je,,
ok,,,, aaarrrrrgghhh,, aku bengang,, mane taknya,, towel aku kene warne shawl,,
shawl pulak turun warne,, aaarrgghhh,,, bengang kot!!!
ok la, aku try basuh sekali lg,, kot2 warne tu ilang,, aku sental lg,, sampai dah tak larat la katakan,,
tp,, tak de hasil,, huh!!! penat aku!!! dah la lewat pg,, arrgghhhhh,,,,

Saturday, March 26, 2011

berpindaH rumaH???

mungkin ade hikmah atas ape yg berlaku,, YA!!!!!!!!! ALLAH sedg menguji aku dan koge aku,, walaupon kami agak buntu,, mujurlah khudrat ayah masih kuat,, mampu buat itu ini,,
dan mungkin juga kami akn berpidah,, meniggalkan negeri kedah,, negeri yg tercinta ni,, yg banyak meninggalkan kenangan manis buat aku,, kawan2 kat sini, tp sume itu mungkin akan jd kengan lepas ni,,



aku bukn shj akn berpindh rumah, mlh negeri sekali,,
kenapa nk pindah???
tak nak komen lebih2,, tp biaselah bila perasaan dengki tu ade dlm idup setiap manusia,,
well,, life must be go on!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, March 20, 2011

dia.... suamiku 11

"sape pompuan tu Afif? jangan nak buat perangai lame kamu balik. Sedar sikit kamu tu dah ade isteri, ade anak-anak. Esok luse bertambah lg anak tu, jangan nak mengada-mengada nak kahwin lain."

aku yang dengar ayat ibu mentua aku pon terangkat kening aku, ini kan pula suami aku, bukan setakat terangkat tapi tajam je mate dia tengok aku. Marah aku la tu, mesti dia ingat aku yang bagitau ibu. "ape ni ibu? pompuan mane pulak?" suamiku berlagak tenang. "yang datang rumah kamu hari tu la, cakap dengan ibu sekarang sape pompuan tu?" tinggi sikit suara ibu, aku pon kecut perut jadinya.
"tak de sape lah ibu, kwan sekerje je ibu,"
"kawan sekerje ape kalau dah suruh Dina tinggalkan kamu?"
aku memandang suamiku, matanya menyoroti aku. aku tahu dia marahkan aku. biarlah dia, dia berhak rase marah, tak kan aku nak bagitau yang anak sendiri yang mengadu kat opah dorang. ishh ,, tu dah kira melanggar etika seorang ibu. hheheehe..

"ibu dah tahu buat ape tanya Afif lagi?" suara suamiku masih boleh dikawal. aku tahu suamiku panas baran, kalau aku tak kawal keadaan, mungkin boleh bergaduh anak-beranak ni.

"err,, ibu, abang, biarlah, bende dah jadi, asalkan abang tahu ape yang dia buat, dah la ibu, saya tak kisah sangat."
"kamu tak kisah ke kalau kamu kene madu?'
Madu??? Gluuuppp!!! aku telan air liur. oh! tidak,, perkataan itu adalah racun bagi aku. tak, aku tak sanggup nak berkongsi kasih. aku menggeleng kepalaku apabila melihat ibu memandangku lama.
"bukan itu maksud sy ibu, maksud sy, pompuan tu pun dah tak ganggu sy, dia pon dah tak ade lagi datang rumah, kira okeylah tu ibu"
"entahlah kamu berdua ni, ibu pun tak pahamlah, jangan sampai rumah tangga kamu berpecah belah sudah la, ibu tak nak sorang ke sane, sorang ke sini."

ya! aku dan suami diberi ceramah percume oleh ibu. Bila aku balik kampung hari tu, tak sangka pulak suami aku juga turut balik rumah ibu selepas dia selesai kerjenya.
sudahnya, dia dimarahi oleh ibu pasal pompuan tu. dan aku dimarahi olehnya sebab sangkanya aku yang bagitau ibu. sabar je lah, tapi aku tak kan sesekali bagitau yang anak kami yang mengadu pada opahnya. disebabkan perkara itu, aku dan suami kembali dingin,

Linda??? selepas balik dari rumah ibu, aku aturkan pertemuan dengannya. aku berjumpe dengannya face to face. aku tak marah atau pukul dia, tapi aku nasihatkan dia supaya jangan ganggu kebahagiaan rumah tangga aku. walaupun dia sayangkan suami aku, tapi aku katakan padanya aku lebih berhak menyayangi suami aku kerana dia suami aku. dan dia juga papa kepada anak-anak kami.
mungkin sedar akan kesilapannya, dia berjanji tidak akn mengganggu suami aku lagi. khabarnya, dia juga telah berpindah tempat bertugas. mungkin nak elakkan diri dari suamiku agaknya. tak kisahlah, asalkan dah tak de sape yang ganggu aku dan suami. cume sekarang aku kene pulihkan keadaan. hm,, memujuk suami aku mungkin..

"puas hati awak?? dapat mengadu dengan ibu?? puas?? suami memarahi aku. aku hanya tertunduk diam.
"kenape diam?? sy tanya awak ni?" sedikit keras suara suamiku.
"sy minta maaf, ibu tanye, jadi sy terpakse cerita." terketar-ketar aku menjawab. takut!
"ape yang ibu tanye?"
"ibu tanye mcam mne dngn rumahtangga kite, sy cakp ok je, tp ibu ckp dia tahu ade yg tak kene dengan kite,"
"kan sy dah pesan jangan bagitau ibu?"
"sy minta maaf abang,"
"itulah awak, sy marahkn awk ni, tunggu sy dah ok nanti baru sy nak ckp dengan awak, sekarang sy tak nak bercakap dengan awk. ok?"

aaiikk?? macam tu pulak?? entah ape-apelah suami aku ni. perangai macam budak-budak je. aku diam jelah dah suami cakap cam tu. tunggu jelah kemarahannya reda.


"mama, mama tak sihat ke?"adik tengok muke mama pucat?"
"pucat? betul ke ni adik?"
"ye lah mama, cube mama tanya abang,"
aku memandang aslah. dia menggangguk. muka aku pucat? kenape pulak? aku sakit? tak lah. aku sihat-sihat je.
aku memandang suami yang berjalan ke arah kami. aku cube mengukirkan sennyuman. tapi macam biaselah suami aku, tak dilayannya aku. terase jugaklah hati ni, tapi kesabaran tu penting.

"papa, sinilah, tengok muke mama pucat!"
laju je aslah mengadu kat papanya. aaiihhh,, memang kuat mengadulah anak aku yang sorang nih.
suami memandang aku. "awk ni kenape muka pucat ni? sakit ke?" "sy sihat je bang," "abang nak makn ke? sy dah siapkan makanan kegemaran abang, ayam masak lemak."
"hm, jap lagilah sy makan, belum lapar lagi, anak-anak dah mkn?"
"belum, kami tunggu abang," selagi aku dengar dia bahasakan diri "saya" tu maknanya dia belum ok lagi. oh suamiku bila la mood kau nak baik ni. aku mengeluh.
"awak tak makn lagi nih, tu yang pucat ni, jomlah makan,"
aku bangun, tapi tibe-tibe je kepala aku rase pening, dan sesaat dua aku rasakan tubuh aku bagaikan melayang tp serasa ada tangan yang menyambut. aku sempat mendengar suamiku memanggil namaku dan anak-anak menjerit satu perkataan sahaja. mama!!!



aku memndang sebelah kanan, melihat suamiku terlena diatas kerusi sebelah katilku,aku memandang sebelah kiri, melihat anak-anak kembarku nyenyak tido di atas sofa yang dimuatkan dalam bilik yang agak luas itu. Aku memerhati keadaan sekeliling. Tak perlu tanya, aku dah tahu, aku kini berada di hospital, kenapa aku berada di sini? ya tadi aku jatuh, mungkin aku pengsan. aku melihat tubuh suamiku bergerak-gerak, kemudiannya, terpisat-pisat dia bangun sambil berjalan ke arahku. dia tersenyum memandang aku. aku membalas senyumannya. dahiku dikucupnya, "terima kasih sayang" ucapan itu yang aku terima, tapi kenape?
"kenape abang berterima kasih kat sy? sy masuk hospital dan menyusahkan abang, abang ucap terima kasih kat sy?"
suamiku hanya ketawe dan ketawe nya telah mengejutkan anak-anak aku. berlari-lari mereka mendapatkan aku. memeluk tubuhku.
"mama dah bangun? mama,, nanti mama kene sayang kan aslah dengan adik tau mama"
aku pelik dengan kata-kata aslah.
"abang dah tak boleh panggil adik,adik lagi sebab nanti adik pun nak jadi abang jugak, abang kene panggil adik, angah.adik pun nak panggil abang along.nanti senang sikit adik nak panggil kite, kan papa?"
aku makin pelik dengan kata-kata si adik, aku memandang suamiku. meminta penjelasan.
"ok, anak papa, sekarang bagitau mama kenape mama masuk hospital?" arah suamiku.
serentak anak-anak aku menjawab, "sebab kami berdua akan jadi abang, kami akan dapat adik, kan papa?
suamiku ketawa, aku memandang suamiku. bagaikan tak percaya. betul ke aku mengandung lagi? anak ketiga? makin lame senyuman aku makin lebar. terima kasih ya allah, mungkin inilah berkat kesabaran aku selama ini.

"sampai ke hospital abang bawa sy? kan abang boleh je check sy kat rumah?"
Suamiku hanya tersenyum. "Entahlah, abang jadi panik tadi, tetibe je awak pengsan. abang jadi risau. Tu yang bawa awak datang hospital. Si kembar awak tu membebel jugak. Kenape papa tak check je mama, papa kan doktor." suamiku mengajuk gaya percakapan anak ku. suanmiku oh suamiku, mane tak nye si anak selalu mengajuk papanye kalau dah papa pun same je. alahai suamiku. Dahiku dikucupnya penuh kasih.

"terima kasih sayang, abang pun tak sangka yang awak mengndung, patutlah muke tu pucat, doktor cakap awak tak alami alahan ibu mengandung, tapi sebaliknya pulak, lepas ni,,,"
"ye abang, saya tahu,, abang dah pesan kat sy sejak sy mengandungkan anak kembar abang lagi." aku memotong percakapan suamiku.
"tengok tu, abang belum habis cakap lagi, dia dah potong,"
aku hanya tersengih. suamiku menggenggam erat tanganku.

"abang kagum dengan isteri abang, tabah dan sabar."
"kenape?"
"abang tahu, awk ade jumpe dengan Linda selepas balik dari rumah ibu hari tu kan?"
aku hanya menggangguk.
"Linda jumpe abang, dia cakap abang bertuah dapat isteri macam awak, dia dah janji tak nak ganggu kite lagi. Lepas dia jumpe abang, abang dapat tahu dia ditukarkan ke Penang. Khabarnya, dia dah lame mohon, tapi baru sekarang pemohonannya diluluskan."
"mestilah sy nak pertahankan hak sy, ape? abang ingat senang-senang sy nak lepaskan abang sedangkan dah keluar dua orang anak, ni nak keluar pulak sorang lagi."
"abang bahagia sangat sayang, terima kasih sangat-sangat. satu lagi abang minta maaf sebab hari tu marahkan awak, awak pun satu tak bagitau aslah yang mengadu kat ibu, tengok kan dah kene marah dengan abang?"
aku hanya tersenyum."tak pe abang, sy tak kisah pun, sy rela kene marah daripada tengok anak-anak kene marah."
"itu yang buat abang bertambah sayang kat awak,"
suamiku memegang perutku. "bile anak papa nak keluar tengok papa yang hensem ni?'suamiku tersenyum.


"papa ke sane sikit, abang nak sembang-sembang dengan adik ni," si kembar menolak sedikit papa mereka, suami aku bergerak sedikit, perut aku dipegang mereka.
"hai adik, ni abang aslah, ni pulak abang ashraf, bile adik nak keluar tengok abang-abang yang comel ni?"
aku dan suami hanya ketawa mendengar si kembar berceloteh dengan 'adik' mereka.
"sape ajar ni?" tanyaku
"papa!"
ketawa suamiku makin kuat memecah ruang bilik pesakit.
"papa?"
"a,ah papa, along dengan angah nampak papa buat mcam ni kat mama tadi, pegang perut mama, pastu bercakap-cakap dengan 'adik', tp papa cakap 'bile anak papa nak keluar tengok papa yang hensem ni?'
keningku terangkt,pandai aslah mengajuk papanya.sisa-sisa ketawa suamiku masih kedengaran.suami memeluk aku. "abang sayang awak.agak-agak awak anak kite nanti kembar lagi tak?"
'abang?' keningku bertaut.
suamiku ketawa. nak main-mainkan aku lah tu.
alhamdulillah, kebahagiaan milikku kembali.

dia...suamiku,, aku bahagia dengannya,,
dia..suamiku,, seorang yang setia.
dia..suamiku.. aku sayangkan dia,,
aku jugak syg anak-anak aku dan anak yang bakal lahir tak lama lagi,,


terima kasih ya allah atas kurniaanMu ini.

dia...suamiku,,, DAH TAMAT~~

Friday, March 18, 2011

dia...suamiku 10

"Dina ade masalah ke dgn Afif?" ibu mertua aku dah menyoal, mana dia tahu ni,, aku tak boleh bagitau, rahsia,,, "tak ade lah ibu, mane ade masalah, kami biase-biase je ibu, macam dulu lah, ibu macam tak kenal anak ibu tu, manje, dia kalau tak manje sehari mana boleh duduk ibu. ade je yang nak tunjukkan yang dia tu manje." sambil tersenyum aku melihat reaksi ibu mentuaku. "ibu tahu dia anak yang manje, tak de isteri manje dengan ibu, dah ade isteri dia manje dengan isteri dia, tapi ape pun yang dia buat, Dina sabarlah ye." itulah ibu mentuaku. selalu sebelahkan anaknya. Aku hanya berdiam diri. cakap lebih karang, dikatakan aku ni menantu kurang ajar pulak, so, baik aku diamkan diri aku. "tapi kan Dina, budak-budak selalunya tak kan tipu kite yang tua ni, nak-nak pulak opah dorang, hm," keningku bertaut. aiisshh,, pelik je bunyi ayat tu, ibu tahu ke aku bergaduh dengan Afif? jangan-jangan si kembar yang bagitahu tak? kalau betul memang nak kena kembar ni. takpe-tak pe cool je Dina, buat mcam tak de ape-ape. "maksud ibu?' cewah,, pura-pura tanya pulak aku ni, hehee,, "ibu bukan nak masuk campur hal Dina dengan Afif, tapi bila ibu dapat tahu kamu dengan dia ade masalah ibu tak senang duduklah. sape pompuan tu Dina?" aku dah agak dah, ni mesti cucu-cucu kesayangan dia yang bagitau ni. macam pompuan la ank-ank aku ni, suka sangat mengadu. ish ikut perangai papa la ni,, eh? tak-tak suamiku tak pernah mengadu, yang suke mengadunya tu aku,, jadinya anak-anak aku ni ikut perangai aku lah kan? hehehe,,

"hm,, cucu kesayangan ibu ke yang bagitau ibu nih? si abang ke?" aku mengeluh berat melihat anggukan ibu mentuaku. "hm,, tak ade lah ibu, pompuan tu kawan Afif je, kwan sekerja," "betul ke kawan sekerja? ibu dengar dia suruh kamu tinggalkan Afif untuk dia? betul?" Aku menggangguk. tak guna kalau aku berbohong, ibu dah tahu segala-galanya. "jadi ape kata Afif?" "dia suruh pompuan tu balik, pastu dia cakap tak kan tinggalkan Dina, tapi tak tahulah ibu, kadang-kadang Dina takut dia kembali dengan perangai lamenye dulu." "Dina tak yakin dengan cinta Afif?" "bukan tak yakin ibu, tapi ye lah, kalau dibuatnya dia berubah hati kan susah tu ibu?"
"sape yang nak berubah hati?" bapa mentuaku menyampuk, sudah pulang dari kedai rupanya. "er, tak de sape lah abah, saje je sembang-sembang kosong dengan ibu." "kamu dah lame sampai?' "baru je abah, abah g kedai jande tu ke?" "pandailah kamu, karang merajuk pulak ibu kamu tu, jenuh abah nak memujuk." "saye senang je bang, kalau nak sangt kat jande tu, tido luarlah malam ni." ibu mentuaku menjawab sambil menjelingkan matenye. "dengar tu Dina? belum abah cakap ape-ape lagi dah nak merajuk, dah kene warning," "heheheehe,, abah dan ibu, walaupun usia perkahwinan mereka dah lama, hampir 30 tahun aku kira, tapi kasih sayang mereka tetap kekal hingga sekarang. sedangkan aku? ade sedikit masalah je, dah larikan diri dari suami. adeh! isteri ape aku ni? sepatutnya aku dengan dia kene berbincang, ini tak, aku ikutkan sangat rajuk hati aku. tak pelah nanti aku berbincanglah dengan dia.



"cube abang tengok menantu abang tu?kite sibuk bersembang, dia boleh pulak berangan." suara ibu mentuaku mengejutkan aku. "mane si kembar Dina?" "ade kat atas tu abah, tengok tv rasenye. kartunlah tu, ikut papa dorang suke tengok kartun."
"Afif tu memang suke tengok kartun, sampaikan ade anak pun masih lagi tengok kartun. Dia keje ke ni?" "keje abah, tu yang Dina dengan anak-anak je yang datang."
"Yelah, dah tu kamu tak nak tambah anak ke?' ish,, ape punya soalan la bapak mentua aku ni. ade ke patut dia tanya cam tu. ish,, malu la aku.aku rasa pipi aku ni dah macam udang kene bakar dah kot. malu siot!, "insyaallah abah, kalau ade rezeki, asyik tengok muke abang, muke si kembar tu, naik bosan jugak." hehehe, aku cube bergurau. "kamu ni ade pulak cakap tgok muke suami sendiri bosan, tambahla lagi anak tu, anak ramai baru best, kamu pun masing-masing keje, hidup senang, tak de masalah lah nak tambah anak." laju je bapa mentua aku bercakap.aku hanya ketawa. "Dina gurau je abah, alhamdulillah hidup dengan abang 6 tahun ni tak de lagi perasaan jemu tu, makin hari makin bertambah sayang, tambahan pulak ade anak-anak ni, rase seronok sangat abah. balik keje ambil dorang, pastu masak tuk dorang, ape yang saya masak tak pernah dikomplennya, kerja saya mudah abah, ibu, anak-anak dengar kate, cume tu lah bile ade papa dorang je menjadi-jadi sikit manje dorang tu, mungkin sebab jumpe sekejap-sekejap je kot dengan papa dorang, nak kuar hujung minggu pun susah, kadang-kadang tu Dina tengok dah macam bertahun-tahun tak jumpa papa dorang. kalau papa dorang balik, asyik melekat je dengan papa dorang tu, papa dorang pergi dapur, dorang pun masuk dapur, Afif tengok tv dorang pun tengok tv. sampaikan Dina ni dorang dah tak hiraukan lagi dah. buat macam kite ni tak de je kat rumah tu. itulah cucu kesayangan abah dengan ibu." panjang aku bercerita pasal cucu-cucu mereka. Aku melihat mereka berdua ketawa."Dina bercerita macam cemburu je bunyinya?" "mane ade ibu, takkanlah dengan anak-anak sendiri Dina nak cemburu, ibu ni mengarut jelah."

Wednesday, March 16, 2011

dia...suamiku 9

"mama, kenapa mama menangis?" aslah begitu peka dengan keadaan aku. aku tersenyum lantas mengesat air mataku. aku baru sahaja lepas mengambil anak-anak aku di taska. maklumlah aku kerja, suamiku pun kerja, jadi anak-anak terpaksa dihantar ke taska. tugasku sebagai pegawai meteorologi membuatkan aku selalu sahaja sibuk. aku tersenyum memandang anak-anak kembarku. mungkin mereka berdua perasan yang aku dan papa mereka tidak lagi seperti dahulu. aku yang keras hati atau aku terlalu mengikut perasaan?
entahlah, tapi sampai bila aku dan suami nak macam ni.

"mama menangis sebab papa marah mama ke? ke mama merajuk dengan papa? ala, mama tak best la kalau mama merajuk dengan papa, rumah kita dah tak bising macam dulu. abang dengan adik nak mengusik mama pun takut. takut kene marah dengan mama. mama berbaiklah dengan papa. papa kan sayang mama." petah si adik bercakap.

"mama merajuk sebab pompuan hari tu datang cari papa ke mama?" sape pompuan tu mama? si abang pula menyampuk.
ah! anak-anak aku dah makin bersa, makin bijak berfikir.

aku mencium kedua-dua pipi anak-anak aku. "tak lah sayang, mama tak merajuk pun dengan papa. mama ok je dengan papa."

"tapi kenape mama dengan papa tak macam dulu? kalau tak, asal papa balik je mesti papa usik mama.sekarang adik tengok dah tak de, papa balik, papa naik bilik, mama tengok tv.kenape mama?"

"mama tak sayang papa ke?"

hati aku bertambah sayu. anak-anak memahami aku dan suami tapi mereka tak tahu apa masalah yang aku hadapi. aku hanya tersenyum. "anak mama nak ikut mama balik kampung tak?'
"kampung mane mama? kampung nenek ke opah?"
"kampung opah, nak?"
bulat mata anak-anak aku.melompat-lompat kesukaan mereka berdua."yeay, nak balik kampung opah, nak main pantai,, kita balik umah tok nek ye mama, boleh main kat pantai, abang nak buat istana pasir."

'adik tolong abang buat istana tu, bila nak pergi mama? hujung minggu ni ke?"
aku hanya mengangguk.
"papa ikut kite tak?" si kembar menarik muka bila melihat gelenggan aku.
"anak mama anak yang baik kan? papa kan keje, papa mana dapat cuti. lagipun aslah dengan adik tak kesian papa? papa penat cari duit untuk kita, nak bagi aslah dengan adik pakai baju baru, makan sedap-sedap, beli mainan baru, kesian kat papa kan?"

"tapi tak bestlah mama kalau papa tak ikut.'
"tak pelah nanti papa cuti kite pergilah dengan papa'"
"mama janji?'
"ye sayang, tapi kite kene tunggu papa cuti."
kedua-dua anak ku mengangguk, tanda setuju dan paham. fuh! lega aku, senang pujuk dorang, tak buat perangai macam dulu lagi.

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5584621141398374418" />

"assalamualaikum," suamiku memberi salam, dia dah balik, aku melihat jam di dinding yang menunjukkan angka 8 malam. suamiku tersenyum melihat aku dan anak-anak.
"waalaikumusalam, papa dah balik," kedua-dua anak ku mendapatkan papa mereka, seperti biasa tubuh itu akan dipeluk dan cium sebelum menyalami tangan papa mereka.
selepas anak-anak, aku pula menyalami tangan itu. sebuah kucupan hinggap di dahiku.
"abang rindukan awak." sayu aku mendengar kata-kata dari suami aku. ya, aku pun rindukan dia tapi aku terpaksa keraskan hati aku.

"papa, marilah duduk kat sofa ni, kita sembang-sembang dulu, mama cakap nak balik kampung, tak best lah papa tak ikut sekali."
suami memandang aku, mungkin dia agak terasa hati sebab aku mebuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

"betul ke awak nak balik kampung? rumah sape? mak ke ibu?'
"ibu,"
"bagi alsan kat abang, kenapa nak balik rumah ibu tiba-tiba je ni? nak merajuk dengan abang?"
aku menggeleng. "habis tu kenapa? nak mengadu dengan ibu pasal ape yang dah jadi antara kita?"
pantas aku menggelengkan kepala ku. "tak,saya nak balik kampung sebab teringat mak,tapi nak balik rumah mak, jauh sangat, saya tahu abang tak kan benarkan saya balik sendiri."
"habis tu nak balik rumah ibu, awak yakin abang izinkan awak balik sendiri?"
keras suara suamiku. anak-anak hanya berdiam diri. sesekali melihat aku dan suami.
"abang izinkan sy ye,"
suamiku menarik nafas.
"bila nak balik?"
"hujung minggu ni,lagipun tadi ibu ada call, tanya bila nak balik, dia rindu cucu kembarnya ni."
"hm,, abang izinkan, tapi dengan syarat, bawak kete tu baik-baik dan jangan cerita kat ibu pasal kite"
"terima kasih abang,"
"papa, boleh ke kami balik kampung?"
suamiku tersenyum, kemudiannya mengangguk.
"yeay, ni yang sayang papa ni,"
bertalu-talu si kembar mencium pipi papa mereka. aku tersenyum, mungkin seketika nanti hubungan aku dan suami akan pulih.

dia...suamiku,, masih seorang yang tenang, dan sentiasa pandai menjaga hati aku.
dia juga seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. tapi aku masih tidak dapat menerima hakikat bahawa suamiku dicintai perempuan lain.. ya allah, berilah aku kekuatan untuk hadapi dugaan-Mu ini dan aku mohon agar jodoh aku dan suami berpanjangan hingga ke akhir hayat kami. semoga hati suami aku tidak berubah cintanya pada aku dan anak-anak kami.