seindah memori

seindah memori

Thursday, December 27, 2012

sembang-sembang

aku memakirkan kereta di bhu jln. hujan renyai-renyai menyembah bumi. aku mengambil pyung dan terus berjaln ke sebuah kedai runcit.dulu masa aku  kecik-kecik, zaman aku sekolah rendh, kedai runcit ni  la yang selalu aku pergi,, uncle tu pun dh kenl aku. tengok ja muka aku, terus dia tanya, "keja mana sekrng?" heheee,, sembang-sembang dengn uncle tu aku tertarik dengn kata-katanya,,, " sekrng ni ramai orang cina kahwin dgn orang melyu, orng cina kata orng melayu ni bini sayang laki sebb time makan bini akan ckap ' abang, meh makn,,tapi klu orng cina,, meh makan, kalau tk nk sudah..."  eeerrr,,,, tp aku senyum je la,,dan suatu ketika dahulu, uncle ni bercampur dgn org melyu,, 

apakh sebenarnya kehebtan ORANG MELAYU?????

Thursday, November 22, 2012

bila jemari qhalbu menaip..

"tuhan berikan pedoman..
tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai,,
tuhan berikan pedoman..
dan bila ku menjauh kembali ke pangkal jalan..
biar pedoman ini berkekalan di hati selamanya..
pengubat jiwa
penyinar bahagia..
inilah kasih yang kita damba,,"

jemari pantas menaip laju bait bait kata yang menyusuk  qhalbu,,
ramai yang tertanya "kenapa Jemari Qhalbu??
jawapannya adalah,,,,,,,,,,, aku menaip menggunakan jemari aku,,, Qhalbu pulak sebb apa yang aku taip kadang kadang dari hati (yakni qhalbu) aku sendiri.. sebb tu la jadi "Jemari Qhalbu"

Sentuhan Jemari Qhalbu

pelbagai cerita yang aku kongsikan kat sini,, untuk apa?? pelbagai ragam yang kita dapat lihat di pentas dunia,, seolah olah kita adalah pelakonnya.. :))

segala pahit manis aku kongsikan di sini,, 
walaupun ada diantaranya yang bukan berlaku pada diri aku,,
sekadar berkongsi,,
kadangkala cerpen aku pun aku kongsikan di sini,, hihi,,

oh ya,, aku dah dapat ank sedare baru,, baby girl dan dia sgt comey okk,,! ahhakzz,,
mule-mule kuar dari perut mak dia 4.3 kilo,, gile besar budak tu,, hahahaa,,,

ok,, jemari qhalbu sangat2 buzy sekarang nih sebb musim cuti sekolah,,bukan sebb kerja tp sebab jemari nak berehat,, sempana musim cuti sekolah ni jadi jemari qhalbu nak pergi berjalan-jalan,,
melancong ke serata pelusuk negeri yang ada kat Malaysia ni..

hari raya haji ari tu aku g beraya kat Johor,, next destination aku adalah pulau lagenda, terengganu, kelantan,, ahhhaa,,, tak sabar rasanya nak abiskan duet dengan bercuti,, orng laen giler membeli iphone, ipad la ape benda lagi la,, aku sibuk nak menghabiskan duet dgn melancong,, hhaaa,,

dalam tu, dok plan nak g melancong ke Thailand, Paris,Hong Kong dan Istanbul.. banyak sgt cite yang kuar sekarng nih sume wat set penggambaran kat Istanbul,, aku pun cam terpanggil nak g jer,,
Masa solo lagi single ni la kite g berjalan puas-puasnye,, nnti bile dah hidup berumah tangga ade anak, susah nak nikmati kawasan cantik-cantik nih,, hahahaa (alasan semata-mata) hhahaaa,,,

aku ni suke aktivi lasak, so rasanya ada keinginan nak mendaki gunung kinabalu.. wow! dari zaman aku sekolah menengah lagi aku teringin,, hihihi, Kundasang aku tertarik nak g gara-gara aku baca novel "hati seorang wanita" tunggu ye kundasang... Sarawak aku dah sampai so, tak risau sangat kalau belum sampai tapi mungkin akan sampai sekali lagi,, sape tahu kan???
yeaahhh,, masuk hutan keluar hutan sambil menikmati alam semulajadi yang Allah cipta,, masuk dalam air, flting fox lah pe kebenda lagi aktiviti hutan sume tu semata-mata untuk aktiviti kepimpinan,,
hahahhaah,, giler, sebb tu aku kalau tak buat aktiviti lasak yang dianjurkan aku akan rasa rugi,, hahaha

jom kite same same menikmati keindahan alam ciptaan Allah,,

jumpe lagi di next entry (**,)

Sunday, September 9, 2012

di mana keadilan???

apa dah jadi dengan undang-undang sekarang???? undang-undang negara lebih memihak kepada perogol dan buknnya mangsa,, 2 keputusan mahkamah melibatkan perogol di bawah umur  buat rasa tak puas hati,,
kes pertama membabitkan seorang pemain bowling remaja yg diketepikan drpd hukuman penjara, sebaliknya hanya diperintahkan berkelakuan baik selama lima tahun ats alasan remaja terbabit mempunyai masa depan yang cerah,,

kes kedua,,

seorang juruelektrik juga dikenakan ikat jamin dan perintah berkelakuan baik atas alasan perbuatan dilakukan dgn persetujuan bersama dan gadis yg dirogol keciciran sekolah,,

aku tidklah arif tentng kehakiman negara tp apa sudah jadi?? adakah nasib dan masa depan si perogol lebih penting sehingga boleh mendapatkan keistimewaan melampaui batas undng2 yang sedia ada?? Adakah hanya kerana mangsa rogol seorng yang keciciran  sekolah, maka haknya boleh dinafikan begitu sahaja??

adakah perogol genius boleh senang senang terlepas tetpi jika si perogol itu seorng mat rempit, keputusannya berbeza???

selepas apa yg mereka lakukan, mereka masih dianggap mempunyai masa depan yg cerah sedangkan masa depan mangsa yg dirogol siapa yg peduli?? kalau  ditakdirkan mangsa mengandung, mangsa di beri 2 pilihan samada gugurkan kandungan atau lahirkan saja anak tersebut,,  macam mana pulak masa depan mangsa rogol??? macam mana pulak dngn rasa malu yg perlu ditanggung oleh keluarga,,

siapa nak jawab????

p/s: waspadalah wanita di luar sana,,,,,,,,

Tuesday, September 4, 2012

heaven with u,,,

kalau dulu aku suka tengok cite Pobre Diabla Daniela  kt astro bela,, tp sejak sejak citer filipina "Heaven with you" ditayangkan, aku jadi giler tgok citer ni,, dri dulu lagi aku suke tgok citer filipina,, masih ingt dgn cite pangako sayo,, zaman aku sekolah rendah dulu,, lepas tu bila dah g sekolah asrama jarang dah boleh tgok tv sampailah aku masuk universiti, masa tu aku jadi gila tgok cite DISABBLE (dh tak ingt ejaan nya cm ne) main kt astro ria,, cite sal ikan duyung, memang la tak logik, tp aku suke tgok cite ni sebb heroin dia Marian Rivera,, heroin yg comel gituu,, hehhee,, lepas Disabble, citer MARIMAR,, gile kot tgok citer nih sebb time tu aku da nak final exam,, aku sempt lagi bukak TONTON dan tengok cite ni sampai abeh!!! hahahhaa,, lepas MARIMAR, TV 3 tayang drama ENDLESS LOVE,, yess!! kali ni hero n heroin yg sama lam MARIMAR dan aku sgt meminati mereka berdua!! hahaha 


lepas ENDLESS LOVE, layan pulak HEAVEN WITH YOU kat astro bella,, citer ni bru je dityngkn,, skrng ni episod 23,, best giler kot citer nih,, dah la heroin citer ni comel,, hehehe,
cite dia sal Rigo dan Marge ( Heart Evangelista) merupakan sahabat sewaktu kecil yang berkongsi impian yang sama. Persahabatan mereka diuji selepas kematian misteri ayah Rigo. Namun takdir menemukan mereka semula selepas 15 tahun terpisah. lepas tu dorng bercinta,,, tp banyak pulak halangannya tp aku seronok tengok cite nih,, lagu cite ni pun best,, hehehe yg bestnye siaran astro ni kan selalu ulang-ulang,, so, kalau terlepas cite ni kul 3 ptg, leh tengok kul 8 mlm n 12.00 mlm,, kalau terlepas jgk tengok weekday, boleh tengok weekend,, (siaran ulangan),,

gile la tgok citer nih,,, (**,)

memasak,,,

bulan puasa yg lepas aku rajin memasak,, menu itu menu ini, sentiasa bertukar hari hari,, aku ingt lg aku masak sotong sesuci kasih,, hihihi,, resepi tu aku reka sendiri so, namenye pon aku reka sendiri la,, sedap tau, ayam masak kicap ala ala syg,, ni pon resepi ciptaan aku,, hehehee,, asal aku bg name masakn aku cam tu?? sebbnya petua bila kita mmasak ni, kita kena mask dgn penuh rasa kasih syg, bru la org yg makan msakn kita tu boleh puji sedap!! hahhahahaa,,,, lagi pulak bakal suami aku ni suka masakan kicap,, hehehee,,

minggu lepas, dpt msg dr sorng kawan,, " nak resepi kek batik, agar-agar laici,," okeh,, set, aku bg dia resepi tu,, agar-agar pelangi pun bg jugak,, :)) bila masa yg dinntikan tu dh makin hampir, benda-benda cam ni kita dh kene pandai dan kene sentiasa praktis,, brulah suami akn bertmbh syg,, hahhahaaha,,

bakal suami aku ni jgk suka kueh koleh kacang,, aku pernah la menuntut ilmu buat koleh kacang ni dgn bakal mak mentua aku ni,, memula buat tak jadi,, sebb salah tepung, kali ke dua try baru jadik,, dan mendapat pujian dr bakal suami,, tp memandangkan sekarng beliau dah jauh dgn aku, dia cuma pesan je "nanti bila sy balik, buatkan saya kueh koleh kacang ye"  "ooorraaiitzz boss" hahhahahaa

oppss,, jom aku kongsikan menu sotong sesuci kasih,,, 

sotong (ikut suka la nak letak bape ekor pon)
4 btg serai, setengah halia dan lengkuas, 2 biji tomato, 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, 
3 biji cili besar, 5-7 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah lagi)( bahan bahan ni dikisar) 
5-7 helai daun limau purut
garam secukup rasa

cara membuatnya,,,,

rebus dulu sotong bg lembut,,
kemudian, masukan semua bahn yg telah dikisar ke dalm kuali,  tumis sehingga naik bau,, bila bahan bahan td dah masak, barulah masukkan sotong,, tambah sedikit air,, gaul bagi rata dan masukkan sedikit garam,, biar sampai mendidih, kemudian masukkan daun limau, tutup api,, 

okez, masakn anda dah siap!!!

selamat mencuba,, sedap tau,,,,,,,,,,,,,,,  (^__~)

Thursday, July 26, 2012

doktor oh doktor

pagi tadi memandangkan aku mengajar petang, so, aku pegi la klinik, konon nak cek kesihatan,, woohaa,,

"selalu ke sakit kepala nih?"
"selalu jugak, tp tak tahu sebab apa,,"
"magrin kot?"
"entah la doktor, tak tahu saya, doktor cek la,"

"tekanan darah awak rendah nih,,sebab tu selalu pening kepala,,"
"eh! hari tu saya derma darah ok jer doktor,"
"tekanan darah awak rendah sikit, kalau derma darah ok sbb ckit je,,xpe g amek darah dulu kat makmal,, jagp dtg sini balik,,,"

"nak MC ke?'
"tak payah la doktor, saya ngajar petang"
"owh, cikgu la ni, mengajar subjek ape?"
"bi"
''alamak, tak jadi nak takcle sebab saya tak minat bi"

 *eerr apa kaitan nak tackle saya dengan subjek yg saya ajar? aku tanya lam hati je la,,  tp ttp senyum doktor tu cakp cenggitu,,

doktor tu sempt ngusik aku dan dok bebel sengsorang,, last sekali lepas dia dh abeh tanda maklumat  kt kad rawatan aku, dia ckp
 " tak pe japg awak g amek ubat ya,,"
"ok la doktor, terima kasih,,  "

sempat lg dia cakp JANGAN CITE KAT PAKWE AWAK HHAHAHAHAA

doktor oh doktor,, aahhaa,, nama doktor tu DOKTOR FIQRIE,,

p/s: doktor yg hensem, org sakit pun dah jadi tak sakit,, hahhahaa

Thursday, July 19, 2012

ah lan wa sah lan ya ramadhan

sedar tak sedar sya'ban dah hampir nak melabuhkan tirainya,, selepas sya'ban ramadhan bakal menjelma,,  semalam sibuk berborak dengan sorang kakak ni kat bilik guru, maklumlah semalam ada program kat sekolah tuk pelajar jadinya free la tuk cikgu cikgu,, hehehheee,, dalam sibuk sibuk berborak tu, aku terfikir semalam dah 18 haribuln Julai, hari sabtu ni insyaallah semua ummat  islam akn berpuasa, lepas tu raye,, sedar tak sedar sekejap jer mase berlalu,,, akak tu pon cakp,, sekejap je mase berlalu sekrng nih,, kadang kadang tu rasa cam dah lama kerja,, heheheheee :))

okeh,, memandangkan ramadhan bulan yg mulia hampir tiba aku nak kongsi sikit tentng ramadhan :

"apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu pintu syurga, ditutup pintu pintu neraka dan diikat syaitan syaitan" 
                                                                                                              (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan intisab, nescaya diampun baginya segala dosa yang terdahulu,,,,"

                                                                                                   (Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim)

see?? betapa hebatnya kuasa allah,, begitu sygnya Allah pada umatNYA,, tp kita mcam mn jika berdepan dgn ALLAH? sygkah kita pada ALLAH? cintakah kita pada ALLAH? 

sempena ramadhan yg bakal tiba, sama-samalah kita memperbetulkan kekhilafan kita yg lalu,,, kejarlah rahmat di bulan ramadhan,, kejarlah berkat di bulan yg penuh kemuliaan dan keberkatan  ini,,, banyakkan amalan-amalan yang baik di bulan ramadhan ini ya kawan-kawan... (**,)


 "ah lan wa sah lan ya ramadhan" 

JEMARI QHALBU : jom muhasabahkan diri,,,,,,,,,,

Tuesday, July 17, 2012

santau

sempena dgn hari penyayang jumaat hari tu, aku dgn seikhlas hatinya, lepas je abeh kelas mengajar budak-budak tuisyen (buat part time) aku pon pegi la menderma,, 350ml darah yang telah aku dermakan,, semangat berkobar-kobar nak menderma kepada yg memerlukan,, zaman aku study kat KL dulu, dengar jer ade kempen menderma darah, aku akan pegi,, hihihihi,,, tak rugi menderma,, "KAMI SEDIA MEMBANTU" (**,)

ahhaa,,, SANTAU???? memandangkan hari ni sekolah cuti sebab semalam kat sekolah aku ada sukan padang dan balapan,, aku g rumah atok aku pagi tadi,, aku g merempit jer, tu pon ikut jalan belakang sebab motor tak de cukai jalan,, hahahhaha,,  selalunye adik aku yg naik motor ni g sekolah, hari ni dia bawa motor aku plak,, kete plak kakak bawak g pekan,,  so, terpakselah aku rembat jer motor adik aku tu,,hari-hari g sekolah dgn kete, bila nak naik motor rasa terkial-kial la pulak, tp aku bedal je, janji sampai kt destinasi aku yg lebih kurng 20 minit,,
sampai rumah atok, atok tengah masak,,  borak punye borak atok pun bercerita la,,

"......... kena santau"
hah? aku pun terkejut la,,,
"sape yg buat?"
"tak tahu sebab ............ makan di kedai, dah setahun lebih dia makn kt situ tak de ape2 pun, tetiba ja hari tu dia kena dengan kawan2 dia"
"ada org letak kt kedai tu kot"
"ustaz tu cakap, mmg ada org letak,, dia letak kaca dalm nasi dan serpihan kaca dalam air, .......... pon g berubat dan muntah keluar serpihan kaca,, bla,,bla,,bla,,,, "

aku hanya mampu beristifar,, astarfirullah al a'zim,, dunia makin moden pon masih ade sikap dengki cam tu,, tak leh ke bersaing cara sihat? nak kenakan orang cra tu buat apa?? menganiaya org lain tu kenapa? ish,,,, kesian kat tauke kedai tu dan kesian jgk kt pelanggan kedai tu,,

lumrah orang kita kalau nampak perniagaan org tu maju sikit dari kita mula nak berdengki guna ilmu hitam,, tak baik tau,, cukup2 la dgn sikap cenggitu,, bila melayu dan malaysia nak maju kalau masih ada org cam ni???? rezeki tu kan di tangan Tuhan,, percayalah rezeki kita ada di mana-mana sahaja,,,

p/s: melayu akan jatuh jugak di kemudian hari,,, 


Friday, July 13, 2012

pelik,, pelik,,,

bulan sya'ban dah nak habis, ramadhan pulak akan menyusul,, mcm mn agaknya ye bulan ramadhan nanti,, waktu bersahur, waktu berbuka,, solat terawih,, mula nak mengecat rumah,, aha,, baju raya tak terfikir lg,, dah 5 tahun, time raya mesti beli raya last-last minit, dulu selalu gak tempah kat tailor kat kampung aku nih, tp entah la, malas pulk nak tempah,, beli je la,, nak menjahit sendiri malas,, hahahahaa,,bukan malas pe, sibuk ngn kerja lagi,,hehehee,, student dah sibuk-sibuk nak dtg beraya kat rumah aku,, hahaha,, jemput lah dtg,, hihihihi

lepas pose, beraya, cadngnyer nak pegi melancong,, kaki ni tersa gatal-gatal pulak,, time cuti sekolah tu ar teruja sgt tengok penguin yg comey-comey,,nak-nak pulak bile penguin tu terjun dalam air,, ala,, comeynyer,, :))

aha,, nak cakap sal fesyen tudung terkini,, aduyai,, aku yang pompuan ni pon naik rimas tengok fesyen tudung skrng,, berbelit belit sne sini,, bagi dorng konon cantik la, bg aku: huh! naik sakit mata,,

mungkin aku jaz sorang yg simple,, pergi mn jaz ngn tudung bawal jer,, tu yg aku lebih selesa,, jnji dapt tutup aurat,, bukan aku kolot tp aku tidak selesa! TIDAK SELESA! kadang-kadang nak berfesyen tak salah tp jangan sampai nampak HODOH di mata orang,,,

dah klu bertudung pon dah macm pokok krismas,, ape ke hal???
dah kalau bertudung pun dah cam menyiksa diri terbelit sane sini,, dah kenapa?

aku jaz memerhati mereka-mereka yang bertudung tp berfesyen ntah pepe tuh!

oh satu lg,, perlu ke bile bertunang kau siap make up tebal-tebal segala bagai?? majlis pulak dah mcam majlis kawen??? huh! bertunang je pon,, tak sampai sehari je pon,, pihak lelaki dtg sebelah ptg contohnya pas asar,, selesai majlis balik la,,, so, agak-agak korang la kan, berapa lame je majlis betunng tu???fikir sendiri la,, :))
bukan aku dengki tp aku pelik dgn sesetengah org nih terutamanya pompuan,,yang kadang-kadang tu nak menunjuk,, kononnya majlis dialah yg terbaik, dialah yg paling cantik,, pakai tudung berbelit belit tu cntik la?? alahai,, dunia-dunia,,,

p/s: tidak merujuk kepada sesiapa tp hanya dari sudut pandangan mata kecil ini di merata-rata pelusuk,, (**,)

Tuesday, July 10, 2012

tamat sudaaa,,

sekarng kat sekolah yg aku sedng berkhidmat sekrang ni musim sukan,, so, secara automatiknya aku pon buzy sekalilah,, dengn nak latih budak2 berkawad lagi, kene make sure peserta rumah sukan untuk acara pertndingn nnti sume ade, macam-macam lagi lah,,  memula jadual lama aku tak banyak kelas tuk mengajar, tp bile tukar jadual baru, banyak lak timenya nak mengajar,, hukhuk,, tambah pulak satu subjek, ingtkan SIVIK tu senang, tp rupanya susah nak ngajar budak budak walaupon nampak jaz simple,,, :))

sukan yang paling aku suka tngok adalah acara larian,, nak nak lak kalau lelaki yg lari,, aaahhaa,, bukan gatal tp bila tengok dorang lari tu, peserta pertama mesti jauh ke depan dari peserta kedua dan ketiga,,, hihihihi,,



ahhaaa,, minggu lepas episod last citer JANGAN AMBIL PADANG KAMI!,, yes,, aku mesti rindu kat BETTO,, haaahhaaa,,, sekarang ganti ngn citer DI MANA HILANGNYA JUWITA? tp aku tak tgok pon, sebab aku tengok BETUL KE BOHONG?  tak kering gusi dibuatnya tgok BETUL KE BOHONG? nih, nak pulak ngn kelakar yg dibuat oleh JEPP,, hhaaahaaa,, alaahhaii JEPP,, aku dah tak ingt episod ke berapa dah BETUL KE BOHONG? nih sebab  aku selalunya tengok ulangannye jer,, heheheee,, satu lagi komedi yg leh wat aku tak putus-putus ketawa KAROT KOMEDIA X,, hahahahaa,, mcam sengal jer KAROT KOMEDIA X nih,, hahahaha,,,



 JANGAN AMBIL PADANG KAMI! ni banyak kisah yg dipaparkan dlm masalah flat,, kes kecurian, orang gile, dan macam macm lagi lah,, dan semangat mereka dalam menyelesaikan sesuatu kes,, betto(zain) bertindak selaku ketua mereka bertujuh yang selalu tenang,, walaupon rasanye tak logik nak amek balik padang yg bukan milik kite tp itulah dikatakan semangat kekitaan sebb padang itulah tempat kite bermain bola dan melepak, aleh-aleh pemiliknya amek balik, mestilah kita nak buat sesuatu kan supaya padang tu jadi milik kita! kesungguhan mereka bertujuh nih patut dipuji!! :)) walaupon sekadar lakonan! untuk menilai cerita itu tak perlu tunggu Aaron aziz, Shahizey Sam, Yana Shamsudin, maya karin, lisa surihani berlakon, cukup kalau jalan citenya menarik! yg penting nilai persahabatn yg penting dlm citer nih......

pe2 pun, JANGAN AMBIL PADANG KAMI! dah tamat,,, aku mesti rindu akan si kenit (Murat), zain, arai,, mai,,juju, akmar,,nik,,izzu islam,, yang masing masing bawa watak tersendiri dgn baik,,heheee,, ahaa,, pak leh tak lupe!!  hakhakhak

tamat sudah kisah kehidupan di FLAT SERI BAYU,, (**,)

p/s: time tuk masak seblum bersiap ke sekolah,, dddaaaaaaa:))

Saturday, June 16, 2012

cikgu ni cantik la

tengah menulis dalam buku rekod harian sementra nak masuk kelas,,, budak budak solat zohor,,tetibe je ada seorng pelajar nih dtg kat aku,, "cikgu, jom masuk kelas kami," "eh!semua dah ade ke?"  "dah cikgu" " ok, jom" aku pon angkat punggung tetibe je budak tu cakap,,  "cikgu ni cantik la,," alahai pelajarku!  aku cume senyum jer,,

bila jadi seorang guru, kita dapat rasa apa yg guru guru kita rasa dulu semasa mengajar kita,, menjadi seorng pendidik perlu ada jiwa yang kental,, kene tahu mcm mn nak control budak-budak yang malas nak belajar, supaya dapat menarik minat mereka tuk belajar,, hm,, cuti sekolah 3 hari sebab hari AHAD ni cuti sempena ISRAK DAN MIKRAJ,,,  tp bile tgok pelajar-pelajar aku, teringt kembali zaman aku bersekolah menengah dulu,, berpakaian putih,, baju putih, tudung putih, kain biru, tp aku dulu pengawas,, baju dan tudung biru la, kaen 'blue black',,,  cume bila aku naek form 4 n form 5 je baju aku kembali kepada warna putih sebab aku pindah sekolah,, hakhakhak

p/s: belajar dari pengalaman,,,

usah berdengki


sepanjang cuti sekolah ari tu, fully aku g jejalan,, pas menjengah pulau lagenda,, aku terus ke satu destinasi,, jejalan kat langkawi tu sangat seronok,,masuk  underwater world, leh tgok kehidupan laut yang selama ni tak pernah tgok pun ade, yang menariknya bila aku tgok penguin,, aha,, cute sgt2 penguin tu,, banyak lagi  tempat menarik yg aku jelajah tp entry aku bukan nak cite sal perjalanan cuti aku,, cuma nak kongsi dgn kamu sume tentang kehidupan kite sebagai manusia, yakni sikap suke berdengki sesama manusia, sesama islam,,,

situasi 1:
bila melihat seseorg tu lebih dari kita,,,

bila dalam diri kita ada sikap cam nih,, mula lah nak berdengki,, bila tengok org tu lebih dari segala hal dari kita, mulalah dalam hati ada kekotoran,, letaklah colorox ke dettol ke  tetap tak hilang kalau kekotoran camnih ade dalam diri seseorang,,, yang paling bahaya bila menggunakan khidmat bomoh,,, alahai ceteknye pemikiran,,, mcam mana bangsa melayu nak maju kalau gini rupenya?????

situasi 2:
memburukkan orang laen,,

kes macam nih selalunya mesti ada org ketiga,, org ketiga ni lah yang bertindak sebagai talam dua muka,, org cam nih kite kene berhati-hati ketika nak berkongsi cerita, lebih baik tak payah bercerita la dgn org cam nih,,  heheheee,,,

situasi 3:

cuba mereka-reka cerita

kononnya itu lah, inilah tentang seseorng, tp tak betul pun,, saje je nak menyakitkan hati org laen,, kes cam ni selalunya kat tempat kerja pon boleh jadi jugak,, aha,, mungkin dalam sesuatu hubungan pun boleh jadi sama ada dalam percintaan or persahabatan,,, contohnye: " yo, kau ape cer? dgr cite kerja hebat skrg?" "eh, kau, ok la kerja aku skarng, pergi sana sini,," dlm 10 minit berborak tetibe je org tu leh cakap : "der, kau kol aku len kali lah yer, kau kol aku tak kene time la"  see??? " kau kol aku tak kene time la" pedas giler ayat tu,, tadi boleh je kau berborak kan?? aleh2  nak tunjuk la yg kerja cam kau ni bz yang teramat sgt!  wohhaa,, padahal kerja tu tak de lah bz pon,, sje nak bg kite yg mendengr ni sakit hati,,,huahuahua,,,

rasanya cukuplah 3 situasi je aku kongsi dgn korang sume,, cume nasihat aku, kite kenelah berhati-hati dgn orng camnih,, aku sendiri pon tak faham motif org bersikap demikian,, ape yang dia dapat eh?? kepuasan?? sekejap je,, dapat balasan kat akhirat nanti baru kau tahu erti kepuasan!! ahaaa,,,

jangan berdengki sesama islam,, sesama jantina,, tak de pekdahnya pon.. dengki secara berhemah boleh diterima,, hihihihihi,,,

p/s: terima seglanya dgn hati yg terbuka,,,,

Permaisuriku

masih ingt dgn cite 'JANGAN AMBIL PADANG KAMI!?" sbelom aku tgok cite nih, aku dah dgr lagu permaisuriku- ahdan,, mmg best lagu nih,, bile tgok cite JANGAN AMBIL PADANG KAMI! makin terasa 'kebestan' lagu nih,, huahuahua,, kamu semua boleh try dgr ye,,


  


p/s: dgr lagu nih mesti terbayang senyuman beto lam jangan ambil padang kami,, hihihihi

Tuesday, May 22, 2012

Layan jerrrr

ptg-ptg bila rasa bosan, aku g berjogging kat taman jubli emas,,still sorng-sorng,,, dulu taman tasik darul aman yang akan aku tuju, tapi sesekali berubah angin tak salah kan??? ptg tu bawa anak sedara g situ,, dia punye teruje nak maen papan gelongsor, buaian, n jongkang jongkit sampaikan aku ajak dia balik, dia tak nak balik,, hampeh punya anak sedara,, hahahhaa,, ralit tengok racing kete mainan,, tgok kuda,,, beza antara TJE ngn TTD ni kat TJE tak de kayak dan kete nak round tasik cam kat TTD,, tp kat TTD takde racing kete,, layang-layang tetap ade kat dua dua tasik nih,, kalau majlis rasmi diraja akan buat kat TJE la,, kat TJE ade keris besar sebagai lambang diraja,,, ahhaa,, kt TJE jgk ade tempt nak maen skeatboard,,, :))

ade sape-sape yang tgok cite JANGAN AMBIL PADANG KAMI! kat ASTRO RIA? aku tak kan miss tgok cite tu,, lakonan beto khusyairi mmg mantap! kisah yg memaparkan kesungguhan belia ataupon anak muda yg nak balik padang flat dorang sedgkan pemaju dah beli,, cite ni jugak menceritakan tentang kehidupan penghuni flat,, maslah parking,maslah itu  dan maslah ini,, cite arahan rosyam nor nih mmang gempak la (bagi aku la),,, walaupon rumah aku bukan rumah flat tp aku penah tinggal kat flat zaman aku belajar kt kl dulu,, memang itu la yg dirasa dan memang itu la masalah yg dihadapi,,
cite ni best,, sebelum-sebelum ni kalau tengok beto berlakon agak kurang aku nak layan, tp bila tgok cite nih, bg aku dia best dan mungkin boleh terima anugerah pelakon lelaki terbaik mungkin?? who's  know?? name dia skrng dh melonjak naik pe,, tp mungkin ada antra kita yg belum kenal sape beto nih,,

ni la beto khusyairi



 tp si beto ni dah kawen,, ahhaakkzzsss,,

JEMARI QHALBU: masa tu kian hampir,, akan mula mengorak langkah,,, budbye sume,, jumpe lagi next time,,(**,)

Kuasa ALLAH,,,

 agak terkejut membaca cerita dari yatt walaupon benda2 cam nih dah terbaca dlm buku-buku agama tapi bila orang kita kenal (walaupon dia seorang artis) mendapat hidayah ALLAH dan diri sendiri seolah-olah melihat azab ke atas wanita-wanita yang tidak menutup aurat,, sedikit terkelu,, begitu besar kuasa ALLAH,, subhanallah,,  cerita Yatt yang aku copt paste dari satu blog hiburan,, :

Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

subhanaallah,,,,, sama2 lah kita renungkan dan jadikan iktibar,,

JEMARI QHALBU: bersalaman dgn yang bukan muhrim, kita perlu jaga batasannya,, bila mereka nak bersalam,cuba  menolak dengan cara baik,, :))

Thursday, May 17, 2012

ntah pe pe jer

cuti sekolah dah nak mula,, lagi seminggu ja,, pulau lagenda sekali lagi menggamit aku,, woohhaa,, bestnya,, bukan sekadar nak pergi bercuti tp nak shopping jgk!!

kehidupan kita ni kadang kadang ada pasang surutnya,, kadang kadang ada tawa, kadang kadang ada duka,, bila kita berduka mesti kita nak ketenangan kan?? hihihi,, sekadar berkongsi bersama sama,,, tak kira apa jua dugaan yang mendatang, tempuhilah dugaan itu dengan tenang ibarat air yang mengalir dgn tenang,, :))

ahaaa,, kt astro prima ada tayang cite bicara hati yang diadaptasi dr novel bicara hati,, memula cite ni ditayangkan aku tak lepas waktu nak tgok cite nih,, tp lame lame cite nih dah makin mengarut sebab jauh sangt larinya dari cite lam novel,, aku jadi menyampah dgn cite ni yang aku kira tak masuk akal,, dan kadang-kadang aku rasa seolah-olah cite ni menjatuhkan martabat seorang isteri,, sebab apa yang zahlia lakukan mase dia tahu yang dia mengandung, tak sama langsung dalam novel,,satu lagi bila razif  dah pulih dari penyakitnya dia still nak kan zahlia sehinggakan dia sanggup terima anak lam kandungn zahlia,, dan zahlia pulak cam bg harapan kat razif,, itu pon tak de lam novel,, lam cite ni nampak cam zahlia tu curang sedangkan zahlia bertudung what sdgkan lam novel tak de,,?? masa Linda buat plan nak kenakan syahran dan zahlia, lam novel scene asal kat hotel dan lelaki yang nak pikat zahlia tu jaz sentuh pipi zahlia dan bukannya kat club malam sampaikan buat zahlia mabuk!!! huh! tak puas hati aku,, kalau nak buat cerita pon agak-agakla jangan sampai cite tu lari terus dari cite asalnya,, fikir secara logik la tak kan lah syahran nak ajak zahlia yang bertudung tu masuk club semata-mata untuk dating dorang!!,huh!! ade ke laki nak bawak bini dia yang pakai tudung tu masuk club,, ape ke hal pompuan bertudung nak masuk club?? itu menjatuhkan martabat pompuan yang pakai tudung okeh! walaupon sekadar drama tp ia menyentuh sentiviti aku sebagai seorang pompuan yg bertudung! dan satu lagi bila razif mengamuk macam org gile, sence ni tak de lam novel okeh??? pendek kata aku dah menyampah tengok cite yang aku kira makin lama makin menyimpang dengan novel dan menjadikan cerita tu tak sebest novel,,

ahaaa,, cite ombak rindu pon sama,, bagi aku filem ombak rindu yang hot tu tak sebest novel ombak rindu,, bukan aku je yang cakap tp penulis novel ombak rindu pon punya pandangan yang sama dgn aku,, dari segi plot ceritanye, dari segi gaya bahasa yang digunakan agak lari dengan cite asal,, tu yang buat filem ombak rindu tu bagi aku tak best, tp ada setengah pihak yang seronok tengok ombak rindu tu sampai menangis-nangis,,,  hohohoho,,,,,,,,,


p/s: drama kat tv 3 banyak adaptasi dari novel,,

jom membaca

ahaa,, aku dah maafkan semua orang yang pernah buat salah dgn aku,, seorang ustaz cakap kalau kita nak hati kita tenang, kita kena maafkan semua orang,, so, aku dah maafkan mereka samada mereka sedar atau pun tak yang mereka dah pernah buat salah dgn aku, aku tetap maafkan mereka walaupun mereka tidak meminta maaf dgn aku,, :)) penghijrahan ke arah yang lebih baik,,

ahaa,, memandangkan dunia semakin moden,, kata orang 'segala-galanya' dihujung jari anda',,, tp perlu kita ingat, membaca itu penting,, lagi-lagi sejarah tentang sesuatu supaya kita tahu apa yang kita lakukan dgn penuh keterujaan dalam kehidupan kita tidak menyimpang jauh dgn agama kita,,jgn mengharap kat internet je walaupon kat internet kite boleh membaca jgk,, cari artikel yang kita nak, n then baca,, tp kena tgok jugak dari sumber mana bacaan kite tu,,, sebabnya supaya kita tak percaya bulat-bulat dgn artikel tu,, tak salah untuk membca sekadar pengetahuan tapi benda yang belum sahih jangan cepat percaya,, :))  apabila kita membaca ni, benda yang kita tak tahu kita akan jd tahu,, itu penting!!! aku suka membaca, bukan sahaja novel malah bahan-bahan ilmiah jgk,, dari kecik lagi memang aku suka membaca,, zaman aku sekolah dulu, time rehat je aku lepak kat perpustakaan,, kalau kawan-kawan nak cari aku, dorang dah tahu kat mana nak cari aku :))

kadang-kadang bukan sahaja sejarah itu penting untuk kita ketahui, tapi hukum hakam dalam islam jugak kita perlu ketahui dgn lebih lanjut,, kalau pergi je kedai kedai buku, banyak buku buku keagamaan yang dijual,, soal jawab islam, kehidupan selepas kematian,, azab di neraka,, azab di kubur, kelebihan menjadi seorang wanita di sisi Allah, pernikahan dalam islam,, persediaan sebelum sakaratulmaut tiba,, balasan di akhirat,, dan macam-macam lagi buku buku keagamaan yang ade kat pasaran,, kadang-kadang kita ni jaz belek-belek je tajuk buku tu tp tak terasa pon nak beli sebab malaz nak baca! tengok harga buku RM 10 je,, tp kita tak nak beli kononnya duet tak de,, woohaa,,,, kau topup ada pulak duetnyer ye??? kau beli henset yang  harganya beratus-ratus tapi nak beli buku keagamaan tak mampu pulak,, terbaik!!!

bukan tu saja, buku tu penting untuk kita dan membca tu amat penting sebab sekarang ni macam-macam isu yang menjadi perbualan masyarakat,, percaya atau pon tak, kita boleh membezakan seseorang itu rajin membaca ataupon tak dari segi pemikirannya,,, walaupon sekarng nih segalanya dihujung jari anda tp kalau tak membaca tak berguna jugak,,,,,, jom membaca buku,, :)) btw, masing masing ada pandangan sendiri,,

p/s: iktibar hari semalam, harungi hari esok,,,

carca merba

bulan mei ni banyak hari yang bermakna buat kita semua,, hari ibu, hari jururawat,, dan hari guru,, bagi aku hari hari adalah hari ibu, jururawat dan guru sebabnya, golongan golongan ni berkhidmat tanpa mengira masa,, cuma tarikh yang di khaskan tuk golongan ni adalah sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan mereka,, terutamanya kaum kaum ibu bagi anak anak yang jarang bersama ibu mereka atau mungkin anak yang 'derhaka' sebab terlalu sibuk sampaikan nak 'call' ibu sehari pon tak sempat,, dgn adanya sambutan ni, golongan golongan ni akan terasa lebih dihargai dan buat mereka mampu tersenyum,, btw, SELAMAT HARI JURURAWAT, HARI IBU DAN HARI GURU, walaupon dah terlewat untuk aku ucapkan tp ia masih dibulan MEI,, (^^,) tp sambutan hari ibu menjadi isu pulak skarng nih,,, tp aku tak nak komen ape-ape, masing-masing ada pemikiran intelektual sendiri,, :)

terbaca satu lagi luahan hati seorang isteri yg mana suaminya bertugas sebagai PDRM di sabah sedangkan beliau di semenanjung,, walaupon berkali kali permohonan dibuat, tetpi nasib tidak menyebelahi mereka.. kata si isteri, dia bekerja di syarikat swasta, kalau syarikatnya ada cawangan di sabah beliau sendiri yg akan minta tukar dan sekiranya dia berhenti kerja dan berpindah ke sabah keadaan akan menyukarkan pulak dari segi kewangan mereka berdua lagi pun zaman sekarang susah nak dapat kerja,,,
bila agaknya akan berakhir masalah ni???

aha,, petang semalam angin kuat melanda kawsan aku,, pokok rambutan depan rumah aku tumbang,, dah tak dapat nak makan rambutan untuk musimnya nanti..so sad :(
tp tak per, ade dua pokok lagi pokok rambutan kat depan rumah,, hihihihi,,

ni la keadaan pokok rambutan yang tumbang tu,,,

oh ya,, meja rehat tu pon dah rosak,,  hehehehe,,


p/s: alhamdulillah, calon suami pernah tegur pasal aurat,, (saje nak uji bakal suami)

Thursday, May 10, 2012

KOMA,,,

keadaan kesihatan dah okey,, alhamdulillah :))  macm tak percaya bila my dad bagi kebenaran tuk aku g ke satu destinasi,,my dad cakp "bawa kete perlahan-lahan,,"  sesorang drive tuk perjalanan yang amek masa agak lama,, pergi sendiri jer,, tak de teman,, drive keta kat kawasan berbukit, fuh! jumpe ngn lori yang bawa kayu balak,,,tkut pon ade, wat nyer kayu balak tu jatuh kene kete ke ape ke tak ke mampus! hahah,, tempt yg aku g nih memang banyak kenderaan berat,, dan destinasi tu xde line!! aku tengok henset yang aku guna tuk no DIGI bile sampai sane, tp xde line,, hahaha,, cam tak caye je,, line tuk maxis dan celcom sekejap ade, sekejap takde,, last last sekali aku amek keputusan off kan je henset henset tu, :)) memula tu berdebar jgk, yelah kite sorang-sorang jer,, tp aku beranikan diri,, hihihihi,, aku wat ape eh kat sane?? sekdar mencari sesuatu yang hilang kat sane,, nape sampai jauh bawa diri?? sebb aku nih suke melancong,, ahahahaha,,,  okeh, tak nak cite sal perjalanan or percutian aku lebih lebih,cukup setakat itu :))

aku de satu cite nak kongsi ngn pembace blog sume,, al kisah ade suami isteri ni, dah ade anak,, nak dijadikan cite, satu hari wife dia jatuh kat bilik air,, mujurlah si abang nih ade dgn mamanya,, cepat-cepat dia gtau papanya,, memula ingtkan kes tak serius tp bile g hospital si isteri tu tak sedarkan diri hampir tiga jam,, so, pihak hospital terpakse bawa pesakit ni ke hospital besar.. dan terpaksa lakukan pembedahan kat bahagian kepala sebab nak buang darah beku,, pesakit ni jatuh terbaring,, selesai operate,, pesakit ni tak sedarkan diri jugak,, sampai ke hari ni pesakit belum sedarkan diri,, tp satu berita baik bile pesakit dah dipindahkan wad,, sebelum ni kt ICU dan sekrng pesakit kt wad biasa,, 

si isteri or pesakit nih, ade anak kecil yg masih menyusu susu ibunya,, 'si kecil' nih tak pernah minum susu formula dan tidak diajar untuk minum susu formula,, si kecil jgk tak pernah berenggang dgn mamanya,,  jadi, bila dah keadaan menjadi runcing cam nih, barulah si kecil tu diajarnya minum susu formula, mulanya sikecil menolak, kemudian di beri air soya,, dah biasakn diri dgn air soya barulah sikecil ni dpt terima susu formula,, malamnya , si kecil ni seperti mencari mamanya, selalu menangis,,, "si abang" cakap kat "si kecil" "adik dok diam-diam, mak ite akit,," sedih je dgr "si abang" ckp cam tu kt adik,, 
anak anak beliau dijaga oleh nenek mereka sebb papa mereka ade kat hospital menanti si isteri sedar dari koma,, 

doakanlah supaya pesakit ni cepat sembuh,, anak anak beliau masih memerlukan beliau,,

p/s: SELAMAT HARI IBU,,,,

dah kawen tapi jauh


itu hari aku jalan jalan kat popular,, belek belek novel yg terbaru kt pasaran,, aha,, nampak novel terbaru fauziah ashari,, penulis yang aku gemari,, tjuknye kan kukejar cinta kamu :)) pastu belek belek buku ilmiah,, nampak buku "anda bertanya ustaz azhar idrus menjawab berkenaan permasalahan semasa"  bagus buku nih!! belek alat tulis yg aku nak beli, pastu dah sambar ape yg aku nak beli, aku pon g kaunter bayar semua tu,, :))

 


aha,, sekarang ni ramai kawan-kawan yang dah berkahwin,, tahniah kepada mereka ya,, tapi yang jadi masalahnye sekarang mereka berkahwin tapi dok asing-asing sebab bekerja,, aha,, si suami dok  perak si isteri pulak dok kedah,, si suami dok terengganu si isteri dok kuala lumpur,, si suami dok pulau pinang, si isteri dok selangor,, hmm,, terpaksa berjauhan walaupon dah berkahwin, jumpe pulak seminggu sekali,,

nnti dah kahwin, minta tukar la tempat kerja, senang kan?? ha, nampak mcm senang, isi borang tunggu respon pihak atasan,, dapat ke tak wat pertukaran,, kalau rezeki berpihak kepada kita mungkin cepat boleh tahu keputusannya, kalau x, bertahun tahun la kena menunggu,, ahaa,,, bila bertahun tahun nak menunggu nih, ade pulak msalah lain yang dtg,, yakni bila dah beranak pinak,, aku terbaca satu luahan penulis nih kat akhbar HM,,, si isteri nih mengadu sebb suami dia yang bekerja kat Kuala Lumpur sbg PDRM dah bertahun minta dtukarkan kt Perak., tp xde jawapan,, yang jadi kesiannyer dorang nih ade anak 2 orang,, so, si suami ni jaga anak yang sulung dan si isteri jaga anak yang kedua.. kesian kan??

aku tak suka berkahwin jarak jauh,, kalau boleh nak sentiasa ada di sisi suami sebb itu memang tugas seorang isteri yang BAIK,, yg BAIK okey??

hahhaahaa

^_______^

Thursday, May 3, 2012

jauh

'gangguan perasaan' semakin stabil,, tido malm malm pun dah tak ade bayangan tu lagi,, alhamdulillah,, mungkin ini satu ujian,, walaupon agak sukar nak tido sejak seminggu nih, tp aku bersyukur sebab 'bayangan wajah' tu tidak lagi kelihatan,, mungkin berkat doa dan rawatan dalaman yg dilakukan, 'kesihatan hati' bertambah baik. kenapa ada sesetengah antra kita yg sukar tuk menerima kenyataan ya???

hmmm,, kadng-kadng kita tak sedar yg kita ni semakin jauh dgn ALLAH,, cer tengok aktiviti anak-anak muda zaman sekarnag,, ya! mereka yg berintelek,, isu semasa yg melibatkan negara, politik, dan macam-macm lagi lah,, pernah tak kite terfikir kenapa semua ni berlaku??? kadang- kadng tu tgok je anak-anak muda berintelektual tp melahirkan anak luar nikah,, eerr,, kat mn silapnya??

tak nak komen banyak-bayak, tp pernah tak kita terfikir berapa  banyak amal yg dah kita lakukan untuk berdepan dengan DIA,,, cukupkah amal kite untuk menjadi bekalan di akhirat nnti? bersediakah kita dengan KEMATIAN jika kewajipan kewajipan yg dituntut belum lagi kita penuhi???

kita sebenarnya sekrng semakin jauh,, ada jgk budak budak sekolah yg tidak tahu sembahyang,,, di manakah silapnya tu?? anak-anak muda yg pemakaiannya tidak berlandaskan islam langsung,, eerr,, kenapa ya??

sedih meliht keadaan dunia hari ni,, jika nak mencari ketngan bukan di pantai atau di clubbing atau di mana mana sahaja tempat melainkan dgn ALLAH,, ada msalah kita mohonlah kepada ALLAH untuk mencari ketenangan,, jika tiada masalah, bersyukurlah kita, jangan lupa diri,,

dekatkanlah diri kita dengan ALLAH tak kira mcam mana sekalipon langkah kita,, berubah menjadi baik tidak menjadi masalah sekiranya niat kita ikhlas kerana ALLAH,,

p/s: buat solat isthikarah untuk mencari jawapan bg persoalan yang menjadi tanda tanya,,

buruk

posmen antar kad jemputan kawen seorng kawan sekolah teknik dulu,,, dah nak kawen pon beliau :)) tgok pic seorng sahabat juga dr sekolh teknik  dah bertunang pon beliau,, dulu aku dok asrama masa kat sekolah teknik ni, so, satu dorm la dorang nih :))  alahai rupe-rupenye sahabat yg bertunang ni, bertunang dgn budak teknik jgk,, "kalau dah jodoh,, "

oh ya,, ada terdengar satu ceramah agama yang ringkas tapi padat dgn pesanan,, "biarlah apa pun pandangan manusia terhadap kita, hanya allah sahaja yang tahu apa pandangn NYA terhadap kita,, biarlah apa orang nak cakap tentang kita asalkan kita tahu niat kita hanya kerana ALLAH,, walau buruk mana pon kita di mata manusia sekurang-kurangnya kita tidak buruk dimata ALLAH, yakni kita bersihkan diri dari sifat mazmumah dan tunaikan tuntuan ALLAH yang wajib,,,  biarlah orang bersangka buruk, mengata kita, asalkan kita tidak membalas  dendam kerna ALLAH itu ada,, biar mereka mendapat balasan dari NYA di akhirat kelak,, manusia tidak pernah berpuas dgn apa yang dinikmati dan manusia juga tidak ada yang sempurna,,

kita tidk lari dari melakukan kesilapan, tetapi jika kita sedar dan tahu akan kesilapan kita tu, segeralah bertaubat,, ALLAH itu MAHA PENGAMPUN..,,

sekiranya ada yang memburuk-burukan kamu, maka berdiamlah diri usah melenting kerana dia akan mendapat balasan dari ALLAH dan apa yang dikatakannya itu boleh mengundang fitnah,, dan ia adalah BERDOSA BESAR,, biar buruk dimata manusia tp jangan buruk di sisi ALLAH,,

p/: sentiasa berdoa semoga keimanan diperkuatkan lagi dalam diri,,, (^,~)

Wednesday, May 2, 2012

suria

mcm xpercaya bile sesuatu yang tak diduga berlaku,, walaupon pada zaman moden skarng ni masih lagi ada yg sanggup merosakkan kebahagian orang lain,, mungkin tak dapat menerima org yg pernah disayginya dulu kini menjadi milik org lain,, oh ya, pesann aku harap-harap org mcm tu belajar untuk mematangkan diri,, jgn gunakan taktik kotor untuk memusnahkan kebahagiaan org laen,, lupa-lupakan lah kisah kisah yg lama tu,, bia je ia jadi sejarah, bukukan kisah tu  n then tutup buku tu selama-lamanya dan jagn bukak bukak lagi,, belajar menerima yang jodoh tu dah terhenti 4 tahun lalu,, jodoh tu kan rahsia allah,, sebelum ni bile aku bc novel je terdetik lam hati, masih ade ke istilah 'guna-guna ' secara halus,, allahuakhbar, minta minta dijauhkan,, mungkin itu sebahagian daripada ujian allah pada hambanya,, :))  bile 'gangguan perasaan' tu dtg kite kne kuatkan diri dan keimanan,, kadang kadang manusia ni tak boleh nak menerima hakikat,, so, belajarlah menerima hakikat kpd sesiapa yg pernah putus dgn gf/bf,, :)) mungkin jodoh kita yg akan dtg lebih baik dari org yg pernah kita syg,, siapa tahukan? sebb allah dh aturkan yg terbaik untuk kita,,  kite pon tak tahu siapa jodoh kita,, bile dah org tak layan tu bermakna org dh tak nak ada apa apa lagi hubungan dgn kita walaupun sebagai kawan,, so,lupakan je lah dan jgn mencari lagi cinta yang dh terputus tu,,

aha,, ingt tak aku pernah share ngn korang sume video "sudah cukup sudah" lam satu entry aku,, sekrng nih video tu dah 1,185 611 org tengok,,(setkt yg aku tgok pg td) lgu ni ternyata bez, see? impak lagu tu yang dimainkan oleh radio yang ade kt malaysia ni,, aku ni suke dgr radio suria fm,, klu pagi pagi tu bleh la dgr suara kencana dewi, nabil, n halim othman,, klau ptg ptg tu dgr suara linda onn,, klu nak dibandingkan hot fm dgn suria fm aku rase better suria kot,, dulu aku suke dgr hot, tp lame lame aku jadi bosan,, aku beralih ke suria, mungkin suria lebih sebati dgn jiwa aku :)) lagi pulak dorng maenkan lagu lagu yg best dan tak ketinggalan lagu lagu lame zaman aku sekolah dulu,, lagu rock kapak n lagu jiwang jiwang,, bila lagu yg kite dah lame tak dengar n then bile dgr balik, rasa lagu tu sampai ke hati,, :)) kalau xde yang lama mn nak ade yg baru kan?? so, kite kne jgk dgr dan sokong lagu lame2,,,, 

lgu nirwana band tu sampai ke hari ni masih lagi diputarkan di radio suria,, dgr celoteh linda onn mmg aku tak jemu,, mungkin sebb suara dia,, :)) lagu maafkan aku(AFEE UTOPIA), andaiku bercinta lagi (MOJO), aku suka dia (aina tasneem),, antara lagu yg aku kira hit bila dimainkan kat suria,, teruskan usaha SURIA FM untuk terus maju sebagai radio pilihan,,,

bg aku SURIA mmg terbaik,, tp bergantung jgk pada pendgr pendgr kt luar sna,, yg mungkin lebih suke dgr HOT,, ataupon mungkin yg lebih suka dgr ERA,, mgkin jgk SINAR,, masing-masing ada citarasa tersendiri,, (^^,)

lagu yang dimainkan untuk OST cite  kt TV pon tak ketinggalan mempromosikan lagu-lagu sama ada lagu malaysia ataupon indonesia,, mcm sekrng lagu yg hot 'BILA" (PEPITO) dan "RINDU BUKAN TEMAN (ERNIE ZAKRI) OST untuk cite MAHABBAH slot samarinda yang dimainkan kt TV3,,

aha,, sekarng ni disebabkan ASTRO memberi peluang kpd pelanggan-pelanggannya tuk tonton 130 saluran yakni 'saluran' yang kite tak beli pon boleh tgok cam saluran pelangi, box office,, dan mcm-mcm lg la, aku dah terlepas tgok MAHABBAH sebb terlupe cite tu bila teruja sgt tengok cite yang dimainkan kt box office,, hahhahahaa

p/s: menerima jemputan majlis perkahwinan rakan sekolah pda buln 6 nnt,, selepas 6 tahun menyulam kasih akhirnya mereka disatukan,, inshaallah, amin,,,,, kalau dah jodoh tak ke mana,,, (^,~)

Thursday, April 26, 2012

jejalan

dapt msg dari seorang kawan,, 'de kt umah x? " msg nye tu aku pon reply,, ade apsal nak ajak kuar ke?" "nak pegi rumah, ade hal cket" "it's ok,  bia aku je g umah ko, leh kite makan koteauw sup kat kedai kak tun,,"

aku pon  hidupkan enjin moto,, wromm,,,wromm,,,wrom,,, aku pun 'merempit' la menuju ke destinasi,, lam 5 minit sampai la aku kat umah AFIRA,, tak tunggu lame dia pon bonceng moto aku n kami pun g la lepak kat kedai kak tun,, teringat mase zaman sekolah yakni masa aku tingkatan 6 dulu, abeh sekolah je, aku dengan kawan-kawan aku mesti lepak kat kedai kak tun,, ye lah memasing g sekolah dengan moto,, hehhehee,,  sampaikan kak tun tu kenal la muke kami nih,, bile dah memasing sambung belajar, jarang jumpe dan kedai kak tun pon kami jarang berkunjung lagi,, hehhee,, tp tak sangka lak mase aku g lepak kat kedai kak tun petang tadi, dia still kenal kami dan dia cakap "lama tak nampak"  hehehee,,,
nak ajak kawan kawan laen lepak sume ade hal masing masing, so, aku dgn fira je la yang terpacak kat kedai kak tun tu,,

dah order makann aku ngn afira pun borak borak la,,, sembang punya sembang tak sedar dah kul 5.30 ptg,, kami pun angkat punggung  sebab ada 2 lagi destinasi yang kami nak pergi. sampai kat rumah sorang kawan ni, dia tak de kat umah,, salah kami jgk sebb main terjah je,, hahahahaa,,

pastu g  kat rumah kawan kami yang seorang lagi ni, mujur dia ada kt umah,, sempat jugak aku wish selamat pengantin baru kat dia,,  maklumlah mase dia kawen tu ari aku tak dtg,, hehehe,,dalam borak borak tu sempat jugak aku nyakat dia,, hehehehe,,

dah lewat ptg, aku ngn afira pun minta diri la nak balik, mase aku salam tangan dia tu, aku tunduk sikit, dan dia cakap " asal nak cium tgn aku ke?" " bukan la, sje je nak amek bau,  kot-kot lepas ni turn aku pulak," hahhaha sempat lagi aku bergurau dengan dia,, hehehe,,

nak balik tu singgah stesen minyak jap, bukan nak isi minyak tapi nak beli topup, tp fira la yang nak beli,, jumpe plak dgn YAM  kawan sekolah aku yang same same belajar form 6 dulu,,sempt pulak borak ngn dia,, hihihi,, dgn dia la lame gile aku tak jumpe, 3 tahun asenye,, asal nak jumpe je ade je aralnya,,

sekarng dah abeh zaman belajar, memasing dah kerja,, masing masing sibuk dgn kerja masing masing,, kawan kawan yang dah kawen lagi ler susah nak jumpa,, hahahhahaa,, semoga lepas nih kami  semua dapat berkumpul ramai ramai, mungkin di majlis perkahwinan kawan kawan yang lain  ataupun  hari raya nanti,,

p/s: rindu mase belajar tingkatan 6,, rindu kawan kawan sekolah(^,^)

gambar kawen


walaupun dah agak lewat aku nak kongsi gambar gambar kawen ni tapi tak pelah kan,, hehhehee,, aku nak kongsikan gambar kawen kawan sekolah aku masa form 6,, dia ni bakal cikgu Pengajian Am.,, ngah tunggu posting la nih,, suami dia lak kej kat JABATAN LAUT.. okeh, jom tengok gambar gambar kawen dorang yang di ambil oleh kawan sekolah aku jugak IENA atau nama facebooknya megi kembang :)) IENA ni jgk seorang fotographer,,,

 












 cantik kan??? tahniah buat HUSNA dan pasangannya SUHAZLI,, semoga ikatan yang di bina kekal hingga ke akhir hayat,, amin,,, 

p/s: sentiasa mendoakan buat teman teman seperjuangan,,




perkara baik,,


sebb xde kej aku pon tetibe merajinkan diri aku jejalan kt blog blog blogger yg lain,, pastu terjumpe dua blog yang entrynya sal foto foto perkahwinan or pertunangan yang dorng shoot,,gambar gambar dari blogger a.k.a fotographer ACAI JAWE n ZAKUAN  mmg cantik,, ni gambo2  dr encik zakuan,,,  nice kan???





cantik cantik jer gambar dan jgk pose pose dr pengntin nih,,, background nyer pon cantik,,  doaku buat pengantin pengantin semoga berbahagia dan hubungannya kekal hingga ke akhir hayat,,


Friday, April 20, 2012

tanggungjawab,,,

semalam macam biase kul 8.00 malam aku dah terpacak kat tv,, sementra tunggu LIGA ILMU aku tgok SEMANIS KURMA lepas tonton berita kejap n then tgok cite FRIDAY I'M IN LOVE kalau tak salah aku la tajuknye gitu,, ingat-ingat lupe je,, hehehehe,,, tengok SEMANIS KURMA topik CINA BUTA,, minggu sebelum ni topiknye KAHWIN SAMBIL BELAJAR,, okeh, dah cukup jam 10.00 mlm aku pun tukar channel,, dari TV9 ke channel OASIS,, nak tgok debat antra ustazah pilihan dengan imam muda.. imam muda masa tu IMAM MUDA HASSAN N IMAM MUDA,, hehehe lupa la pulak name nyer,, :)) ustazah pulak USTAZAH AFIDAH dngn ustazah,,, lupa jugak namanye,, hihihihihi,,, tapi semalam tgok dorang berdebat sal TANGGUNGJAWAB MENJAGA IBU BAPA LELAKI ATAU PEREMPUAN,, memang seronok mendengar mereka berdebat,, dan yang paling aku sedih bile DR. RIDHUAN TEE cite yg mak dia yang bukan islam baru ja meninggal dunia. dan dia cite macam mn bezanya cara pengurusan jenazah islam dan bukan islam. Katanya waktu itu dia teringin nak memandikan mak dia tapi tak dapat. dan ketika menceritakan keadaan itu beliau menangis..

kita yang masih ada mak ayah ni, tak kisahlah apa jua panggilan kita pada mereka sama ada walid dan umi, abah dan mak, papa dan mama, daddy, abi, mek dan sebagainya sayangilah mereka dan jagalah mereka sementara mereka masih hidup di dunia ni. takut nanti bila mereka dah tak ada kita akn menyesal. tanggungjawab menjaga ibu bapa ni senang cakap adalah dua-dua pihak perlu bertangungjawab. Samada lelaki atau perempuan, kita perlu menjaga mereka dan memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka. jangan bile dah besar dan senang kita lupakan mak dan ayah kita,,

sekarng ni mcam mcam yang dah berlaku, anak kelar mak, anak tinggal ibu kat hotel bajet dan yang terbaru ni anak kurung mak sebab tak setuju mak kawen laen,,, agak-agaklah lah kalau kita tak setuju pun jgn wat mak kita cam tu,, mana mentaliti kita sebagai anak?? nak pulak sakarng zaman dah maju dan moden, janganlah mentaliti masih di takuk yang lama,,

walaupun seseorng perempuan itu dah berkahwin dan jangan lupa akan tanggungjawab kepada ibu bapa meskipun suami adalah no 1. dan begitu juga dengan suami jangan lupa tanggungjawab pada mak dan ayah meskipun tanggungjawab yang di galas semakin besar... betul kata kata ustazah pilihan muda dan imam muda yang setiap debatan mereka berpandukan hadis dan ayat alquran,, kesimpulannya, hidup kita ni mesti berpegang kepada dua perkara tu supaya akidah kita tidak terpesong jauh...

same-samelah kita merenung sejauh mana layanan kasih syg kita kpd mak dan ayah kita :))

p/s: perlukan pengisian agama dalam hidup dan bukannya mengejar dunia semata-mata (*,^)

Thursday, April 19, 2012

anak kampung

anak kampung,, korang penah dgr tak lagu nih??? aku memule dgr lagu ni time kumpulan ZERO rajalawak 6 nyanyi lagu ni tuk final dorang,, ZERO ni dri sabah bah,, time tu aku tak tau tajuk aper,, bila dgr je kat SURIA.FM aku terus cari kt youtube n 4share n then download,, bes lagu ni ade banyak maksudnya,,
actually lagu nih ade 2 versi,, versi 1st dinyanyikan oleh JIMMY PALIKAT, anak jati SABAH,, yang aku nak kongsi ngn korang nih lagu versi baru yakni lagu ni di updatekan sikit,, JIMMY PALIKAT FEAT ONE NATION EMCEES tp bez,,, tp bergntung la pada semua telinge yg mendengar samada nak ckp yang lagu ni tak bez terpulang,, semua orng ade pandangan masing-masing,, enjoy it!!

jom dgr lagu anak kampung versi baru ::::::::
lirik lagu ni kat bawah video nih:::::





jp:
Memang aku ini , anak orang miskin
tiada apa-apa , yang dapatku berikan
engkau memang cantik
memang tidak padan dan tidak sepadan

mimi:
aku anak kampung , tiada pelajaran
kuli - kuli sahaja ,memang tidak padan
cute bah kau itu
ramai yang tergoda lagi yang jelita

CHORUS

tiada keretaku bawa kau jalan - jalan
rumahku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian
kahwin sama kamu
bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama org lain

2nd verse

mimi /jp
kita masih muda , masih ada masa
janganlah kau cari gadis macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal tiada guna

anak kampung ku anak kampung
tidak padan tidak sepadan

RAP

zydee
hey si gadis yang manis
ku simpan duit sampai perut kempis
kalau dah cukup kita renjis - renjis
jangan kau nangis menu kita ikan bilis

jojo
sia sanggup buat apa saja
siang malam overtime kerja
laman facebook nda sempat buka
ndamau kau sedih dan kecewa

zydee
jangan kau sedih sabar kau gia
nanti kereta,rumah , ku buat kau bahagia
bukan undur diri belum bersedia
kau tunggu saja odooii giaaa
JP

CHORUS

tiada keretaku bawa kau jalan - jalan
rumahku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian
kahwin sama kamu
bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama org lain


engkau masih muda , cantik lagi menawan (jangan2)
janganlah kau cari lelaki macam saya (ok bah kalu ko)
engkau memang cantik (ahaa yup)
nanti kau menyesal tiada guna

nanti kau menyesal tiada guna x3

ahaa byebye

Wednesday, April 18, 2012

A Thousand Years





penat aku carik lagu ni nak wat mp3 lam blog aku tp xde,, so, aku jaz bleh share je lah kt blog ni melalui youtube,,, bez lagu nih,, lirik dia pon ok,, melodi lgu ni sgt aku suke,,,
i like this song,,, how about uoolls??

sinopsis

dah lama aku tak menulis cerpen,, tangan ni rase gatal-gatl ja nak menulis,, dulu dah siap sinopsisnya tp ada beberapa pihak yang tersalah faham dgn sinopsis aku, aku terpaksa delete sinopsis cerpen aku yang dah separuh aku wat :(

so, aku terpaksalah wat sinopsis baru dan cerita baru,,

sinopsisnya::::;

Nia Qhalisya: saya hanya berserah pada jodoh, kalau jodoh kite dah tertulis sejak azali lagi maka adalah jodoh kita nanti,, cuma saya harap masing-masing tak letakkan harapan yang tinggi kerana saya takut nanti kita akan dikecewakan.

Qhaliff: saya tahu saya tak layak tuk awak Sya, tapi berilah saya peluang untuk membuktikan yang saya betul-betul sayangkan awak.

Akmal: Panggil je saya ni Nott, saya nak berkenalan dengan awak Sya, harap awak sudi dan tak menghampakan harapan saya.

Lia Suraya: Kau dah ambil anak aku! Dah cukup bertuah aku tak tuntut hak pengjaan anak kat mahkamah. Dasar jantan penipu!

Fendi: abang minta maaf Lia, abang tau salah abang, abang betul-betul dah menyesal sekarang...


Nia Qhalisya seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga yang kaya-raya, dari kecil sehinggalah besar, dia hanya ditaburi kemewahan. Namun sikapnya yang sentiasa merendahkan diri telah memikat hati seorang jejaka bernama Qhaliff yang hidupnya hanyalah sederhana. Tapi sayangnya bahagia yang dicipta hanyalah sementara apabila hubungan mereka mendapat tentangan yang kuat dari keluarga Nia Qhalisya. 5 tahun Qhaliff menghilangkan diri tanpa mempertahankan cintanya terhadapa Nia Qhalisya. Dalam tempoh itu, hadir Akmal yang kononnya ingin merawat kelukaan hati Nia Qhalisya. Namun hati Nia tetap kepada Qhaliff dan jauh di sudut hatinya, dia masih menunggu lelaki itu.

adakah Qhaliff akan terus menghilangkan diri atau kembali semula kepada Nia? Apa yang akan terjadi kepada Akmal? Dan bagaimana pula kisah Lia Suraya dan Fendi??

nantikan kemunculan
"Tanda Cinta Kita"

Thursday, April 12, 2012

tutup aurat vs dedah aurat

nape tibe tibe jer aku nak tulis enty sal aurat ni??? hm, actually, bile tgok keadaan masyarakat sekarng aku rasa terpanggil tuk menulis sal aurat,, dalam beberapa situasi yang berlaku depn mta aku, aku rasa topik aurat ni makin menjadi jadi,,,

jom tgok situasi situasinya:

situasi 1,,

jalan jalan kt satu tempat ni, dgn seseorng,, (lelaki) dan dia tanye aku,, "nape ye perempuan suke pakai tudung bagi nampak dada? dada that means payudara pompuan (sorry kalau nampak cam lucah, aku jaz nak terng kan je) jawapan aku??? aku jwb entah,, mls nak komen,,
dia tnye cam tu sebb depan kami mase tu ade seorng pompuan, jaz berselendang, tshirt lengan pendek, dukung anak dia, kt belakang dia suami dia,, mase tu aku terpikir, hm,, suami dia tak tegur ke?? hm,,

situasi 2,,,

nak kuar ngn seorng kawan, aku jaz saruk tudung bawal n then dia pakai shawl,, hm,, nampak tengkuk skit, n shawl tu tak tutup dada nye,, n then seorng kawan lelaki pun tegur, tutup dada n tengkuk tu sikit,, err,, aku yg mendengr ni sikit terkejut, dia tegur direct to the point tp baguslah cam tu atleast maybe dia rase tanggungjawab sesama islam,,

situasi 3,,

dalam facebook,, banyak sgt aku tgok gambar pompuan yang free hair n n tanpa segan silunya pose itu ini bagai n then meletakkan gmbar tu dalm facebook n tunggu kawan kawan komen " awak nmpak cute la" "cntiknya awak" eeerrr,, motif kau letak gambar cam tu lam facebook nak ape? nak dgr pujian bernas dr kawn kawan kau ke?? kau tak fikir ke sal aurt kau yang sepatutnya wajib dijaga dan buknnya ditayang untuk umum,,,,,,

satu lagi lam facebook aku jadi pelik dgn sesetengh manusia ni, gambar dia bertudung n tak bertudung bercampur campur, means dia ni on n off bertudung la,, err,,, motif kau bertudung n kemudiannya kau bukak tudung tu nape???

dlm facebook jer kadng kadng boleh nmpak pompuan ni bergambar 'syok sendiri' n then nampak bahagian bahagian yang tak sepatutnya,,, eerrr,, motif kau bergmbr gitu???

situasi 4,,

g pejabat pos sebb nak hantr borng, terserempak dgn kawan lama,, huh! sedikit terkejut sebab kawan aku ni dulu dari sekolah agama, dulu bertudung labuh tak hinggat, alim memng tak pyh ckp la,, bahasa arab A derrr,, sekali jumpe tudung dia dh singkt, siap 'up' lg tudung tu n nampak dada dia,, errr,, mn tudung labuh kau dulu?? kene bakar ke??

So, dlm islam dh ckp pakai tudung hendaklah menutup sehingga ke dada,, islam tu mudah,, islam tu indah,, kalau betul betul menghayati islam, betapa indah dan cantiknya islam tu,, kau kalau pakai tudung,, jgn bg nmpak rambut walaupun sehelai, jangn bg nampak tengkuk @ leher, jgn bg nmpak dada, pakaian kau pulak jgn ketat, jgn seksi,, yg memandng ni akan sakit mate,, samelah aku, sakit mate aku tgok orng yg menutup aurt tp still terdedah aurtnya,,

kalau timbul isu isu, "ala pakai tudung pun belum tentu baik, tu yang bertudung labuh tu entah entah ade sebb nape dia pakai tudung labuh,," tp kau penah nampak tak yg bertudung labuh ni pergi disko or kelab malm?? kau pernah nampak tak awek awek yang pakai tudung berbaju kurung masuk kelab malm?? tak kan?? so, ape beze orng yg bertudung dgn yg tak bertudung? pe beze orng yg menutup aurt dgn orng yg tak tutup aurat,, "sy tak bertudung tp sy solat ok??'''
'abeh tu kau nk ckp yg bertudung @ bertudung labuh ni tak bersolat??? so,, boleh nmpak tak perbezaan pemikiran or pandangn manusia terhadap yg bertudung dgn yg tak bertudung nih,, aku ni pun bukannya alim sgt, tp aku tahu bab bab aurat ni,, :))



tutplah aurt kamu wahai umat nabi muhammad S.A.W,,,rasanya anda semua dh tahu kot balasan bagi mereka yg tak menutup aurat,,wahai kaum hawa,, tontonilah auratmu hanya pada mereka yang di haruskan melihat aurat kamu,, jagalah aurat kamu untuk tontonan suami kamu,, peliharalah aurat kamu agar suami kamu tenang dan dia tidak di bebani dgn dosa dosa kamu nanti,, ringanilah tanggungjawabnya nanti meskipun dia adalah pelindung kamu,, sesungguhnya syurga seorng isteri terletak di telapak seorang lelaki yg bernama suami..

Friday, March 23, 2012

pengalaman

mase aku dok tgh sibuk siapkan buku RPP sebb nak kene anto kat penolong kanan petang hari khamis tuh,, tetibe je dtg sorng cikgu ni,, dia nak borak borak ngn aku,,memule dia tanye aku umo bape, dah kawen blum, bile aku ckp belum, dia tanye aku kot-kot nak bertunang ke? aku senyum jelah,, pastu aku jawab, insyaallah kalau ade jodoh, kalau tak de tuh lambat lagi lah,, sebenarnya dia nak tanya aku sal STPM,, kisahnya anak dia bru dpt result SPM, tp tak tahu nak g mn,, dia nak suggest kat anak dia masuk je FORM 6 tp takut pulak dgn STPM. so, dia pun tanyalah aku sal STPM. bagus ke tak bagus STPM ni??

pendpt aku la, STPM ni bgus sebenarnya,, sebb bile kite dh masuk FORM 6 selangkah je lagi nk ke UNIVERSITI. macam aku sendiri la,, masuk form 6 setahun setengah jer, pastu rezeki aku, aku dpt sambung stdy kat universiti..

kalau nak kate form 6 susah, sume ape yg kite belajar tak de yang senang. yang penting antara kite nak ke tak nak,, dulu mase aku form 6, aku selalu 'motivet' diri aku,, sampaikan kat setiap fail , kat meja stdy aku tulis besar besar TAHUN 2008 AKU NAK KE UNIVERSITI MALAYA. alhamdulillah, akhirnya umo 23 tahun aku dah pegang segulung ijazah.. sedangkan kawan kawan aku yang stdy same dgn aku tapi starting dengan diploma belum genggam lagi ijazah.. okeh, bukan nak riak tp aku jaz nak kongsi je yang mn lebih baik,, sebb kalau kite starting dengan sijil or diploma, umo kite ni makin meningkat,, sedar sedar umo 25 ke atas bru nak pegang ijazah,, tp setiap pengajian yang kite belajar, kat mane mane kite belajar pun semuanya ade kelebihan sendiri.. yang membezakannye adelah cepat atau lambat untuk kite ade ijazah,, itu jer,, tp bagi aku, pengalaman aku belajar form 6,, form 6 adelah terbaik walaupon dulu aku pernah belajar kat sekolah teknik jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik..

dengan setiap penerangan aku kat cikgu tu, dia cakap alhamdulillah, atleast ade care nak 'motivet' anak sebb dia sendiri pun tak pernah masuk form 6 dan katenye lagi ramai yang beranggapan bahawa form 6 adelah yg terbaik dan dia amat amat memerlukan kesahihan itu untuk gtau anak dia.. tp bagi aku setiap orng ada pandangnnya sendiri,, mungkin bagi pembaca or blogger sendiri berbeza pandangan dengan aku???

dan dia juga ade memberi motivasi kat aku,, katenye kite perlu pandang jauh ke depan dalam segala hal.. termasuklah dalam bekerja,, dia bagi jugak lah nasihatnye kt aku,, hehehe,, dan dia sendiri cerite kat aku macm mn dia mengajar anak anak murid,, okeh, cikgu ni cikgu matematik dan dia seorang ayah kepada 9 orang anak,, dan dia dah berusia,,,, tp semangat untuk mengajar budak budak tu tetp ade,, respek sama cikgu,, hehehe,,

ape ape pun pengalaman mase aku form 6 adalah amat bermakna buat aku sebab ada cikgu yang betul betul memotivasikan aku dan akhirnya aku berjaya ke menara gading,,

*terima kasih cikgu*

Thursday, March 22, 2012

rindu

disebbkan bosan menunggu nak masuk kelas berikutnya yang kadng kadg jaz ade 2 kelas jer,, so, aku belek belek la laptop aku,, jumpe gambar konvo aku,, belek belek aku senyum sendiri,, rindu time belajar kt u dulu,,

dah tak de kej aku pon wat la video dgn gambar gambar tu,, hehhehee,,

rindu saat belajar dan rindu nak jumpe kawan kawan lame seuniversiti dulu,, bilalah agaknye je boleh berjumpa??? :))

okeh, dah nak gerak g sekolah,, kalau lambt t punch card warne merah,, hehehee,,

bubbye sume,, next time klu aku de kelapangan lg aku coret lagi kt blog aku ni,,, see u alls next time,, (**,)

celoteh,,

buka je sekolah lepas cuti seminggu,, budak budak semuanye happy je,,, bila aku masuk kelas bg markah ujian dorng senyum jer dorang,, maklumlah ade yang dapat A,, bukan main seronok lagi dorng,, hihihihi,,, kecoh jer kelas,, bile aku msuk satu kelas nih,, nak ajr sal PETA,, aku tanye dorng simbol simbol dlm peta,, bukan main bersemangat lgi dorng nk menjwab,, seronok aku rasa bila dorng bg respon yang baik.. hehehehee,,,

merekalah yang kadng kadng wat aku jadi ceria tp mereka jugklah yang kadng kadng wat aku tetekan bila ade pelajar yang degil, nakal,, haiii,, nsib badn,, hahahahhaahaa

dorng bile dh mule celoteh, tak kan berhenti,, ade je nak ckp,, nak berbual,, hadoii,,,

tp seronok layan kerenah dorng sebb aku anggp dorng cam adik adik sendiri,,,

Friday, March 2, 2012

imam muda vs ustazah pilihan

bukak oasis tgok iklan de program baru,,

imam muda vs ustazah pilihan tuk debat agama,,

tak sabar nak tengok dan dengar debat isu keagamaan dari mereka,,

:))

mate dah layu,, katil pun cam dok panggil je tuh,,
esok kene pergi sekolah,, ade sekolah ganti la pulak,,
malsnya nak pegi n ngajar budak budak time yang sepatutnya aku kene rehat,,

selamat malam semua,,,,

p/s: rindu kat seseorang,,

pompuan,,,

pompuan,, kalau ckp sal bawak kete yang terhengeh hengeh, terkial kial tu kompom kompom pompuan yang bawak kete tu,, satu lagi kalau nak masuk parking,, humaaiii,, kesian nengoknye,, aku nak cite cket la,, mase aku singgah nak g kedai, mate aku cari parking yg sesuai,, dah dpt parking, aku lock kete n aku masuk kedai tu,, keluar je kedai aku nampak satu kete myvi nih,, nak masuk parking.. ala, parking yang kene masuk buntut kete dulu tu,,, aku senyum jer tengok,,, sebb nyer terkial kial dia nak masuk parking,, bile aku pergi kat kete aku dan nak keluar parking, tengok kat belakang, kete tadi dok belakang aku,, aku keluar je parking, terus dia masuk,, hahahaa,, aku dah agak dah dlm hati aku,, mesti dia tak boleh masuk parking buntut tu,,, hahhaahaha,,,

cite yg keduanye,, mase aku nak masuk satu ofis nih, same jgk, parking buntut,, mase aku nak keluar parking, ade la sorang minah nih, masuk parking depan aku, ok, aku pun tunggu dia siap parking, kete dia kecik je, kete kelisa,, so, dah dia siap parking aku pon keluar la paking,, jalan tu sempit jer, sebelah kiri kete kelisa td n sebelah kanan kete proton.. aku takut langgar kelisa tu sebb dia parking SENGET!! SENGET ok??? buntut kete dia terlebih la pulak,,sbb dia masuk depan dulu, bukan buntut dulu,, huhuhu,, nasib baik la ade mamat kat depan tu tolong tengokkan aku langgar ke tak kete tu,, mujur lepas! geram aku kt minah tu,, hahhahaha,,,

see??? pompuan kalau bawak kte terkemut kemut, kalau masuk parking plak terkial kial, dah la terkial kial pastu parking senget,, wat nyer orang langgar kete ko tak ke naya???

pastu mule la nak bergaduh,, huh! rakyat malaysia cam tu la,, salah sendiri tak nampak, nak salahkan orng laen,,

aku dulu pon tak berani gak nak masuk parking buntut ni, tapi lepas kene tocher ngn someone, tak berani tu jadi berani,, hahhahaaha,, amek kau!!

Tuesday, February 28, 2012

Dia yang lebih mengetahui...

malam tu dok lepak lepak kt umah ngn mak n adik,, dok tunggu cite best yg aku nak tgok,, tngok sejuta money drop,, memule tgok pasngn suami isteri ni,, dorng maen sampai soklan ke lapan,, n then bawa balik 80k,, lepas suami isteri tu, tgok plak pasngn laen,, aku pon dok try jgk la jawab soklan AC MIZAL tuh,, mencbr memng mencbr,, kadg2 tu cam wat kite confius pun ade,, tgok tengok pasngn tu dapat bawa balik 240k dalam mase bape minit jer,,, peerrgghhh,,,, kalau kerja 5 tahun pon belum tentu dpt kumpul 240k tuh,,, btw, rezeki dorng,, n AC pun cakap dorng lah yg pertama bawa balik jumlah yg paling tinggi,,, rezeki orng,,,, mmg bertuahlah dorang tuh,,,

btw,, rezeki kite mcm mn yer??? macm mne yg ALLAH dah aturkan tuk kite yer?? kite tak tahu kan rezeki kite mcm mn,,,

hari tu mase aku dok kt bilik guru,,ade org dtg mintk derma,, bg aku seikhlas mn pon aku menderma,, sok sok mungkin rezeki aku akan bertambah,, insyaallah,, aku tahu sebb aku yakin dengn ALLAH..

semua tu mgajar kite tentng kehidupan,, yang penting kite bersyukur dgn ape yg kita ada,, bukak mata, berfikirlah dgn minda,, REDHALAH ke jalan ALLAH,, jangan menyimpang dari jalan ALLAH,, manusia perlukan perubahan dan perubahan ke jalan baik atau benar itu sangat penting,, :))

matangkanlah diri dalam membuat sesuatu keputusan,, sampai bile kite nak terus hanyut dengn dunia,, ajal maut tak kire tempat dan waktu, bile bile je Malaikat Izrail tu akn cabut nyawa kita,, bertaubatlah kite sebelum terlambat,,,

ALLAH lebih mengetahui dari kite yang bergelar hambanya,, hari ini, esok dan hari berikutnya, hanya DIA yang mengetahui ape yg akan berlaku,,,

Sunday, February 26, 2012

conteng conteng

sampai kt sekolah punch card, amek buku RPP,, masuk bilik guru, bukak buku RPP tengok tengok dapat memo dr pengetua,, hhhahahahaa,, okeh, memo biase2 jer,, hehehe,, minggu depan bdk bdk nk ujian,, yang gelabahny aku,, takut bdk bdk aku xleh nak skorr,, hehehee,, btw, aku doakan yg terbaik tu pelajar pelajar aku,,, pas ujian, start cuti sekolh seminggu,,, lega ase,, boleh berehat puas puas kat tempt orng nnt,, (**,)

pulau lagenda tu menggamit aku lagi,,, terasa seolah olah pantai chenang memanggil manggil aku,,, tak sabar rase nyer nak pergi,, tuk cuti sekolah aku berharap jiwaku makin tenang dan mungkin kali ni percutian aku ke negeri penghujung dunia akan lebih bermakna,,,


buat msa sekarng, terasa damai bila bersendirian,, alhamdulillah,, dapat mengenali ustazah asma cukup memberi perubahan dalam diri aku,,, alhamdulillah,, terima kasih ustazah asma a.k.a kak  asma..


lagu tuh!!!!

ngah bosan bosan tertibe je dtg mood nak dgr lagu,, suke sgt dengr sore penyanyi ni yang merdu,, laen dr yg laen,,
so, carilah lagu yg aku suke dengar tu,, lebih kurang gini la lirik lagu tu,,,

berseri indahnya bagaikan pelangi
berkembanglah mekarlah bunga bunga di hati
namunku tiada duga begini
hujan turun melanda dan bunga gugur ke bumi

cintamu sesegar embun nan pagi
semakin resah menanti terbit mentari
hangatnya yang membakar mengeringkan
segala keindahan yang penuh kepalsuan

engkau yang aku sayangi
siakan diriku ini
lautan madu ku beri
engkau racuni

ku sedari siapa diriku ini
kosong tiada bererti
biarlah diriku pergi kuubati lukaku sendiri

ku cuba gagahi bangun sendiri
biarun sayapku telah tiada lagi
namunku tak terdaya menghadapi
di dalam kegelapan bimbang tersungkur lagi

Oh Tuhan teguhkanlah keimanan
untukku tempuhi suratan kehidupan
walaupun di hati rasa terkilan
tapi apakan daya semua
takdir Tuhan,,,


*sekadar nak ilangkan bosan* ;p

Wednesday, February 15, 2012

untuk cikgu (^^,)

time aku ralit stdy tuk mengajar anak murid pas rehat, tetibe je ade dengr sore student aku

"cikgu,, nah, ini untuk cikgu.."
aku yang melihatnya terkedu!
aku tanye "kenape ni?"
dia senyum jer,,,

ni la kad nyer,, (**,)



aku pon amek kek n kad tuh,, aku belek punyer belek kad tu,, comey jugak yer,,
aku bace isi kat dalmnyer,,
terharu aku,, sob,,sob,,sob,,

aku suke tengok kartun girl ni :p

terima kasih pelajar ku,,
insyaallah cikgu akn sentiasa doakan kejayaan anak anak murid cikgu,,
doa cikgu bersama kalian (**,)

Saturday, February 11, 2012

catatan hati ,,,

dlm pekat kelam subuh, aku drive kete nk g sekolah,, pas subuh, aku siap2 nk g sekolh,, (teringt zaman aku sekolah aku,, )keh2,,ar sabtu g sekolh sebb nk menyambut maulidur rasul ats junjungn mulia nabi muhammad s.a.w,,, okeh, disebbkn kt sekolah wat sambutan maulidur, aku pon tumpang sekaki la,, :p pg tu dgr cermah sorang ustaz dr ppd,, banyak perisian yang berguna,, salah satunya adalah psal doa,, DOA tu penting,, hanya dengn berdoa, insyaallah segala bende yg kite doa tu akn termakbul,, Betapa hebatnya DOA! dan ketika rasulullah berdakwh dulu pon baginda sentiase berdoa untuk ummatnya.! masyaallah,,, betapa berkuasenya ALLAH!,,

DOA!!! DOA!! DOA!!! dan DOA!!!,,,,,

pas ceramah tu, pelajar pelajar pun berarak la kuar dr sekolah,, pas perarakan tu de la aktiviti yg kami wat tp bukn mengajar dan belajar,, sbb dh mlaz,, hahhahaha,,

hm,, kalau dulu zaman sekolah, nak duduk semeje ngn cikgu pon takut, tp sekrang bile dh bergelar guru, aku boleh duduk semeje ngn cikgu yang ajar aku dulu,, rupe2nya ramai cikgu cikgu sekolah aku dulu pindah ke sekolah yang aku mengajar sekrng,, sampaikan ade sorang cikgu ckp " dah tua la kita, anak murid pun mengajar dengan kite sekali, satu seolah pulak tu"
aku senyum je lah,, hehehehe,,,,

mse sambutn maulidur rasul tu, ade persembahan nasyid dr pelajar tingktn 2,, lagu yg dorang nyanyi tu mengingatkan aku zaman sekolah dulu dan lagu ni sagt popular dr aku zaman sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah..

lagu tu cenggini *****
rasulullah dalam mengenangmu
kami susuli lembaran sirahmu
pahit getir perjuanganmu
membawa cahaya kebenaran

engkau taburkan pengorbananmu
untuk umatmu yang tercinta
biar terpaksa tempuh derita
cekalnya hatimu menempuh ranjaunya,,

tak terjangkau tinggi pekertimu
tidak tergambar indahnya akhlakmu
tidak terbalas segala jasamu
sesungguhnya engkau rasul mulia

tabahnya hatimu menempuh dugaan
mengajar erti kesabaran
menjulang panji kebenaran
terukir namamu di dalam al quran,,,

rasulullah kami umatmu
walau tak pernah melihat wajahmu
kami cuba mengingatimu
dan kami cuma mengamal sunnahmu,,

kami sambung perjuanganmu
walau kita tak pernah bersua
tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela,,


dan satu lagi lagu ni ::

di keheningan malam
takafur di kesyahduan
merindui janjimu Tuhan
bantuan di perjuangan
ku titiskan air mata
taubat segala dosa
moga terangkat pengijabkalbu
antara kau dan aku

Ya ALLAH YA TUHANKU
ku sujud pada kudratmu
ku serah kan jiwa ragaku
pada takdir iradhat mu
pimpinlah daku dalam redhamu
kasihi daku dalam rahmatmu
hanya padamu aku mengadu
ya allah ya tuhanku

*******************************

bila dengar lagu ni, sejuk je hati,, bertmbh keinsafan dijiwa,, (**,)





Friday, February 10, 2012

cikgu vs jodoh (^,*)

okeh, sebelum mengajar student kene tulis dulu p&p dlm buku rekod pengajaran dan pembelajaran,, kene fikir ape yang nak mengajar budak budak mengikut selibes ( maen2 je ejaan aku tu) hehehee,, okeh, esok kene g sekolah sebb ade sambutn maulidur rasul,, huh,, buku rekod yg sepatutnya kene antar ar khamis, aku tak sempat hantr sebb tak siap lg,, hahhaha maknenye aku kne hantr hari sabtu, terketr jgk bile ingt yang nak cek buku rekod tu adelah pengetua sekolah.. hahahha,, dah la mse 1st time aku meeting ngn pengetua tu, banyak benor arahan nye kt cikgu cikgu ni,, kene wat itu, kene wat inilah,,

nak dijadikan cerite, tetibe je semalam, bile aku sampai je kat sekolah, ustazah che su tegur aku,, "tahu tak hari ni PPD dan JPN dtg sekolah?"

aku yg mendengarnye, terus cuak! hah! sudah, mmpus! hahahahah,, buku rekod kene kemas, kene clear, kene siap, kene,,kene,, dan banyak lagi la kene,,, kelas kene bersih, xleh de sampah,, hahaha,,

buku rekod ni la hari hari kene tulis ;p


untuk mse pertame aku kene relief satu kelas nih,, ala kelas yg aku mengajar jugak, tp disebbkan aku relief kelas tu so, aku jaz wat kuiz je lah,, hehehehee,,

disebbkan aku cikgu baru kt sekolah tu, ade sorng pelajar nih, tanye aku,, "cikgu name cikgu ape?"
aku pun tanye dorang balik sape name aku,,, sape dapt jawab aku bg hadiah,, hahhahaa,,

jenuh dorang meneke,, ni bukan ape, sebb dorang dh lupe name aku padahal aku kenalkan diri aku mase mule mule masuk mengajar..

sume name keluar, syafinaz la, syahira la, shahida la, shafika la,, macam macamlah,,, hakhakhak,,
last last sekali, ade sorang pelajar nih, dia dapt jgk teke name aku,, pastu aku pon tanye dorang,,
"lepas nih nak ingt name saya tak ??"

serentak kelas cakap "nak ingat cikgu!! "

itu kisah kelas relief,, actually, banyak kisah kisah yang menarik sepanjang aku bergelar guru nih,, dan setiap guru perlu patuh dengan AKTA RAHSIA RASMI 1972,,

kadang kadang bile aku masuk kelas jer,, murid murid akn cakp,, "cikgu nampk cantik hari ni." hahahaa,,

bile part murid murid tanye umo aku, aku suh dorang teke, hehehehe,,, ade sorng murid tu dia cakp " cikgu, cikgu paling mude kat sekolah ni, saya rase umo cikgu around 23 or 24,, "

bile aku cakp " sy amek spm tahun 2005,, sekrng tahun 2012, agak agak kamu berape umo sy?"
sje nak uji iQ mereka,, sebagai guru kadang kadng kite kene jgk uji iQ anak murid kite,,

yes kene make sure ape yg kite ajar dorang pahm,, kene uji dorang,, dan aku bukanlah guru yang suke duduk setempat bile dalm kelas, aku lebih suke berjalan dari satu meje ke satu meje pelajar aku, dan tanye dorang jike ade maselah dengan pelajaran aku,,

yang penting, aku nak pelajar aku tak stress bile belajar subjek geografi,, tapi enjoy enjoy jugak, ketegasan tetap ada dalm diri aku sebagai guru,,

kate orang, dalam kelembutan itu tetap ade ketegasan,,, (*,^)

soal jodoh???? insyaallah jika ade jodoh aku dgn dia tidak akn ke mn,, asalkan kite yakin dengan diri kite dan yakin dengan pasangan kite,, dan yang paling penting kite yakin dengan janji Allah,, walaupun dah ramai kawan kawan aku yang dah mendirikan rumah tangga, dan aha,, yang dah beranak pinak,, tapi bagi aku selagi belum sampai jodoh aku, belum kawen la kan?? hehehee,,

JODOH tu rahsia ALLAH..
☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||.
ツ SEKUAT mana kita setia
...
ツ SEHEBAT mana kita merancang
ツ SELAMA mana kita menunggu
ツ SEKERAS mana kita bersabar
ツ SEJUJUR mana kita menerima
ツ.. •.♥• Jika ALLAH Tidak Menulis JODOH Kita Bersama dia..
Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥• ..
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar dan akan bertemu PADA WAKTUNYA.. InsyaAllah

jadi,, yang penting, kite kene Yakin dengan JANJI ALLAH,, ALLAH dah tentukan segalanya tuk hambanya,, kalau dah tertulis cepat, cepatlah ia, kalau dah tertulis lambat, lambatlah ia,, dan aku tak pernah sedih bile dengr berita kawan kawan yang dah kawen or nak kawen,, malah aku tumpang gembira tuk mereka,, alhamdulillah, kehidupan kini lebih baik dari dulu,, sebb kite yakin dgn kuasa ALLAH,, aku tak pernah sepi sebb aku tahu Allah sentiase bersama aku,, jiwa aku tidak pernah kosong, sebab aku tahu kalimah suci ALLah sentiase bermain dibibir dan menyerap ke dalam jiwa,,

untuk dia bakal pendampingku di dunia dan akhirat nnti,, doaku sentiasa mengiringi perjalannmu kerna aku inginkan yg terbaik buatmu,, dan aku ingin menjadi yg terbaik buatmu,, dan biarlah hubungan yg direstui orang tua juga direstui ALLAh dan semoga jodoh kita panjang hingga ke akhir hayat kita nnti,, walaupun jarak itu memisahkan kite, ia bukanlah halangan untukku terus setia bersamamu,,

(**,) menunggu waktu itu tiba,,,,,,