seindah memori

seindah memori

Saturday, March 26, 2011

berpindaH rumaH???

mungkin ade hikmah atas ape yg berlaku,, YA!!!!!!!!! ALLAH sedg menguji aku dan koge aku,, walaupon kami agak buntu,, mujurlah khudrat ayah masih kuat,, mampu buat itu ini,,
dan mungkin juga kami akn berpidah,, meniggalkan negeri kedah,, negeri yg tercinta ni,, yg banyak meninggalkan kenangan manis buat aku,, kawan2 kat sini, tp sume itu mungkin akan jd kengan lepas ni,,



aku bukn shj akn berpindh rumah, mlh negeri sekali,,
kenapa nk pindah???
tak nak komen lebih2,, tp biaselah bila perasaan dengki tu ade dlm idup setiap manusia,,
well,, life must be go on!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, March 20, 2011

dia.... suamiku 11

"sape pompuan tu Afif? jangan nak buat perangai lame kamu balik. Sedar sikit kamu tu dah ade isteri, ade anak-anak. Sok luse bertambah lg anak tu, jangan nak mengada-mengada nak kahwin lain."

aku yang dengar ayat ibu mentua aku pon terangkat kening aku, ini kan pula suami aku, bukan setakat terangkat tapi tajam je mate dia tengok aku. Marah aku la tu, mesti dia ingat aku yang bagitau ibu. "ape ni ibu? pompuan mane pulak?" suamiku berlagak tenang. "yang datang rumah kamu hari tu la, cakap dengan ibu sekarang sape pompuan tu?" tinggi sikit suara ibu, aku pon kecut perut jadinya.
"tak de sape lah ibu, kwan sekerje je ibu,"
"kawan sekerje ape kalau dah suruh Dina tinggalkan kamu?"
aku memandang suamiku, matanya menyoroti aku. aku tahu dia marahkan aku. biarlah dia, dia berhak rase marah, tak kan aku nak bagitau yang anak sendiri yang mengadu kat opah dorang. ishh ,, tu dah kira melanggar etika seorang ibu. hheheehe..

"ibu dah tahu buat ape tanya Afif lagi?" suara suamiku masih boleh dikawal. aku tahu suamiku panas baran, kalau aku tak kawal keadaan, mungkin boleh bergaduh anak-beranak ni.

"err,, ibu, abang, biarlah, bende dah jadi, asalkan abang tahu ape yang dia buat, dah la ibu, saya tak kisah sangat."
"kamu tak kisah ke kalau kamu kene madu?'
Madu??? Gluuuppp!!! aku telan air liur. oh! tidak,, perkataan itu adalah racun bagi aku. tak, aku tak sanggup nak berkongsi kasih. aku menggeleng kepalaku apabila melihat ibu memandangku lama.
"bukan itu maksud sy ibu, maksud sy, pompuan tu pun dah tak ganggu sy, dia pon dah tak ade lagi datang rumah, kira okeylah tu ibu"
"entahlah kamu berdua ni, ibu pun tak pahamlah, jangan sampai rumah tangga kamu berpecah belah sudah la, ibu tak nak sorang ke sane, sorang ke sini."

ya! aku dan suami diberi ceramah percume oleh ibu. Bila aku balik kampung hari tu, tak sangka pulak suami aku juga turut balik rumah ibu selepas dia selesai kerjenya.
sudahnya, dia dimarahi oleh ibu pasal pompuan tu. dan aku dimarahi olehnya sebab sangkanya aku yang bagitau ibu. sabar je lah, tapi aku tak kan sesekali bagitau yang anak kami yang mengadu pada opahnya. disebabkan perkara itu, aku dan suami kembali dingin,

Linda??? selepas balik dari rumah ibu, aku aturkan pertemuan dengannya. aku berjumpe dengannya face to face. aku tak marah atau pukul dia, tapi aku nasihatkan dia supaya jangan ganggu kebahagiaan rumah tangga aku. walaupun dia sayangkan suami aku, tapi aku katakan padanya aku lebih berhak menyayangi suami aku kerana dia suami aku. dan dia juga papa kepada anak-anak kami.
mungkin sedar akan kesilapannya, dia berjanji tidak akn mengganggu suami aku lagi. khabarnya, dia juga telah berpindah tempat bertugas. mungkin nak elakkan diri dari suamiku agaknya. tak kisahlah, asalkan dah tak de sape yang ganggu aku dan suami. cume sekarang aku kene pulihkan keadaan. hm,, memujuk suami aku mungkin..

"puas hati awak?? dapat mengadu dengan ibu?? puas?? suami memarahi aku. aku hanya tertunduk diam.
"kenape diam?? sy tanya awak ni?" sedikit keras suara suamiku.
"sy minta maaf, ibu tanye, jadi sy terpakse cerita." terketar-ketar aku menjawab. takut!
"ape yang ibu tanye?"
"ibu tanye mcam mne dngn rumahtangga kite, sy cakp ok je, tp ibu ckp dia tahu ade yg tak kene dengan kite,"
"kan sy dah pesan jangan bagitau ibu?"
"sy minta maaf abang,"
"itulah awak, sy marahkn awk ni, tunggu sy dah ok nanti baru sy nak ckp dengan awak, sekarang sy tak nak bercakap dengan awk. ok?"

aaiikk?? macam tu pulak?? entah ape-apelah suami aku ni. perangai macam budak-budak je. aku diam jelah dah suami cakap cam tu. tunggu jelah kemarahannya reda.


"mama, mama tak sihat ke?"adik tengok muke mama pucat?"
"pucat? betul ke ni adik?"
"ye lah mama, cube mama tanya abang,"
aku memandang aslah. dia menggangguk. muka aku pucat? kenape pulak? aku sakit? tak lah. aku sihat-sihat je.
aku memandang suami yang berjalan ke arah kami. aku cube mengukirkan sennyuman. tapi macam biaselah suami aku, tak dilayannya aku. terase jugaklah hati ni, tapi kesabaran tu penting.

"papa, sinilah, tengok muke mama pucat!"
laju je aslah mengadu kat papanya. aaiihhh,, memang kuat mengadulah anak aku yang sorang nih.
suami memandang aku. "awk ni kenape muka pucat ni? sakit ke?" "sy sihat je bang," "abang nak makn ke? sy dah siapkan makanan kegemaran abang, ayam masak lemak."
"hm, jap lagilah sy makan, belum lapar lagi, anak-anak dah mkn?"
"belum, kami tunggu abang," selagi aku dengar dia bahasakan diri "saya" tu maknanya dia belum ok lagi. oh suamiku bila la mood kau nak baik ni. aku mengeluh.
"awak tak makn lagi nih, tu yang pucat ni, jomlah makan,"
aku bangun, tapi tibe-tibe je kepala aku rase pening, dan sesaat dua aku rasakan tubuh aku bagaikan melayang tp serasa ada tangan yang menyambut. aku sempat mendengar suamiku memanggil namaku dan anak-anak menjerit satu perkataan sahaja. mama!!!



aku memndang sebelah kanan, melihat suamiku terlena diatas kerusi sebelah katilku,aku memandang sebelah kiri, melihat anak-anak kembarku nyenyak tido di atas sofa yang dimuatkan dalam bilik yang agak luas itu. Aku memerhati keadaan sekeliling. Tak perlu tanya, aku dah tahu, aku kini berada di hospital, kenapa aku berada di sini? ya tadi aku jatuh, mungkin aku pengsan. aku melihat tubuh suamiku bergerak-gerak, kemudiannya, terpisat-pisat dia bangun sambil berjalan ke arahku. dia tersenyum memandang aku. aku membalas senyumannya. dahiku dikucupnya, "terima kasih sayang" ucapan itu yang aku terima, tapi kenape?
"kenape abang berterima kasih kat sy? sy masuk hospital dan menyusahkan abang, abang ucap terima kasih kat sy?"
suamiku hanya ketawe dan ketawe nya telah mengejutkan anak-anak aku. berlari-lari mereka mendapatkan aku. memeluk tubuhku.
"mama dah bangun? mama,, nanti mama kene sayang kan aslah dengan adik tau mama"
aku pelik dengan kata-kata aslah.
"abang dah tak boleh panggil adik,adik lagi sebab nanti adik pun nak jadi abang jugak, abang kene panggil adik, angah.adik pun nak panggil abang along.nanti senang sikit adik nak panggil kite, kan papa?"
aku makin pelik dengan kata-kata si adik, aku memandang suamiku. meminta penjelasan.
"ok, anak papa, sekarang bagitau mama kenape mama masuk hospital?" arah suamiku.
serentak anak-anak aku menjawab, "sebab kami berdua akan jadi abang, kami akan dapat adik, kan papa?
suamiku ketawa, aku memandang suamiku. bagaikan tak percaya. betul ke aku mengandung lagi? anak ketiga? makin lame senyuman aku makin lebar. terima kasih ya allah, mungkin inilah berkat kesabaran aku selama ini.

"sampai ke hospital abang bawa sy? kan abang boleh je check sy kat rumah?"
Suamiku hanya tersenyum. "Entahlah, abang jadi panik tadi, tetibe je awak pengsan. abang jadi risau. Tu yang bawa awak datang hospital. Si kembar awak tu membebel jugak. Kenape papa tak check je mama, papa kan nurse." suamiku mengajuk gaya percakapan anak ku. suanmiku oh suamiku, mane tak nye si anak selalu mengajuk papanye kalau dah papa pun same je. alahai suamiku. Dahiku dikucupnya penuh kasih.

"terima kasih sayang, abang pun tak sangka yang awak mengndung, patutlah muke tu pucat, doktor cakap awak tak alami alahan ibu mengandung, tapi sebaliknya pulak, lepas ni,,,"
"ye abang, saya tahu,, abang dah pesan kat sy sejak sy mengandungkan anak kembar abang lagi." aku memotong percakapan suamiku.
"tengok tu, abang belum habis cakap lagi, dia dah potong,"
aku hanya tersengih. suamiku menggenggam erat tanganku.

"abang kagum dengan isteri abang, tabah dan sabar."
"kenape?"
"abang tahu, awk ade jumpe dengan Linda selepas balik dari rumah ibu hari tu kan?"
aku hanya menggangguk.
"Linda jumpe abang, dia cakap abang bertuah dapat isteri macam awak, dia dah janji tak nak ganggu kite lagi. Lepas dia jumpe abang, abang dapat tahu dia ditukarkan ke Penang. Khabarnya, dia dah lame mohon, tapi baru sekarang pemohonannya diluluskan."
"mestilah sy nak pertahankan hak sy, ape? abang ingat senang-senang sy nak lepaskan abang sedangkan dah keluar dua orang anak, ni nak keluar pulak sorang lagi."
"abang bahagia sangat sayang, terima kasih sangat-sangat. satu lagi abang minta maaf sebab hari tu marahkan awak, awak pun satu tak bagitau aslah yang mengadu kat ibu, tengok kan dah kene marah dengan abang?"
aku hanya tersenyum."tak pe abang, sy tak kisah pun, sy rela kene marah daripada tengok anak-anak kene marah."
"itu yang buat abang bertambah sayang kat awak,"
suamiku memegang perutku. "bile anak papa nak keluar tengok papa yang hensem ni?'suamiku tersenyum.


"papa ke sane sikit, abang nak sembang-sembang dengan adik ni," si kembar menolak sedikit papa mereka, suami aku bergerak sedikit, perut aku dipegang mereka.
"hai adik, ni abang aslah, ni pulak abang ashraf, bile adik nak keluar tengok abang-abang yang comel ni?"
aku dan suami hanya ketawa mendengar si kembar berceloteh dengan 'adik' mereka.
"sape ajar ni?" tanyaku
"papa!"
ketawa suamiku makin kuat memecah ruang bilik pesakit.
"papa?"
"a,ah papa, along dengan angah nampak papa buat mcam ni kat mama tadi, pegang perut mama, pastu bercakap-cakap dengan 'adik', tp papa cakap 'bile anak papa nak keluar tengok papa yang hensem ni?'
keningku terangkt,pandai aslah mengajuk papanya.sisa-sisa ketawa suamiku masih kedengaran.suami memeluk aku. "abang sayang awak.agak-agak awak anak kite nanti kembar lagi tak?"
'abang?' keningku bertaut.
suamiku ketawa. nak main-mainkan aku lah tu.
alhamdulillah, kebahagiaan milikku kembali.

dia...suamiku,, aku bahagia dengannya,,
dia..suamiku,, seorang yang setia.
dia..suamiku.. aku sayangkan dia,,
aku jugak syg anak-anak aku dan anak yang bakal lahir tak lama lagi,,


terima kasih ya allah atas kurniaanMu ini.

dia...suamiku,,, DAH TAMAT~~

Friday, March 18, 2011

dia...suamiku 10

"Dina ade masalah ke dgn Afif?" ibu mertua aku dah menyoal, mana dia tahu ni,, aku tak boleh bagitau, rahsia,,, "tak ade lah ibu, mane ade masalah, kami biase-biase je ibu, macam dulu lah, ibu macam tak kenal anak ibu tu, manje, dia kalau tak manje sehari mana boleh duduk ibu. ade je yang nak tunjukkan yang dia tu manje." sambil tersenyum aku melihat reaksi ibu mentuaku. "ibu tahu dia anak yang manje, tak de isteri manje dengan ibu, dah ade isteri dia manje dengan isteri dia, tapi ape pun yang dia buat, Dina sabarlah ye." itulah ibu mentuaku. selalu sebelahkan anaknya. Aku hanya berdiam diri. cakap lebih karang, dikatakan aku ni menantu kurang ajar pulak, so, baik aku diamkan diri aku. "tapi kan Dina, budak-budak selalunya tak kan tipu kite yang tua ni, nak-nak pulak opah doran, hm," keningku bertaut. aiisshh,, pelik je bunyi ayat tu, ibu tahu ke aku bergaduh dengan Afif? jangan-jangan si kembar yang bagitahu tak? kalau betul memang nak kena kembar ni. takpe-tak pe cool je Dina, buat mcam tak de ape-ape. "maksud ibu?' cewah,, pura-pura tanya pulak aku ni, hehee,, "ibu bukan nak masuk campur hal Dina dengan Afif, tapi bila ibu dapat tahu kamu dengan dia ade masalh ibu tak senang duduklah. sape pompuan tu Dina?" aku dah agak dah, ni mesti cucu-cucu kesayangan dia yang bagitau ni. macam pompuan la ank-ank aku ni, suka sangat mengadu. ish ikut perangai papa la ni,, eh? tak-tak suamiku tak pernah mengadu, yang suke mengadunya tu aku,, jadinya anak-anak aku ni ikut perangai aku lah kan? hehehe,,

"hm,, cucu kesayangan ibu ke yang bagitau ibu nih? si abang ke?" aku mengeluh berat melihat anggukan ibu mentuaku. "hm,, tak ade lah ibu, pompuan tu kawan Afif je, kwan sekerja," "betul ke kawan sekerja? ibu dengar dia suruh kamu tinggalkan Afif untuk dia? betul?" Aku menggangguk. tak guna kalau aku berbohong, ibu dah tahu segala-galanya. "jadi ape kata Afif?" "dia suruh pompuan tu balik, pastu dia cakap tak kan tinggalkan Dina, tapi tak tahulah ibu, kadang-kadang Dina takut dia kembali dengan perangai lamenye dulu." "Dina tak yakin dengan cinta Afif?" "bukan tak yakin ibu, tapi ye lah, kalau dibuatnya dia berubah hati kan susah tu ibu?"
"sape yang nak berubah hati?" bapa mentuaku menyampuk, sudah pulang dari kedai rupanya. "er, tak de sape lah abah, saje je sembang-sembang kosong dengan ibu." "kamu dah lame sampai?' "baru je abah, abah g kedai jande tu ke?" "pandailah kamu, karang merajuk pulak ibu kamu tu, jenuh abah nak memujuk." "saye senang je bang, kalau nak sangt kat jande tu, tido luarlah malam ni." ibu mentuaku menjawab sambil menjelingkan matenye. "dengar tu Dina? belum abah cakap ape-ape lagi dah nak merajuk, dah kene warning," "heheheehe,, abah dan ibu, walaupun usia perkahwinan mereka dah lama, hampir 30 tahun aku kira, tapi kasih sayang mereka tetap kekal hingga sekarang. sedangkan aku? ade sedikit masalah je, dah larikan diri dari suami. adeh! isteri ape aku ni? sepatutnya aku dengan dia kene berbincang, ini tak, aku ikutkan sangat rajuk hati aku. tak pelah nanti aku berbincanglah dengan dia.



"cube abang tengok menantu abang tu?kite sibuk bersembang, dia boleh pulak berangan." suara ibu mentuaku mengejutkan aku. "mane si kembar Dina?" "ade kat atas tu abah, tengok tv rasenye. kartunlah tu, ikut papa dorang suke tengok kartun."
"Afif tu memang suke tengok kartun, sampaikan ade anak pun masih lagi tengok kartun. Dia keje ke ni?" "keje abah, tu yang Dina dengan anak-anak je yang datang."
"Yelah, dah tu kamu tak nak tambah anak ke?' ish,, ape punya soalan la bapak mentua aku ni. ade ke patut dia tanya cam tu. ish,, malu la aku.aku rasa pipi aku ni dah macam udang kene bakar dah kot. malu siot!, "insyaallah abah, kalau ade rezeki, asyik tengok muke abang, muke si kembar tu, naik bosan jugak." hehehe, aku cube bergurau. "kamu ni ade pulak cakap tgok muke suami sendiri bosan, tambahla lagi anak tu, anak ramai baru best, kamu pun masing-masing keje, hidup senang, tak de masalah lah nak tambah anak." laju je bapa mentua aku bercakap.aku hanya ketawa. "Dina gurau je abah, alhamdulillah hidup dengan abang 6 tahun ni tak de lagi perasaan jemu tu, makin hari makin bertambah sayang, tambahan pulak ade anak-anak ni, rase seronok sangat abah. balik keje ambil dorang, pastu masak tuk dorang, ape yang saya masak tak pernah dikomplennya, kerja saya mudah abah, ibu, anak-anak dengar kate, cume tu lah bile ade papa dorang je menjadi-jadi sikit manje dorang tu, mungkin sebab jumpe sekejap-sekejap je kot dengan papa dorang, nak kuar hujung minggu pun susah, kadang-kadang tu Dina tengok dah macam bertahun-tahun tak jumpa papa dorang. kalau papa dorang balik, asyik melekat je dengan papa dorang tu, papa dorang pergi dapur, dorang pun masuk dapur, Afif tengok tv dorang pun tengok tv. sampaikan Dina ni dorang dah tak hiraukan lagi dah. buat macam kite ni tak de je kat rumah tu. itulah cucu kesayangan abah dengan ibu." panjang aku bercerita pasal cucu-cucu mereka. Aku melihat mereka berdua ketawa."Dina bercerita macam cemburu je bunyinya?" "mane ade ibu, takkanlah dengan anak-anak sendiri Dina nak cemburu, ibu ni mengarut jelah."

Wednesday, March 16, 2011

dia...suamiku 9

"mama, kenapa mama menangis?" aslah begitu peka dengan keadaan aku. aku tersenyum lantas mengesat air mataku. aku baru sahaja lepas mengambil anak-anak aku di taska. maklumlah aku kerja, suamiku pun kerja, jadi anak-anak terpaksa dihantar ke taska. tugasku sebagai pengawai meteorologi membuatkan aku selalu sahaja sibuk. aku tersenyum memandang anak-anak kembarku. mungkin mereka berdua perasan yang aku dan papa mereka tidak lagi seperti dahulu. aku yang keras hati atau aku terlalu mengikut perasaan?
entahlah, tapi sampai bila aku dan suami nak macam ni.

"mama menangis sebab papa marah mama ke? ke mama merajuk dengan papa? ala, mama tak best la kalau mama merajuk dengan papa, rumah kita dah tk bising macam dulu. abang dengan adik nak mengusik mama pun takut. takut kene marah dengan mama. mama berbaiklah dengan papa. papa kan sayang mama." petah si adik bercakap.

"mama merajuk sebab pompuan hari tu datang cari papa ke mama?" sape pompuan tu mama? si abang pula menyampuk.
ah! anak-anak aku dah makin bersa, makin bijak berfikir.

aku mencium kedua-dua pipi anak-anak aku. "tak lah sayang, mama tak merajuk pun dengan papa. mama ok je dengan papa."

"tapi kenape mama dengan papa tak macam dulu? kalau tak, asal papa balik je mesti papa usik mama.sekarang adik tengok dah tak de, papa balik, papa naik bilik, mama tengok tv.kenape mama?"

"mama tak sayang papa ke?"

hati aku bertambah sayu. anak-anak memahami aku dan suami tapi mereka tak tahu apa masalah yang aku hadapi. aku hanya tersenyum. "anak mama nak ikut mama balik kampung tak?'
"kampung mane mama? kampung nenek ke opah?"
"kampung opah, nak?"
bulat mata anak-anak aku.melompat-lompat kesukaan mereka berdua."yeay, nak balik kampung opah, nak main pantai,, kita balik umah tok nek ye mama, boleh main kat pantai, abang nak buat istana pasir."

'adik tolong abang buat istana tu, bila nak pergi mama? hujung minggu ni ke?"
aku hanya mengangguk.
"papa ikut kite tak?" si kembar menarik muka bila melihat gelenggan aku.
"anak mama anak yang baik kan? papa kan keje, papa mana dapat cuti. lagipun aslah dengan adik tak kesian papa? papa penat cari duit untuk kita, nak bagi aslah dengan adik pakai baju baru, makan sedap-sedap, beli mainan baru, kesian kat papa kan?"

"tapi tak bestlah mama kalau papa tak ikut.'
"tak pelah nanti papa cuti kite pergilah dengan papa'"
"mama janji?'
"ye sayang, tapi kite kene tunggu papa cuti."
kedua-dua anak ku mengangguk, tanda setuju dan paham. fuh! lega aku, senang pujuk dorang, tak buat perangai macam dulu lagi.

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5584621141398374418" />

"assalamualaikum," suamiku memberi salam, dia dah balik, aku melihat jam di dinding yang menunjukkan angka 8 malam. suamiku tersenyum melihat aku dan anak-anak.
"waalaikumusalam, papa dah balik," kedua-dua anak ku mendapatkan papa mereka, seperti biasa tubuh itu akan dipeluk dan cium sebelum menyalami tangan papa mereka.
selepas anak-anak, aku pula menyalami tangan itu. sebuah kucupan hinggap di dahiku.
"abang rindukan awak." sayu aku mendengar kata-kata dari suami aku. ya, aku pun rindukan dia tapi aku terpaksa keraskan hati aku.

"papa, marilah duduk kat sofa ni, kita sembang-sembang dulu, mama cakap nak balik kampung, tak best lah papa tak ikut sekali."
suami memandang aku, mungkin dia agak terasa hati sebab aku mebuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

"betul ke awak nak balik kampung? rumah sape? mak ke ibu?'
"ibu,"
"bagi alsan kat abang, kenapa nak balik rumah ibu tiba-tiba je ni? nak merajuk dengan abang?"
aku menggeleng. "habis tu kenapa? nak mengadu dengan ibu pasal ape yang dah jadi antara kita?"
pantas aku menggelengkan kepala ku. "tak,saya nak balik kampung sebab teringat mak,tapi nak balik rumah mak, jauh sangat, saya tahu abang tak kan benarkan saya balik sendiri."
"habis tu nak balik rumah ibu, awak yakin abang izinkan awak balik sendiri?"
keras suara suamiku. anak-anak hanya berdiam diri. sesekali melihat aku dan suami.
"abang izinkan sy ye,"
suamiku menarik nafas.
"bila nak balik?"
"hujung minggu ni,lagipun tadi ibu ada call, tanya bila nak balik, dia rindu cucu kembarnya ni."
"hm,, abang izinkan, tapi dengan syarat, bawak kete tu baik-baik dan jangan cerita kat ibu pasal kite"
"terima kasih abang,"
"papa, boleh ke kami balik kampung?"
suamiku tersenyum, kemudiannya mengangguk.
"yeay, ni yang sayang papa ni,"
bertalu-talu si kembar mencium pipi papa mereka. aku tersenyum, mungkin seketika nanti hubungan aku dan suami akan pulih.

dia...suamiku,, masih seorang yang tenang, dan sentiasa pandai menjaga hati aku.
dia juga seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. tapi aku masih tidak dapat menerima hakikat bahawa suamiku dicintai perempuan lain.. ya allah, berilah aku kekuatan untuk hadapi dugaan-Mu ini dan aku mohon agar jodoh aku dan suami berpanjangan hingga ke akhir hayat kami. semoga hati suami aku tidak berubah cintanya pada aku dan anak-anak kami.

~~hohoho~~

hohohoho,,, 2 JAM ja aku tido,, semlam bz dengan karangan sekolah menengah dan sebahagian tesis aku,, pas subuh aku tido,, ingtkan boleh la nak lajak tido cket sebb hujan,, tp,,,, otak ni tibe2 set plak aku nak kene pegi SKR,, hadoi,, tetibe boleh pulak subjek yg aku daftar sem ni tak de lam spectrum,,, huh! padahal aku dah sahkan pendftaran aku tu!!!!!!!!!!!!



ok,, bangun pg, awal 2 mcam mls cket la,, ye lah tido tak cukup weh,,, pastu ok la, mate ni kejap celik kejap bukak, cam nak sambung balik tido, tp,, xleh2 kene bangun jgk!!!

dan aku pon bangunlah,, sampai ke toilet pon mate aku still kuyu,, mengntuk!!!!!
di ulangi MENGANTUK!!!!!!!!! ok , lepas mndi mate aku dah segar!!
hahahhahahaa

Dia..suamiku 8

aku dan suami bergerak ke hadapan. membuka pintu, terpancul seorang gadis.aku memandang suamiku, mengisyaratkan sape pompuan ni? jeng,,jeng,,jeng,,jangan kan korang, aku pon tertanya-tanya,, hehehe,, "Afif, sy ade sesuatu nak cakap dengan awk" pompuan tu bersuara. Eh! sape pompuan ni, salam pon tak bagi, kenalkan diri pon tak, tibe-tibe nak cakap dengan suami aku? tak minta izin aku pulak tu, ini sudah lebih!!! "eerr,, sape awk?" aku memberanikan diri bertanya bila tengok suami aku macam nampak hantu je,
"saya Linda, teman sekerja afif," "oohh, jemputlah masuk," "xpelah kak, sy datang ni pun nak cakap sekejap je dengan afif." "hm, pasal kerja ke? kalau pasal kerja pun, masuklah dulu." aku mempelawa tetamu itu sekali lagi. "abang ni kenape? macam nampak hantu je? kawan awak nak bercakap dengan awak tu." aku mencuit lengan suamiku. mengejutkan dia. "jangan nak wat kacau kat rumah saya, saya tak nak cakap ape-ape dengan awak." keras suara suamiku. aku jadi pelik, eh! kenape suami aku cakap cam tu? bukan ke pompuan ni cakap kawan sekerja tadi? pelik nih,,,
"abang? kenape nih? dia kan tetamu kite?"
suami aku hanya memandang aku.
"tak pelah, Linda berbuallah dulu, saya masuk ke dalam kejap."
"akak, lepaskan afif pada sy." langkah aku mati demi mendengar ayat tu. Hah? apsal pulak dengan minah nih? tetibe je suruh aku lepaskan suamiku? mesti ade something yang tak kena nih.

"akak, saya sebenarnya dah lame sukakan afif, tapi dia tak pernah layan saya, saya tahu dia dah kawin dan ada ank, saya juga tahu, dia sayangkan akak, tapi saya sayangkan dia." pompuan tu bercakap lagi.
bagaikan batu menghempap kepala aku bila aku dengar dia cakap macam tu.kenapa selama ni aku tak pernah tahu pasal ni? dan kenapa suami aku tak pernah ceritakan pada aku? kenapa? why?? tell me why?? aku dan suami sama-sama memandang. janganlah suami aku berperangai seperti dahulu. air mata, bertahanlah dikau. jangan menitis lagi.



"sayang, jangan salah sangka, abang sayangkan awak, abang tak pernah nak menduakan awak, abang dah ade awak, dah ade anak-anak, itu dah cukup untuk abang.abang tak de perasaan pun kat Linda," tenang suamiku berbicara. Ya! itulah suamiku, seorang yang tenang walaupun dia tahu dia ade masalah.

"tapi kenape abang tak pernah ceritakan pada saya semua ni? kenapa abang?"
"abang tak nak awak terluka, abang tak nak awak menangis, abang kenal siapa isteri abang, abang tahu kalau awak tahu semua ni awak akan menangis. abang kenal isteri abang seorang yang lembut, sebab tu abang tak nak lukakan hati awak."

"tapi saya tetap terluka abang, walaupun abang tak pernah layan dia, tapi abang tak jujur dengan saya. abang tak ceritakan pada saya."
air mataku mula bertakung. tunggu masa untuk menitis.

"akak, lepaskan afif untuk saya boleh?" saya pun nak bahagia juga dengan cinta saya."
gila!! pompuan ni memang dah gila!!

"pergi balik sekarang Linda, jangan nak sakitkan hati isteri aku, aku tak kan sesekali terima kau, jangan ganggu hiup kami."

"tapi,,,,," pompuan tu nak bercakap lagi. ish! kalaulah aku ni budak sekolah boleh jugak la aku tarik-tarik rambut dia, sebab nak ambik laki aku. tapi mujur aku dah besar, dah jadi mak orang dah pun, so aku kena berfikir secara rasional.

"pergilah balik Linda, akak takkan sesekali lepaskan suami akak, akak ada hak atas suami akak, akak dan afif bahagia selama ni, kenapa mesti awak datang dan mengganggu kehidupan kami? awak pon perempuan, saya pon perempuan, sanggup awak runtuhkan masjid kaum sejenis awak? sanggup awak? dan kalau afif terima awak sekali pun, awak yakin awak boleh bahagiakan dia? awak yakin dia boleh bahagiakan awak? awak sedar tak yang awak boleh memisahkan seorang isteri dengan suami dan seorang papa dengan anaknya? awak sedar tak yang perbuatan awak ni salah?" aku masih boleh bercakap tp dalam keadaan sebak. suamiku sudah memegang bahuku.
aku melihat Linda tertunduk. "pergilah balik Linda, carilah lelaki lain, aku tak mungkin terima kau." suamiku bersuara. kali ni lebih tegas.

tanpa berkata apa-apa, Linda berlalu pergi. La,, macam tu je? aku ingatkan dia nak merayu-rayu lagi suruh aku tinggalkan suami aku. ish! tak sanggup aku, tp aku sedey jugak ni. suami aku memeluk aku, air mata ku tertumpah jugak. "tengok tu menangis je kerja dia, dah la tu, abang kan dah cakap abang sayang awak,"

"abang tipu, patutlah selama ni abang selalu balik lewat kalau kerja malam, abang tipu sy." tersedu sedan aku dibahu suamiku.
"tak, abang tak tipu, abang kan dah cakap abang balik lewat sebab abang ade keje kan?"
"ape keje abang? mengorat pompuan tu la?"
"tak, sayang, janganlah macam ni, sayang abang tak?"
aku mengangguk.
"ok, kalau sayang abang, jangan fikir yang bukan-bukan lagi, dah la tu, tak malu ke anak-anak tengok? tengok tu hidung, mate dah merah."
"saya takut kehilangan abang, saya takut abang buat perangai mcam dulu lagi."
"sayang, zaman abang untuk enjoy dah habis, zaman untuk abang suke-suke dah tak de, sekarang zaman abang dengan isteri dan anak-anak. abang nak enjoy pun dengan awak dan anak-anak. abang kan dah janji dulu abang nak berubah. sekarang abang ada komitmen pada keluarga abang, keluarga kita, tak kan abang nak lepas tangan, tak kan abang nak lukakan hati awak lagi. cukuplah dulu abang pernah lukakan hati awak,"

"tapi abang, saya tak boleh terima semua ni, tibe-tibe datang seorang pompuan dan mengaku sayangkan abang,saya kecewa abang,"
"sayang,,,"
"abang, biakan saya sendirian dulu abang, bagi masa untuk saya tenangkan diri saya,,"
suami hanya memandang aku dengan mata redup sayunya. mata yang membuatkan aku jatuh cinta padanya suatu ketika dahulu dan masih kekal hingga sekarang perasaan itu.

suamiku tetap tenang,, ya! dia.. suamiku... rumah tangga kami bergolak, sejak dari peristiwa itu, aku mendiamkan diri, rumah tangga kami tidak lagi seceria dahulu. aku tahu suamiku bukan tidak pernah memujuk tapi dia kalau aku diam, dia pun lebih suka berdiam diri.,

~~jatuhnya mutiara putih~~

membaca luahan seorang teman melalui blognya membuatkan aku menangis,, mengenangkan kisah kami yg hampir 3 tahun di bumi UM. aku sedey sgt,, mungkin disebabkan ketika ini aku sedey dan terasa hati dgn sikap seseorang jadinya aku bertmbh sedey dengn kata-kata sahabtku,, dia lah temanku yg berkongsi suka dan duka dgnku di sini sepanjang 3 tahun,,
aku tak mmpu nak bertahan lg,, air mata ni laju je turun dah macam air hujan daa,,



terfikir lepas ni masing-masing akan membawa haluan sendiri,, aku akn sentiasa ingt dia adalah teman seperjuangan aku yg terbaik,, mungkin disebabkan kita dh jrang berborak siti munirah?? kalau dulu sampai ke subuh kita still lagi berborak kt tepi kolam,, bile lg kita boleh enjoy cm tu?? huhu,, tp skrng masing-masing dah sibuk kan???

yap!!! harap pas ni kita tak putus hubungan dan akan tetap berhubung sampai bila-bila,,,

Monday, March 14, 2011

dia...suamiku 7

"yeay, yeay, papa dah balik, yeay,yeay papa dah balik. mama! papa dah balik!"
senduk ditangan terpelanting dek terkejut dengan jeritan aslah. mujur ayam masak lemak aku dah siap masak. ish budak ni, ade je nak bagi aku terkejut. sabar je lah ada anak macam ni.ya, anak-anak aku makin membesar, sedar tak sedar usia mereka dah 5 tahun, dan usia perkahwinan aku menginjak 6 tahun. aku bergegas ke bahagian depan, melihat anak kembarku sudah berada dalam pelukan suamiku. aku tersenyum.

"aslah, jangan menjerit macam tu, mama terkejut," aku menegur aslah. dia tertunduk,
"maaf mama, tapi aslah suka buat mama terkejut," terus dia melompat mendapatkan aku. menyenget badan aku, cuba mengimbangkan badan, dah rase macam kak limah part jumpe dengan pak uda pulak, hehehe.
"aslah," suamiku pula bersuara. hah! yang ni aku pelik dengan suamiku, kalau dengan anak-anak, tak perlu nak cakap panjang-panjang, atau pukul, cukuplah dengan renungan mata dia je. anak-anak mesti kecut perut, kadang-kadang dorang akan sembunyi belakang aku. ape yang takut sangat dengan mata suamiku tak tahulah, ntah-ntah ade saka tak laki aku ni. alamak apa yang aku mengarut ni.ish, buat aku seram sejuk je.

si kembar terus berlari naik ke atas, merajuk la tu. aku mendapatkan suamiku, tangannya aku kucup. "abang tengok anak abang tu, makin besar makin pandai merajuk."
"ikut perangai awak"
"saye jugak yang kene, bukan ke dulu abang yang suke merajuk dengan saya?"
"eh, abang pulak? awak tak ingat ke dulu kalau abang nak keluar sekejap je, awak mesti cakap, abang nak tinggal sy lagi ke? padahal bukan abang nak pergi mana pun, abang nak pergi main futsal je."
"abang ni,, dah la malas cakap dengan abang."
"tengok tu merajuk, mane taknye anak tak cepat merajuk, dah mama dorang pun cepat merajuk."
"eee,, abang ni kan,, baik saya pergi dapur dari melayan abang,"
"ade ape kat dapur tu? saka?"
aku menjegilkan mataku.
"abang ni,,mengarut je, siang-siang mane ade saka."
"mana awak tahu kate tak de? semalam abang nampak, tapi malas nak cakap kat awak,"
langkah aku tiba-tiba je mati. biar betul laki aku ni, senyap. aku toleh belakang, suami aku dah tak de. eh! mane dia pergi? "abang" aku memanggil suamiku. tapi tak menyahut. aku undur ke belakang. mencari suamiku di belakang sofa. tak ade. tibe-tibe hatiku berdebar. dup,,dap,,dup,,dap,, alahai,, mana pulak suamiku ni,,
"abang?" sekali lagi aku memanggil suamiku.
aku terdengar bunyi pintu tertutup. aneh. bila aku toleh je, pintu depan tertutup rapat. pintu bilik atas ke? aslah? ke ashraf? aku memanggil si kembar. senyap. hah sudah, mane pulak dorang ni. nak naik atas dah takut. eee, mane pulak suami aku ni. time-time macam nilah dia nak hilang.



"abang, mana abang, keluarlah,janganlah usik sy macam ni,abang?" aku duduk di sofa.meraup wajahku. aku terdengar pulak bunyi derap kaki. sekali lagi aku melaung nama suami dan anak-anakku. tapi tak menyahut. peliknya! tak kan hantu kot?
aku tutup mukaku dengan bantal.tibe-tibe terasa hembusan ditelingaku. tak mungkin suamiku, hembusan ni lain macam je. bulu tengkukku dah menegak! orang tua-tua cakap, kalau bulu roma dah berdiri tu bermakna ada,,,, alamak! aku menangis, takut hantu wooo...

"abang, keluarlah." teresak-esak aku menangis.
"eh, mama menangis?" aku cam suara itu, suara sape lagi kalau bukan aslah.
si adik menarik bantal yang menutup muka aku.
"anak mama" aku memeluk kedua-kedua anakku.
"mama, kenapa mama menangis? mama takut hantu eh?"
ish, celuparnya mulut anak aku ni.
"xlah, mana ade mama takut, mama tak menangislah, habuk masuk mata mama tadi. mata mama berair."
"eleh, mama, dah lapuklah alasan tu, abang tahu mama takut hantukan?'
bukan boleh dilayan sangat anak aku ni. makin menjadi-jadi pulak nanti.
"dah, jangan nak mengarut, mane papa?"
"papa? papa mane balik lagi mama. mama ni kenapa? mengigau eh?"
hah? suami aku tak balik lagi? biar betul? habis tadi sape?
"habis tadi mama nampak papa balik?"
"mana ade papa,entah-entah hantu tak mama?"
ish! biar betul si aslah ni. ke dia nak kenekan aku?
tibe-tibe aku terasa pinggang aku dicuit.
"mama, hantu,, lari mama, hantu,, "
aku melompat terkejut dengan jeritan si kembar. melihat mereka berdua berlari, aku turut same lari. tercungap-cungap aku dibuatnya. "aslah, adik, mama penat ni."
aku melihat mereka berdua ketawa mengekek dan dalam suara mereka, aku terdengar suara yang tak asing bagi aku.
"abang? abang kat mane? baik abang keluar kalau tak sy,,,"
"sy tembak abang? dah tahu dah ayat awak"
aku mencari suara suamiku, tibe-tibe aku ternampak kain langsir yang menutup tingkap kaca bergerak-gerak. aku tersenyum,mesti suami aku kat situ. dengan langkah yang teratur, perlahan-lahan aku melangkah ke arah tingkap. secepat kilat aku menarik langsir itu dan tanpa sempat suamiku melarikan diri, aku terlebih dahulu mencubit pinggangnya.
"aduh! sayang, sakit yang, sakit-sakit."
"tahu pun sakit, sape suruh takutkan saya? awak berkomplot dengan anak-anak yer?
"ala, nak mengusik awak je,"
"abang ni kan? saya punyalah takut, tibe-tibe toleh belakang abang tak de, yang si aslah tu pulak, selambe je cakap abang tak balik lagi. ee,, buat saya seram sejuk lah,"
aku melihat suami aku hanya ketawa.
"pandai awak ajar anak eh? buli saya?"
ketawa suamiku makin kuat. anak-anak mendapatkan kami berdua. si abang memeluk papanya dan si adik memeluk aku. aku menjegilkan mataku ke arah kedua-dua anak ku.
"pandai yer berlakon, takutkan mama? cuit pinggang mama bagi mama melatah, pastu pandai pulak tiup-tiup telinga mama ni?'
aku menggeletek si adik, anakku ketawa kegelian.
'sape ajar?" tanya aku pada mereka berdua
"papa" serentak!
suami aku ketawa melihat jelingan aku.
dan dalam kegembiraan kami, tiba-tiba pintu diketuk dari luar.
aku dan suami berpandangan...

Sunday, March 13, 2011

dia....suamiku 6

"kenapa syg menangis?"
"bile? mane ade sy menangis"
"aslah bagitau abang, budak-budak tak kan nak tipu abang,"
aku memandang suami ku,, tak boleh tidak aku kene berterus terang sebab dia suamiku.
aku menarik nafasku, mencari kekuatan, aku kalau bab-bab nak cakap soal hati dan perasaan ni lemah sikit.

"hm,sebenarnya sy rindu abang, bukan tak biase malam-malam abang tak de, mase kite belum ade anak pon dah selalu, tapi entahlah bang, tibe-tibe je sy rasa takut,"
"takut? kenapa"
"entahlah, takut kehilangan abang, tapi takpelah bang, aslah dengan ashraf ade, dorang boleh temankan sy,"
"insyaallah syg, selagi jodoh kite panjang, abang tak kan tinggalkan awk, kecuali ajal je yang pisahkan kita, abang syg awk, syg anak-anak kite, awk dengan kembar kite je permata abang,"
suamiku mengucup dahiku. aku tenang diperlakukan begitu.

"abang, terima kasih bahagiakan sy, saya tahu saya bukan yang terbaik, tp sy akan cube lakukan yang terbaik untuk abang,'
"awak dah cukup baik untuk abang, sanggup terima buruk baik abang, sanggup telan segala keperitan dengan perangai abang dulu, abang minta maaf sayang sebab dulu awak banyak terluke dengan abang,"

aiihh, nak berfeeling pulak suami aku ni, tak nak aku, kang aku menangis lagi.



"tu lah pasal, nasib baik kesabaran saya tinggi abang, kalau tak dah lame dah saya tembak abang,"
"amboi, perangai awak tak berubah eh, tetap macam dulu, macam budak-budak."
"macam budak-budak ni la yang abang suke,"
"kalau abang tak suke tak de orang yang suke, jadi dari tak de orang suke baik abang suke, kan?"
kening suamiku terangkat. nak kenekan aku lah tu.
"abang ni kan,, dah la cakap sy senang di buli depan anak-anak, dorang pun buli saya tahu tak?'
berdekah-dekah suami aku ketawa. suka la tu, anak dengan papa same je.
"kalau sy tak buli, tak harmonilah rumah tangga kita ni syg,"
"ye lah tu, habis dah kalau tiap-tiap hari sy asyik kene buli je, macam mana? abang ni kan? geram sy, semua orang nak buli sy."
"ala bushuk-bushuk abang ni, kesian dia kene buli yer,meh sini abang cium sikit,"

"papa, mama, hah! buat ape tu,?" sergah anak-anakku. serentak.
opocot mak kau, aku melompat terkejut.mak!!!!! aku jatuh katil,,terasa sakit badan ni, aku bangun lantas duduk sebelah suamiku sambil menjeling ke arah anak kembarku, ish betuah punya anak, aku mengurut-ngurut dadaku. kuss semangat, mujur tak de sakit jantung, kalau tak, dah lame jalan,, kembar dua orang ni memang nak kene nih.
suami ku dan anak-anak ketawa melihat reaksiku.

"aslah, ashraf kan mama dah pesan, lain kali ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik mama?" tegurku apabila ketawa mereka reda.
aku memandang empat-empat mata di hadapan ku, mereka berdua hanya tersenyum simpul.
"kami dah ketuk, tapi mama dengan papa tak dengar, sebab tengah,,," serentak kembarku menjawab. tp tak habiskan ayat mereka.
"tengah ape?"
"tengah tu la tadi, abang dengan adik nampak,,"
"nampak ape?" soalku lagi.
"nampak papa nak cium mama, tapi tak sempat, abang dengan adik dah kacau, kan adik kan?" alahai petahnya anakku bercakap. aku hanya tersenyum,, suamiku bukan lagi tersenyum tp dah bertukar kepada ketawa.
"sape yang ajar anak kembar awk ni syg? makin pandai bercakap abang tengok"
"ni mesti ikut genetik abang ni,"
"ape pulak abang, pandai je"
"ok, kite tengok sape yang ajar dorang. Sape yang ajar anak mama cakap mcam tu? jangan cakap yang achik mira yang ajar?"
aku melihat anak-anakku menggeleng.
"taklah mama, tak de sape yang ajar, anak mama dan papa ni dah makin besar, dah makin pandai, kan papa kan?"
aduhai anakku,, ketawa suamiku makin kuat.

alahai,, anak-anak dan suamiku,, aku semakin bahagia,,,

dia...suamiku 5

'muhammad aslah haziq' yang bermaksud yang terpuji,yang lebih baik dan cerdik pandai. muhammad ashraf hafiz yang terpuji,lebih luhur dan penjaga,pelindung. itu nama pilihan untuk anak-anakku, alhamdulillah setelah penat membawa usia kandunganku 9 bulan, aku selamat melahirkan sepasang kembar lelaki. syukur yang tak terhingga. aku melihat suamiku tak henti-henti tersenyum gembira, ibu dan abah lagilah, tak pernah lekang dengan cucu-cucu mereka. lepas je aku dibenarkan keluar hospital, suamilah yang banyak membantu. jika anak-anak kecilku ini menangis waktu malam, dialah yang bangun dodoikan mereka, alahai suamiku,, sayangnya dia pada anak-anak. kalau suamiku bekerja, ibu akan mengambil alih tugas suamiku, maklumlah dua orang, kalau dua-dua menangis tak ke mampus aku nak pujuk dua-dua sekaligus.hehehee

dalam tempoh berpantang, mak aku yang kat kampung tu asyik telefon je, suruh aku amalkan itu, ini, rawatan kampung. makan itu, makan ini, yang itu tak boleh, yang ini boleh,, ok, aku pun dengar jelah nasihat mak aku. memang berpantang betullah aku. suami aku? ok, dia akan komen setiap kali aku cakap itu tak boleh makan, ini baru boleh makan.
lepas tu dia akan cakap "badan awak lepas ni mesti makin naik ni, mesti gemuk"
ish, macam nak cili-cili jer mulut suami aku. aku menjeling.
"ala, slim world kan ade, london pon ade, pergi je lah sane" aku membalas kata-kata suami, tanda tak puas hati.
"ok, xpe kite tengoklah kalau awk berjaya kuruskan badan"

suamiku oh suamiku...

itu dulu, selepas aku selamat melahirkan, kini anak-anak aku dah berusia setahun, masing-masing dah petah bercakap, cergas, melompat sane sini. aku yang teruknya. sebulan sekali atau bila-bila jika ade kelapangan aku akan balik kampung, rumah mak dan rumah ibu. suami? macam biase lah, tak dapat cuti.

bila aku balik kampung umah mak atau ibu, aku makin penat melayan kerenah anak-anakku. kadang-kadang itu, satu masalah akan timbul, yang mana satu adik? yang mana abang? ok, mereka keliru dengan wajah anak-anakku. kembar seiras. buatlah macam mane pon, tetap tak dapat cam.mujurlah aku dan suami boleh cam anak-anakku. naluri ibu dan bapa tu kuat, hehhehee..

"mama, papa cakap nak bawa kite g jalan-jalan, tp papa tido," bibir mungil milik aslah petah berbicara.
"kan papa tengah tido, papa letih tu sayang,"
"ala, papa dah janji nak bawa g jalan-jalan, tak aci kalau macam ni," anakku yang tu dah mula pandai merajuk.
ikut perangai sapelah budak ni, sikit-sikit merajuk ni, aku jugak kene pujuk.
"aslah anak yang baik kan? papa kan letih keje, aslah tak kesian papa?"
"tp mama, papa dah janji," muncung je bibir dia,, aik?? ikut perangai aku ke ni? habislah kalau suami aku tahu, mesti aku kena bahan dengan dia. yang si adik diam je, tp ikut jugak abang dia muncung bibir. anak-anakku menyilangkan tangan mereka ke dada. amboi protes sampai macam tu sekali kat aku.
"yelah, mama kejutkan papa"
"yeay,,yeay" terlompat-lompat kesukaan anak-anak aku, aku bergerak ke bilik, tp telinga aku dapat menangkap suara anak-anakku.
"yes! berjaya jugak taktik kite kan adik? si abang bersuara.
"aa, pandailah abang, merajuk sikit je, mama dah termakan dengan rajuk kita."
"kan papa selalu cakap mama senang dibuli"

hampir terjegil biji mata aku dengar kata-kata ank-ank aku. kurang asam punya ank, di kenekan aku yer, yang suami aku ni pun satu, ade ke patut cakap macam tu dengan anak. aku senang dibuli? ish, takleh jadi ni, siaplh suami kesayangan aku.



"abang, bangunlah, abang kan dah janji dengan anak-anak nak bawa dorang berjalan-jalan,"
"hmmm"
"bangunlah abang,"
"abang letihlah sayang,"
"sy tahu abang letih, tp abang dah janji dengan dorang, anak-anak dah merajuk tu abang, ikut perangai abang lah ni, sikit-sikit merajuk,"
mata suamiku yang sekejap tertutup sekejap terbuka, akhirnya terbuka luas.
"ape pulak abang anak-anak ikut awak lah, kuat merajuk, tak merajuk menangis, itu je keje awak."
"ape pulak sy, abang tu yang kuat merajuk." aku menjuihkan bibirku.
"hah, tengok tu, merajuk la tu,"
"mane ade, abang nak pergi tak ni?"
"abang le,,," belum sempat suamiku habiskan ayatnya, anak-anak aku terlebih dahulu menerpa ke arah papa mereka. suamiku mengaduh. ape taknye, dah kene serang secara mengejut. hyperaktif betullah anak-anak aku.

"yeay, yeay papa dah bangun, bangunlah papa, jom kite g jalan-jalan. bosanlah duduk rumah ni."
aku dan suami berpandangan. amboi sejak bila pulak anakku pandai cakap pasal bosan ni. aku dan suami hanya ketawa. ni mesti terpengaruh dengan cerita drama kat tv ni.

"sejak bila anak mama pandai cakap pasal bosan ni?"
"achik mira selalu cakap,"
sekali lagi aku tersentap, amek kau!
"abang?" macam tak percaya je anak-anak aku ni terpengaruh dengan amira.
"anak-anak kite dah besar awak, proses pembesaran mereka makin meningkat, mereka akan mudah terpengaruh dengan sape-sape je di sekeliling kite".
aku hanya mengangguk. ade benarnya kata-kata suamiku. asalkan anak-anak aku tak terpengaruh dengan benda yang tak elok sudahlah.

anak-anak aku masih lagi menindih dada suamiku, seolah-olah nak kejut papa mereka.
"papa ni lambat lagi ke nak bangun, cepatlah nanti tak sempat papa nak pergi kerja lagi malam nanti. papa tak boleh ke kerja siang? malam-malam boleh ade kat rumah, teman mama, kesian mama, tiap-tiap malam mesti menangis."
aku berpaling pada anakku yang sulung, ah, mulut anakku ni tak boleh nak tutup, ade je yang nak diadukan pada papanya. suami hanya memandang aku. tanganku dicapainya. si abang dan si adik bergerak ke tepi sikit, mungkin macam tahu-tahu je papa dorang nak bercakap dengan mama dorang ni.

"kenapa sayang? ade masalah ke?"
"xdelah abg, aslah seje je cakap camtu, mane ade sy menangis."
"jangan tipu abg, cakaplah kenapa?"
"tak ade ape,"
"tak nak gtau abg?"
"tak ade ape yang nak diberitahu abg,abang nak kluar tak ni?"
"hm, jomlah, kesian anak-anak nanti kalau abang tak bawa dorang jalan-jalan, kejap abang mandi dulu."
ingtkan suamiku dah nak bangun, tp tubuhku diraihnnya, pelukannya kejap, anak-anak yang melihat, turut berbuat benda yang sama. menindih dada papa mereka.
"alamak beratnya"
aku hanya ketawa mendengar komen dari suamiku. anak-anak turut ketawa kesukaan.
"awak dah berjaya kuruskan badan"
hah? ish suami aku ni, ade je nak kene kan aku, sempat lagi tu, depan anak-anak pulak tu, nanti aku kene buli lagi la dengan anak-anak. hampeh punya suami.
aku mencubit dada suamiku. akhirnya ketawa kami bersatu..

dia...suamiku,, aku bahagia dengannya..

dia...suamiku 4

aku merenung ke luar jendela,melihat anak-anak kecil jiranku bermain basikal. konon-konon cam lumbe basikallah dorang nih. aiihh nanti kalau anak aku cam mane lah pulak kan? hehhee,, aku tersenyum sendiri. sejak aku mengandung ni, suamiku begitu menjaga aku, aku nak buat keja rumah pun dihalangnya, walaupun tangan ni gatal je nak kemas rumah. pernah satu hari tu, aku tengah menyapu kat halaman rumah, ade sorang budak ni ntah datang dari mane ntah, tetiba ke meluru ke arah aku, nyaris-nyaris aku nak jatuh, tapi mujurlah aku dapat mengimbangkan diri, kalau tak mungkin aku akan keguguran. bila aku ceritakan pada suamiku, mulalah aku terpakse dengar ceramah siaran tak berbayar. panjang lebar ceramahnya, sudahnya aku disuruh tinggal aje dengan keluarganya. nak tak nak aku kene dengar cakap suamiku. alahai suamiku,,, rumah kami sekarang kosong, kata suamiku selepas aku habis berpantang barulah boleh pulang semula ke rumah kami. ya, suamiku seorang yang penyayang. aku masih ingat lagi, ketika dapat tahu aku berbadan dua, dia sanggup amek cuti balik kampungku dan mengambil aku pulang ketika aku pulang ke kampung dulu. kalau dulu, dia tak benarkan aku memandu sendiri pulang ke kampung, tapi kali ni,

'ok, nak pergi mane-mane lepas ni dengan abang je, kalau abang sibuk ajak amira, atau afika, faham?
aku cube membantah bila dia sebut nama amira,
'amira kan dah kawen, tak kan nak ganggu dia pulak, nanti suami dia tak benarkan pulak,'
tapi suamiku lebih cekap dari aku. dicapainya telefon bimbitnya lantas dia menghubungi seseorang. aku hanya mendengar tanpa sebarang kata, sesekali aku menjeling suamiku, tanda protes la tu,, nak melawan kang tak berbau syurga pulak aku nanti,, hehhehe

"ok, dah, abang dah minta izin sabri supaya benarkan amira teman awk, kalau abang dapat tahu awak keluar rumah sorang-sorang siap awak"
'abang nak buat ape? nak tembak saye?"
"aa, nanti abang tembak awak dengan pistol air"

ish, ade ke pistol air suamiku ni, ingat aku ni budak-budak ke ape? ke dia teringin sangat nak main pistol air tu, mane tahu zaman dia kecik-kecik dulu tak sempat main, hehhee,, ngutuk suami sendiri nampak,, hakhakhak,,

'eleh, abang ni mengada-ngadalah, kalau amira, afika sibuk macam mane? saya tak leh kuarlah?"
"awak kan boleh ajak ibu?"
itulah suamiku,, sikit-sikit ibu, sikit-sikit ibu,, maklumlah anak kesayangan ibunya.

'ala, saya mengandung je pun awak, bukannya sakit,"
"eh, hello,, awak bercakap dengan sape sekarang? suami awk kan? ape pekerjaan suami awak?? nurse kan?? so, tolong dengar ckp sy, jangan nak membantah"

bila suamiku keraskan sikit sorenye tu tandenye aku dah takleh nak protes, tapi dalam hati ni memang tak puas hati, ish, kalaulah kuase veto tu ade kat aku kan senang. hehhehe,, aku memuncungkan bibirku,

"hah, tu kenape? nak kene cium?"
eee ,, suamiku ni, ade-ade je, geram aku, nak merajuk sikit pon tak boleh,,
"awak ni kan,, eee,,, " aku memukul dada milik suamiku, seperti biase aku tak leh nak pukul dia lebih-lebih, tangannya lebih pantas dari aku, tubuhku diraihnya.

"abang sygkan awk, sygkan kandungan awk, ibu dan abah pun tak sabar nak tengok bakal cucu pertama dorang. kalau ibu dan abah tak sabar, abang lagilah tak sabar. nak tengok 'baby kite nanti ikut sape, awk ke abang,"

"kenape? kalau ikut sy atau abang?"
"kalau ikut abang, mestilah comel, tu kalau perempuanlah, kalau lelaki mesti hensem,"
kalau ikut awak, hmm alamatnya nanti besar lambatlah anak kite nak kawen"
dahiku berkerut, keningku bertaut,, aku memandang suamiku,,
"kenapa pulak kalau ikut saya anak kita lambat kawen?"
"tak de sape nak, macam awaklah, lambat kawen" suami dah tersenyum-senyum, ade je nak sakat aku, laju je jari aku hinggap kat pipi dia, hah! rasakan, kutuk lagi aku, suamiku mengaduh.
"sakitlah syg,"
"bialah, lain kali kutuk lagi sy,"



"akak, temenung ke?" suara itu menghentikan aku dari terus mengelamun, aduh, kacau feeling aku jelah,, aku berpaling, amira, bila pulaklah adikku yang sorang ni sampai,
tanganku disalamnya,
"dah lame ke sampai? akak tak dengar bunyi kete pon?"
"dah nak balik pun akak, akak tu asyik sgt temenung"
"hah? dah nak balik? biar betul?" aku sedikit cuak,
"aa, dah nak balik pon, tak pelah kak, mira balik dulu yer"
eh2 minah ni, bia betul,,,
amira hanya pandang aku dengan senyuman, ni mesti ade yang tak kene ni,

"mira, baik cakap betul-betul dengan akk?"
"hehehhee,, xdelah kak, baru sampai jer, akak sihat?"
"alhamdulillah, sihat, baby pon sihat, asyik menedang-nendang jer, tak sabar nak kuar agaknya"
"hehhee,, akak, nanti cam manelah ank buah saya ni ye, akak rendah, abg tinggi, ish kalau anak buah saya ikut akk, mesti dorang pun rendah kan, pembesaran dorang terbantut, kalau ikut abang lainlah, alahai kesianlah anak buah saya kak,, "

amboi-amboi manisnya mulut amira berbicara, nak kene nih.

'hehhee,, akak no komenlah, tapi harap-harap 'baby ni nanti tinggilah cam papa dia, tapi jangan ikut perangai papa dia sudah lah,,
"hehehe,, harap-harap cam tulah akak, akak, jomlah turun bawah,mira ade bawa pisang goreng, abang keje ke?"
"keje apenye, tu hah terbongkang dalam bilik, tido, dia letih sangat tu, dia keje malam, nantilah akak kejut dia,"
"abang tu sibuk je kak, keje malam, balik siang tapi tido, bukannya nak teman akak, bawa akak pegi jalan-jalan ke, ish apelah abang ni,"
"amboi-amboi, kutuk abang sendiri nampak? biarlah dia mira, dia letih tu, akak dah ade ibu teman pun dah cukup, taklah sunyi sangat bila abang pegi keje,"
"akak sayang abang?"
"ish, kenape tanye cam tu pulak? mestilah akak sayang, dah jadi suami akak pun, anak pun dah nak keluar ni ha,"
"tak delah, saya kagum dengan sifat sabar akak, sabar je dengan perangai abang sebelum ni, tp alhamdulillah lah sebab jodoh akk dengan abang kuat,,"
" jodoh pertemuan itu kan ditangan Tuhan mira,"
'tapi tak sia-sialah kesabaran akk"
aku hanya tersenyum, segalanya-galanya ade hikmahnya..

dia...suamiku,,, ye aku sayang dia,,

Saturday, March 12, 2011

terakhiR~~



untuk terakhir ku ingin bertemu...memelukmu...menjagam­u...
meski aku tak kan pernah bisa lagi melihatmu..
cinta ini takkan hilang sampai mati kan ku simpan...
kerna hati ini tak mungkin bersatu, menjalani cinta ini,,



yap! sungguh syahdu lirik lagu terakhir ni,,, sngt2 sayu,,
tiap kali dengar air mata aku akn menitis!!!!!!!!!!!!!

dia...suamiku 3

"akak, maaflah pizza tinggal separuh je, " ujar afika kepadaku, adik kedua suamiku,
aku hanya tersenyum, pizza yang dibawa baliknya itu diletakkan atas meja ruang dapur.
"awak makanlah, nanti awak kempunan" suamiku berkata kepadaku.
"mane ade" aku menyangkal. mungkin disebabkan takut perbawakkan budak maka suamiku begitu prihatin terhadapku.

aku menggoreng lauk di dapur membantu ibu memasak, maklumlah nak meringankan kerja-kerja dia. aku terasa suamiku mendekatiku, di suapnya pizza itu, tapi aku menolak, malu dengan ibu yang mungkin melihat situasi itu. tp suami aku,, ahhh,, bukannya dia peduli, dia memujuk aku supaya makan pizza, akhirnya sesuap dua pizza tu masuk jugak dalam mulutku.

dengan tenang suamiku berkata" ibu jeles lah tu, abang tak suap ibu,"

ish,, ape ke selambe je suami aku ni. aku jugak yang malu sendiri.

"eh xde maknenye ibu nak jeles, ibu lagi kenyang makan sendiri dari bersuap-suap nih"



nah! amek kau kan dah kene, ni sume suami aku punya pasal, nak merajuk kang, takut nanti anak dalam perut pun ikut perangai aku jugak, susah nanti jadinya.
aku dah tak tahu mane nak letak muka aku ni, suami aku boleh pulak ketawa. ee,, geramnya aku. macam nak cubit-cubit je dia.

itulah suamiku,,, seorang yang romantik, tapi kadang-kadang romantiknya tak kene tempat, so, wat aku malu sendiri, terutamanya bila di depan keluarga suamiku. alahai suamiku,,,,

dia......suamiku 2,,,

dendangan lagu 'terakhir' menyusuk telingaku, aku memerhati skrin telefon bimbitku, mekar senyuman melihat nama 'papa' tertera disitu. butang hijau ditekan.

'assalamualaikum syg, wat pe tu?' sore serak-serak basah suamiku kedengaran.
"waalaikumusalam, tak de wat pe pon, abg sihat?'
"sihat,tp rindu syg'
"sy pon rindu abg jgk, nanti bile sy dah siap keja kat sini sy baliklah sane, seminggu je lagi abg, sabar cket je syg,"
"ye lah, abg tunggu,"
"abg kerja malam?"
"aaa, start minggu ni abg kerja malam, penatlah yang, melayan kerenah pesakit, kadang-kadang dorang menguji kesabaran abg je'
kedengran suamiku merungut.
"sabarlah, kan kerja abg cam 2, kene menghadap pesakit, tugas abg, tugas yang mulia, bantu mereka yang sakit, sabar ye abg,"
"ye syg, mujurlah abg ade isteri mcm awk, tenang sikit hati abg"
"abg, kan isteri kene ade disisi suami,hm,, abg, td saya g klinik.. " belum sempat aku menghabiskan ayatku suamiku terlebih dahulu mencelah.
"kenapa g klinik? awk tak sihat ke? demam?"
"abg ni, bialah sy habiskan dulu ayat sy ni,"
aku dengar ketawa suamiku pecah di sebelah sane.
"yeye, ckplah, abg risau lah dah awk ckp g klinik td"
"pg tadi sy rase xsedap badan, jadinya sy pergilah klinik, asyik muntah-muntah je, mual rase, nak mkn itu ini pon tak boleh time, pas tu doktor tu cakap abg akan jadi papa tak lama lg."



aku menunggu reaksi suamiku. senyap, dia dengar tak ape yang aku cakp ni,,
"alhamdulillah, betul ni syg? abg akan jd papa? kita akn ade anak? terima kasih syg, dah bape minggu?" aku tersenyum mendengar kata-kata suamiku, ya, aku dapat rasakan yang dia sangat gembira dengan berita ini.
"doktor cakap dah 2 minggu."
"awak dah gtau ibu?"
"belum lagi, abg orang pertama, nantilah saya balik sane, kita gtau ibu ye abg, saya pon nak tengok jugak reaksi ibu, reaksi mira cam mane bila dapat tahu dia akn dapt anak buah"
"ye lah yang, ikut syglah, jaga kesihatan tau, jaga kandungan tu, jangan buat kerja berat-berat. bla,,bla,,bla,, bla,,, suamiku menasihatkan aku,,

alahai suamiku,,, dia... suamiku,, seorang yang tenang, tak pernah gelabah,, tak macam aku, cepat gelabah,, hehhehehee
"

dia......suamiku 1,,

sayang,, bangun lah, nanti lambat sayang," aku melihat suamiku masih nyenyak tidonye,,
jam ditangan dibelek, menunjukkan 8.30 pagi.
sekali lagi aku kejutkan suamiku,, "sayang, bangunlah,, semalam cakap nak bangun awal, cepatlah yang," masih tiada respon, hanya tubuh badanya sahaja yang bergerak-gerak. aku melangkah ke meja solek, bersiap-siap untuk keluar. menunggu jarum jam ke angka 9.00 pagi.

"sayang, bangunlah, dah pukul 9.00 ni yang, nanti lambat." aku memerhati suamiku, tanganku ditariknya agar tubuhku dekat dengannya, lantas tubuhku dipeluknya.

sayang, bangunlah..
hmmm,,itu je yang aku dengar dari bibir nipis suamiku, wajahnya ku tatap penuh kasih, pipinya kukucup lembut,pelukannya makin erat.

"sayang, bangunlah,,nanti tak sempat"
"awak tak payah balik lah,"
"mana boleh sayang, saya kene balik jugak"
"sayang dah siap?'
"dah, tinggal nak pakai tudung je ni,bangunlah"
"ye lah saya bangun"

ya, sekejap lagi aku akan balik ke kampung aku, suami aku? hanya hantar aku kat stesen bas je, dia tak dapat balik bersama-sama aku, maklumlah pekerjaan suamiku susah nak dapat cuti.

"awak g sarapan dulu, ibu tunggu awak tu"
"xpelah saya tunggu awak, awak g mandi dulu"

selesai sarapan, aku melihat suamiku bersiap,
"awak tak nak pakai tudung ke?' tegur suamiku, ape taknya dah asyik sgt tengok suamiku menyapu minyak kt rambutnya, hhehhee
"xnak, boleh tak?' (aku bergurau je tu) hhehehe
"ikut suke awak lah, nanti dalam bas mesti nampak comel"
"ye la 2, tak la, saya pakailah tudung," aku mencapai tudung berwarna putih. aku padankan tudung tu dengan baju ala-ala baby doll warna pink dan jeans warna hitam. aku membelek-belek penampilanku sebelum melangkah keluar.

"tak siap lagi ke?"
"dah, jomlah"

aku menyalami tangan ibu sebelum bertolak,
sepanjang perjalanan aku dan suami banyak berborak-borak. maklumlah dah nak berpisah sekejap lagi.



awk syg saya tak?' tanya ku pada suami.
ye syg, sy syg awk"
aku tersenyum,sambil mata meliar melihat kalau-kalau bas dah datang. hampir setengah jam menunggu akhirnya bas yang ditunggu-tunggu muncul jua.

"sy balik dulu" aku mencapai tangan suamiku, mencium belakang telapak tangannya. sayu hati aku rasa ketika itu,
aku memandang wajahnya, dia tersenyum pada ku,
"jaga diri"

tanpa melengahkan mase, aku memboloskan diri dalam bas, mencari tempat duduk,, seminit dua, bas pon bergerak, aku memandang suamiku dari dalam bas,dia melambaikan-lambaikan tangannya, aku tersenyum sambil membalas lambainnya. ahh,, sayangnya aku pada dia,, dialah suamiku..

Friday, March 11, 2011

Asfan - Terhenti Disini HQ with lyric




terhenti disini ,,,, OST asmara 2

sekali dgr ok gak lagu nih,,, enjoy it!!!!!

Hingga Akhir Nafas Ku - muZzy

OST asmara 2,, layannnnn,,,

Thursday, March 10, 2011

bila lelaki nak jadi pompuan

what?????? dia lelaki??? oh my god! aku ingtkan dia girl,, huhuhu
peerrgghhh siap bersolek, dress up cam pompuan lg 2,,
nape?? nape ko nak jd pompuan sedangkan ko dah dilahirkan jd lelaki,,,
apsal???

pelik lah aku,, huhu well, aku rasa makin ramai lelaki yg pompuan, pompuan jd lelaki,, yap! ade yg cakp dunia dh nak kiamat,, dat right,, but kenapa mereka ade naluri jd pompuan??? tanpe segan silu drees up cam pompuan,, lebih tepat golongan mereka ini dipanggil 'mak nyah'



aku bukan nak ngutuk golongan ini,, nope! tp cume aku pelik jer nape mereka nak berubah jd pompuan?? sampaikan ade yg sanggup tukar jantina,,

well,, xnak cakp lebih2,, pembaca kt luar sana kebih bijak berfikir!!!

Thursday, March 3, 2011

terganGgu,,,,

nak cite nih,, semalam,, aku tengah tido,, nyenyak punyer lah ni,, untuk pengetahuan aku susah nk tido,, so semalm bila dah aku cube manje-manjekan mate aku ni,, so aku pon tidolah,, tp xtahu pkul bpe,, maybe around 12 kot,, so, bila dah boleh tido ni,, aku pon arap-arap mimpilah yang indah-indah,, hahhahahaa

tetibe je aku terdengr bunyi detum- detam,, pastu nampak cahaya,, bunyi 2 memang kuat gilerr lah,, aku jd takut,, aku pon pe lagi,, tariklah selimut tutup badan aku yakni dari muka sampailah ke kaki,, harap2 leh tido,, tapi xleh tido gak,,

bunyi tu makin kuat,, kuat dan kuat lg,, cahaya tu pulak makin kerap dia memamcarkan cahayanya,, aku makin takut,, aku tgok rommate aku,, dorang cam xdengar ape-ape je pon,, huhuhu,, dah macam-macam aku buat supaya aku leh tido, tp xleh jgk tido,, pastu tetiba je hujan turun,, sejuk hujan pon dah xleh wat aku tido dah,, aku makin takut dengan bunyi yg makin kuat dan tak henti-henti,,

kalimah allah tak putus-putus dari bibir aku,, takut ya amat,,, rase cam aku nak kene sambar ngn petir pon ade,, sebb nampak sah2 cahaya kilat sambung menyabung,, takutnya aku time 2 hanya allah ja yg tau,, yap! bunyi guruh yg kuat,, menakutkan aku,, petir yang tak henti2 menyeramkan aku,,
waktu kejadian 2 pagi,,,

pastu aku tak sedar kul bape aku terlelap,, sedar-sedar rommate kejut aku bangun solat subuh,,