seindah memori

seindah memori

Tuesday, December 29, 2009

selamat datang sem baru..

alhamdulillah sedar tak sedar dah hampir dua tahun saya menuntut di sebuah IPTA. sekarang dah masuk sem baru setelah sebulan lamanya bercuti.. dah berbulan otak ni kosong, kini terpaksalah disumbat dengan segala ilmu.. angka dan huruf tak perlu ditolak lagi. memang itu yg akan dipelajari.. penat?? mungkin! penat tuk menelaah pelajaran.. penat tuk masuk kuliah.. penat tuk ke kelas tutorial.. penat tuk memahami ape yg dipelajari... penat tuk melayan kerenah kawan-kawan yang tak pernah menutp mulut dari berceloteh.. ade je pendapat, perkara yg nak dibualkan.. tapi itulah kawan yag saya ada.. heheheee.. walaupun penat cam ne pun, semua tu pelu dilakukan dengan hati yg ikhlas.. nama pun student kan???? heeeheee... semua tu perlu dilalui dgn hati yg terbuka.. result sem lepas???? sebut sal result ni sedikit mengecewakan saye.. entah dimana silapnya, ia semakin merosot.. entahlah mungkin disebbkan saya mals study sem lepas.. hehehee...

so, tuk sem ni saya akan mulakan segala-galanya dengan azam yg baru.. heeehheee..tidak ada lg malas-mals nak ke kuliah, tutorial dan study.. semuanya kena full kali ni.. tak ade lg ponteng-ponteng.. hehehe.. insyaallah saya akan lakukan..
tiba masanya tuk berubah.. perjalanan hidup masih panjang.. sekali tersungkur takkan selamaya tersungkur.. cuma kita perlu bangkit dan kuatkan diri tuk teruskan perjalanan yang jauh itu...

pesan saya kepada semua pembaca agar mulakan azam baru di sem baru ini.. heheheee.. lagipun tahun 2010 akan muncul beberapa hari je lg...

indahnya jika memaafkan..

pernah tak kita terfikir... adakah aku selalu buat salah pada org? sama ada kecilkan hati atau yg sewaktu degnnya... jika kita terasa begitu, cepat-cepatlah minta maaf pada irg yg kita rasa bersalah tu.. tak semua yang kita rasa apa yang kita lakukan itu adalah betul.. tak salah sekiranya kita meminta maaf.. bukan soal jatuh maruah atau disebbkan ego yg tinggi, kita tak nak minta maaf pada org.. dan sebolehnya, sebelum tidak, kita memaafkan semua org.. tak semestinya bila kita rasa ada org buat salah dengan kita dan kita perlu mendengar ucapan maaf darinya baru kita nak maafkannya.. bila sebelum tido kita memaafkan semua org, insyaallah, tido kita tenang dan nyenyak..

betapa indahnya hidup kita jika kita memaafkan semua org... pendek kata tuk ape kita berdendam.. usah lakukan begitu.. Allah tak suka org yg berdendam.. saye??? saya bukanlah baik tapi saya tak berdendam pada org.. walaupun ada yang buat salah pada saya, saya biarkan aje.. saya cepat memaafkan org lain walaupun dalam diam...
untuk ape kita berdendam? ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.. di dunia ini tidak semuanya sempurna.. sebagai manusia, kita tak lari dari melakukan kesilapan.. sama ada kita sedar atau tidak.. kenapa kita perlu salahkan org lain sedang kan kita tahu diri kita bagaimana jika berlaku sesuatu permasalahan..

tidak ada gunanya kita berdendam sesama manusia.. kita perlu ingat "syaitan" tidak akan pernah lupa sesaat tuk menghasut kaum adam dan hawa tuk melakukan yg dilarang..
percayalah, jika kita memaafkan dan meminta maaf pada org kita akan tersa tenang...
"nabi pernah bersabda: sesiapa yg berada dalam sesebuah majlis dan ia banyak melakukan kesilapan di dalam majlis itu, kemudian sebelum bangun, dia menyatakan: Maha suci engkau, wahai Allah dan dengan pujian-pujian engkau,aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah, aku memohon pengampunan pada Engkau dan aku bertaubat pada Engkau; melainkan diampunkan apa yg telah dilakukan di dalam majlis itu...

kenapa kita perlu meminta maaf? ia adalah tuk menjaga hati dan perasaan org lain.. jika kita rasa apa yg kita lakukan adalah betul dan kita tak perlu minta maaf tetapi sebaliknya pada pandangan org lain perlukah kita menjadi seorang yg EGO tuk berkata maaf? perkataan MAAF.. adalah satu perkataan yang amat menyentuh hati.. percaya atau tidak jika kita marahkan org, dan org itu meminta maaf ats kesalahan yg dilakukan, hati kita tersentuh dan kita akan memaafkannya...

tidak ada ruginya jika kita memaafkan org lain...malah ganjaran lain pula yg akan diberikan kepada kita.. kita perlu ingat.. setiap perlakuan dan bicara kita walaupun secara tersembunyi tetap ada yang memandang dan mendengarnya...
oleh itu, lama atau sekejap masa yg diambil tuk memaafkan org lain, cubalah kita maafkannya.. tuk ape kita bermusuh? tidak ada gunanya semua itu.. pandanglah sekeliling kita dan perhatikan org sekeliling kita dan cuba katakan pada diri.. pernah tak aku lukakan hati mereka? pernah tak bicara aku menyakitkan hati mereka? pernah tak tingkah-laku aku menyakitkan hati mereka? cuba kita renung-renungkan dalam hati kita.. pernah tak kita lakukan semua itu.. jika kita tak pasti.. cepat-cepatlah mohon kemaafan kerna kadng-kadng tanpa sedar kita telah melukakan hati orng sekeliling kita...

p/s: betapa indahnya memaafkan sesama manusia..

tahun baru islam..

Selamat dtg MUHARrAM.. selamat dtg thun baru.. alhamdulillah, sedar xsedar dah nak masuk thun 2010... awal muharram dah pon disambut.. 1 MUHARRAM 1431.. umo pon dah makin meningkat...heheeee... bila umo makin meingkat ni perlulah persiapkan diri tuk bertemu Yang Esa nanti.. bekalan tu biar cukup. supaya nanti tak rasa takut untuk menghadapi MATI.. saya ni pon bukannya baik sangat.. banyak lagi yg perlu sy baiki dalam diri saya... saya bukanlah alim seperti ulama, cuma hamba Allah yang kurang serba-serbi.. jika dihitung amalan saya di dunia ini xlah sebanyak mna..sebut sal tahun baru ni, apa yg saya nak kongsi dgn pembaca semua adalah sy akan lakukan satu perubahan dalam hidup saya.. saya akan tinggalkan diri saya yang dulu.. akan menjadi diri yang baru.. perubahan ke arah kebaikan.. jika kita tak mampu tuk lakukannya secara drastik, lakukanlah dengan perlahan-lahan.. sebagai manusia biasa, insan yang lemah dr sgala hal, perlukan perubahan dalam hidup.. kadang-kadang dah tiba masanya manusia berubah dia akan berubah.. mencari sinar hidayah.. kata orang kita akan berubah bila dah dapt hidayah Allah..sesuatu yg kita xboleh nk zahirkannya.. bila kita dah rasa kita perlu berubah, maka berubahlah kita.. usah tangguh-tangguh lagi.. dunia semakin dekat dengn kiamat, cuma kita tak tahu bila.. pernah tak kita terfikir apa yang dilakukan saban hari, saban tahun, pendek kata ( panjang tak kate ke?) heeee..sepanjang kita hidup adakah cukup amalan yang dilakukan untuk bertemu hari muka.. ketika ini banyak sagt kematian, musibah yang berlaku. Ya Allah takutnya saya bila dengar semua tu.. takut bukannya ape sebb belum bersedia tuk menghadapi MATI.. sebab ape? sebab amalan yg dilakukan saya rasa tak cukup lg dan tak sempurna..

ketika ini teringat saya dengan apa yang pernah saya baca.. menceritakan perihal sejarah nabi dan sahabat-sahabat baginda.. perjuangan yang dilakukan serta pengorbanan yang dilakukan demi ISLAM.. malah sifat-sifat mereka dan baginda amat jauh dengan kita manusia biasa.. bagaimana menjadi wanita dan isteri yang solehah juga tak pernah lekang dari bibirnya tuk pengetahuan saya.. saat itu, saya terfikir..mampukah saya menjadi wanita dan isteri yg solehah? sedangkan jika kita mengecilkan hati suami kita dikira berdosa padanya sehinggalah dia memaafkan kita? mampukah saya menjadi seperti Fatimah Az-Zahra, yang sanggup mengelilingi suaminya Saiditina Ali, sebanyak 70 kali sambil mulutnya memohon kemaafan atas kesilapan yg dilakukan.. aahhh.. terlalu banyak kelemahan dan kekurangan saya.. terlalu kerdilnya saya...

ketika ini.. bila bersendirian.. saya terkenangkan dosa-dosa lalu.. dosa yang pernah saya lakukan.. tak terhitung rasanya.. terlalu banyak.. cuma saya mohon pengampunan dari-NYA.. kadang-kadang terfikir kenapa hidup saya tak seperti orang lain.. mungkin ada hikmahnya.. kadang-kadang kita perlu ingat, Allah menarik semula nikmat yang diberikan kepada kita tetapi Allah akan gantikan nikmat yang lebih baik.. contohnya jika hari ini kita diberi cahaya mata, tetapi kehilangan usah bersedih kerna tak mustahil Allah akan berikan kita sesuatu yang lebih baik.. mungkin kita akan dikurniakan anak kembar? siapa tahu kan? Allah itu maha segala maha, dia lebih mengetahui akan segalanya....

Thursday, November 19, 2009

dugaan....

alhamdulillah.. dah dua hari exam dah abih... lega rasanya.. namun saya menyesal kerana saya gagal untuk menjawab soalan dengan baik... mungkin disebbkan saya malas tuk study...tahlah, klu rajin stdy pon sy xingat apa yang dibaca bila masuk dewan peperiksaan.. 'bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna! itulah yg terjadi pada saya.. entahlah, maybe disebabkan saya tension juga sepanjang exam nih!sekarang saya takut tuk berdepan dengan result yang mungkin kali ini akan teruk bebanding sem lepas! saya anggap semua ni dugaan bagi saya.. setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..tapi saya harap saya tidak gagal pada sem ni.. bila jadi cam ni, barulah saya teringatkan susah payah ayah saya bekerja keras tuk biayai pengajian saya kt sini.. ptptn bukannya tak cukup, tp disebbkan saya ni boleh tahan boros, so pt jd tak cukup. akibatnya terpaksalah ayah tanggung tuk beberapa bulan... insyaallah.. perkara ni xkan berlaku lagi tuk sem depan..saya akan berusaha bersungguh2.. walaupun anugerah dekan mungkin sukar tuk saya kejar, tetapi segalanya tidak mustahil..

'GETTING STRAIGHT "A" IS NOT EASY BUT CERTAINLY NOT IMPOSSIBLE'

saya akan sentiasa mengingatkan diri akan kepayahan org tua saya tuk tanggung saya! saya amat berterima kasih pada insan yang bergelar AYAH dan IBU kerana mereka sanggup memerah keringat tulang empat kerat tuk anak mereka! thanks a lot my dad n mum. i love u...JASA DAN PENGORBANAN MEREKA SUKAR TUK DIBALAS.. INSYAALLAH SUATU HARI NANTI SAYA AKAN TETAP BALAS JUA JASA MEREKA MESKIPUN TIDAK SEBERAPA DENGAN APA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN TUK SAYA...rindunya pada mereka hanya Allah yang tahu.. tak sabar rasanya nak balik kampung. menjejaki suasana sawah padi yang tengah menghijau sekarang nih..heheheehheee...

Wednesday, October 21, 2009

stdy week

minggu depan 26/10 dah mula stdy week... time2 camni barulah kawan2 bz cari nota..
termasuklah saye..hehehehhehehe... pepon ade gak member2 yang minta nota kat saya... huhuhuhu... ade satu hari tu, saya kena panggil dengan lec, dr. aziz sebb sy ponteng kelas dia banyak kali sangt.hahahahaha.. 15 minit saya kena tadahkan telinga saya untuk mendengar ceramah xbertauliah dia pada hari tu..saya juz sengih2 jelah.. hahahaha.. berbalik pada stdy week tadi, time macm nilah baru nampak labrary tu penuh ngn kunjungan student. Yang xpenah masuk sepanjang sem pon, boleh masuk. hahahaha.. saya pon termasuk sekalilah tu.. hehehehehe.. sem ni agak memeningkan saya ngn subjek2 yang sya amek. 21 jam kredit tu dah pening. sem ni saya xtahu ape yg saya belajar. hahahahahaha.. banyak sangt ponteng kelas. tulah pasal.. huhuhuhu.. xsedar exam dah dekat.. bila dah nak exam, mulalah gelabah.. tercari-cari nota yang dah hilang, tertinjau-tinjau nota yang xtahu letak mane, pastu mulah nk tension. hahahahaha.. exam kali ni saya xtahu nak jawab ape tuk soklan exam nanti.. apa2 pon, insyaalah, sem depan saya perlu melakukan perubahan dalam hidup saya.... saya akan biarkan kenangan lalu menjadi sejarah dan saya xakan benarkan ia kembali menerjah ke dalam kotak pemikiran saya... selamat stdy semua kawan-kawan....

Wednesday, October 7, 2009

teringat kekawan....






bila kita dah masuk u mesti kita teringat zaman sekolah kan? Time sekolah dulu selalu je kita cakap, xnaklah sambung belajar lagi. malas dah nak belaja.. xbes.. nak keje.. tp bila dah dapat masuk u mulalah teringat keseronokkan zaman sekolah dulu.. hehehehehe.. samelah cam saye.. kihkihkih... sekarang bila dah stdy kt ipt rase rindu pada kawan-kawan... nak cntact diorang pulak da yang dah tukar number..kan susah tu nk cntact kawan2.. same je ngn saye nih.. hihihihihi...

bila dah belajar kt IPT ni rindu pada kawan2 sekolah lama... macam saye rindu dengan kekawan SMKAH n SMTK..ASMA, PINAT,ROSNI, AFIRA, RUHIL..AMALINA.. FARHANA( MIRA.. AIDA..MULIANA..ASYRAF..TIKAH..)Masing-masing dah berjaya menjejak kaki ke IPT..Nasib baiklah ada jugak member satu sekolah yg dapat U sama ngn saye.. xtersa sangat lah kerinduan tu.. sape lagi klau bukan TUN atau nama penuhnya Syaidatulnor.. hehehehepastu rindu ngn cikgu-cikgu yang pernah mengajar saye dulu...C.ASMA, C.AZHANA,C.ROSLI,C.ANUAR,SIR SELLA,C.NORLIZA,C.SHAHARUDDIN,C.YAACOB.. rindunya saya pada suasana sekolah dulu...

masa form 6 nak buat ape pon xpe.. cikgu xkisah sebab dah besar... hehehehe...tapi zaman sekolah dah berlalu.. yang perlu di lalui sekarang adalah zaman meningkat dewasa..suka duka, perit ranjau perlu dilalui... mudah-mudahan kita semua berjaya kelak...

Saturday, October 3, 2009

analisis sampel tanih

















2/10, saya dan grop kena pergi wat kajian sal analisis sampel yang kitaorang amek dulu.. bermula jam 10 pg kitaorang pon bergeraklah ke jabatan geologi tuk timbang sampel tanah yang kami amek 2.kena timbang cukup-culup 100gram.
pastu pergi makmal georafi fizikal lak tuk dapatkan jenis-jenis sampel yang yang kami amek. kami ade 10 sampel, setiap sampel kena daptkn 3 jenis ketogeri: a,b dan c.
pastu ayaklah tanih tu tuk dapatkan setiap ketogeri sampel. ayakan pertama kitaorang dapat batu.huhuhuhu..yg kedua kasar cikit tanih tu. yg ketiga makin kecil2 je tanih tu. pastu setiap sampel masukkan lam bikar. nak dijadikan cite, punyelah ramai yang wat analisis pg tu, so terpaksalah bergilir-gilir. sudahnya jam dah menunjukkan kul 1.30. perut pon dah berbunyi.. budak2 lelaki dah xde, g solat jumaat. perut pula minta diisi.. tp disebabkan kami kena timbang tanih tu semula bersama bikar so terpaksalah kami pergi sekali lg kt jabatan geologi. dah sampai sana pintu tutup. baru la teringat yang pak cik yang jg jabatan 2 pergi solat. hahahahha.. penat je... huhuhuhu. tunggu punyalah tunggu last kul 2.15 barulah kami bergerak semula ke jabatan geologi. dah selesai timbang tanih tu, dah antar semula bikar yg kosong, saya dan irah pon ape lagi balik le kolej. bukan pe dah letih sangat. sampai je kat kolej, jam dah kul 3patg...huhuhuh.sempat jugak saya sumbat roti gardenia lam perut sye...huhuhuhu.. akhirnya selesai jugak tugasan yang kedua.. tugasan analisis yang ketiga sedang menanti..huhuhuhuhu

Thursday, October 1, 2009

hobi baru..

selama seminggu saya bercuti di kampung.. cuti raye.. selama seminggu tu jugaklah saya dah temui hobi baru saye.. hehehehhe.. nak tahu ke ape hobi tu??? MEMASAK... kalau dulu saye cuma tolong mak kat dapur.. tapi xtahu kenapa saya jadikan memasak tu sebagai satu hobi saye.. selama seminggu tulah jugak saya memasak je.. hehehehe.. bukan pe mungkin sebab umur dah makin meningkat... siapa tahu 2 atau 3 tahun lagi dah nak jadi isteri orang kan.. hahahahaha.. tapi tulah saye xde calon lagi lah alkisahnye..hehehehe..xpelah kan.. mungkin xde jodoh lagi.. ia sebagai persediaan awal je.. hm... saya suka dengan kata-kata hikmah ini...
'kiranya tiada cinta insani untukku..cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku..moga kelak akan ada cinta daripada insan yang mencintai Allah sebagaimana cintaku terhadapnya'

pastu mase cuti seminggu tu jugak lepas raye saya dapat tempahan jahit kain batik daripada jiran-jiran.. aih..senang cikit la hati ni bila dapat income.. hehehehe..
xkisahlah ape pon yang saye buat janji saye senang hati...hahahahaha...

pesanan saye...hidup ni kena hepi selalu.. biarpun hati kita sedih tapi ceria-ceriakan hidup kite kerana itulah salah satu nak ubati kesedihan itu..

Tuesday, September 29, 2009

kemeriahan hari raye...

hai..... selamat hari raya kepada semua muslim dan muslimat.. bila sebut je sal nak raya, malam raya tu masing-masing sibuk menunggu depan tv, bukan pe nak dengar pengumuman raya dari penyimpan mohor besar raja-raja.. huhuhuhu.. bila sah je dengar 'esok raya' maka malam raya tu pun diserikan lagi dengan bunyi mercun dan meriam buluh, cahaya pelita, dan lampu lip-lap. Mulalah kedengaran keriuhan suara girang kanak-kanak bermain mercun dan bersuka ria bila malam raya. Saya pun tak ktinggalan juga. hehehehe.. tapi dalam sibuk-sibuk tengok adik bongsu saya main mercun mak ajak saya pergi pasaraya yang terdekat dengan rumah sebab nak beli barang-barang persiapan raye yang tertinggal.kitaorang pun pergilah tapi sebelum pergi mak dah cakap pergi dengan kereta, tapi saya malas takut jalan sesak. kononnya nak cepat la.. saya pun rembat je motor EX5 milik kakak saya tu. Nak dijadikan cerita, malam raya tu, dah siap membeli saya pergi isi minyak kat SHELL. dalam perjalanan pulang tu tetiba je motor tersengguk-sungguk. Hah sudah! saya dah gelabah. mak pun dah cuak. last-last motor tu xdapat nak hidup. terus mati kat situ. kebetulan saya dan mak tak bawa handpone. huhuhuhu.. bertambah gelabah bila public phone pulak rosak..saya terpaksa le pegi public phone yang jauh. Penat jugak la berjalan. Saya kol kakak saya. Nasib baiklah bapa saudara saya yang tinggal berdekatan kawasan pasaraya tu datang tolong. penat di cubanya tuk hidupkan enjin. tapi xboleh juga. Last-last bapa sedara saya pon bawa motor suh saya pandu keretanya pulang ke rumah. Entah macam mana lah dia bawa mator tu. huhuhuhuhuhu. Balik rumah cek la ape yang menyebabkan motor tu tetiba je xhidup. Rupa-rupanya minyak diesel ada dalam tangki motor tu. hahahahahaha. nak tahu cam ne datangnya minyak diesel tu.. adik bongsu saya punye kerjalah tu. hahahahahaha. akibatnya hari raya tu adik bongsu saya tu xdapat nak pergi beraya rumah kawan-kawannya. termasuklah saya.huhuhuhuhu.

pagi raya sibuk menyediakan juadah usai solat raya.tema raya family sya tahun ini ialah warna kelabu. hehehehehe.. usai sanak saudara datang ke rumah saya pergi rumah kawan saya dengan kawan baik saya. petangnya tu cadang nak pergi rumah nenek saya kat Alor Janggus, tapi tak jadi sebab kakak saya merajuk. huhuhuhuhuhu...
esoknya kami masih xpergi rumah nenek. Raya ke-3 barulah kami pergi rumah nenek itupun waktu malam. Raya ke-4 kami pergi beraya rumah mak ngah saya kt Telok Kechai, Kuala Kedah.Puas beraya rumah dia,kami meneruskan perjalanan ke rumah abang saya pulak kat Kampung Berjaya, Mergong.Pastu terus balik rumah. Waktu pun dah nak masuk maghrib.Dah penat berjalan, nak rehatlah pulak. Enjoy je raya tahun ni..

Ketupat, lemang, serunding, rendang, tat nenas, semprit, dan macam-macam lagi jenis kuih yang menjadi juadah kita bila tiba musim perayaan. Namun sedar tak sedar, keenakan kuih-muih, dan juadah utama musim perayaan seakan-akan hilang rasanya. Dodol makin dipandang sepi.

Entah macam mana dengan raya yang akan datang. Harap-harap juadah seperti ini dapat dikekalkan..

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, September 17, 2009

selamat menyambut lebaran

hahahahahaaa..... ramai dah yg balik kg sempena cuti raya ni.. sy plak akn bertolak mlm ni, 17/09/09 kul 11 mlm.. xsabar rasanya nk menjeguk kmpung..xtahulah sy sempat atau xnak buat kuih raya kegemaran saye.. ape ek?? hehehehehe.. kuih almold london atau kuih badam.. sedap..sy suka bdam n coklatnya. jadi bila dh buah kuih tu faham-faham je la mesti la penat.. bila buat kuih badam ni teringat sy ketika raya dua tahun yg lepas.. tangan sya melecur gara-gara terkena air panas ketika buat kuih tu.. huhuhuu... apalagi menagis la saya... wawawawawawawa... nasib baik lah sy sempat letak ubat, kalau x mesti dah berparut tangan sy.huhuhu..ape2 pon , sy xserik lg sbb itu kuih kesukaan sy..sy lebih suka buat sendiri dari membeli.. hehehehehehehe... malam raya nanti mesti bz.. nk tukr langsirlah, nak tukar sarung kusyen la, nak cuci rumah, dan selalunya itulah tugas sy.. kiranya tido lwt la mlm tu..hahahaha.. bunyi mercun, meriam tu yg best.. kdg2 tu sy pon tumpang sekaki main mercun dengn adik sy..sebut je jenis mercun sy tahu gak, mercun bola, tebuan, lalat, roket, mancis,papan.. hahahahaha.. bes sebenarnya main mercun ni sebb bunyi dia kuat walaupun bahaya.. hehehehehehe...klu kt pekan rabu malm raya mesti penuh dgn orng ramai.. berasak-asak membeli-belah.. maklumlah persiapan last-last minit.. sama la ngn saye pon. Ni ha tudung tuk pakai raya pon sy xbeli lg..hahahahaha.. blik kg nanti barulah sy nk beli.. sebab ape??? sj je nk beli kat kg.. time tu kuih-kuih pon dah ditahap lelong. baju, tudung pon dah jadi murah..sebb sok dah nak raye, sape nk beli lg klu diorang xlelong kuih-kuih tu.. xkan nk simpan tuk raya haji lak??hahahahahaha..itu cite malm raya.. klu di pg raya plak, awal-awal lg dah sy bgun.nak pegi solat raya.. hehehehehe... tiap tahun alhamdulillah sy xpenah miss lagi solat raye..dengar khutbah raya perkara yang kurang sy suka..hehehehe.. bukan pe sy xpahm la ape yg imam 2 cakap sebb dia ckp bahsa lama-lama.. mana nk paham.. hahahahahahaha..pas solat raya, ziarah pusara tok wan sy, pastu ziarah orng-orng tua yang ada kt kg sy 2..pastu balik umah..dah selesai siapkan umah, kuih tuk tetamu..sy pon pe lg blah la g umah kawan-kwan.hahahaha.. pastu petang plak sy g umah nenek sebelah ayah sy.. raya tuk sari tu sampai ke malm la..heehehe.. raya ke-dua palk Ina,kawan baik sy pulak akan datg umh sy.. maklumlah lama tak jumpa, walaupun kg dia dekat je ngn kg sy tapi dah masing-masing bz, xsempat nk pegi. time raye je la dapt jumpa..hehehehe.. raya tahun lepas, Aswar merangkap member sy dia dtg beraya kat umh sy raya ke-dua.. pastu kitaorang palk g umah Dwan..sy tunjukkan jln kt Aswar. maklumlah umh sy ngn Dwan tu xjauh sangt.tp dah lewt ptg dah time tu.. pastu sy pon balik la..raya seterusnya tu masih ada sanak saudara, rakan taulan yg dtg bertandang di rumah.. memg best la.. hehehehe.. bila buka sem balik, kitaorng bw kuih raya n makn ngn member2 sy..terasa indah saat tu sebb kitaorang berkumpul menyambut raya bersama..tp itu cite tahun lepas..tahun ni xtahu la nk jd cam ne plak.. kitaorng pun dah makin renggang..masing-masing seolah-olah nak bermasam muka.. tah la sy pon xpahm la ngn kawan-kawan sy nih. harap-harap sngt tahun ni pon dapat kembalikan nostalgia cam tahun lepas..hehehehe...selamat hari raya semua.. ampun maaf dipinta andai kata ada kesilapan dan keterlaluan bicara...

andai itu takdir- Nya




Apapun yg terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup sepahit apa pun kini
Pelajaran yg bererti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan kesepianku

sebab ape????? sebab sy dah lost contact ngn diorang nih.. huhuhuhuhu
ni la member zaman sekolah sy.. masa fom 6 dulu.. sekarang sume tu tinggal kenangan jer..

fildwork analisis sistem2 geo fizikal








Dengar je Prof KOS @ Khairulmaini b Osman Salleh ckp " saya nk kamu semua buat satu kajian di stesen kaji cuaca UM. ini sebahagian dari praktikal kamu." Aduh!!!!!!!!! satu dewan kuliah mengeluh.. sebab ape? sebab xlarat nak naik bukit bulan-bulan puase ni. huhuhuhuhuhu.. penat, letih xpayah cakap lah bila dah pegi stesen kaji cuaca 2.. huhuuhuuu.. so, 04/09 ari tu pon bermulalah fildwork kami mengikut group kelas tutorial.. bermula kul 3.00 ptg kitaorng panjat bukit.. penat siot!! sampai je kat puncak tu rasa cam nk minum air je, kalu xpuase dah lame dah basah tekak ngn air, tapi sabar jgk la bila mengingatkan puase.. huhuhu..kitaorang mula ngn mengukur kawasan seperti yang prof nak. pastu masing-masing wat tugasan masing-masing. korek n amek sample tanah.. aliran air pon kitaorang amek jgk.ade jgk yg penat sampai tetido kt ats puncak nun.. huhuhuhu.. kitaorng selesai wat fildwork tu kul 5.30 ptg.. lama kan? mestila penat!!!!dah la keadaan cuaca panas time tu.. hahahahahaha.. tp bila dah siap praktikal kitaorang tu, esoknya tu kitaorang pon g le jumpa cik Siti merangkap tutor kami sal praktikal 2.. dia ckp kami silap amek tempat!!!!!!!!!! xperlu sampai ke puncak!!! hahahahaha... salah siapa? salah kitaorang jgk sebb tak dengar arahan! so, terpaksalah kami wat semula praktikal tu. penat2 jgk tp ape2 pon kitaorang tetap enjoy!!!!

kenangan ngn kekawan...





ni time kitaorang g KLCC/ Petrosains...





inilah member-member saya.... irah. bob, ise, dwan aswar, deris









time ni kitaorang g Ulu Yam masa sem 2 first year... 08/09



raye????

ramadhan kian melabuhkan tirainya.. dah 26 hari umat islam menjalani ibadah puase.. syawal akan menjelma tak lama lagi.. rindunya saya akan suasana raya.. sebaut sal raya ni, sy suka lagu raya sepasang kurung biru.. menyentuh jiwa bila mendengarnya.. seakan-akan saya berada pada situasi itu.. hmmmm.. ye laa hari raya mesti kita akn terkenangkan saudara-saudara kita yang telah pergi menghadap yg Esa. Rindu rasanya hati ini bila teringatkan seseoarng yg sy panggil 'tok wan'.. dah hampir 12 tahun arwah pergi meninggalkan sy, nenek dan family yg lain, tp kehilangannya tetap dirasai sebb dia terlalu baik untuk kami sekeluarga...masih terkenang lg akan saat-saat manis ketika dia masih hidup.. walaupun ketika itu sy masih tak mengerti apa-apa, akan kehilangannya kerana ketika itu sy umo sy baru 9 tahun.. tp bila dia tiada disisi, kesepian itu tetap dirasai...
rindunya hati ini... hm.... harap2 raya tahun ini memberi 1000 kemanisan kepada sy.. syawal yg mulia ini sy harapkan agar ia memberi keberkatan kepada sy.. amin...
sepasang kurung biru..
'tiada bisikan lembut yg ku dengar
hanya suara azan sayu bergema..
masih ku rasakan hangat tanganmu
di pagi raya berslaam denganku..'

12/09

alhamdulillah.. umo sy dah ckup 21 tahun.. ahri besday sy tu ar sabtu.. nak dijadikan cite, sy xde kt kolej ari 2, so dapt la lari dr member2 kejap sebb member2 nk kenakan sy.. huhuhuhu..
tp last2 sy kena gak ngn diorang. nak tahu x ape yg diorang wat pada sy???? saya kena baling TEPUNG ngn diorang..wawawawa... abih baju n tudung sy kotor.. nk2 pulak sy pakai tudung hitam time 2.. lagi la nmpak kotor..huhuhuhu.. member2 plan kenakan sy ari isnin-14/09.. walaupun macam-macam perasaan ade mase tu, marah, geram, malu ngn orng memerhati tp sy tetap rileks sbb member punya pasal. hahahahahaha.. saya sabarkan diri.. nak2 palak time bln puase skrng ni kan?? hahahahaha Sape yg kenakan sy tu??? dioranglah member yg paling haru-biru yg sy kenal..hahahahaha- irah, Aswar, Bob n Ise.. xckup ngn sy jd mangsa, motor kesayangan sy palk jd mangsa diorang.. abih tepung bersalut air melekat pada moto sya. pg soknya tu sy nk g kelas.. bila tgok moto sye dalam keadaan cm tu memang bengang la.. nak2 palk sy dah lewat nk g kelas.. tp xpe saya tetap mantain, pegi gak kls tu n balik dr kelas bru la sy cuci motor sy.. huhuhuhuhu
memang menguji kesabaran sy la apa yg member2 wat tuk sy pada ar tu.. tp xpe sy xkisah sebb kalu xde semua tu so maknanya xde la kenangan yang terindah bila bergelar student ni kan?? hahahahahaha....ape2 pon thanks bebanyak kt korang semua.. korang memang member yang sporting n haru-biru.. hahahahahaha...bagi sy tahun ni lah besday sy amat bermakna!!!!!! thanks my friends...

Sunday, August 2, 2009

kenangan semalam

"Kita berpisah jelah. Kita dah tak sehaluan. Awak dengan cara awak dan saya dengan hal saya sendiri. Kita bawa haluan masing-masing. Saya dah penat bersabar dengan awak. Dah lama saya bersabar dengan awak. Saya pernah beritahu awak dulu, saya akan bersabar selagi saya boleh sabar, tapi awak menguji kesabaran saya! Awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni?" Aku memuntahkan segala api kemarahanku kepada lelaki yang tegak berdiri di hadapan aku. Dia merenung aku. Mungkin terkejut lihat aku marah sebegitu rupa. "Awak dah berubah Ika, dulu awak tak pernah tinggi suara pada saya. Siapa yang ajar awak semua ni?" "Tak ada sesiapa yang ajar saya. Selama ini saya diamkan diri, disebabkan saya tak pernah tengking awaklah, awak pijak kepala saya. Senang-senang je awak main-mainkan perasaan saya. Awak ingat saya ni ape?Patung? Awak dengar sini Mohd Hafiz, mulai sekarang saya tak kenal awak dan awak jangan cuba-cuba hubungi saya lagi. Faham!" Aku keraskan hati. Aku taknak terpedaya dengan pujuk rayunya lg. Cukuplah setakat ini sahaja. "Tapi Ika, saya sayangkan awak. Saya mengku, saya memang tak hargai awak, tapi tolonglah beri peluang sekali je lagi pada saya. Please!" "Peluang? Peluang untuk apa? Peluang untuk awak lukakan hati saya lagi? Awak sedar tak yang awak telah mensia-siakan peluang yang ada. Sudah tiga kali saya beri peluang pada awak, tapi awak tetap tak berubah dengan peragai buruk awak tu." "Ika, saya tahu salah saya, saya terlalu panas baran. Ikutkan kata hati, tak pernah fikir perasaan awak.Ika, maafkan saya. Kita berbaik semula ya?" "Apa? Bebaik semula? Sorry Hafiz, saya tetap dengan pendirian saya. Cukup-cukuplah awak sakiti hati saya." Aku lihat dia menahan nafas. Mungkin memikirkan kesudahan hubungan kami yang terjalin hampir 4 tahun. "Ika, selama ini awak bersabar dengan saya, kenapa sekarang dah tak boleh? Atau awak ada lelaki lain?" Hati aku sedikit tercuit dengan soalannya yang terakhir. Tidakkah dia tahu selama ini aku setia padanya. Ah! lelaki, tak pernah memahami hati wanita. Aku tersenyum. "Hafiz, anggap je kita tak ada jodoh. Jangan awak libatkan sesiapa dalam hal ini. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Saya yang ambil keputusan ini sendiri tanpa didorong oleh sesiapa pun. Boleh tak awak jangan berprasangka terhadap saya. Kenapa sikap awak tak pernah berubah?" "Saya tahu awak ada lelaki lain kan? Kalau tak, takkan lah awak nak berpisah dengan saya?" Sekali lagi dia menyoal. Tanda tidak berpuas hati dengan jawapan aku. "Hafiz...." Belum sempat aku membuka mulut, dia terlebih dahulu bersuara. "Ika, kalau awak ada lelaki lain, beritahu saya,siapa lelaki tu?"Tiba-tiba Hafiz meninggikan suaranya padaku. Aku sedikit tersentak. "Apa awak cakap ni? Saya tak ada lelaki lain." Awak jangan nak tipu saya."Suaranya sedikit keras. Aku dapat rasakan pipi sebelah kananku berpijar. Dan tak semena-mena tangan kiriku aktif menampar pipinya. Aku terpaku. Entah dari mana aku mendapat kekuatan sebegitu. "Ingat Hafiz, jangan sesekali pandang rendah pada wanita." Pantas aku berlalu pergi. Aku tak ingin menoleh lagi. Biarlah ia menjadi kenangan pahit buat aku. Ya, aku tak mahu ingat lagi detik perpisahan yang penuh tragis itu. Kenapa kami perlu berpisah? Dia dan aku sudah tidak serasi lagi. Hari-hari asyik bergaduh.Yang aku tak fahamnya, salah dia pun aku jadi mangsa amarahnya. Kesabaran aku ada hadnya. Entahlah aku tak faham dengan lelaki....

*************************************************

Aku memandang ke arah pepohonan hijau. Aku sepi. Walaupun aku mempunyai sahabat yang menjadi penawar duka, namun hati aku tetap kosong. Aku melihat teman-teman seperjuangan aku bergelak ketawa.Akhirnya tanpa diduga rupanya sudah sampai 3 tahun aku menjejaki kaki, menimba ilmu di 'um' ni. Tak sedar, pejam celik pejam celik, akhirnya tamat jua pengajian aku. Aku memandang Ira dengan pandangan sepi. Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di pusat pengajian tinggi. Selepas ini masing-masing akan membawa haluan sendiri. Tak sabar rasanya menunggu hari konvokesyen nanti. Aku tersenyum sendirian. "Ika, apa kau buat kt sini? Jomlah join kitaorang. Lepas ni kita dah tak jumpa lagi dah." "Kau pergilah dulu Ira, aku nak ambil angin kat sini kejap. Jap lagi aku nyusul." "Ika, kau ada masalah ke?" "Tak ada lah, mana ada. kau ni ada je nak soal aku." "Ika, aku kenal kau bukan sehari dua, tapi dah tiga tahun. Kau takut ke kau tak dapat jumpa dia lagi?" Aku lantas ketawa. "Apa yang kau merepek ni Ira? Siapa yang aku tak dapat jumpa lagi?" "Aku tahu, kau nak luahkan tapi tak mampu.Aku sebagai sahabat, aku sokong aja apa yang baik untuk kau. Tapi bila melibatkan soal hati dan perasaan, aku tak tahu nak cakap apa. Tahlah aku sendiri tak pasti dengan keputusan kau ni. Betul ke tak. Kadang-kadang aku terfikir juga apa kesudahan kisah kau nanti kalau kau pendamkan aje hati kau tu. Kenapa kau tak nak beritahu dia sendiri. Manalah tahu kalau-kalau dia pun sukakan kau." "Ah! Tak mungkinlah dia sukakan aku. Siapalah aku ni. Dah la pipi tembam." Aku ketawa. Melindungi keresahan hati. Ira turut ketawa." Kau ni merendah diri sangat. Eh! Selalunya yang pipi tembam nilah yang jadi pilihan tahu?" Aku mengjungkit bahu. Aku melihat Ikhwan menuju ke arah kami. "Oit, apasal dok kat sini je? Jomlah join kitaorang." "Kejap lagilah." Aku memberi alasan. Ikhwan memandang aku. "Ika, aku rasa ada sesuatu yang bermain difikiran kau ni. Betul tak apa yang aku rasa kau fikirkan?" Aku memandangnya, memohon penjelasan. "Aku tahu, kau resah sebab hati kau tak terluah lagi kan? Dulu aku suruh kau luahkan. Tapi kau taknak. Aku pergi beritahu dia sekarang ok?" Pantas aku menggeleng. "Jangan Wan, jangan sesekali pecahkan rahsia yang kau pegang. Aku tak nak. Biarlah aku macam ni. Aku takut." "Kau nak takut apa? Kau sepatutnya dah lupakan kisah silan kau tu. Dah 6 tahun berlalu. Sekarang kau perlu bina hidup baru kau. Punya teman hidup. Sampai bila kau nak jadi macam ni?" "Wan, Ira, aku takut sejarah berulang. Aku dah serik untuk bercinta lagi walaupun perasaan tu wujud dalam hati aku. Please, faham perasaan aku. Aku tak nak.Event aku tahu dia baik sekalipun, tapi aku taknak, aku malu." Ikhwan meraup wajahnya."Ya Allah Ika, kenapalah dengan kau ni. Aku sendiri pun tak faham. Aku tahu sangat-sangat dia macam mana. Aku nak tolong kau tak nak." Ikhwan melepaskan keluhan berat. Mata kami tertumpu pada lambaian Hisyam. "Wan, Ira, ingat pesan aku ya, jangan pecahkan rahsia ni. Aku tak nak dia tahu." Aku hanya melihat anggukan daripada dua sahabat aku. Perlahan-lahan kami bergerak ke arah Hisyam.
**************************

Serik untuk bercinta! Masih tergiang-ngiang ditelinga Shahrul kata-kata itu. Ah! Tapi kenapa baru sekarang dia tahu cerita itu. Sepatutnya dari dulu lagi dia tahu. Sekarang apa yang dia boleh buat. Runsing. '"Kau ni kenapa Shah, sejak akhir-akhir ni kau aku tengok macam ada sesuatu tak kena je?" "Tak ada apa-apa lah. Biasalah penah bekerja. Letih sikit." "Hei! come on la kawan, aku pun kerja jugak, orang lain pun kerja jugak, tak pula monyok cam kau ni."Shahrul menghelakan nafasnya. Ikhwan memang seorang sahabat yang memahami hatinya. "Wan, kau rasa apa yang Ika tengah buat sekarang? Aku tiba-tiba je teringatkan dia." "Aik! Pelik je bunyi nye tu. Kau tak contact dia ke?" "Aku segan lah. Mesti dia kerja bagus-bagus. Aku ni apalah sangat." "Shah, aku ada sesuatu nak beritahu kau. Lepas kau dengar semua ini pandai-pandailah kau buat keputusan." Shahrul terkesima mendengar perkhabaran yang baru sahaja didengarinya.Dia terduduk di atas sofa empuk miliknya itu. Dia kemudiannya meraup wajahnya.Kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya. Seolah-olah tidak mempercayai apa yang didengarinya. Dia memandang Ikhwan. "Wan, kenapa kau tak beritahu aku dari dulu lagi?" "Aku terpaksa rahsiakan sebab dia sendiri yang minta. Aku minta maaf." "Dah terlambat Wan. Aku tak tahu nak buat apa sekarang." Ikhwan mengangguk. "Shah, ini alamat rumahnya. Pergilah jumpa dia sebelum segala-galanya terlambat. Dia pernah kecewa dengan cintanya. Dia serik untuk bercinta lagi sebab dia takut tersalah pilih. Kau pergilah cari dia." Tanpa berlengah,Shahrul terus menghayunkan kakinya keluar menuju ke destinasinya. Sekarang dia sudah berada dihadapan rumah wanita itu. Tapi bayangnya tidak kelihatan. Hampir sejam dia terpacak di situ. Pantas dia tersenyum taktala terpandang wajah yang dirinduinya. "Assalamualaikum, Ika?" "Waalaikumussalam. Ya saya Ika. Awak?" "Skemanya kau. Aku ni Shah. Kau dah lupa ke?" Aku menggaru-garukan kepalaku. Mengetuk-mengetuk kotak pemikiran aku supaya mengingati lelaki yang berdiri dihadan aku. Aku rasa macam pernah lihat, macam familiar je. Oh! Tak mungkin dia! "Sorry, aku tak kenal tadi. Yelah kau dah banyak berubah. Tak macam dulu lagi dah. Jomlah masuk rumah aku. Kau jangan risau la, rumah aku ni selamat. Kat dalam tu ada mak dan ayah aku." Tanpa banyak soal, mereka beriringan memasuki banglo dua tingkat yang mewah itu. "Dah lama aku tak jumpa kau. Wan selalu juga aku contact, ye la kerja macam dia senang nak berhubung. Aku dengar kau dah berjaya sekarang. Akhirnya tercapai juga impian kau nak jadi tentera ye." "Alhamdulillah impian aku tercapai. Cuma sekarang aku ada satu lagi impian tak tercapai. "Ye ke? Apa tu?Nak kongsi dengan aku tak?" Kalau kau sudi berkongsi dengan aku selamanya pun aku sanggup kongsi dengan kau Ika. Impian aku yang tak tercapai tu, aku nak jadikan kau suri hidup aku. Kau sudi x Ika?" Aku terkejut. Dia bergurau ke? "Ika, please say something." "Kau serius ke?" "Ika, aku serius dengan keputusan aku. Aku dah tahu segala-galanya. Rahsia antara kau, Wan dan Ira. So, kau jangan nak berdolak-dalih lagi dengan aku." "Tapi aku..." "Dah tak ada tapi-tapi lagi. Sekarang aku kira kau dah setuju ye?" Aku tersenyum. "Shah, terima kasih." "Untuk apa?" "Terima kasih kerana sudi memberi peluang pada aku untuk memiliki hatimu." "Dan aku juga perlu berterima kasih pada kau sebab membuatkan hidup aku makin ceria selepas ini.Aku dan Shahrul tersenyum.



Ya Allah! Terima ksaih atas rahmatMu ini. Kini tiada lagi kenangan semalam yang mengganggu hidupku. Akan ku tutup serapat-rapatnya diari kenangan semalam yang sering menghantui aku.


Monday, April 20, 2009

tangisan seorang wanita

Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya ¿Mengapa engkau menangis?¿
¿Kerana aku seorang wanita¿, kata sang ibu kepadanya.
¿Aku tidak mengerti¿, kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, ¿Dan kau tak akan pernah mengerti¿
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, ¿Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?¿
¿Semua wanita menangis tanpa alasan¿, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak lelaki kecil itu pun lalu besar menjadi seorang lelaki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis..
Akhirnya ia berdoa Tuhan, dan ia bertanya, ¿Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?¿
Allah berfirman:
¿Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ¿
¿Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ¿
¿Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketikaorang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaandan kelelahan tanpa mengeluh ¿
¿Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiapkeadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ¿¿Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ¿
¿Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami
yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu¿
¿Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan..Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.¿
¿Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.¿¿Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulahpintu hatinya
¿ tempat dimana cinta itu ada.¿
Selami lah hati wanita mu.. dan
Ingat lah¿Setiap Wanita itu Cantik

petanda jodoh

8 Petanda Dia Adalah Jodoh Kamu...
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya.Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?
Petanda 1

Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh ataubesar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takutmengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Petanda 6

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanyateman,ku harap dikau tak mjadikan aku sbg psinggahan buatmu buat seketika.aku impikan psinggahanmu adalah buat selama2nya utk diriku.mengertilah

Saturday, April 18, 2009

permata yang dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya AllahJika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana
Ilahi Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

???

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

teman...

semalam...
hari ini...
kita bersama-sama melalui perjalanan..
seiring membantu...
menongkah zaman remaja..
masa telah mendewasakan kita...
yang berlalu usah dikenang..
kini kita tetap sahabat seperti dahulu..
meskipun jarak memisah antara kita
namun tiada noktah kasih..
biarlah waktu menentukan nilai ukhwah yang terjalin..
teruskanlah perjuangan hingga ke titisan darah terakhir...
sahabat..
kau sesungguhnya..
temanku dikala suka dan lara...
tikaku buntu..
diselubungi sendu..
kau tiupkan ketabahan padaku..
sahabat...