seindah memori

seindah memori

Thursday, December 9, 2010

seBebaS buruNg terbanG,,



alhamdulillah,, akhirnya aku abih jgk exam,, ar ni,, tepat jam 1.30 ptg tadi,, walupon mcm2 jd tadi,,, jari krem sebb sejuk sgt kt bangunn exam td,, dalam keadaan yg kurng sihat, aku jawab jgk,, msa dekat2 nk kul 1.30 aku dah mula gelabah,, banyk lg aku nk tulis tp dah xcukup mse,, terpaksalah aku cepat2 wat kesimpulan,, :(
dah penat study,, dari awal study week sampailah ke minggu exam,,, penat kot,, otak pon rasa da beku sudddaaa,,,,


bila dah abih exam rasa cam bebas lak,, pas ni tak yah lg nk menghadap buku n nota,, hahahhahahaa,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,



mlm ni jugak aku nk bertolak balk kedah,,,, yehaaaaa,,,,,,,,,,,,,,,
selamat tinggal UM n Za'ba tuk sem ni
insyaallah kita jumpa lg sem depan,,

bye,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Monday, December 6, 2010

LaYannnnnnnnnnnnnnnnnn,,,,,,,,,,,,,,,,,

aku de 1 paper je lg nk exam,, hari khamis nih,,
wah2,, xsabo asenye nk kelik kg,, hak2
sempena awl muharram nih aku nk ucap kt sume blogger dan pembaca selamat menymbut maal hijrah,, bulan muharram,, sedar tak sedar bulan islam dah bertukar,, (**,)
sepanjng kehidupan aku bergelar hamba Allah, segala bagai dugaan yg aku terima, tp sikit pon aku tak mengeluh, cume kadg2 terfikir kenapa mesti aku?????????????
tp mungkin tu sume ade hikmahnya,,,

ni, aku tgah dok sorng2,, roomate aku yg sorng lg dah blah,, dah abih exam,, sorng g g stdy,, aku?? nape tak g stdy??? jeng,,jeng,,jeng,, sbb aku mls,, hak2,,,




aku tgah layan lagu2 yang aku kira sgt2 bez,,

1) doa seorang kekasih
2) kekasih
3) insan bernama kekasih
4) setia seorang suami
4) rapuh,,
5) bicara hatiku
6) mahar cinta



lgu-lgu ni memang bez,, layannnnn yer,,,,,,,,,,,,,,
zaaassss,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Saturday, December 4, 2010

aKu kecewa

kecewa sGt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Frust!!!!!!!!!!!!!!!!!!
seBab....
sampai hati kau wat aku cam nih!!!!!!!!!!!!
apa saLaH aKu,,
tp xper,, aKu sabar,,
ko nntikan dendam aku pada ko!!!!!!!!!!!!!!!



aKu frust sebb tak dapat makn burger semalam,,, burger dah abis,,,,
agaggagagagaga,,,,,,,,,, tertonggeng aku frust!!!!!!!!!!!!!

tp mujur kefrustan aKu terubaT dengaN,,,,,,,,,,,,,,,,




aiskrim!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sodaP tu,,,,,,,,,,,,,,,,
kehkehkehkeh,,,,

Thursday, November 25, 2010

besT saNgaT-saNgaT,,,

aRi jumaat ari tu,,, 19/11/2010... family aku da wat gethring,, hak suka sangat2,,,
menu kitorng time tu adalah sperti berikut:

1) satay ayam dan daging
2) nasi himpit
3) bihun sup
4) ikan kembung bakar n goreng celup tepung
5) puding ais krim
6) air ribena

wah2 sedap tak terkatalah,, daging tu adalah daging korban ,,
tu jgk la 1st time aku n kakak aku wat satay,, jga ditolong oleh saudara aku,, seharian mencucuk satay,, lenguh xpayah cakap lah,, dengan jumlah satay kesemuanya hampir 400 lebih,,,

kami mula bakar satay jam 6 ptg,,
tetamu kami adalah mereka2 yang bergelar jiran2, saudara mara, dan kawan2 kakak aku dan adik aku,,, aku??? aku xjemput pon kawan2 aku,, hahahahahaa

menu siap dihidang,, kakak ipar aku ditugaskan menggoreng ikan celup tepung,,
tugas aku time tu???? buat air,,, hakhakhak

satay dan ikan bakar plak di bakar oleh mereka-mereka yang berpengalaman iaitu ayah aku, paklang, dan abg aku,,

wah2 memng best tak payah cakaplah,,,
bila tetamu datang makan juadah yg terhidang lagi la best,,
jam 9.00 malam tetamu pon beransur pulang,,,
alhamdulillah habis jugak menu tu,,
insyaallah tahun depan akan buat lagi,,,

itu kisah makn2,,

ini kisah aku tenangkan fikiran,,
memandangkan kt kl ni xde pantai so, aku n kawan2 cube mencari satu tempat yg boleh tenangkan fikiran kami,,,

iaitu i-city,,
kami g i-city 22/11/2010

gelak ketawa kami kat i-city sangt2 best,, masuk rumah salji yang salji la sangat,, muaahahhaahaa,,,
pastu bergambar dengan kerlipan lampu-lampu yang cantik dengan gubahan yang pelbagai bentuk,,, kaktus,,, pokok,, bangunan,, burung merak dan mcam-mcam lg yg ada kat sana,,
sangat2 cantik,,,







dan yang paling aku tak lupe adalah ketika irah nak merakamkan video pendapat sorang2 tentang i-city,, aku org 1st yg ditemubual,, mira kedua n ise adalah irang yg ketiga,,, dan irah yang keempat,,
nak dijadikan cite adlah satu babak antara aku dan irah,, ttbe je ise mendapat idea untuk main satu permainan nih,,,

di satu kawasan lapang yang dikelilingi pokok-pokok bercahaya,, kami pon mainlah permainan pusing-pusing,,,,,
awal itu osom dulu sape yang mula pusing,,,,,
osom punya osom orng pertama yg kne pusing adalah irah,, yang kedua mira, yg ketiga aku dan keempt adalah ise,,,

pening tak payah cakplah,,, pusingan kene buat 5 kali kemudian berjalan kat pokok,,
bila tibe time aku,,,,
aku pusing2 pening sudaaa,,,, n then aku berjalan bukan kt pokok btul2 tempt pusingan tu tp pokok lain,, mira cuba pengang aku,, tp pening lg,, wah2 pening giler,,,
wakakakaa,,,,

last sekali bila dah lega pening, kami berempat pon tgoklah citer mr. kacang yg ditayangkan kt screen besar... bergelak lg kt situ,,

pastu dah masing2 penat,, kami pon balik lah,,, letih xpayah ckp tp boleh jugak hilangkan masalah walaupun sekejap,,

terima kasih irah, ise dan mira,,,
sentiasa ada tuk temani aku,,,,,
rugi kepada mereka yg belom pegi i-city,,,
(**,)

Thursday, November 18, 2010

daTaNg laG!,,,,,,,,,,,,,,

alhamdulillah,,, aidiladha dtg lg,,, semalm 17/nov semua umat islam menymbut kedtgn aidiladha,,,, alhamdulillah aku diberi kesemptn tuk beraya ngn family aku,, ade diantra kawan2 aku terpkse beraya dengn kwn2 di UM sbb exam da dekt,,, waaa,,,,,,, and aku pon aku balik sane gak lam shari dua lg,,buku n nota-nota dah memanggil aku,, hak,,

keh, berbalik pda crite aidilahda,,,
cm ne smbutannya???
sgt bez,,
meriah,,,
ngn kenduri korban pon banyak,,
hehehee,,

nak kongsi cket la,,
lepas smbhyang raye, ati aku syu jer sbb teringtkan arwah tok wan aku,,
dah bertahun2 dia pergi menghadap Illahi,,,
bila tegok kubur lagilah sayu,,,
rindu menggamit memori,,
bertambah sayu bila tgok koge yang menziarahi pusara saudra mreka,, mungkin ade yg dah kehilangan ayah dan ibu,,
aku bersyukur kerna aku masih ade kedua org tua aku,,,
tp yg pergi tetap pergi,,
untuk arwah aku sedekahkan al-fatihah,,,

nak cite ckit,,,,
mse aku on de way nak blik umah,, time 2 aku ngh drive dr kuala kedah ke ayer hitam,, bru balik dr beraya la katakan,, mak ngah aku wat knduri korban cket,,
pastu elok je Viva meluncur laju kt jaln raya 2,, tup2 aku tgok jalan dah nak mcm jem,, apsal pulak dah,,, so, aku slow cket kete,, dalm otak aku time 2 lain tak bukan kompom accident,,,

bila sampai je tempt kejadian,,, sah!! mmg accident,,, kesian aku tgok penunggang motosikal 2,, terbaring,, aku fikir jgk,, mujur dia pakai helmet,, klu xmungkin dah berkecai,, tak tahulah salah sape tp accident tu berlaku antra moto ngn van,, tp nmpak cm penunggang motosikal 2 xcedera sbb xde darah,, tp xtahulah klau kaki dia patah ke atau jadi cm ne,, cume berdoa smga dia selamat jelah,,
HATI-HATI DI JALAN RAYA,,,,,,,,,,,,,

hm,, itu jelah cite sal aidilahda aku,, aku pon dah nak berkemas nak balik kolompo,,, hope aku dpt lalui exam aku kali ni lebih baik dr yang lepas,, xde lg gangguan emosi,,, hak2,,
insyaallah,,, amin,,,,,

Friday, November 5, 2010

TAHA,,,,,,,,,,,,,



alhamdulillah,,,,,, dah selesai segala-galanya berkaitan dgn taha,, semalam buat kali ke-4 aku menjadi sukarelawan TAHA @ tabung haji di KELANA JAYA,,,

membantu jemaah haji yang akan berlepas ke tanah suci mekah mmbuatkan aku rasa bertuah,,
aku nk kongsi pengalamn sy ngn pembace sume,,,

hari pertama: sy membantu jemaah haji muhasasah yg mana jemaah2 haji ni di pantau atau dikendalikan secara keseluruhannya oleh tabung haji,, pertama kali membantu mereka,, ada kesyuan bila mendengar 'labbaikallah hu malabbai,," sayu hati yg teramat sngat,,
dlm hati dah la sayu,, bertambah sayu la jwabnya bila bantu jemaah haji,,
nak2 plak jemaah haji yang kurang upaya,,,




hari ke-2

membantu jemaah haji dibawah syarikat swasta,,,,,biase2 je lah sbb yg pegi under swasta ni sumenyer sihat2,,
hehehehe




hari ke 3 pon same gak,, swasta jgk,,,


hari ke-4
iaitu semalm (4/11/2010)
JEMAAH HAJI MUHASASAH,,,,
alhamdulillah,, aku lebih suke kendalikan jemaah muhasasah,, sebb kite boleh rasa sesuatu yg aku tak tau nak ckp cm ne,, tp aku ase sesape yg pergi urus jemaah haji mesti tau,, satu perasaan yg unik akn ade,,
tu lah pengalamn aku sepanjang membantu jemaah haji,,,
kucupn dan salam mereka membuatkan lahir satu perasaan dlm at aku,,
jiwa resah,, menjdi tenang,,
terharu,, sebak,, sedih dan aku menangis,,,!!!!!!!!!!!
mudah2an 1 ari nnti aku berpeluang mengerjakan haji,, amin,,,




saya mengucapkan terima ksaih kepada TAHA UM, terutamanya kpd Hafiz, MaHmuddaH dan kepada mereka yg terlibat secara langsung mahupun secara tak langsung dlm menjya kan program ni,, sekalung terima kasih jugak kepada TAHA kerana memberi peluang kepada mahasiswa/mahasiswi untuk menguruskan jemaah haji,, tak lupe gak kepada EN. AZIZUL kerana bersusah payah mengambil dan menghantar sukarelawan TAHA,,,, terima kasih semua!!!!!!!!!!

Monday, November 1, 2010

KeNa BuL!,,,,,,,,,,,,,,,

wahwahwah,,,,,,,,,,,,,,, aku kene buli ngn kwan2,,,,,,,,,,
sebab ape?????

al-kisahnya kami sume plan nk kenekan sorng kwn ni,, bob empunye nama,,, nak dijadikan cite,, tengh2 borak2 ngn dia,, paklong sempat la simbah air kat dia,, wan n k.c sempt la baling tepung kt dia,, tp bob ni sempt lari,, bagaikan lipas kudung jer dia lari,, xsempt kejar,, dia terus naik bilik dia,,,,
hohoho

pe lagi yg kt bawh la jdi mangse nya,,,
mula-mula ise,,,kene baling tepung ngn aku n mira,,
time 2 siti munirah dah hilang,, aku cari2 dia tp xjumpe,,
huh,, geram nyer,,,

pas ise kene,, mira lak kene simbah air,,,
pent berlari,, hukhukhuk

pas 2 wan kene,,
sambil2 tu ise n mira ni plan nak kenekan aku,, hampeh! aku boleh tak sedar,,
baik punye air yg dia simbah kt aku,,
ait+tepung+sabun+kicap,,,
basah lecun aku kene,,,

pas tu aku kene lg simbah ngn air,,
air yg busuk,, huhuhu
air kolam ikan kt za'ba ni,,
sbelom kene 2 aku cube lari,, tp ise lari lg laju dr aku,, cept jer dia kejar aku,,
pe lagi,, """ kene simbah la aku,,"" huhuhu

ni kali ke dua aku kene 'prank' ngn kwn2 sbb besday,, xpe2 nnt sem depn aku bals balik kt kwn2 aku yg belom kene lg,,

terutamya SITI MUNIRAH BT AHMAD SHAKRI,,,
HAHAHAHHAHAHA (GELAK JAHAT NI)

Sunday, October 31, 2010

menaNt! seBuaH jawaPaN...

“Syuha, lepas tamat belajar nanti kita kahwin nak tak? Dah tak lama Syuha. Minggu depan kita dah mula final .” Tutur Wan Akmal. Suci Syuhada memandang Wan Akmal. “Eh, awal sangat la, sekarang umur kita baru 24 tahun saya taknak lah kahwin awal Mal.” Suci Syuhada melihat ada keruhan pada wajah itu.
“Awak tahu tak yang saya sayang sangat pada awak, saya taknak kehilangan awak, saya takut awak dirampas orang.” Suci Syuhada ketawa mendengar kata-kata Wan Akmal. “Awak ni, saya setia dengan awak, awak jangan risau okey?” Suci Syuhada memujuknya.
Satu senyuman terukir pada wajahnya. “Betul ke Syuha?” “Betullah cik abang oi.. takkan saya nak tipu awak pula." “Kalau begitu Syuha apa kata kita bertunang dulu nanti bila kita dah kerja, ekonomi stabil, saya pun dah cukup duit, kita kahwin ye?”Suci Syuhada hanya mengagguk tanda setuju. “Yahuuuuu, terima kasih Syuha, sayang saya bertambah pada awak. Nanti awak nak berapa orang anak?” Demi mendengar soalan itu, muka Suci Syuhada merona merah. Malu. Dia hanya tertunduk malu. “Awak malu ye Syuha, okey lah saya yang putuskan, kalau ada rezeki, saya nak anak yang ramai. Nanti bila kita dah tua, ada anak-anak yang jaga kita. Lelaki dan peremmpuan sama banyak lagi baik Syuha.” Suci Syuhada hanya mendengar angan-angan Wan Akmal. Mungkinkah menjadi kenyataan atau tidak Suci Syuhada tidak pasti. Sesekali terdengar ketawanya. Wan Akmal mula memasang angan untuk hidup bersama Suci Syuhada. “Mal, mak awak terima ke saya sebagai menantu Mal?” Soal Suci Syuhada. Dia terdiam seketika. Memikirkan sesuatu. “InsyaAllah, mak saya terima awak, dan insyaAllah awak akan selesa dengan mak saya.” “Tapi saya takut Mal.”


“Tak ada apa yang perlu ditakutkan Syuha. Saya yakin mak saya akan terima awak dengan hati yang terbuka. Percayalah Syuha.” “Tapi Mal, awak betul-betul ke sayangkan saya?” Suci Syuhada memandang wajah Wan Akmal. Mencari sinar kejujuran dalam sinar matanya. “Syuha, sayang saya pada awak setinggi Gunung Kinabalu dan kasih saya seluas lautan Pasifik. Besar kasih dan sayang saya pada awak.” Perlahan Wan Akmal menuturkan katanya.

“Kenapa Syuha? Awak tak percaya pada saya ke?” Suci Syuhada memandang wajahnya yang sedikit berkerut. Suci Syuhada masih diam membisu,bukannya tidak mahu percaya tapi macam-macam cerita yang didengarinya tentang kecurangan lelaki itu. Tapi Suci Syuhada tidak ada bukti yang menyatakan kecurangannya, hanya mendengar melalui khabar angin sahaja. Suci Syuhada masih menunggu masa yang sesuai untuk mencari kesahihan cerita itu. Suci Syuhada tidak mahu dianggap perempuan yang bodoh, buta kerana cinta. Akan dicari jua kesahihannya. “Syuha?” Suci Syuhada tersedar dari lamunan. “Saya percaya Mal, cuma kadang-kadang hati ini sangsi dengan kejujuran awak.” Entah mengapa Suci Syuhada berterus terang. Wan Akmal sedikit tersentak. “Apa maksud awak Syuha? Awak meragui kejujuran saya?” Suci Syuhada menggeleng pantas. “Bukan itu maksud saya. Saya cuma tak pasti dengan perasaan saya sendiri. Entah mengapa saya berasa ada sesuatu yang akan menghalang hubungan kita nanti.” Suci Syuhada menutur perlahan, tertunduk. Segan untuk bertentang mata dengannya.
Wan Akmal menarik nafas. “Syuha, saya sayang awak. Dalam hati saya hanya ada awak sahaja Syuha. Tak ada yang lain Syuha.” Kata Wan Akmal dengan bersungguh-sungguh. “Syuha, kalau awak masih meragui kasih sayang saya, sekarang juga saya suruh mak saya meminang awak Syuha.”
Suci Syuhada terkejut. “Eh! jangan Mal. Jangan buat kerja gila macam tu Mal.” “Habis tu saya nak buat macam mana lagi, saya dah puas beritahu awak yang saya sayang awak tapi awak masih meragui sayang saya.” Suara Wan Akmal sedikit meninggi Keras. Suci Syuhada kaget. Entah mengapa dia terasa hati dengan tengkingannya itu. Suci Syuhada mendiamkan diri. Sepi antara mereka. Angin petang yang bertiup tidak mampu mendinginkan perasaan Suci Syuhada ketika ini. Suci Syuhada mengalihkan pandangan ke arah beberapa pelajar yang sedang berkayak. Sesekali mata Suci Syuhada terarah pada keindahan Tasik Varsiti. Tasik inilah yang menemukannya dengan Wan Akmal. Suci Syuhada masih ingat lagi, ketika itu dia sedang bersendirian di pondok tasik. Tiba-tiba Suci Syuhada disapa oleh satu suara yang tidak dikenali. “Assalamualaikum, boleh saya duduk sini?” Sapa suara tersebut. Suci Syuhada memandang ke arah suara tersebut. Dia hanya berdiam diri. Lalu si lelaki itu mengambil tempat berhadapan dengannya.“Saya selalu nampak awak seorang diri di sini. Selalu termenung. Kenapa ye?” Lelaki itu memulakan bicara. Suci Syuhada masih lagi mendiamkan diri.
‘Ewah-ewah suka hati je tanya kenapa aku termenung. Suka hati akulah nak termenung ke ape ke’. Suci Syuhada bermonolog. “Oh, terlupa pulak saya nak kenalkan diri, saya Wan Akmal, awak boleh panggil saya Mal. Saya ambil kursus Perakaunan. Nama awak siapa?” Tanya lelaki itu lagi yang memperkenalkan diri sebagai Wan Akmal. “Saya Syuha. Kursus Kejuruteraan Awam.”Suci Syuhada memperkenalkan diri maka bermula dari situ mereka mula berkenalan. Bertukar pendapat dan berkongsi cerita. Tasik inilah menjadi saksi cinta mereka berputik. Biarpun kursus mereka berlainan namun ia tidak menghalang mereka daripada berjumpa. Setiap hujung minggu, Tasik Varsiti UM inilah yang menjadi pilihan mereka berdua. Suci Syuhada tidak mahu berjumpa di luar kerana baginya ia membazirkan wang, manakan tidak untuk keluar perlu menaiki teksi ataupun menggunakan perkhidmatan Bas Rapid KL. Jadinya, dia lebih senang memilih Tasik Varsiti,lebih menjimatkan biarpun berkali-kali Wan Akmal tidak setuju dengan pendapatnya. Akhirnya Wan Akmal akur juga. Sesekali dia memandang beberapa pelajar sedang berkayak. Ada juga yang berjogging pada waktu petang di tepi tasik ini. Dia hanya memandang sekilas. Suci Syuhada kembali memandang Wan Akmal. Dia meraup wajahnya. “Syuha, saya minta maaf, saya berkasar dengan awak tadi, saya tak sengaja. Saya geram bila awak meragui kasih sayang saya pada awak." Suci Syuhada hanya memandang wajahnya tanpa berkata apa. Kata-katanya tidak dapat memujuk hati Suci Syuhada. Dia masih melayan perasaan.“Syuha, awak jangan diam macam ni, saya rasa bersalah. Saya minta maaf.” Suci Syuhada menarik nafas panjang.Mengumpul kekuatan untuk berkata sesuatu. Suci Syuhada memandang redup matanya. Redup mata itulah yang membuatkan hati Suci Syuhada tertarik padanya. Dia sendiri makin keliru dengan perasaannya. Keliru dengan khabar angin yang didengarinya dan kata hatinya sendiri. ‘Apakah mungkin dia jodoh aku ataupun tidak aku sendiri tak pasti. Yang pastinya aku berharap agar hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat kami’. Suci Syuhada meleparkan pandangannya ke tasik. Tanpa memandangannya Suci Syuhada meluahkan apa yang terbuku dihatinya. “ Mal, saya tak harap awak sayang sangat pada saya, tapi cukuplah sekadar sayang saya. Saya takut bila saya jatuh sayang dengan kejujuran awak, saya akan terluka suatu hari nanti. Saya taknak berangan-angan perkara yang belum tentu berlaku. Ingat Mal, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Perjalanan kita masih jauh Mal. Mungkin selepas ini awak akan temui gadis yang lebih baik daripada saya dan masa tu hati awak berpaling pada cintanya dan membiarkan saya terkapai-kapai seorang diri. Saya taknak perkara begitu berlaku Mal, sekali saya setia selamanya saya akan setia dan awak jangan buat suatu hari nanti setia saya pada awak hanya jadi pasir Mal.” Wan Akmal memandang Suci Syuhada. Namun dia sedikit tidak membalas pandangannya. “Apa maksud awak Syuha? Saya tak faham. Apa yang saya dah buat pada awak?” “ Saya tak maksudkan apa-apa cuma saya harap awak ingat kata-kata saya Mal. Selepas ini kita takkan jumpa lagi sebab kita dah exam, jadi saya harap awak faham.” “ Kenapa dengan awak ni Syuha? Tetiba je cakap macam tu dengan saya.” “Tak ada apa-apa cuma saya nak tumpukan pada study.” Suci Syuhada memandang Wan Akmal. Dia cuba memaniskan wajahnya dengan secangkir senyuman.
“Okey, kalau itu yang awak nak saya tak paksa, tapi izinkan saya berjumpa dengan awak pada paper akhir nanti Syuha.”
“ Paper kita tak sama Mal. Awak habis exam awal pada saya.” Perlahan Suci Syuhada menuturkan kata. “Tak apa saya tunggu awak habis paper Syuha. Saya nak jumpa dengan awak.” “Jangan bazirkan masa yang ada Mal. Banyak lagi benda yang awak boleh lakukan daripada tunggu saya habis exam. Kalau pun awak nak tunggu saya awak nak buat apa kat tunggu saya sorang-sorang sedangkan kawan-kawan awak yang lain dah balik kampung.Awak baliklah kampung dulu, insyaallah kalau ada jodoh kita tak kan lari gunung yang dikejar Mal.” Suci Syuhada memandang wajah yang sayu dihadapannya. Bukan tidak kasihan tapi tapi takut kepercayaan yang mula tersemai hancur begitu sahaja. “ Syuha, kalau kata-kata saya tadi membuatkan awak terasa, saya minta maaf, saya tak sengaja nak berkasar dengan awak. Apa pun yang terjadi Syuha, awak tunggu saya Syuha. Saya akan meminang awak Syuha.” Kata-kata Wan Akmal disambut Suci Syuhada dengan ketawa yang sengaja dibuat-dibuat. “ Saya serius Syuha.” Sedikit tegas suara Wan Akmal. ‘Dia nampak macam bersungguh untuk menyunting aku sebagai permaisurinya. Jika dulu kata-kata ini dilafazkan tentunya aku gembira, bertepuk keseronokkan tetapi sekarang, aku berbelah bagi’. “Syuha, awak percayalah pada saya Syuha, saya tak ada yang lain kecuali awak Syuha. Dulu memang betul saya playboy tapi bila saya bertemu dengan awak, saya dah berubah Syuha. Saya dah tinggalkan perangai saya yang buruk tu Syuha. Saya dah temui cinta sejati Syuha. Cinta sejati saya tu adalah awak Syuha. Awak jangan buat saya macam ni Syuha. Kita berkawan dah lama Syuha, hampir dua tahun Syuha.” “Tapi dua tahun belum cukup untuk kita kenali hati budi masing-masing Mal. Mungkin ya awak dah berubah, tak lagi berfoya-foya dengan perempuan, tapi macam mana dengan desas-desus tentang awak yang saya dengar.?” Suara Suci Syuhada sedikit meninggi. Wan Akmal tersentak. “Tentang apa? Apa yang awak tentang saya?” “ Takkan awak tak tahu sedangkan saya rasa satu ‘u’ ni dah sibuk bercerita tentang awak.” Suci Syuhada memandangnya dengan pandangan yang menjengkelkan. Wan Akmal memandang dirinya memohon penjelasan. Perlahan dia melepaskan nafasnya. “Saya tak tahu macam mana nak cakap tapi saya dengar awak ada hubungan dengan Ifa. Lepas Ifa saya dengar pula awak dengan Yana. Lepas tu dengan Dibah. Saya tak faham Mal. Apa semua ni Mal?” Dia mengeraskan sedikit suaranya. Dia memandang Wan Akmal. Dia kelihatan sedikit cuak. “ Apa yang awak cakapkan ni Syuha? Saya sendiri pun tak faham apa yang awak katakana ni Syuha. Nama-nama yang awak sebutkan tadi seorang pun saya tak kenal.” “Okey, kalau awak kata awak tak kenal, tapi jangan suatu hari rahsia awak terbongkar Mal.” “Syuha, dari mana awak dengar semua ni Syuha, awak jangan nak putuskan hubungan kita semata-mata cerita yang awak dengar yang belum tahu betul ke tak!” Jerkah Wan Akmal. Suci Syuhada terkejut. “Awak tak perlu nak tengking saya. Saya akan siasat Mal. Kalau betul apa yang saya dengar, hubungan kita akan berakhir Mal. Takkan pokok nak bergoyang kalau tak ada angin Mal.” Suci Syuhada menjadi sebak. Namun dia takkan biarkan air matanya menitis di depan lelaki ini. Dia pantas meninggalkannya . Entah mengapa pertemuan mereka kali ini berakhir dengan pertengkaran.


************************************************************************************



3 tahun kemudian……
“Pinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn”. Hon panjang berbunyi. Satria GTI itu berhenti betul-betul di hadapan Suci Syuhada. Suci Syuhada masih terpaku. Terkejut dengan situasi yang dialaminya. Syed Izwan Atras terkocoh-kocoh keluar dari keretanya. Dia menghampiri wanita yang kelihatan masih terkejut.
“Err…. Maaf, awak tak apa-apa ke? Sorry, salah saya , saya tak perasan yang awak nak melintas tadi.” Syed Izwan Atras memandang ke arah Suci Syuhada. Dia melihat bibir wanita itu terketar-ketar. Mungkin masih dalam ketakutan. Perlahan Suci Syuhada menoleh ke arah Syed Izwan Atras. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Pantas berlalu pergi meninggalkan Syed Izwan Atras yang kehairanan. Namun hatinya tertawan pada wajah wanita itu. Seperti pernah dilihat wanita itu. Syed Izwan Atras kembali ke keretanya. Dia memecut Satria GTI nya itu menuju ke satu destinasi. Sesampainya di destinasinya dia tersenyum memandang sahabatnya yang dari jauh lagi sudah melambai-lambaikan tangannya. Mereka berjabat tangan.“Sorry Yus aku lambat sikit, tadi aku nyaris langgar sorang ‘awek’, mujurlah aku sempat brek kalau tidak tak tahu lah apa nak jadi.”“So, ‘awek’ tu bagaimana? Apa dah jadi pada dia?” Soal Fairuz. “Awek tu okey je, dia tak apa-apa, tapi kau tahu Yus, awek tu cantik, aku tak sempat nak tanya nama dia, dia dah blah.”
“Kau dah jatuh cinta ke?” “Tah aku tak tahu tapi yang pasti aku nampak kelembutan pada wajah dia.”
“Wah, nampaknya kau dah jatuh cinta dengan dia Iz, kau kena cepat-cepat tackle dia." “Kau ni aku nak tackle macam mana aku tak tahu dia nama apa, tinggal kat mana, jumpa sekali tu je. Mana tahu silap-silap hari bulan dia tu isteri orang ke mampus aku. Eh! Aku tengok kau hari ni ceria semacam je, ada apa-apa ke?” Soal Syed Izwan Atras. “Sebab tu lah aku panggil kau ke mari, aku ada hal nak beritahu kau ni.” Fairuz tersenyum.
“Apa hal?" “Aku sebenarnya nak kahwin, ni kad jemputan aku. Kau kena datang tau, kalau kau sibuk macam manapun kau tetap kena datang jugak, aku ni kawan kau so aku nak kau jadi pengapit aku nanti.” Syed Izwan Atras meneliti kad jemputan Fairuz. “ Suci Fatihah , sedap nama bakal isteri kau ni. Orangnya mesti cantikkan?” “Of course cantik, lembut orangnya tu yang aku terpikat.” “Aku tak tahu pun yang kau bercinta, apatah lagi bertunang. Bila masanya kau bercinta ni?” “Aku tak bercinta tapi pilihan orang tua-tua. Kami tak bertunang lagi tapi hari kahwin nanti baru bertunang lepas tu terus nikah. Orang tua aku yang cadangkan jadi aku ikutkan aje la.”
“Wah, bestnya kau dah nak kahwin ni, so kau cerita la sikit-sikit kat aku macam mana perasaan kau dah nak bergelar suami.” “Yang kau tanya aku ni, kau tu bila pula nak kahwin, sedar sikit Iz, umur kita makin meningkat, jangan nanti aku dah dapat anak pun kau belum kahwin lagi. Kau tunggu siapa sebenarnya Iz?” Fairuz memandang Syed Izwan Atras. Bukan dia tak kenal dengan sahabat baiknya itu, mereka bersahabat sejak sekolah rendah hinggalah melangkah ke universiti. Syed Izwan Atras memang terkenal di universiti dahulu, ramai perempuan yang cuba mendekatinya tapi seorang pun tak dilayannya. Cuma hatinya tertarik pada seseorang, namun hatinya berat untuk meluahkannya. Syed Izwan Atras mengeluh. “Entahlah Yus, aku tak pasti dengan perasaan aku, tapi aku dapat rasakan yang aku masih tunggu dia. Walaupun aku tahu penantian aku hanya sia-sia tapi selagi aku tak dengar yang dia dah kahwin aku tak kan berputus asa. Aku suka tengok dia Yus. Lembut sangat dia. Bercakap pun penuh sopan je. Aku berdoa moga-moga aku dapat berjumpa dengannya suatu hari nanti.” “Tu lah kau, dulu aku suruh kau luahkan perasaan kau pada dia kau tak nak, kononnya takut cinta kau ditolak. Tengok sekarang, apa dah jadi, habuk pun tak ada.”
“Yus kau pun tahukan masa tu dia rapat sangat dengan mamat akuan tu kan, takut aku nak dekat, silap-silap aku makan penumbuk dia, kau pun tahu aku tak suka bergaduh.” Fairuz mengangguk- anggukkan kepalanya. “Aku tahu Iz, tapi sampai bila kau nak tunggu dia Iz, dah tiga tahun Iz. Entah-entah dia dah kahwin Iz. Tak pun dah ada anak sekarang Iz. Sia-sia je kau tunggu dia Iz.” “No! Yus, selagi aku tak dengar dia dah kahwin aku takkan berganjak dengan keputusan aku. Aku tetap tunggu dia.” “Suka hati kaulah Iz, tapi yang penting aku nak kau hadir majlis aku nanti.” “Okey, kau jangan risau aku mesti datang punya, kan aku pengapit kau.” Kata-kata Syed Izwan Atras disambut oleh Fairuz dengan ketawa. “Iz, aku gerak dululah, aku nak buat persiapan kahwin aku. Sekejap lagi aku dengan Tihah nak pergi beli cincin.” “Okey Yus, jumpa kau nanti.”




*************************************************************************************

“Akak, Tihah takutlah akak. Dah dekat tiga jam tapi Yus tak sampai lagi kak, padahal bukannya jauh sangat Kuala Lumpur dengan Pahang kak.” “Tihah, jangan takut, inikan majlis Tihah,Tihah tak boleh buat macam ni dik,Sekejap lagi sampai la Yus." “Tihah takut sesuatu berlaku pada Yus kak.” “Tihah, dengar sini akak cakap, Tihah mesti berdoa semoga perjalanan Yus selamat. Akak tak nak nasib kita serupa dik. Tihah mesti kuatkan semangat.” Suci Syuhada menasihati adiknya. “Terima kasih akak beri semangat pada Tihah. Tihah tak nak akak sedih, Tihah tak nak kehilangan Yus.” Suci Syuhada hanya menganggukkan kepalanya. “Nanti Kak Suci telefon Yus tanya dia ada kat mana ya.” Suci Syuhada memujuk adiknya. Telefon bimbit di atas meja solek dicapainya. 10 angka didail. Tidak sampai lima minit, sudah kedengaran suara memberi salam dari sebelah sana.“Err… Yus ke tu? Ada dimana sekarang Yus?” “Bukan, Yus nevous nak bercakap,saya kawan dia, kami sekarang on the way. Dalam lima belas minit lagi kami sampai.” “Oh, kalau begitu tak apalah, adik saya ni risau sangat dia, semua selamat ke?” “Ye, kami selamat, maaf lah menunggu lama sebab kereta rosak pulak tengah jalan tadi.” “Kalau begitu tak apalah, assalamualaikum.” Suci Syuhada memandang Suci Fatihah dengan senyuman. “Tihah tak payah risau ye kejap lagi rombongan pengantin lelaki sampai.” Suci Syuhada lega melihat adiknya sudah tersenyum. Situasi pengantin lelaki lambat sampai ke rumah pengantin perempuan mengingatkannya pada peristiwa tiga tahun yang lalu.
*******************************
Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat Suci Syuhada. Dia akan bergelar isteri kepada lelaki yang dicintainya, Wan Akmal. “Suci, ayah ada hal yang ayah nak cakap dengan kau Suci.” Suci Syuhada memandang wajah tua itu dengan penuh tanda tanya. “Ada apa ayah?” “Suci, ayah harap apa yang ayah nak cakapkan ni kau banyak-banyak bersabar nak.”

Ada kerutan pada wajah Suci Shuhada. “Ayah, apa yang ayah nak cakap ayah?” “Suci, Akmal kemalangan. Sekarang dia ada di hospital." Demi mendengar berita tersebut, Suci Syuhada terduduk. Ya Allah, dugaan apa yang KAU berikan pada aku. Di saat aku ingin bergelar seorang isteri KAU beri aku dugaan Ya Allah. “Ayah, bawa Suci jumpa Mal ayah, Suci nak jumpa dia.” Lemah suara Suci Syuhada. Encik Ahmad hanya mengangguk lantas dengan langkah yang longlai Suci Syuhada menurut langkah ayahnya. Sesampai sahaja mereka di hospital, Suci Syuhada terus meluru ke arah keluarga Wan Akmal. “Abang Zan, bagaimana dengan Mal?” Suci Syuhada sebak. “Sabar Syuha, Mal masih kat dalam, dia banyak kehilangan darah. Kita doakan dia selamat Syuha.” “Mak cik dengan pakcik bagaimana?” “Mereka cuma cedera ringan je Syuha, kereta yang dipandu oleh abah terbabas semasa abah nak elak seorang kanak-kanak yang datang entah dari arah mana. Abah sempat brek tapi Mal tercampak keluar. Sebab tu dia cedera teruk, mak dengan abah cedera ringan je Syuha. Abang Zan tak tahu nak cakap macam mana Syuha, tadi dia memang beria-ia nak naik kereta dengan abah dan mak.” Sayu suara Wan Azizan menutur kata. Suci Syuhada sudah teresak-esak. “Suci, sabar nak.” Encik Ahmad menepuk-nepuk bahu Suci Shuhada. Dia hanya memandang Bilik Unit Kawalan Rapi. Ya Allah, KAU selamatkanlah Akmal, walaupun apa yang terjadi pada dirinya nanti aku tetap ingin menjadi isterinya. Aku cintakan dia Ya Allah. Akmal, awak mesti kuat Mal. Awak tak boleh pergi macam tu aje Mal. Ya Allah selamatkanlah Akmal Ya Allah. Tidak putus-putus Suci Syuhada memohon doa pada yang Esa. Tiba-tiba, pintu Unit Kwalan Rapi di kuak. Kelihatan seorang doktor berjalan menuju ke arah mereka. “Siapa keluarga pesakit?” Soal doktor muda itu. “Saya abangnya doktor. Bagaimana dengan keadaan adik saya doktor?” “Pesakit akan kami pindahkan ke wad biasa sebentar lagi. Pesakit banyak kehilangan darah, besar kemungkinan pesakit akan koma. Dia perlu kuatkan dirinya untuk terus hidup. Kesan hentakkan yang kuat pada kepalanya menyebabkan terdapat darah beku dalam kepalanya. Tapi jangan risau, darah beku sudah kami buangkan.” “Ya Allah.” Hanya itu sahaja yang dapat diucapkan oleh Suci Syuhada.




**********************************************************************************

Masa terluangnya di penuhi dengan melawat Wan Akmal. Hampir seminggu Wan Akmal masih tidak sedarkan diri. Kata- kata semangat untuk lelaki itu tidak pernah dia lupa, malah untuk berdoa pada Yang Esa sentiasa meniti di bibirnya. Jika dia berkesempatan, dia akan membaca surah Yassin pada Wan Akmal. Suatu dahulu mereka pernah bertengkar, tetapi mujurlah Wan Akmal cepat tersedar dengan kesalahannya menduakan cinta Suci Syuhada. Suci Syuhada memaafkannya dan menerimanya kembali kerana yakin dengan huluran cinta Wan Akmal yang tulus dan yakin bahawa lelaki itu telah berubah. Hampir empat tahun mereka menyulam kasih, akhirnya kata sepakat untuk mengikat hubungan yang sah telah diambil oleh ke dua-dua pihak. Namun kini, belum sempat dia bergelar isteri, dia hampir kehilangan insan yang tersayang. Inai dijarinya masih merah, tetapi dia belum sempat menjadi isteri orang. Namun begitu, majlis perkahwinannya tetap berlangsung tetapi tanpa pengantin lelaki dan perempuan. Suci Syuhada memandang ke arah Wan Akmal. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Wan Akmal. ‘Mal, awak mesti kuatkan semangat awak Mal. Saya masih perlukan awak dalam hidup saya. Mal, awak jangan tinggalkan saya Mal.’ Suci Syuhada menjadi sebak.Tiba-tiba dia terpandangan akan jari-jemari Wan Akmal yang bergerak-gerak. Kemudian dia cepat-cepat memanggil doktor. “Doktor, bagaimana dengan keadaannya doktor?” “Dia dalam keadaan separuh sedar, awak hubungi keluarganya kerana saya takut nanti mereka tidak sempat untuk berjumpa dengannya.” Terang doktor muda itu yang dikenali sebagai Doktor Farid.

“Maksud doktor?” “Begini Cik Syuha, keadaan pesakit yang koma memerlukan kekuatan pada dirinya sendiri untuk dia berjuang dengan maut. Kekuatan yang ada pada dia sekarang tidak cukup kuat. Pada kebiasaannya, pesakit yang koma akan sedar apabila kekuatan dalam diri mereka amat mendalam tetapi dalam kes Encik Akmal ini, saya dapati dia tidak cukup kuat untuk melawan penyakitnya. Jika dia kuat, insyaAllah dengan kuasa Allah dia akan sedar. Saya tidak tahu apa puncanya yang menyebabkan dia tidak cukup kekuatan.” Penerangan daripada Doktor Farid bagaikan angin lalu. Suci Syuhada sudah tidak dengar apa-apa lagi. Lututnya menjadi lemah. Ya Allah, mengapa begini hebat ujianmu terhadap hambamu yang kerdil ini Ya Allah. Suci Syuhada sudah menangis teresak-esak.




****************************

Selepas mendengar perkhabaran daripada Suci Syuhada tentang keadaan Wan Akmal, keluarga Encik Wan Noradin bergegas ke hospital. Sesampainya mereka di situ, mereka terus arah Suci Syuhada.
“Syuha, bagaimana dengan Mal?” Tanya Puan Wan Mahani kepada Suci Syuhada. “Mak cik dengan pak cik pergilah jumpa dia. Dia dalam keadaan separuh sedar, tadi doktor beritahu yang jika dia tidak cukup kuat, hayatnya tak lama mak cik.” Demi mendengar ayat yang terakhir daripada Suci Syuhada, mereka terus menuju ke wad No. 3. “Mal, kau perlu kuat Mal, kau jangan lemah begini, kami semua perlukan kau Mal.” Puan Wan Mahani mula sebak. “Mak, Mal minta maaf kalau Mal ada buat silap dengan mak selama Mal jadi anak mak. Abah maafkan Mal. Mal dah tak kuat mak, abah. Mal dah tak terdaya nak melawan semua ni.” Terketar-ketar suara Wan Akmal menutur kata. “Mal, jangan banyak bercakap, kau tak sihat sepenuhya, abah yang perlu minta maaf, kalau abah tak cuai perkara ini takkan berlaku.” Encik Wan Noradin turut sebak. “Mak, abah, banyak yang Mal nak cakap tapi Mal takut tak sempat, boleh tak Mal jumpa Syuha mak? Mal nak cakap dengannya mak.”Sayu suara Wan Akmal. Puan Wan Mahani mengangguk lantas keluar mendapatkan Suci Syuhada.Suci Syuhada masuk ke bilik yang menempatkan Wan Akmal. “Ada apa Mal, awak jangan banyak bergerak. Awak belum pulih Mal.” Sapa Suci Syuhada. Wan Akmal memandang wajah Suci Syuhada yang sayu. “Syuha, terima kasih kerana awak masih setia pada saya walaupun saya terlantar sakit. Saya tahu Syuha, awak sentiasa disisi saya memberi kekuatan pada saya. Saya mendengar apa yang awak katakan cuma saya tak mampu untuk bersuara. Kalau boleh saya tak nak lihat awak menderita kerana saya. Syuha, saya izinkan awak cari pengganti saya Syuha.” Dengan nada yang sayu Wan Akmal menluahkan rasa hatinya. Suci Syuhada terkejut. “Apa yang awak merepek ni Mal. Awak sendiri tahu, saya pernah cakap sekali saya setia selamanya saya akan setia. Kalaupun awak lumpuh saya sanggup terima awak, tapi saya minta awak kuatkan diri awak. Jangan jadi lemah begini. Mana Wan Akmal yang saya kenal dahulu? Awak tahukan yang saya sayangkan awak. Please Mal, awak kuatkanlah diri awak Mal.” Suci Syuhada sudah menangis. Tak sanggup kehilangan insan yang amat dicintainya. “Tapi Syuha, saya tak cukup kuat, saya tahu awak sayangkan saya. Syuha saya minta pada awak jika awak sayangkan saya awak lepaskanlah saya pergi dengan aman. Awak maafkanlah saya atas kesilapan saya selama ini Syuha. Maafkan saya kerana saya tak dapat nak beri awak gelaran isteri kepada Wan Akmal. Kalau bukan kerana kecelakaan hari itu sudah pasti kita kita bahagia sekarang sebagai suami isteri kan Syuha. Tapi itulah niat kita tak kesampaian.” Wan Akmal memaksa diri untuk tersenyum. Puan Wan Mahani terhenjut-henjut bahunya menahan sebak, begitu juga dengan Encik Wan Noradin. “Sudahlah tu Mal, jangan menyalahi takdir. Kita hanya mampu merancang tapi Allah jualah yang menentukannya. Awak rehatlah dulu Mal. Saya nak awak kuatkan semangat awak.” “Syuha, saya dah nak pergi, awak maafkan saya ya Syuha.” Wan Akmal memohon kemaafan. Suci Syuhada sudah tidak dapat menahan tangisannya lagi. “Mal jangan cakap macam tu lagi, saya dah lama maafkan awak. Mal saya pun minta maaf juga pada awak. Tapi sekarang saya nak awak berehat.” “Saya tak nak berehat, saya takut nanti tak sempat nak pandang awak, dengar suara awak lagi. Syuha, awak tak ada buat salah dengan saya. Awak dah jaga saya sepanjang saya terlantar kat sini. Saya hargai apa yang awak buat pada saya. Terima kasih Syuha. Saya terlalu sayang dan cintakan awak. Saya cintakan awak sampai mati Syuha. Syuha, saya lega dapat luahkan apa yang saya rasa selama ini. Lepas saya luahkannya saya rasa tenang untuk pergi menemui Allah.” Nafas Wan Akmal makin lemah. Suci Syuhada tahu masanya sudah sampai. Dia akan kehilangan insan yang amat disayanginya. “Mal, jangan tinggalkan saya.” Luah Suci Syuhada. Namun luahannya sudah tidak didengari lagi oleh Wan Akmal. Nafasnya sudah berhenti. Perlahan, Encik Wan Noradin menutup mata anak lelakinya. Tangisan Puan Wan Mahani makin menjadi-jadi. Suci Syuhada memandang sayu tubuh yang terbaring kaku. “Mal, awak janji nak hidup dengan saya, tapi kenapa awak tinggalkan saya Mal? Kenapa awak tak kuat Mal. Kenapa Mal?” Lemah suara Suci Syuhada sebelum dia sendiri jatuh terjelepuk di lantai.


****************************
Paluan kompang mengejutkan Suci Syuhada daripada lamunan. Dia mengesat air matanya yang mangalir dipipi gebu miliknya. Dia segera mendapatkan Suci Fatihah. Suci Fatihah memandangnya dengan penuh kehairanan apabila melihat mata kakaknya sedikit merah. “Kak Suci menangis ke? Teringat arwah Abang Mal ke Kak Suci? Sudahlah kak, Abang Mal dah tak ada kak, dia aman kat sana kak. Akak, Tihah tak nak akak sedih hari ni akak. Hari ni kan majlis Tihah kak.” Suci Fatihah turut mengalirkan air matanya. Turut merasai kesedihan kakak kembarnya. “Maafkan akak dik, akak tiba-tiba aje teringatkan arwah. Dah tiga tahun arwah tinggalkan akak. Eh! Tihah janganlah nangis, nanti tak berseri pengantin kita ni. Sekejap lagi pengantin lelaki akan masuk bilik ni untuk acara membatalkan air sembahyang.” Suci Syuhada memeluk adik kesayangannya.Usai acara membatalkan air sembahyang, pengantin diminta ke meja makan untuk makan bersuap. Suci Syuhada dan Syed Izwan Atras menjadi pengapit bagi kedua-dua mempelai. Hampir ke petang majlis masih dipenuhi orang ramai. Maklumlah majlis perkahwinan ini diadakan secara besar-besaran. Suci Fatihah dan Fairuz sibuk melayan sahabat- handai yang hadir.
“Tihah, siapa yang jadi pengapit awak tadi?” Soal Fairuz kepada Suci Fatihah. Suci Fatihah mengerutkan dahi. “Ai, dah jadi suami saya pun tak kenal lagi dengan kakak ipar sendiri?” “Dia kakak awak? Patutlah muka awak dan dia nak seiras. Kenapalah saya tak terfikir sebelum ni yang awak ada pertalian dengannya. Tapi saya tak nampak pun dia masa saya dan keluarga datang merisik awak dulu.” “Mestilah seiras, kami berdua kembar. Oh, masa tu dia tak ada. Dia ada kursus kat Langkawi, jadi dia tak dapat nak sertai majlis tu.Apa maksud awak tak terfikir yang kami ada pertalian? Awak pernah jumpa kakak saya ke?” “Oh, begitu, nanti jika ada masa saya ceritakan pada awak. Panjang ceritanya Tihah. Tihah, kalau awak Suci Fatihah, jadi kakak awak tu…..” Belum sempat Fairuz menghabiskan ayatnya Suci Fatihah terlebih dahulu menyampuk. “Suci Syuhada." Fairuz yang mendengarnya terkejut. Ya Allah kecilnya dunia ini. Dialah perempuan tu.. Matanya pantas meliar mencari Syed Izwan Atras. “Awak tanya ni kenapa, awak berkenan pada kakak saya pulak ke?” “Eh, awak ni, belum cukup sehari kita jadi suami isteri awak dah nak merepek. Tak ada apa lah, nanti ada masa saya cerita pada awak. Awak, saya pergi ke depan sekejap, nak jumpa dengan Iz.” Fairuz bergerak mendapatkan Syed Izwan Atras yang sedang berbual dengan Encik Ahmad. “Er… maaf ayah, saya nak bercakap dengan Iz sekejap ayah.” Encik Ahmad mengangguk lantas berlalu pergi meninggalkan dua sahabat itu. “Ada apa hal kau cari aku Yus?” Tanya Syed Izwan Atras kepada Fairuz. Fairuz menarik Syed Izwan Atras ke sudut yang agak tidak bising dan jauh dari pandangan ramai. “Kau ni kenapa Yus, siap tarik-tarik aku lagi ni. Ada apa-apa yang tak kena ke?” Soal Syed Izwan Atras lagi. “Iz, aku dah jumpa perempuan yang buat kau separuh nanar dulu.” Syed Izwan Atras terkejut. “Betul ke ni Yus, mana dia Yus, kenapa dia ada kat majlis ni?” “Betullah, kau tak perasan ke pengapit isteri aku tadi?” “Aku tak pandang dia pun Yus, aku takut nak pandanglah ramai orang tengok pengantin masa tu.” “ Kau ni tulah dah ada depan mata pun kau tak pandang, dialah perempuan tu. Aku tahu kalau aku beritahu satu perkara ni lagi kau terkejut Iz. Dia kakak kembar isteri aku Iz.Aku sendiri tak pernah terfikir yang mereka berdua ada pertalian. Aku tak sangka yang mereka kembar, sebelum ini aku cuma confiuse dengan isteri aku yang seiras dengan Suci Syuhada tapi bila aku tanya betul ke yang dia Suci Fatihah sekeras-kerasnya dia mengiakannya.Isteri aku Suci Fatitah dan dia Suci Syuhada. Memang ada persamaan tapi aku tak perasaan Iz.Ya Allah Iz, aku tak terfikir langsung Iz. ” Fairuz menggeleng-gelengkan kepalanya seperti tidak mempercayai apa yang berlaku sekarang. “Hah?” Melopong Syed Izwan Atras mendengar kenyataan itu. “Betul ke ni Yus? Ya Allah kecilnya dunia ni. Kuasa Allah Yus. Aku makin kuat dapat rasakan yang insyaAllah jodoh aku ada dengan dia.” “Iz, nampaknya aku kena panggil dia kakak lah, dan nanti jika betul jodoh kau dengan dia aku kena panggil kau abang lah ye?” Syed Izwan Atras menjungkit bahu. Mereka berdua sama-sama ketawa. “Iz,Allah itu Maha Adil, dia mendengar suara hati kau. Aku pun yakin kau ada jodoh dengan dia. Kau cepat-cepatlah tackle dia Iz, jangan terlambat.” “Tapi bagaimana nanti jika dia tolak cinta aku?” “Yang tu kau jangan risau aku dan isteri aku akan bantu.” Fairuz menepuk-nepuk bahu teman baiknya. “Thanks Yus.”



*************************************************************************************

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
kerna langkah merapuh tanpa dirimu
oh kerna hati telah letih
aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang ku helah kau selalu ada……..
Syed Izwan Atras menghayati lagu kegemarannya, nyanyian penyanyi band dari negara seberang. Terasa lagu itu untuknya yang ditujukan kepada gadis yang membuatkan hatinya tidak keruan. Dia meninggikan sedikit volume radio keretanya. Satria GTI nya terus meluncur menuju ke Time Square. Hatinya berbunga riang. Dia mencari tempat parking kereta. Ketika dia ingin membelok memasuki parking, dia terasa seperti bumper keretanya dilanggar sesuatu. Oh!Tidak kereta aku! Pantas sahaja Syed Izwan Atras keluar dari keretanya. Dia melihat keretanya dilanggar oleh kereta Honda Accord berwarna silver yang dipandu oleh seorang gadis. Dalam hatinya menyalahi gadis tersebut. Mengutuk gadis tersebut yang kononnya tidak pandai memandu. Suci Syuhada tersentak. Perlahan dia keluar dari keretanya. Dia mendapatkan lelaki yang berada di hadapannya sekarang. “Err…. Maafkan saya encik, saya tak sengaja. Tadi saya tak perasan yang awak nak masuk parking. Saya minta maaf, saya bayar ganti rugi nanti ya encik. Berapa yang encik nak saya bayarkan? Suci Syuhada menyoal Syed Izwan Atras. Syed Izwan Atras terpaku. Dia hanya memandang Suci Syuhada. “Err… tak apalah. Awak tak payah bayar ganti rugi.Lagi pun tak teruk sangat ni.” “Hah? Awak ni biar betul, kereta awak teruk saya langgar ni.” “Eh, tak apalah, sikit je ni.” “Eh, mana boleh mcam tu, kalau awak tak nak saya bayar ganti rugi, saya belanja awak makan okey? Lagipun saya tengah lapar ni.” “Er, boleh ke?” Soal Syed Izwan Atras. “Apa yang boleh?” Suci Syuhada menyoal kembali pada Syed Izwan Atras. Lelaki itu sudah ketawa. “Tadi awak yang cakap nak belanja saya makan so, boleh ke kalau saya makan dengan awak?” “Eh! Kenapa pulak tak boleh, lagipun ini kesalahan saya.” “Okey kalau begitu, saya masuk parking dululah ye, kang sesak pulak kawasan parking ni.” Mereka sama-sama ketawa. Menu meehoon sup dan milo ais menjadi pilihan mereka berdua. Sambil minum mereka berbual.
“Saya Syed Izwan Atras.” Syed Izwan Atras memperkenalkan diri. “Saya Suci Syuhada. Eh! Saya rasa macam pernah jumpa awak lah tapi kat mana ye?” Suci Syuhada mula memikir. Syed Izwan Atras tersenyum. “Saya nak panggil awak apa ye? Suci ke Syuhada?” “Ikut suka awak lah, family saya panggil saya Suci dan kawan-kawan panggil saya Syuha.” “Kalau macam tu saya panggil awak Suci lah sebab suci tu melambangkan kebersihan.” Suci Syuhada tersenyum. “Nama awak apa tadi? Syed Izwan Atras kan? Uniknya nama awak.” Suci Syuhada memberi komen tentang nama Syed Izwan Atras. “Apa yang uniknya? Atras ke?” Suci Syuhada mengangguk. “Hmm… nama Atras ni adalah gabungan nama umi dan walid saya. Nama umi saya Sharifah Atiah dan nama walid saya pula Syed Abdul Rasyid. Jadi nama Atras ni diambil gabungan antara Atiah dan Rasyid.” Syed Izwan Atras tersenyum. Sedikit bangga dengan namanya. “ Semua adik -beradik awak ada nama Atras ke pada penghujung nama?” “Tak, saya seorang je sebab umi saya kata saya anak bongsu, jadi dia letakkan Atras tu sebagai ingatan pada nama umi dan walid jika mereka sudah tiada nanti.” “Oh, begitu. Hah! Saya dah ingat.” Suci Syuhada separuh menjerit. Syed Izwan Atras yang sedang minum minumannya hampir tersedak. “Ops, sorry tak sengaja.” “Apa yang awak ingat?” Suci Syuhada hanya tersenyum malu. “Saya dah ingat, awak lelaki yang jadi pengapit masa majlis kahwin adik saya kan?” “Ya Allah Suci, saya ingatkan apa tadi. Betul lah tu, saya kawan Fairuz. Dia yang nak sangat saya jadi pengapitnya. Selalunya kalau kembar ni kenduri kahwin sekali, kenapa awak tak kahwin sekali dengan adik awak?” “Hmm… saya ni siapa yang nak Izwan, lagipun mungkin jodoh saya belum sampai. Lagipun buat masa sekarang saya belum bersedia untuk kahwin.” “Belum bersedia untuk kahwin? Takkan tak bersedia lagi, umur kita makin tua Suci, atau awak tak pandai masak? Zaman sekarang ni ramai perempuan yang tak pandai masak. Kononnya wanita moden. Terlalu ikut peredaran masa sehinggakan kerja-kerja rumah dalam urusan rumah tangga nanti pun tak tahu nak lakukan. Tak pandai masak sudahnya makan kat kedai. Tak kan hari-hari nak makan kat kedai sedangkan ekonomi sekarang tak stabil. Kalau saya kopaklah poket saya.” Syed Izwan Atras ketawa. Begitu juga dengan Suci Syuhada. “Saya setuju dengan pendapat awak tu tapi tak semuanya tak pandai masak. Saya pun boleh masak. Awak sibuk tanya saya ni, awak tu dah kahwin ke belum?” Soalan Suci Syuhada itu membuatkan Syed Izwan Atras tersengih. “Saya nak jugak kahwin, ramai kawan-kawan saya dah kahwin. Tapi saya pun macam awak jugak belum ada jodoh. Sekarang ni tengah tunggu jodoh saya. Mudah-mudahan adalah jodoh saya nanti.” “Takkan awak tak ada buah hati?” Syed Izwan Atras hanya menggeleng. “Saya suka pada seorang gadis tapi saya tak berani nak beritahu yang saya suka pada dia. Saya takut.” “ Apa yang awak nak takutkan. Kan lebih elok awak luahkan apa yang awak rasa, jangan lambat Izwan, zaman sekarang ni bukan boleh kira sangat, tunang orang ke isteri orang ke dioarang sambar je. Jangan suatu hari nanti awak melopong sebab gadis yang awak suka tu disambar orang.” “Entahlah Suci, saya hanya berserah je. Kalau ada jodoh dengan saya. Alhamdulillah tapi kalau dah tak ada tu saya terpaksalah terima dengan hati yang terbuka.”


*********************************

“ Ceria semacam je kawan aku ni? Ada apa-apa yang kau nak kongsi dengan aku ke?” Sapa Fairuz kepada Syed Izwan Atras. Syed Izwan Atras tersenyum simpul. “Aku jumpa dia semalam Yus, aku tak sangka yang secara kebetulan kami boleh berjumpa.” Faham benar Fairuz ‘Dia’ yang dimaksudkan oleh Syed Izwan Atras. “Kau jumpa dia dimana?” “Dia langgar kereta aku Yus. Aku nak masuk parking, tetiba je kereta aku kena langgar dari belakang. Masa tu aku niat aku memang nak marahkan pemandu sebab beraninya dia langgar kereta kesayangan aku. Tapi aku tak jadi nak marah sebab rupa-rupanya dia yang langgar kereta aku. Aku pasrahlah kereta aku kena langgar pun atleast aku boleh kenal dia.” “Dia langgar kereta kau? Habis tu dia bayar tak ganti rugi? Siot betullah, kau pulak boleh tak marah orang dah langgar kereta kau. Ni kes naya ni, aku tengok kau dah makin teruk ni Iz.” “Naya tak naya Yus, dia nak bayar tapi aku tolak, aku pandang dia je hati aku yang panas pun jadi sejuk.Tapi tak sia-sia jugak aku tak nak dia bayar ganti rugi, dia belanja aku makan Yus.Aku berbual dengan dia. Bercerita tentang masing-masing. Tapi aku belum berani nak luahkan hati aku. Eh! Yus kau dah tanya Tihah ke apa yang aku suruh kau tanya?” “Aku tengok kau ni dah parah Iz. Tentang soalan kau tu aku dah tanya dan jawapan mungkin akan berpihak pada kau. Mamat akuan tu dah tiga tahun meninggal. Dia kemalangan pada hari mereka nak dinikahkan.” “Mamat tu dah meninggal? Ya Allah kesiannya Suci. Patutlah dia macam takut je bila ada kes langgar-langgar ni.” “Maksud kau?” “Kau ingat tak perempuan yang aku cakap aku tenang tengok kelembutan pada wajah dia. Suci lah gadis tu.Aku dah ingat. Selama ni aku terfikir di mana aku pernah lihat dia.” “So, kau tunggu apa lagi, cepatlah tackle dia nanti kau menyesal. Sekarang dia dah solo Iz, inilah masanya Iz. Dah tak ada halangan lagi untuk kau dan dia bersatu. Kau cuma perlu luahkan apa yang kau pendamkan tiga tahun lalu Iz. Jangan sia-siakan peluang yang ada Iz.” “Tapi aku tak berani Yus, aku takut nanti dia ingat aku ambil kesempatan atas apa yang berlaku pada dia. Mana tahu dia tak dapat lupakan lagi mamat tu Yus.Aku betul-betul takut dia tolak cinta aku.” Syed Izwan Atras mengeluh. “Dah tiga tahun mamat tu meninggal, aku yakin dia boleh lupakan mamat tu.Kalau kau rasa dia tak boleh lupakan, kau bantu dia Iz. Bantu dia lupakan arwah mamat tu.” “Tapi Yus aku…” “Iz, kalau kau rasa kau tak berani nak luahkan apa yang kau rasa aku akan tolong kau." “Kau nak buat apa?” Pertanyaan Syed Izwan Atras dibiarkan begitu sahaja. Fairuz hanya tersenyum.


******************************

“Apa semua ni Iz?” Suci Syuhada memandang ke arah lelaki yang hanya membisu dari tadi. Wajah Suci Syuhada kemerahan menahan marah. “Apa yang awak buat ni Iz. Awak jangan nak buat sesuatu yang saya tak suka.” Suci Syuhada menjadi geram. Lelaki itu berdiam diri dari tadi lagi. “Awak dengar tak apa yang saya cakap ni? Saya tanya awak ni Syed Izwan Atras!” Suci Syuhada meninggikan sedikit suaranya. “Saya minta maaf bagi pihak keluarga saya Suci. Saya tak tahu menahu hal ni. Sungguh! Saya tak tahu apa-apa mengenai semua ini." “Takkan awak tak tahu? Kalau awak tak tahu bagaimana keluarga awak boleh datang meminang saya?” Suci Syuhada memandang Syed Izwan Atras. Memohon pengertian. “Saya rasa ada orang lain yang rancang semua ini Suci. Saya akui saya suka awak tapi saya memang tak tahu pasal peminangan awak tu.” “Orang lain yang rancang? Awak suka saya? Kita baru kenal Iz, takkan semudah itu awak sukakan saya. Apa maksud awak sebenarnya Izwan?” Suara Suci Syuhada sudah mula mengendur. Syed Izwan Atras menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mengumpulkan segala kekuatan. “Suci, untuk pengetahuan awak, saya sukakan awak sejak kita sama-sama menuntut di universiti dulu. Saya nak dekati awak tapi saya takut. Satu hari saya dapat tahu yang awak rapat dengan student akaun tu, apa nama dia Suci? Soal Syed Izwan Atras. “Akmal.” Perlahan suara Suci Syuhada. Syed Izwan Atras kemudiannya menyambung lagi. “ Bila saya dapat tahu awak selalu bersama dengan dia, saya hanya mampu memandang awak dari jauh. Setiap petang hujung minggu awak selalu berada di Tasik Varsiti kan Suci? Saya pendam perasaan saya selama tiga tahun terhadap awak. Saya tunggu awak walaupun saya sendiri tak pasti dengan penantian saya. Setiap hari saya berdoa agar dapat berjumpa dengan awak walaupun mungkin pda ketika itu awak sudah kahwin. Saya berjanji pada diri saya hanya akan berkahwin apabila berita tentang perkahwinan awak sampai ke telinga saya. Tentang perasaan saya terhadap awak hanya Fairuz, kawan baik saya merangkap adik ipar awak sahaja yang tahu. Mungkin juga pasal peminangan awak tu dia yang rancang kerana berkali-kali dia suruh saya luahkan perasaan saya pada awak tapi saya tak berani. Saya takut awak akan tolak perasaan saya atas apa yang telah berlaku pada awak. Apabila dah tak ada jalan lain untuk meluahkan rasa hati saya terhadap awak, sebab tu Fairuz aturkan peminangan ini.” Panjang lebar Syed Izwan Atras meluahkan perasaannya. Dia hanya memandang Suci Syuhada yang nampak terkejut. “Awak dah lama perhatikan saya? Tapi saya tak pernah nampak awak pun?” “Bagaimana awak nak nampak saya sedangkan saya hanya memerhati awak dari jauh. Lagipun dulu saya ambil mechanical engeneering course.” “Saya minta maaf Iz, saya hargai perasaan awak terhadap saya tapi saya tak boleh nak terima awak.” “Suci, saya tahu Akmal masih ada dalam hati awak. Tapi izinkan saya menggantikan tempat Akmal Suci.Saya janji akan membahagiakan awak.” “Tidak! Tidak akan ada sesiapa yang dapat menggantikan tempat Akmal. Dia terlalu baik untuk saya. Awak tak faham perasaan saya Iz. Akmal adalah cinta pertama saya. Sukar untuk saya lupakannya apatah lagi dia meninggalkan saya pada hari perkahwinan kami. Kami tak sempat nak kahwin Iz. Awak faham tak perasaan saya Iz?” “Suci awak tak boleh begini salamanya. Awak perlu buka hati awak untuk orang lain Suci.” “Selagi saya bernyawa saya takkan buka pintu hati saya pada orang lain. Cinta Akmal terlalu suci untuk saya cemarinya. Saya sudah berjanji untuk setia padanya hingga akhir hayat saya.” “Suci, awak sedar tak yang Akmal sudah tiada. Dia dah aman di sana. Saya tahu awak pun mempunyai keinginan untuk berumahtangga seperti yang lain. Kenapa awak seksa jiwa awak sedangkan awak tak nak ia berlaku? Kenapa mesti awak lalui semua ini? Adik kembar awak dah berumah tangga takkan awak tak rasa tempiasnya Suci? Kenapa awak keraskan hati awak untuk menerima cinta lain Suci. Kenapa Suci? Tak terfikirkah awak tentang perasaan orang tua awak yang ingin melihat awak berumahtangga. Ada keluarga sendiri. Kenapa awak tak cuba lupakan kenangan awak antara dia. Suci, jika awak terima saya, saya berjanji akan bantu awak melupakan segalanya. Saya tak kisah jika dia masih dihati awak cuma saya minta awak berilah peluang pada saya untuk mengisi kekosongan hati awak Suci. Suci, kenapa awak nak setia pada yang dah tiada Suci. Awak pilihlah Suci, sama ada awak nak serahkan hati awak pada yang masih bernyawa atau awak masih nak serahkan hati awak pada yang telah tiada. ” Syed Izwan Atras lantas meninggalkan Suci Syuhada yang masih terpaku dengan kata-katanya.


*****************************

‘Awak pilihlah Suci, sama ada awak nak serahkan hati awak pada yang masih bernyawa atau awak masih nak serahkan hati awak pada yang telah tiada.’ Kata-kata Syed Izwan Atras masih tergiang-giang ditelinganya. Fikirannya buntu untuk memikirkan jawapan pada soalan Syed Izwan Atras. Memang dia akui yang dia keraskan hati untuk menerima cinta lain sedangkan hatinya tidak menginginkannya. Baginya cinta pertama sukar dilupakan apatahlagi dia dan Wan Akmal hampir disatukan. Cinta Wan Akmal terlalu murni pada dirinya. Ada benarnya kata-kata Syed Izwan Atras, kenapa masih nak serahkan hati pada yang telah tiada. Ya Allah, KAU berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaanmu Ya Allah. Aku mohon padamu Ya Allah berilah aku petunjuk untuk aku membuat pilihan yang tepat untuk hidup aku di dunia dan akhirat. Suci Syuhada cuba mengumpulkan semangatnya. “ Syuha, minum air ni Syuha, mak tengok Syuha dah makin susut. Kenapa ni Syuha?” Puan Wan Mahani menegur Suci Syuhada. “Tak ada apa-apa mak cik.” Selepas dia berjumpa dengan Syed Izwan Atras, dia memandu menuju ke Ulu Yam. Keluarga Puan Wan Mahani sudah menganggap dia seperti ahli keluarga mereka juga, dalam erti kata lain, Suci Syuhada sudah seperti anak mereka sendiri. “Syuha ni, dah berapa kali mak cakap tak payah panggil mak, mak cik, dari dulu sampai sekarang Syuha asyik panggil mak, mak cik. Syuha mak dah anggap macam anak perempuan mak sendiri. Lagipun mak tak ada anak perempuan Syuha.Apa Syuha tak nak terima ke mak sebagai mak Syuha?” “ Jangan cakap begitu mak cik. Syuha bukan apa mak cik tak biasalah mak cik.” “ Mak harap sangat Syuha dapat tukar panggilan mak cik kepada panggilan mak.” Suci Syuhada memandang sayu wajah itu. “Baiklah kalau itu yang mak nak. Mak, Syuha datang ni sebenarnya Syuha nak tanya pendapat mak.” “Apa dia nak?” “Semalam ada rombongan datang meminang Syuha. Tapi Syuha tak tahu nak beri jawapan apa mak.” “Syuha, mak tahu perasaaan Syuha. Mak faham yang Syuha masih ingatkan arwah. Tapi Syuha perlu ingat Syuha juga perlu teruskan hidup Syuha seperti orang lain. Ada keluarga sendiri. Mak pun tak suka Syuha begini. Syuha perlu buka hati Syuha pada orang lain Syuha. Perjalanan Syuha masih jauh. Kalau ada yang datang meminang Syuha terimalah. Soal arwah, mak yakin yang dia pun setuju dengan keputusan yang Syuha ambil.” “Tapi mak, Syuha dah janji dengan Mal yang akan tetap setia dengan cintanya mak.” “Syuha, dengar sini sayang, Akmal sudah tiada. Syuha tidak terikat dengan janji Syuha. Syuha berhak menetukan hidup Syuha. Mak pun teringin juga nak tengok anak perempuan mak ni kahwin.” “Mak…?” Puan Wan Mahani ketawa. Akhirnya ketawa mereka berdua bersatu.


***********************

“Akak terimalah Iz kak. Dia baik kak. Niat dia baik kak, bukannya dia nak permainkan akak.” Suci Fatihah memujuk kakaknya agar menerima Syed Izwan Atras. “Betul tu kak Suci, saya minta maaf sebab saya dan Tihah yang rancang semua ni kak. Kalau saya tak buat macam ni Iz tak berani nak berterus terang kak.” Fairuz turut bersuara. “Hah! Yang awak pun satu Yus, siapa suruh awak buat begitu? Nak tolong kawan konon. Akak tak suka tau kamu berdua buat begitu.” Suci Syuhada menjegilkan matanya tanda marahkan adik dan adik iparnya. “Suci, jangan begitu nak, ayah dah makin tua nak. Ayah takut ayah tak sempat nak tengok kau berkeluarga. Ibu kau dah tiada Suci. Mungkin suatu hari nanti ayah akan ikut jejak ibu kau Suci. Sebelum ayah pergi, ayah nak lihat kau berkeluarga. Ayah tahu Iz tu baik orangnya Suci. Ayah yakin dia mampu membahagiakan kau nak.” Sayu suara tua itu member nasihat pada anaknya. “Tapi ayah, Suci tak dapat nak lupakan arwah Akmal ayah.” “Syuha, ayah tahu itu Syuha, tapi sampai bila kau nak biarkan diri kau begini Syuha. Tihah dah berkeluarga. Tak lama lagi dah nak menimang anak. Kau tak teringin ke semua tu Syuha?” “Betul cakap ayah tu akak. Ayah hanya ada kita berdua je akak. Tihah pun taknak tengok akak begini selamanya kak Suci. Akak berilah peluang tu untuk Iz kak. Dia baik kak, Abang Mal dah lama tinggalkan kita. Tiga tahun adalah jangka masa yang panjang kak. Akak perlu belajar lupakannya dan bukalah hati akak untuk Iz kak.” “Tihah, payah untuk akak lupakan dia Tihah. Kak Suci kenal arwah bukan sekejap tapi tiga tahun.” “Tihah tahu kak. Akak tahu tak kalau Abang Mal tahu akak jadi begini selepas pemergiannya dah tentu dia sedih akak. Akak perlu kuat akak. Kak Suci perlu bangun dan tentukan hidup akak yang lebih baik. Takkan Kak Suci nak hidup begini selamanya kak.” “Kak Suci, betul cakap isteri saya tu, saya dah kenal lama Iz tu kak. Dia baik walaupun dia orang berada. Dia tak pentingkan harta dan darjat, yang dia pentingkan hanyalah kepercayaan dan ketulusan hati dalam sesuatu hubungan. Jika prinsip akak setia seumur hidup tapi Iz prinsipnya pula akan menyayangi seseoarang itu seumur hidup. Saya tahu hati budinya kak. Saya tahu kak tak tersalah pilih jika kak terima Iz.” Giliran Fairuz pula bersuara. “Suci, buatlah keputusan yang sebaiknya. Ayah tak kisah apa jua keputusan Suci, ayah cuma nak lihat Suci bahagia.” “Ayah, berilah Suci masa ayah.” Encik Ahmad hanya mengangguk, tanda merestui apa jua keputusan anaknya.


************************************

Dia mengunjungi puasara itu lagi di Tanah Perkuburan Islam Desa Kaloi, Ulu Yam Baru . Surahtul Al-Fatihah disedekahkannya. Suci Syuhada memandang sayu pusara itu. Suci Syuhada menyirami pusara Wan Akmal dengan air mawar. Rumput-rumput yang tumbuh meliar di sekeliling pusara itu di cabutnya. Hatinya menjadi sebak. Perlahan air mata jernih mengalir di pipinya. Hening pagi itu menbuatkan Suci Syuhada makin sayu. ‘Mal, awak dah lama tinggalkan saya. Tapi mengapa sukar untuk saya lupakan awak. Saya masih merindui awak Mal. Kenapa cepat benar awak tinggalkan saya. Mal, saya dalam kebuntuan sekarang. Perlukah saya menerima lamaran orang lain Mal. Saya hanya ada awak dan merasai kasih sayang awak. Tak pernah terlintas dihati saya untuk menduakan cinta awak. Saya buntu Mal. Saya tahu dia terlalu baik, tapi saya masih tak dapat lupakan awak. Saya dah berjanji pada awak yang hanya awak sahaja di hati saya. Mal, kalaulah awak masih hidup tak perlu saya lalui semua ini Mal. Kenapa awak tinggalkan saya. Mal, jika suatu hari nanti hati saya terbuka untuk orang lain, maafkan saya Mal. Tiada niat saya untuk menduakan kasih awak, tapi saya juga perlu hidup seperti orang lain.
Mal maafkan saya Mal.’ Dia kemudiannya mengesat air matanya sebelum melangkah pergi meninggalkan pusara Wan Akmal.
Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
yang kini hadir diantara kita
namun ku juga tak kan bisa menepis bayangmu
selama ini temani hidup ku maafkan aku menduakan cintamu……


*************************************************************************************

Dua tahun kemudian…………
Suci Syuhada mempercepatkan langkahnya. Penerbangan dari United Kingdom ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak terasa penatnya. Malah penerbangan yang dirasakan amat tenang sekali. Baju kurung ungu berbunga putih menjadi pilihannya, dipadankan dengan tudung ungu menyerlahkan lagi kelembutan pada wajah Suci Syuhada. Dia sedang menunggu seseorang. Dia terlewat satu jam kerana jadual penerbangan yang dijadualkan berlepas pada jam enam petang terpaksa ditangguhkan. Kenapa? Dia sendiri tidak tahu. Irama lagu tercipata untukku mengejutkan Suci Syuhada. Langkahnya mati. Punat hijau pada telefon bimbitnya ditekan. “Assalamualaikum Tihah. Kak Suci dah sampai di KLIA. Tihah di mana?” Sapa Suci Syuhada. “Waalaikumussalam, Maaf Kak Suci, Tihah tak dapat pergi jemput akak, Ashraf tak sihat. Dari tadi dia asyik menangis je. Abang Yus tak ada dia outstation Kak Suci.” Ujar Suci Fatihah. “Asraf tak sihat? Tihah dah bawa dia pergi jumpa doktor ke?” “Dah, tapi tak tahu kenapa dia menangis.” “Dia dah tak sabar nak dapat adik kot Tihah?” Suci Syuhada cuba mengusik adiknya. “Kak Suci mulalah tu nak usik Tihah, kak nak balik bagaimana sekejap lagi?” “Kak gurau je lah dik, hmm… tak apalah akak tunggu teksi je. Tihah jaga Asraf baik-baik, okey Tihah nanti kita borak lagi. Assalamualaikum.” Suci Syuhada menamatkan talian. Dia bergerak menuju ke pintu utama. Gedebuk! Bagaikan nangka busuk jatuh, Suci Syuhada terjatuh. Dia di langgar oleh seseorang. “Ops, sorry cik, saya tak perasan tadi, saya sedang berbual dengan kawan saya melalui telefon tadi. Sorry cik.” Lelaki itu memohon kemaafan. Kemudian dengan perlahan-lahan Suci Syuhada mengangkat wajahnya dan alangkah terkejutnya dia apabila memandang lelaki dihadapannya yang segak berpakaian seragam berwarna putih. Dia sempat melihat di bahagian dada sebelah kiri lelaki itu tercatit perkataan MAS. Dia terpaku seketika dengan kekacakan lelaki itu. “Iz?” Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh Suci Syuhada ketika ini. Entah mengapa dia berasa gugup apabila berhadapan dengan lelaki tersebut. Dua tahun dia meninggalkan bumi Malaysia kerana ingin mencari ketenangan dan pada masa yang sama dia melanjutkan pelajaran di University of Warwick, UK. Dia terkenangankan peristiwa sebelum dia mengambil keputusan untuk ke luar negera.
****************************
“Saya terima apa jua keputusan yang awak beri pada saya. Sama ada menolak cinta saya atau tidak saya terima Suci. Saya tak memaksa diri awak. Seperti yang saya katakan dulu saya tak memaksa awak untuk melupakan terus arwah cuma saya minta awak bukalah pintu hati awak pada saya.” Syed Izwan Atras memandang wajah lembut dihadapannya. “Saya tak sangka yang saya akan lalui ini semua. Pada hari arwah tinggalkan saya, saya dah berjanji pada diri saya tak akan ada yang lain boleh menggantikan tempat arwah. Hati saya tetap pada arwah.” Suci Syuhada mengeluh. Syed Izwan Atras memalingkan wajahnya ke arah tasik. Petang itu Suci Syuhada menghubunginya dan menyatakan bahawa dia ingin berjumpa dengan dirinya. Sangkanya Suci Syuhada akan memberi kata putus tetapi sebaliknya berlaku. Suci Syuhada masih dengan keputusannya. Taman Tasik Titiwangsa menjadi pilihan mereka. Mungkin di situ keadaannya yang tenang, mereka dapat bercakap dari hati ke hati. “Suci, berilah peluang pada saya Suci.” “Iz, buat masa sekarang, perkara ini terlalu cepat untuk saya terima. Belum cukup sebulan kita kenal, awak dah hantar rombongan meminang ke rumah saya. Saya tak yakin dengan perasaan saya dan saya sendiri tak yakin yang saya boleh bahagiakan awak kelak Iz, andai satu hari nanti kita bersatu.” “Suci, kita boleh cuba Suci, insyaAllah jika ada jodoh kita akan berjaya atasinya, yang penting kita perlu bersama-sama laluinya.” “Awak bercakap mudah Iz, tapi saya yang hadapi semua ini. Kalau kita tak berjaya bagaimana Iz? Adakah kita akan bercerai Iz? Saya tak nak Iz, bagi saya perkahwinan hanya sekali dalam hidup dan penting untuk saya mengekalkan hubungan suami isteri hingga ke akhir hayat. Untuk apa kita bersama jika akhirnya kita berpisah?” Bertalu-talu soalan diajukan kepada Syed Izwan Atras. Syed Izwan Atras meraup wajahnya. Dia tahu terlalu sukar untuk melembutkan hati wanita yang menjadi pujaannya. Entah mengapa dia seakan berputus asa untuk taluki hati Suci Syuhada. Jika bukan kerana Fairuz yang menasihatkannya sudah pasti dia tidak akan menjadi kuat seperti ini untuk berhadapan dengan Suci Syuhada. Dia sendiri sudah tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan untuk melembutkan hati Suci Syuhada. Dia tahu Suci Syuhada hanya mempunyai kelembutan pada wajahnya tetapi tidak hatinya. Hati yang keras sekeras batu. Lama menyepi antara mereka berdua, Syed Izwan Atras kemudiannya bersuara. “Suci, saya hormati keputusan awak. Tapi suatu hari nanti saya berharap agar awak sudi memberi hati awak pada saya. Saya akan tunggu samapai awak bersedia. Saya berharap agar penantian saya selama lima tahun ini tidak sia-sia Suci.” Syed Izwan Atras melangkah pergi meninggalkan Suci Syuhada yang masih termanggu-manggu dengan ayat terakhir yang diucapkan oleh lelaki itu.
*************************
Lamunan Suci Syuhada terhenti. Dia tersedar ketika dikejutkan oleh lelaki itu. “Awak okey?” Syed Izwan Atras menggawang-gawangkan tangannya ke kiri dan ke kanan. “Awak mengelamun ke Suci?” Perlahan Suci Syuhada cuba bangun untuk berdiri. Dia cuma tersenyum memandang lelaki tersebut. “Saya okey, awak dari mana? Nak fly lagi ke?” Soal Suci Syuhada kepada Syed Izwan Atras. Baru hari ini dia tahu bahawa lelaki yang berada di hadapannya seorang pilot. Pertanyaan Suci Syuhada hanya membuatkan Syed Izwan Atras tersenyum. “ Tak, saya baru balik dari UK.” “UK?” Suci Syuhada terkejut. Syed Izwan Atras mengangguk. “Jadual penerbangan dari UK ke KLIA menghadapi masalah tadi. Kalau ikutkan jadual saya saya akan fly ke Cairo esok. Tapi disebabkan masalah yang tak dapat di elakkan, saya diminta menggantikan penerbangan ke KLIA..” “Patutlah tadi penerbangan yang saya naik kali ini terasa lainnya.” “Awak pun dalam penerbangan yang sama ke?” Suci Syuhada mengangguk. “Saya tak tahu awak satu penerbangan dengan saya, mana family awak?” “Tihah tak jadi datang, Asraf tidak sihat katanya.” “Oh I see. So, awak dah habis ke buat master?” “Alhamdulillah, saya dapat tamatkan pengajian saya dengan baik.” “Tahniah, awak nak balik dengan apa ni?” “Teksi la, tak kan bas pulak.” Suci Syuhada mengerling ke arah beg yang yang besar-besar semuanya. “Suci, saya hantarkan awak balik. Dah malam ni, tak selamat nanti awak naik teksi, sekarang ni macam-macam boleh jadi Suci.” Perlawaan Syed Izwan Atras seperti ditunggu-tunggu. “Tak menyusahkan awak ke?” “Apa yang nak susahkannya Suci.Awak nak balik Kuantan ke Damansara?” “Saya rasa nak balik Damansara nak jumpa dengan Tihah dulu. Saya pun dah lama tak jumpa adik saya. Lapigun anak buah saya tak sihat.” “Okey, awak tunggu saya tukar pakaian sekejap. Awak tunggu saya kat luar.” Syed Izwan Atras bergegas pergi ke bilik persalinan.


***************************

Satria GTI meluncur laju menuju ke Damansara. Sepi antara mereka seolah-olah sedang menghayati lagu menanti sebuah jawaban.
Aku tak bisa luluhkan hatimu..
dan aku tak bisa menyentuh cintamu
seiring jejak kaki ku berdepan aku telah terpaut oleh cintamu
menyelusur hariku dengan harapan namun kau masih terdiam membisu….
Syed Izwan Atras menoleh memandang Suci Syuhada yang kini berada di sebelahnya. Namun wanita itu tetap membisu. Matanya dihalakan ke hadapan. Syed Izwan Atras kembali memandang ke arah jalan raya. Perjalanan diteruskan.
sepenuhnya aku ingin memelukmu menatap penuh harapan untuk mencintaimu setulusnya aku akan terus menunggu menanti sebuah jawaban
tuk memilikimu
Kini giliran Suci Syuhada pula memandang Syed Izwan Atras. Wajah kacak itu ditenungnya. Hidungnya yang mancung mampu membuatkan sesiapa saja tertawan dengannya. Dia akui Syed Izwan Atras memang terlalu baik untuk dirinya. Dia seorang lelaki yang bertanggung jawab dan penyayang. Suci Syuhada tersentuh dengan sikap yang ditunjukkan olehnya. Sikapnya yang prihatin membuatkan Suci Syuhada serba salah.Ditambah pula dengan kesungguhan dirinya untuk memiliki cinta Suci Syuhada dan sanggup menunggu dirinya walaupun penanatian itu dia sendiri tidak pasti sama ada penantiannya yang selama lima tahun ini berhasil. Dari ekor mata Syed Izwan Atras di tahu dirinya sedang diperhatikan.
betapa penuhnya rindu menyusuk jiwaku semoga kau tahu isi hatiku
dan seiring waktu yang terus berputar
aku masih terhayut dalam mimpiku …
Syed Izwan Atras memandang ke arah Suci Syuhada. Mata mereka bertemu. Suci Syuhada pantas memalingkan wajahnya ke arah tingkap. Mata Syed Izwan Atras masih tidak berganjak. Kemudiannya dia mengeluh. Suci Syuhada yang mendengar keluhan itu mengerutkan dahinya. “Kenapa?” Soal Suci Syuhada. Suci, awak makin cantik. Dua tahun tak jumpa, awak makin cantik.” Suci Syuhada tersentak. Kemudiannya dia menjeling. “Awak jangan jeling begitu Suci, hati saya tergoda nanti Suci.” Syed Izwan cuba bergurau. “Awak jangan nak mengada-ngada boleh tak?” Marah Suci Syuhada. “Saya bergurau pun awak nak marah? Salah ke?” “Salah tu tak, tapi cara awak tu buat saya rimas.” “Sorry kalau awak rimas, Suci awak sekarang dah okey ke?” “Maksud awak?” “Awak masih fikirkan perkara yang saya cakap kan tu ke Suci? Perkara sebelum awak berangkat ke luar negara.” Belum sempat Suci Syuhada menjawab pertanyaan Syed Izwan Atras, telefon bimbit milik Suci Syuhada berbunyi, minta diangkat. Suci Syuhada berbual-bual dengan pemanggil. Syed Izwan Atras hanya mendengar walaupun butir bicara Suci Syuhada kurang jelas. Selesai Suci Syuhada berbual, Syed Izwan Atras terus menyoal Suci Syuhada. "Siapa?” “Apa?” Ada kerutan pada dahi milik Suci Syuhada. “Siapa yang telefon awak?” “Siapa pun dia awak tak perlu tahu. Saya rasa awak tidak ada hak untuk mengetahuinya.” “Saya tengok awak bukan main suka lagi berbual. Dengan saya tak ada pula awak nak bergelak ketawa.” “Hello? Encik Syed Izwan Atras bin Syed Abdul Rasyid awak jangan nak cemburu tak tentu pasal boleh tak? Suka hati saya lah nak bercakap dengan siapa pun. Awak peduli apa?” “Hati mana yang tak cemburu bila orang yang kita sayang buat tak endah pada kita, sedangkan dengan orang lain sebaliknya. Suci, saya masih tunggu jawapan daripada awak. Seperti lirik lagu menanti sebuah jawapan Suci. Setulusnya aku akan terus menunggu, menanti sebuah jawaban tuk memilikimu. Suci,jika awak rasa hati awak sudah terbuka untuk saya katakanlah Suci walaupun saya tahu ia tak mungkin berlaku. Sekiranya awak tak dapat berbuat begitu, awak pakailah cincin pemberian umi saya dulu ketika majlis peminangan awak. Saya bersyukur sangat awak tak pulangkan semula cincin tu. Dalam hati saya, saya takut awak buat begitu dan sekaligus saya tahu peluang untuk saya memiliki cinta awak amat tipis. Tapi apabila awak simpan cincin tu saya rasa saya masih berpeluang.Saya amat berharap awak terima saya Suci. Izinkan saya mengisi hati awak dan izinkan saya menyayangi awak setulus hati saya. Izinkan saya menyelami hati awak. Izinkan saya hidup bersama awak hingga ke akhir hayat saya. ” “Iz?” “Saya bersungguh-sungguh Suci. Tak terlintas difikiran saya untuk mempermainkan perasaan awak. Saya berjanji tidak akan mengecewakan awak.” “Iz, awak perlu beri saya masa.” “Dua tahun awak menghilang, tidak cukup lagikah masa tu Suci?” “Iz, tolonglah faham perasaan saya. Awak tak boleh nak desak saya membuat keputusan.” “Baiklah jika itu yang awak nak.” Hanya itu yang dapat diungkapkan oleh Syed Izwan Atras. Dia sendiri tidak tahu apakah yang menyebabkan hatinya terlalu cinta pada wanita berkulit cerah itu.


**************************

Kak Suci yakin ke dengan keputusan Kak Suci?” Soal Suci Fatihah. “Kak Suci yakin dik. Kak Suci dah tak larat nak hadapi semua ini. Kak Suci kesiankan Iz yang tak jemu menunggu akak sedangkan dia sendiri tak pasti apa keputusan akak. Jadi dengan keputusan akak ni, akak harap dia dah tak tunggu akak. Ayah, betul ke apa yang Suci buat ni ayah?” Encik Ahmad berdehem. Dia memandang ke langit. Kemudiannya dia mengeluh. “Suci, ayah ikut je apa jua keputusan Suci. Hal ini adalah soal hidup Suci. Ayah tak menghalang apatah lagi nak melarang. Suci buat la keputusan yang terbaik untuk hidup Suci. Dua tahun keluarga Datuk Syed menunggu jawapan terima atau tidak daripada kau.Ayah harap sangat kau berilah keputusannya secepat mungkin. Ayah takut penantian mereka ini sia-sia. ” Hati tua itu meruntun. Pagi itu Suci Fatihah dan adiknya pulang ke kampung untuk membincangkan soal peminangannya. “Kak Suci, Tihah tetap sokong akak walau apa pun keputusan akak, walaupun akak menolak cinta Iz.” “Tihah jangan beritahu pada Yus tentang keputusan akak ya. Bukannya apa nanti cepat pulak dia beritahu Iz. Biar akak sendiri yang beritahu dia.” “Baiklah akak.” Suci Syuhada membelek cincin pertunangannya. Cantik. Tetapi sayang tiada siapa yang sudi memakainya. Sekian lama tersimpan di dalam laci almari. Baru hari ini Suci Syuhada membukanya. “Kak Suci tak nak pakai ke cincin ni Kak Suci. Cantik sangat cincin ni. Ayah tengok cincin ni yah, cantikkan?” Soal Suci Fatihah. En cik Ahmad hanya mengangguk. “Tihah je la yang pakai.” Suci Syuhada bersuara. “Apa pulak Tihah, Tihah ni dah nak keluar seorang lagi baby, akak tu yang masih solo, jadi akak yang perlu pakai.” “Pandailah mengata akak, mari sini akak dukung Asraf.” Suci Syuhada mengambil Asraf daripada pangkuan ibunya. Anak kecil itu mengekek ketawa apabila diagah oleh Suci syuhada. “Comelnya dia Tihah. Pipi gebu ni geram Mak Long tengok tau.” Suci Syuhada mencuit pipi Asraf. “Mestilah comel kalau ikut muka ibunya.” Sahut Suci Fatihah. “Dan bertambah comel bila ikut muka Mak Longnya kan?” Kata-kata Suci Syuhada disambut dengan ketawa Suci Fatihah. Akhirnya mereka berdua ketawa. Encik Ahmad turut ketawa. Itulah permata yang dia ada. Hanya itu yang ditinggalkan oleh Sharifah Salbiah, isterinya. Isterinya meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka kerana dia menghidapi penyakit barah rahim. Isterinya berdegil untuk melahirkan anak juga daripada menggugurkannya. Katanya itulah tandanya kasih dan sayang Sharifah Salbiah terhadap dirinya. Sudahnya, Encik Ahmad terpaksa akur dengan keputusan isterinya.


*****************************

Datin Sharifah Atiah termenung di kerusi batu yang cantik rekaannya. Dia memandang ke arah kolam buatan miliknya. Matanya asyik memandang ikan emas yang berenang-berenang kesukaan. Dia mengeluh apabila mengenangkan anak bongsunya. Sampai bila dia harus menanti kata putus daripada Suci Syuhada. Hatinya sudah letih melihat telatah anaknya yang tidak jemu-jemu menunggu. Dari jauh dia memandang anak bongsunya sedang menuju ke arahnya. “Assalamualaikum umi.” Tangan tua itu disalam dan diciumnya. “Waalaikumussalam nak. Umi tengok Iz gembira hari ni. Ada apa-apa yang umi tak tahu ke?” Syed Izwan Atras mengambil tempat di sebelah uminya. “Umi, Suci dah balik umi." “Jadi dia dah beritahu jawapannya?” “Belum lagi umi. Tapi Iz percaya yang dia akan terima Iz. Iz yakin tentang tu umi.” Wajah Syed Izwan Atras berseri-seri. “Kenapa Iz cakap begitu?” “Semalam Iz bermimpi umi. Dalam mimpi Iz muncul seorang gadis umi. Dia bertudung. Manis orangnya umi. Iz sembahyang Istikarah selama ini umi. Iz minta Allah tunjukkan siapa jodoh Iz. Tiga kali berturut-turut Iz mimpi orang yang sama. Semalam Iz mimpi lagi, orang yang sama muncul umi, berbaju kurung ungu. Iz berharap sangat orang itu adalah Suci, kerana dia suka akan warna ungu umi. Jika betul Suci adalah orangnya,Allah mendengar rintihan hati Iz umi.” Datin Sharifah Atiah melopong mendengar cerita anaknya. “Betul ke ni Iz? Kalau betullah nak, tak sia-sia penantian kita selama ini. Penat kita menunggu jawapan daripadanya Iz. Umi sudah letih nak.” “InsyaAllah umi, Allah itu Maha Berkuasa. DIA menyayangi setiap umatnya.” Datin Syarifah Atiah mengangguk. Hatinya turut bersyukur. “Umi, Iz minta diri dulu, nak pergi jumpa bakal menantu umi.” Syed Izwan Atras tersenyum. “Pergilah, bawa balik bakal menantu umi untuk menghiasi rumah kita agar rumah kita berseri dengan kehadirannya.” Datin Sharifah Atiah turut tersenyum.


***********************************

Sekali lagi Taman Tasik Titiwangsa mereka berdua kunjungi. Syed Izwan Atras menunggu bicara daripada Suci Syuhada. Dia sebenarnya gelisah dengan penantiannya yang tak pasti. Dia takut akan mimpinya itu tidak akan menjadi kenyataan. Suci Syuhada memandang lelaki berkumis nipis itu. Satu keluhan dilepaskan. Dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. Ya Allah beri aku kekuatan Ya Allah. Suci Syuhada mengumpul kekuatannya. “Iz, awak datang sini nak dengar apa jawapan saya kan Iz?” Suci Syuhada memulakan bicaranya.Lelaki itu hanya mengangguk. “ Iz, saya harap apa yang saya katakan tidak menyinggung perasaan awak. Awak tahukan sebelum ini hati saya hanya pada arwah Akmal. Tidak terbuka untuk mana-mana lelaki."Demi mendengar bicara Suci Syuhada, Syed Izwan Atras sudah dapat meneka yang dirinya tidak dapat memiliki hati Suci Syuhada. Ah! Apakah mimpiku semalam hanya mainan tidurku sahaja? Syed Izwan Atras tertanya sendiri. “Suci, saya tak memaksa awak.” “Saya tahu awak tak memaksa saya. Tapi saya taknak kita sama-sama menderita. Derita kerana perasaan sendiri.Awak pun tahukan sukar untuk saya melupakan arwah, banyak kenangan yang kami cipta bersama. Dia terlalu baik untuk saya.” Suci Syuhada menarik nafasnya sebelum meneruskan bicaranya lagi. “Iz, awak pernah tak terfikir yang awak mampu membahagiakan saya nanti dengan apa yang saya lalui sekarang?” Suci Syuhada menyilangkan tangannya ke dada. Syed Izwan Atras meraup wajahnya. Dahinya berpeluh. Dia tak sanggup untuk mendengar kata putus daripada insan yang amat disayanginya. Kemudiannya Syed Izwan Atras bersuara. “Suci, saya sayangkan awak. Malah saya terlalu sayang dan cintakan awak. Mungkin saya tidak pandai untuk berkata-kata tapi saya tahu hati saya sukakan siapa, sayangkan siapa dan cintakan siapa. Dari dulu lagi saya sukakan awak Suci. Kalau tidak untuk apa saya tunggu awak hingga lima tahun Suci.” Syed Izwan Atras tersenyum kelat. Suci Syuhada hanya tersenyum. “Suci, walau apa pun yang terjadi sekiranya kita bersama nanti, saya tetap akan cintakan awak. Sekalipun awak tak dapat terima saya sepenuh hati awak.” Luluh hati Syed Izwan Atras ketika menuturkan kata-katanya. Suci Syuhada tersentuh hati dengan kata-kata Syed Izwan Atras. Suci Syuhada mengeluarkan kotak cincin pertunangannya. Syed Izwan Atras tergamam. Ya Allah, dugaan apa ini Ya Allah. KAU bantulah hambamu ni Ya Allah. Kuatkanlah hati aku untuk hadapi semua ini Ya Allah. “Suci.” Perlahan suara Syed Izwan Atras. Dia sudah tidak punyai kekuatan untuk meneruskan kata-katanya kerana dia tahu Suci Syuhada akan menolak cintanya. Suci Syuhada mendekati Syed Izwan Atras. Dia menghulurkan kotak berbaldu merah itu kepada Syed Izwan Atras tanpa berkata apa-apa. “Suci, adakah ini bermakna hati awak tiada ruang untuk saya? Kenapa awak buat saya begini Suci? Takkan tak ada ruang untuk saya mengisi kekosongan hati awak suci?” Suara Syed Izwan Atras menjadi lemah. Tidak terdaya lagi untuk berkata-kata. Redup matanya memandang wajah bersih yang lembut dihadapannya. Suci Syuhada hanya tersenyum. Manis senyuman itu. Ada lesung pipit yang menghiasi pipinya. Menyerlahkan lagi kelembutan pada wajahnya. “Iz, kenapa awak mesti lemah begini? Mana Syed Izwan Atras yang setia menunggu saya dulu? Saya tak nampak pun dia hari ini. Saya cuma nampak lelaki yang berputus asa di hadapan saya sekarang ni.” Suci Syuhada hanya tenang bersuara. Syed Izwan Atras tidak dapat berkata-kata lagi. Dia hanya mampu menggeleng. Matanya hanya memandang Suci Syuhada. Seperti mengharapkan sesuatu. Mengharapkan agar Suci Syuhada mengubah keputusannya. Namun hanya sia-sia, Suci Syuhada seolah-olah tidak akan berganjak dengan keputusannya. Bagi dirinya sudah tidak bermakna lagi jika dia terus menunggu. Kotak berbaldu merah digenggamnya kejap. Dia sudah ingin melangkah, meninggalkan segala-galanya. ‘Umi, Iz tak berjaya untuk membawa pulang bakal menantu umi. Maafkan Iz umi.’ Namun saat dia berpaling untuk melangkah, langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil. Dia hanya memandang Suci Syuhada. “Iz, awak nak pergi mana?” Lama menyepi antara mereka. Akhinya Suci Syuhada bersuara. “Awak tak nak sarungkan cincin tu pada jari saya ke?” Syed Izwan Atras tersentak. Sedikit terkejut. Dia berpaling semula kepada Suci Syuhada. Inginkan kepastian. Dia tersenyum melihat anggukkan Suci Syuhada. Dia kemudiannya menghampiri Suci Syuhada.“Kenapa awak buat saya begini?” “ Saja nak lihat sejauh mana kasih awak pada saya. Tak lah sehebat mana. Saya ingatkan awak takkan berputus asa." “Saya dah tak tahu nak cakap apa lagi Suci bila awak serahkan kotak ni pada saya.” Dia memandang Suci Syuhada yang sentiasa tersenyum. “ Cepatlah sarungkan cincin tu sebelum saya berubah fikiran.” Suci Syuhada tersenyum lantas Syed Izwan Atras mengeluarkan cincin dan kemudiannya dia melutut dan menghulurkan tangannya pada Suci Syuhada. Huluran tangannya bersambut. Syed Izwan Atras tersenyum memandang wajah manis yang bertudung dan berbaju kurung ungu dihadapannya kini. “Suci, sudikah awak menjadi permaisuri dalam hidup saya untuk selamanya?” Hati Suci Syuhada berbunga riang. Jika dulu dia hanya menonton situasi begini di kaca televisyen tetapi kini dia sendiri yang merasainya. Suci Syuhada tersenyum lantas dia menganggukkan kepalanya. “Izwan saya sudi menjadi permaisuri awak jika awak sudi menjadi raja hati saya.” Syed Izwan Atras sudah tersenyum lebar. Dia kemudiannya meyarungkan cincin tersebut ke jari manis milik Suci Syuhada. Kemudian dia mengucup belakang telapak tangan Suci Syuhada. Suci Syuhada tersipu- sipu malu. Lantas dia bangun berdiri sebelah Suci Syuhada. “Cincin ni muat dengan jari saya. Cantik pula tu, bagaimana awak tahu saiz jari saya?” “Awak dah lupa ke yang adik ipar awak tu kawan saya, merangkap suami adik awak.” “Jadi maksud awak mereka berdua yang rancang semua ini?” Suci Syuhada sedikit terkejut. “Ya Suci, dan awak jangan lupa yang saiz jari awak tu lebih kurang besar je dengan kembar awak.” Senyuman meniti dibibir Syed Izwan Atras dan kemudiannya dia memegang erat tangan Suci Syuhada. “Suci, terima kasih sebab sudi terima saya. Tadi reaksi awak nyaris membuatkan saya hilang semangat untuk terus hidup. Saya ingatkan awak betul-betul tak nak terima saya. Apa yang membuatkan awak sudi menerima saya?” “Iz, betul kata awak untuk apa saya serahkan lagi hati saya pada yang telah tiada sedangkan saya perlu teruskan hidup saya seperti orang lain. Mempunyai keluarga sendiri. Malah saya juga tertarik dengan kesungguhan awak menunggu saya. Hmm…. Iz, dalam tempoh saya tinggalkan bumi Malaysia selama dua tahun banyak yang telah saya pelajari. Saya cuba salami kata-kata awak. Selama lima tahun awak menunggu saya, jangka masa yang agak lama dan saya taknak sia-siakan penantian awak Iz. Iz, saya pun dah mula sayangkan awak.” Luah Suci Syuhada malu-malu. “Suci, terima kasih, penantian saya tidak sia-sia Suci. Tentu umi gembira mendengar berita ini Suci. Umi pun berharap sangat agar awak menerima pinangan daripada pihak kami. Tak dapat saya ungkapkan kata-kata kerana terlalu gembira Suci. Allah telah makbulkan doa saya. Syukur pada-NYA. Siang malam tak putus-putus saya berdoa agar pintu hati awak terbuka untuk saya.Suci, terima kasih kerana mula menyayangi saya. Err.. bagaimana dengan arwah Akmal, Suci? Kalau awak tak dapat melupakannya lagi tak apa saya tak memaksa awak untuk melupakannya terus.” Syed Izwan Atras tersenyum senang. Suci Syuhada juga tersenyum sebelum menuturkan kata.“Iz, arwah pernah berada di hati saya. Dia merupakan cinta pertama saya. Walaupun dia hampir menjadi suami saya tapi tak mustahil saya tak boleh lupakannya. Apabila awak melafazkan ‘aku terima nikahnya Suci Syuhada Bt Ahmad’ nanti saya akan biarkan arwah menjadi kenangan saya kerana ketika itu saya sudah mempunyai suami yang menyayangi saya dan tempat saya adalah di sisi seorang suami.” Tutur Suci Syuhada lembut. Suci Syuhada memandang Syed Izwan yang kini berada di sebelahnya. Lelaki itu sedang mengalirkan air matanya. “Iz, kenapa awak menangis ni? Sudahlah tu jangan menangis, buruk tau awak menangis. Tengok tu mata awak dah merah!”ujar Suci Syuhada separuh menjerit. Syed Izwan Atras mengesat air matanya. Bahu Suci Syuhada dipeluknya.Suci Syuhada melentokkan bahunya didada bidang milik Syed Izwan Atras. “Suci, saya terharu dengan kata-kata awak. Saya sayang kan awak”. “ La, terharu pun boleh menangis. Kelakarlah awak ni.” Suci Syuhada ketawa. Begitu juga dengan Syed Izwan Atras. Apabila ketawa mereka reda, Syed Izwan Atras bersuara. “Suci, awak tahu tak hari ini terbukti kata-kata Yus pada saya. Dia katakan pada saya bahawa sehingga dia ada anak pun saya takkan kahwin lagi. Betulkan apa yang dia katakan. Dia dah nak dapat dua orang anak tapi kita baru bertemu jodoh Suci.” "Jodoh, pertemuan kan di tangan Allah?” Syed Izwan Atras mengiakannya. “Suci, awak ingat tak lagi awak nyaris kena langgar dengan kereta masa awak nak melintas jalan?” Suci Syuhada mengangguk. “Kenapa?” “Sayalah yang memandu kereta itu. Tapi masa tu saya tak ingat yang awak Suci Syuhada, gadis yang saya suka dulu.” “Ye ke? Jadi awak yang nak langgar saya? Awak tahu tak dalam hati saya menyumpah-nyumpah lelaki yang nak langgar saya tau?” Syed Izwan Atras sedikit menjegilkan matanya. Akhirnya dia tersenyum juga. “Suci, saya ada satu lagi confessions nak buat. Awak nak dengar tak?” “Apa lagi pengakuan awak Iz? You made many confessions just now Izwan.” “ Tapi yang ni mesti awak kena dengar juga. Saya nak awak tahu kenapa saya tak nak awak bayar ganti rugi pada saya ketika awak langgar kereta saya di Time Square dulu. Sebabnya masa tu saya terkejut awak yang langgar kereta saya. So, saya pun tak jadi lah nak marah awak, kalau orang lain yang langgar mungkin dah lama kena marah dengan saya." Suci Syuhada sedikit tersentak. “Iz, begitu sekali kasih awak terhadap saya?” “ Suci, perasaan saya terlalu halus untuk awak. Saya sanggup menunggu awak bertahun lamanya. Jika orang lain mungkin akan menganggap ini kerja gila tapi bagi saya tidak jika demi yang tersayang.” “Izwan, kalau saya sudah berkahwin dengan Akmal, awak masih tunggu saya lagi ke?” “Suci, jika awak dah berkahwin mungkin saya akan mengambil masa yang lama untuk mencari cinta baru. Seperti awak mengambil masa yang lama untuk lupakan arwah Akmal.” “Izwan, saya pun ada pengakuan yang nak buat.” “Awak pun ada pengakuan juga? Apa tu?” “Sebenarnya saya nak minta maaf pada awak sebab masa awak hantar saya balik dari airport malam tu saya tak ada niat nak buat awak berkecil hati dengan saya. Tapi saya cuma nak lihat sejauh mana kasih awak pada saya. Sebenarnya yang telefon saya malam tu kawan baik awak. Dia yang banyak nasihatkan saya selama ini untuk terima cinta awak. Awak patut berterima kasih pada dia.” Kata-kata Suci Syuhada itu mengejutkan Syed Izwan Atras. Belum sempat Syed Izwan Atras bersuara, Suci Syuhada menyambung katanya. “ Fairuz pernah kata pada saya yang saya takkan tersalah pilih jika saya memilih awak sebagai teman hidup saya. Sepanjang saya berada di UK, saya selalu mengikuti perkembangan awak. Dari hari ke hari Yus sentiasa memberitahu pada saya perihal awak. Pada awalnya saya tak suka apa yang dia lakukan kerana niat saya inginkan ketenangan tapi Yus tidak mengendahkan kemarahan saya malah makin kerap dia menghubungi saya sehinggalah saya lali dengan perbuatannya. Makin hari saya rasa saya makin dekat dengan awak walaupun sebenarnya kita berjauhan. Dan yang paling saya tidak sangka saya dah mula jatuh sayang dengan awak. Semuanya tentang keadaan awak ketika saya tinggalkan awak semuanya ada dalam poket saya tau? Awak tak lalu makan, tak fokus pada kerja, penampilan awak pun dah serabut masa tu semuanya saya tahu Izwan. Yus dah beritahu saya semuanya. Dia dan adik saya ada datang menemui saya di sana. Memujuk saya agar menerima awak. Bukan mereka berdua sahaja yang datang pada saya tapi umi dan walid awak pun datang berjumpa dengan saya. Dalam tak sedar, saya termakan pujukan mereka. Umi awak ada cakap yang awak teruk sangat sejak saya pergi. Tapi ketika itu saya tak dapat berbuat apa-apa kerana saya dah melangkah ke hadapan dan sesekali tidak akan menoleh. Hati saya taklah sekeras batu Izwan, saya tetap ada perasaan yang sentiasa dimiliki oleh semua wanita. Jadinya saya minta pada umi awak agar nasihatkan awak demi masa depan awak. Saya juga dah bersetuju untuk menjadi menantu umi awak ketika itu dan saya minta umi rahsiakannya daripada awak. So dalam hal ini hanya umi dan walid awak sahaja yang tahu. Saya dah lama menerima lamaran awak cuma terpaksa dirahsiakan. Awak tahu tak yang saya terlalu rindukan awak. Saya tak sabar-sabar nak pulang ke tanah air untuk bertemu dengan awak.” Panjang lebar Suci Syuhada meluahkan rasa hatinya. Syed Izwan Atras hanya memandang Suci Syuhada. Sedikit tergamam mendengar pengakuan daripada Suci Syuhada. “Jadi awak dengan umi berkomplot ye? Pandai awak sembunyikannya. Umi pun satu pandai berlakon sehinggakan saya tak sedari yang dia berpura-pura tak tahu menahu tentang keputusan awak. Geramnya saya. Kalau ikutkan hati saya, saya cubit-cubit awak tau?" “Awak ni nakal juga ye? Iz, saya taknak kehilangan awak lagi seperti mana saya kehilangan Akmal.” “InsyaAllah saya akan bahagiakan awak. Ini janji saya pada awak. InsyaAllah saya akan menjadi suami yang soleh agar dapat memimbing awak dan anak-anak kita nanti. Suci, saya tahu apa yang kita buat ni salah, berdua-duaan dalam keadaan begini, tapi saya tak tahan la Suci, awak ni cantik sangat.” Selamba Syed Izwan Atras menutur kata. Dia masih memegang tangan Suci Syuhada. Suci Syuhada mengjegilkan matanya. “Awak ni otak kuning ya?” “Eh! Mana ada saya fikir begitu, saya tak tahan rindukan awak. Awak yang fikir bukan-bukan.” Syed Izwan Atras tersenyum melihat Suci Syuhada tersipu malu. “Suci, jom kita balik, umi saya mesti dah tak sabar nak menyambut menantu perempuan. Maklumlah sebelum ini sambut menantu lelaki je.” Pengangan tangan Suci Syuhada tidak dilepaskannya. “Umi awak yang tak sabar atau awak yang tak sabar?” Suci Syuhada mengangkat keningnya. “Awak kenakan saya ye?” Pipi Suci Syuhada dicubitnya. “Ouch! sakit lah Iz,habis tu tadi awak kenakan saya tak ape?.” Suci Syuhada menggosok-gosok pipinya. “Tulah kenakan saya lagi.”Ketawa Syed Izwan Atras meletus apabila Suci Syuhada memasamkan wajahnya. Suci Syuhada akhirnya turut ketawa dan akhirnya ketawa mereka bersatu seperti hati mereka kini yang telah bersatu untuk selamanya. Akhirnya Suci Syuhada menemui cinta yang sejati dan ketulusan kasih yang selama ini dicarinya. Benarlah kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta.


****************************************************

Bagi Suci Syuhada cintanya terhadap Wan Akmal akan terus tersemat dihati. Biarlah semua kenangan yang dicipta bersama Wan Akmal menjadi kenangan yang abadi. Kini cintanya akan mekar bersama cinta Syed Izwan Atras. Kasihnya kini tertumpah kepada Syed Izwan Atras.

Bagi Syed Izwan Atras, dia bersyukur pada Yang Esa kerana memakbulkan doanya. Ya Allah terima kasih atas kurniaan yang KAU berikan padaku. Bagi dirinya cintanya hanya untuk Suci Syuhada dan ia akan terus mekar dan mewangi. Dia tak akan mensia-siakan peluang yang ada. Sayangnya kini hanya pada wanita yang bernama Suci Syuhada yang akan sentiasa berbunga hingga akhir hayatnya.

‘Suci Syuhada binti Ahmad, terima kasih atas kesudian awak menerima saya setulus hati awak. Akan saya bahagiakan awak selagi saya bernyawa. Takkan saya biarkan awak menangis dan terluka. Saya takkan sia-siakan cinta awak pada saya. Saya sudah mendapat jawapan yang selama ini saya tunggu dari awak.’
Menatap indahnya senyuman diwajahmu membuatku terdiam dan terpaku mengerti akan hadirnya cinta terindah saat kau peluk mesra tubuhku banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu..

‘Syed Izwan Atras bin Syed Abdul Rasyid, terima kasih atas kesudian awak yang tidak jemu-jemu menunggu saya untuk memiliki cinta saya. Saya akan membahagiakan awak dengan wangian dan haruman kasih yang saya hulurkan kepada awak. Cinta awak sentiasa mekar dihati saya.Awak tercipta untuk saya.’

Aku ingin engkau selalu…
Hadir dan temani aku…
Di setiap langkah…
Yang menyakiniku..
Kau tercipta untukku..
Sepanjang hidupku…

‘Cinta dan sayang amat sebati dalam perhubungan. Sedalam mana kasih dan seluas mana cinta itulah yang membuahkan kemesraan dalam hubungan. Kemesraan dalam hubungan akan menyebabkan hubungan itu berseri dan apabila seri itu hinggap dalam suatu hubungan maka ia akan menjalar satu kebahagiaan dalam kehidupan. Adam dan Hawa saling memerlukan.’

Meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
kau selalu milikku yang mencintaimu
sepanjang hidupku..




hak cipta sendiri,,, eharap sume pembaca enjoy,,,,, (**,)