seindah memori

seindah memori

Sunday, July 25, 2010

Susah ker nak jadi baik????


Sebenarnya ramai daripada kita yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Paling tidak pun suka terhadap kebaikan dan ingin menjadi baik. Namun, kita selalu gagal untuk melaksanakannya. Ada sahaja masalah yang menghalang kita untuk menjadi baik dan membuat kebaikan. Ramai juga daripada kita yang tidak mahu berbuat dosa. Bencikan kejahatan. Namun, kita sering dan sentiasa terdorong untuk melakukannya.

Kita seperti hilang kuasa dan kawalan terhadap hati dan diri kita sendiri. Seakan-akan ada kuasa lain yang lebih kuat pengaruhnya terhadap diri kita berbanding apa yang kita inginkan. Mengapa ini yang berlaku?

argh…kenapa susah sangat nak jadi baik ni?

Hakikatnya, kita tidak pernah terlepas dari diburu oleh dua musuh utama yang sentiasa menyorong kita kearah kejahatan. Ya, merekalah syaitan dan hawa nafsu kita sendiri.

Apakah kita harus terus mengalah kepada dua musuh ini dan membiarkan mereka menjadi pemimpin diri ini?

Bagaimanakah harus kita berdepan dengan dua musuh ini dan mengembalikan pimpinan kepada diri sendiri?

Kunci utama : Mujahadah

Dalam dunia nyata juga, musuh hanya dapat dikalahkan dengan peperangan. Cuma bezanya, musuh zahir itu dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata. Namun, musuh batin, yang tidak dapat dilihat dan tidak tahu di mana wujudnya, bilakah berlakunya, ternyata lebih licik dan lebih susah untuk mendepaninya. Peperangan melawan musuh yang tidak nyata inilah yang dinamakan mujahadah.

Kita terasa susah untuk memeranginya kerana hakikatnya peperangan itu berlaku dalam diri kita sendiri. Berperang dengan hawa nafsu sendiri terasa seakan berperang dengan diri dan kehendak sendiri. Hanya dengan ilmu sahaja yang dapat mendorong kita menyukai apa yang patut disukai dan membenci apa yang patut dibenci. Namun, setakat tahu, tidak bermakna boleh melahirkan mampu.

Ramai yang tahu tapi tetap tidak mampu. Kerana musuh yang lagi satu tidak pernah berhenti dan berputus asa mengajak kita menjadi peneman mereka di neraka kelak. Syaitan itu hakikatnya makhluk paling kreatif dan paling tinggi sifat juangnya dalam menyeru kita kearah kejahatan. Begitu juga dengan nafsu yang tak pernah lesu. Maka, kuasa yang kita ada hanyalah dengan bermujahadah.

Sejarah awal penciptaan manusia lagi sudah Allah ceritakan, Nabi Adam a.s. juga tertipu dengan perangkap syaitan sehingga terkeluar dari syurga Allah. Dengan mengetahui hakikat kedua-dua musuh yang tidak pernah kenal erti penat dan tidak pernah berehat dan berputus asa dalam memperdayakan kita, wajarkah kita untuk bermujahadah sekali sekala sahaja?

“Aku dah cuba dah untuk jadi baik, tapi susah sangat…ada je halangan…”
“Aku baru nak belajar tak meniru dalam peperiksaan, tapi minggu ni sibuk sangat, memang tak sempatlah nak ulangkaji sendiri…”
“Aku baru je nak jadi pendiam sikit…dapat kelas dengan kawan-kawan yang banyak cakap la pulak…”

Kalau tidak pun, setelah kita berjaya atasinya untuk sesuatu tempoh.

“yeah..nampaknya takde la susah sangat nak jadi baik ni…”
“oh…Allah dah dengar dah doa aku rupanya…”

Dan akhirnya kita kembali memberikan kemenangan itu kapada syaitan dan nafsu juga. Syaitan itu paling kreatif dalam memperdayakan kita. Saat susah untuk bermujahadah, dibisikkan kata-kata hasutan agar kita berputus asa. Setelah berjaya, disuruh berhenti pula, cukuplah setakat itu. Dikurniakan pula rasa cukup dengan amal yang ada.

Ketahuilah sesungguhnya mujahadah itu adalah perjuangan yang tanpa henti. Perjuangan sehingga roh kita kembali kepada pencipta-Nya. Tiada jaminan langsung, bagaimanakah pengakhiran hidup kita nanti. Berjayakah atau kecundangkah? Segalanya bergantung kepada mujahadah kita untuk terus berada dalam redha Allah di setiap ketika dalam hidup ini, dalam setiap yang diusahakan dan dilakukan pada saat ini dan hari-hari mendatang.

Prinsip asas dalam mujahadah adalaha istiqmah. Mujahadah tidak akan mampu memberi kesan selagi kita tidak konsisten dan istiqamah dalam memperjuangkannya. Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.

Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisten.


Firman Allah SWT :

“Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau diperintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka.”(As-Syura :15)

Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka.

Yakinlah dengan firman Allah SWT :

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan kami, benar-benar Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.” (al-Ankabut : 69)

Syeikh Imam Al-Ghazali Berkata :

“Mujahadah adalah kunci hidayah tidak ada kunci untuk memperoleh hidayah selain Mujahadah”

Wallahualam.

Tuesday, July 20, 2010

KaSuT iDaMaN.....

abih kelas td sy g MIDVALLEY ngn irah... nak g barng kelengkapn mandi n maknn ringn sikit.. hehehehe... sambil2 tu cuci mate ngn brg2 yg ade kt situ..

1)perfume kt body shop.. ade less..
2)kasut kt Vincci.. xde less.. tp harge bleh la thn..
3)kasut kt JJ.. ade less.. cantik2.. geram nye ase.. nak beli tp xcukup bajet.. huhuhu
4)baju kt JJ.. xberkenan.. hakhakhak..

kasut 2... nak kasut 2... wwwwaaaaaaa..... agak2 bile la sy boleh dpt beli kasut 2.. huahuahuahua... tgh sabar nak beli kasut 2.. bajet nk beli bju raye lg, kang lari bajet,, tergigit lidah.. huhuhu tp irah da beli kasut.. lawa kasut 2.. huhuhu

sabar je lah.. xdapt kasut 2 pon xpe, jnji aku leh beli bju raye.. hakhakhak

KASUT OH KASUT (**,)

AAAAAAiiiiiiiiiiiRRRRRRR oohhhhhhhh AAAAAAiiiiiiiRRRRR!!!!!!!

air oh air.... mne air???? ar ni nk pegi kelas... celik2 jer air dah xde.. hah!!! sudah, nak g kels cam ne nih??? huahuahua.. xkn xmndi kot!!!!!!!!!!! huhuhu..
tunggu punye tunggu... tik..tok..tik..tok.... jam dah kul 10.30pg... last-last sy turun bwah n tadah air kt surau.. huhuhuhu.. penat gilerrr haiiaaahh angkut air.. berat!!!!!! dah mndi, siap2 pegi jgk kuliah... huhuh... mane la air nih?????

air oh air... muncullah dikau.....
dah ptg air masih xde kt kolej.. mlm t de meeting plak.. haddoooiii... pening eden..mandi jugk la kt bilik kwan..mujur bilik dia ade air..
sengal la.. bile la nk ade air nih????

air oh air...
tunggu je lah air muncul.. huhuhu

kuliah....

sy msuk kuliah.. tp pengenalan jer lah sbb masih lg dalam minggu add n drop..heheheehe..

kuliah pertanian dan persekitran.. Dr. Firuza yg ajar.. ingtakn dia skema tp upa-upanya kelakar dan sempoi orgnya.. huhuhu... sepanjang lam kelas 2 penat sy nak bergelak.. kelakr asenya.. gamat satu dewan..
bezz...

saiment yg nk kena wat of coz lah berkaitan ngn kajian lapangan.. kehkehekeh... banyak keja la jwabnya..
nama pon pertanian kan???
huahuahuahua...

kelas tuk ari isnin setakat ni satu kelas jer.. cam xpecaye je... huhuhu.. maklumlah tahun akhirkan.. aiiii... xsabar nak grad.. huahuahuahua... law boleh cepatkan waktu kan bezzz... heheeheheee.........

Sunday, July 18, 2010

dah taaaaammmaaaattttt!!!!!!!!!!!!

akhirnya tamt jgk MHS sesi 2010/2011.. lega asenya bila sumenya dah selesai.. hehehee
sem baru pon dah bukak, kuliah pon dah nk start.. assigment pon mula la akan bertimbun2.. nota kompom berterabur punyer.. hakhakhakhakhak...

dah tamat MHS, konvokesyen pulak akn menyusul.. huhu..
nantikan 4 Ogos t..

kita pakat2 meriahkan suasana...

Saturday, July 3, 2010

Selamat Datang...

dah lame sy tak buka blog saya.. sepanjang ni sibuk ngn tugasan saya..

satu persatu tugasan yg diberikan dapat dilakukan dgn baik... dah dekat ngn MINGGU HALUAN SISWA(MHS).. Pembantu Mahasiswa Sentral sabar je menunggu ketibaan pelajar baru.. dari TERMINAL BAS UM ke KLIA, LCCT, KL SENTRAL, HENTIAN PUTRA, DUTA, BUKIT JALIL, DAN PEKELILING.. hahaahaha.. 2 Julai dah mula pergi airport, menunggu bdk2 2.. 3 julai pon tugasan masih diteruskan di airport. esok (4 Julai), tugasan di semua tempat akan bermula.. kena bgun awal pg, lebih kurang 4.00 pg.. 4.30pg dah nk kena bertolak ke destinasi.. SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA MAHASISWA/MAHASISWI BARU UM, 4 Julai, bdk2 baru UM akan mula mendaftar, 5 Julai akan bermula MHS sampai 9 Julai. adoi.. mesti penat dan letih sebb nak kena handle sume program. tp best sebb sume tu pengalamn sebelom saya grad. hakhakhakhak... atleast ada pengalamn sapnjng saya menuntut ilmu di bumi UM ini.

Sem baru plak akan buka 11 Julai.. hadoiiii..... dah nak buka sem upanya.. sedar2 cuti sem dah berlalu.. arap2 sem baru ni dapt saya lalui dgn baik.. heheheehehe...