seindah memori

seindah memori

Monday, April 15, 2013

cerita dulu-dulu

kalau tanya saya zaman mana yg best?? mesti saya akan cakap zaman kanak-kanak! hahaa,, masa tu nakal tak hengat! pernah jugak pergi main kat rumah kawan seawal jam 7 pg, 7ptg baru balik rumah. sampaikan ayah dok depan rumah dengan rotan ditangan,, hahhaaa,,
main apa eh masa sy kecik-kecik dulu?? hah, maen getah 'zeropoint' dulu kecik ja badan ni, sekeping ja, kiranya main getah tu saya la yg paling terror,, hahaaa,, main tuju tin,, yg ni lg best. saya dan kawan-kawan main ngn budak- budak laki, laki geng laki pompuan geng pompuan,, kadang2 kami campur geng,, dulu kecik-kecik sgt best hidup,, hihihi, kalau tuju tin senang saya nak elak sebab badan sekeping,, kiranya payah jugak la nak 'mati',,,

main sembunyi-sembunyi,, hahhaa,, kat reban ayam pun jadi sebab nak sembunyi punya pasal,, kadang tu main sampai tak ingt dunia, sedar sedar org tua tegur ;jangan main sembunyi time maghrib nanti hantu sembunyi,,: hahhaa,, terus berhenti main balik rumah,,  takut kena sembunyi dengan hantu punya pasal,,
yg peliknya dulu, penat main pun tak ingat ke nasik,, tak makan pun tak apa aslkan dapat main,, wahhh best kan zaman kanak-kanak,, masa saya umo 7 tahun saya suka panjat pokok! ada pkok jambu air kt sebelah rumah sedara saya ni, balik fardhu ain ja mesti saya panjat pokok jambu tu n then makan buah jambu atas pokok! pokok rambutan depan rumah saya pun jadi mangsa.. kalau musim rambutan, saya pandang kiri kanan, tengok ayah ada ke tak, kalau comfirm line clear, baru saya panjat,, seronok dpt mkn rambutn atas pokok, mcm bersantaija ,,hahaha gila lasak tak saya ni??? penah jugak dok asyik main tak sedar kaki dekat je ngn 'parit'. sedar-sedar jatuh parit,, dah la xpandai berenang, hahaha, menjerit mintak tolong la,, mujur sedara nampak n then dia tarik rambut saya naik ke atas sebab time tu jaz nampak rambut saya je,, hahahaa,, balik rumah buat macam tak da apa-apa,, tak cite pon kat mak,, mak tanya 'awat baju basah?' "jatuh" tak cakap pun kata jatuh parit n hampir lemas,, hehhee tp esoknya tu mak tau jg sebb sdara saya cite,, hampeh! menanah la telinga dengar ceramah time tu,, hahhahaa




dulu ada jgk main masak-masak.. dalam erti kata lain main kahwin kahwin,, hahaaa,, time tu umo dah meningkat dah,, asenya umo 10 tahun,, sebab bila umo dah 12 tahun dah behenti main dah,, masa tu gile main 'hand ball' n 'net ball' kt sekolah so, tak da masa sgt nak main kat rumah,, umo 10 tahun pun dah gatal main kahwin-kahwin,, hahhaaa,,  bila dah besar ni tak kahwin-kahwin jgk saya! hahhahaa,,,

nakalkan saya zaman kanak kanak dulu,, tp bila masuk sekolah menengah saya dah tak nakal dan tak da masa nak main sebab hidup saya hanya di asrama dan menjdi seorng pelajar yg baik,,,hahahhaaha,,

p/s: semua org ada kenangan zaman kanak-kanak,, :))



saya dilamar????? (*,^)

berulang kali kau menyakiti
berulang kali kau khianati
sakit ini cuba fahami
ku punya hati bukan tuk disakiti

cintaku lebih besar dr cintanya
mestinya kau sedari itu

yuhuuuu,,, jiwang kejap,, hahaa  tp best kan lagu ni?? hehehee

ada sebuah syarikat buku nak melamar saya tuk menulis novel,, tak sangka pulak cerpen-cerpen yg saya tulis dalam blog nih ada jugak pihak2 yang memerhati,,penulisan saya hanya sekadar suka-suka,, saya memang meminati penulisan cerpen,, saya mula menulis sejak di bangu sekolah lagi,, cerpen-cerpen yang tulis saya akan bukukan dan cerpen itu akan di baca oleh rakan-rakan saya,,dulu  ramai jgk yg bertanyakan saya, kenapa tak hantar cerpen ni ke syarikat penerbitan buku,,mana tahu klu rezeki saya kat situ,, saya hanya senyum,, bila saya masuk universiti, makin banyak cerpen yang saya hasilkan dan bukukan,, sehinggalah suatu saat, saya terdetik untuk menulis cerpen dalam blog nih,, hehehee

menulis cerpen bukan mudah seperti yang kita sangka walaupun ia nampak senang,, sekadar cerita pendek, tp kite perlu ada penyusunan cerita yang cantik agar pembaca tidak keliru dengan apa yg ingin disampaikan, nak buat cerita yang tak membosankan pembaca bukan senang,, hahhaa,, saya menulis mengambil masa lebih kurang sebulan sebab nak mencari idea, nak pastikan cerita tu tak membosankan dan cerita itu ada pengajarannya, tp kalau cerita yang agak panjang, saya ambil masa lebih kurng 3 bulan untuk menulis, pernah satu ketika, sewaktu saya seronok menulis dan penulisan saya ketika itu boleh hasilkan sebuah manuskrip novel tapi sayang, tetiba sahaja laptop saya kena 'virus' dan sume bahan yg ada dalam laptop tu hilang,, arrghh!! saat tu punya lah sakit hati,,cerita saya dah panjang tu hilang! blank! sgt tension okey! dah la bersengkang mata nak siapkan karya tu,! wwoohhaa,, meradang jugak time tu,, hahhaaa,, tapi saya sabrkan diri, perlahan-lahan menulis semula tapi yang pastinya cerita tu dah lari dari tema asal,, hakhak,, saya ni suka lelaki yang kerjayanya memakai uniform sebb dorang nih nampak smart.,, memula saya suka dengan tentera dan cerita saya tu berkisarkan kehidupan tentera dan cinta,, tp bila dah cite  tu hilang, saya berubah kepada cerita juruterbang pulak,,,! dan kadang-kadang saya akan berangan nak  memiliki suami yg bekerja as juruterbang.. so sweet,, hahhaa gatal kan??? bolehlah saya buat cite 'suamiku juruterbang' hahhaa,,


hmmm,, nak terima ke tak lamaran tu eh?
wink wink kena fikir dulu,, (*_*)