seindah memori

seindah memori

Thursday, November 19, 2009

dugaan....

alhamdulillah.. dah dua hari exam dah abih... lega rasanya.. namun saya menyesal kerana saya gagal untuk menjawab soalan dengan baik... mungkin disebbkan saya malas tuk study...tahlah, klu rajin stdy pon sy xingat apa yang dibaca bila masuk dewan peperiksaan.. 'bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna! itulah yg terjadi pada saya.. entahlah, maybe disebabkan saya tension juga sepanjang exam nih!sekarang saya takut tuk berdepan dengan result yang mungkin kali ini akan teruk bebanding sem lepas! saya anggap semua ni dugaan bagi saya.. setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..tapi saya harap saya tidak gagal pada sem ni.. bila jadi cam ni, barulah saya teringatkan susah payah ayah saya bekerja keras tuk biayai pengajian saya kt sini.. ptptn bukannya tak cukup, tp disebbkan saya ni boleh tahan boros, so pt jd tak cukup. akibatnya terpaksalah ayah tanggung tuk beberapa bulan... insyaallah.. perkara ni xkan berlaku lagi tuk sem depan..saya akan berusaha bersungguh2.. walaupun anugerah dekan mungkin sukar tuk saya kejar, tetapi segalanya tidak mustahil..

'GETTING STRAIGHT "A" IS NOT EASY BUT CERTAINLY NOT IMPOSSIBLE'

saya akan sentiasa mengingatkan diri akan kepayahan org tua saya tuk tanggung saya! saya amat berterima kasih pada insan yang bergelar AYAH dan IBU kerana mereka sanggup memerah keringat tulang empat kerat tuk anak mereka! thanks a lot my dad n mum. i love u...JASA DAN PENGORBANAN MEREKA SUKAR TUK DIBALAS.. INSYAALLAH SUATU HARI NANTI SAYA AKAN TETAP BALAS JUA JASA MEREKA MESKIPUN TIDAK SEBERAPA DENGAN APA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN TUK SAYA...rindunya pada mereka hanya Allah yang tahu.. tak sabar rasanya nak balik kampung. menjejaki suasana sawah padi yang tengah menghijau sekarang nih..heheheehheee...

No comments:

Post a Comment