seindah memori

seindah memori

Thursday, April 26, 2012

jejalan

dapt msg dari seorang kawan,, 'de kt umah x? " msg nye tu aku pon reply,, ade apsal nak ajak kuar ke?" "nak pegi rumah, ade hal cket" "it's ok,  bia aku je g umah ko, leh kite makan koteauw sup kat kedai kak tun,,"

aku pon  hidupkan enjin moto,, wromm,,,wromm,,,wrom,,, aku pun 'merempit' la menuju ke destinasi,, lam 5 minit sampai la aku kat umah AFIRA,, tak tunggu lame dia pon bonceng moto aku n kami pun g la lepak kat kedai kak tun,, teringat mase zaman sekolah yakni masa aku tingkatan 6 dulu, abeh sekolah je, aku dengan kawan-kawan aku mesti lepak kat kedai kak tun,, ye lah memasing g sekolah dengan moto,, hehhehee,,  sampaikan kak tun tu kenal la muke kami nih,, bile dah memasing sambung belajar, jarang jumpe dan kedai kak tun pon kami jarang berkunjung lagi,, hehhee,, tp tak sangka lak mase aku g lepak kat kedai kak tun petang tadi, dia still kenal kami dan dia cakap "lama tak nampak"  hehehee,,,
nak ajak kawan kawan laen lepak sume ade hal masing masing, so, aku dgn fira je la yang terpacak kat kedai kak tun tu,,

dah order makann aku ngn afira pun borak borak la,,, sembang punya sembang tak sedar dah kul 5.30 ptg,, kami pun angkat punggung  sebab ada 2 lagi destinasi yang kami nak pergi. sampai kat rumah sorang kawan ni, dia tak de kat umah,, salah kami jgk sebb main terjah je,, hahahahaa,,

pastu g  kat rumah kawan kami yang seorang lagi ni, mujur dia ada kt umah,, sempat jugak aku wish selamat pengantin baru kat dia,,  maklumlah mase dia kawen tu ari aku tak dtg,, hehehe,,dalam borak borak tu sempat jugak aku nyakat dia,, hehehehe,,

dah lewat ptg, aku ngn afira pun minta diri la nak balik, mase aku salam tangan dia tu, aku tunduk sikit, dan dia cakap " asal nak cium tgn aku ke?" " bukan la, sje je nak amek bau,  kot-kot lepas ni turn aku pulak," hahhaha sempat lagi aku bergurau dengan dia,, hehehe,,

nak balik tu singgah stesen minyak jap, bukan nak isi minyak tapi nak beli topup, tp fira la yang nak beli,, jumpe plak dgn YAM  kawan sekolah aku yang same same belajar form 6 dulu,,sempt pulak borak ngn dia,, hihihi,, dgn dia la lame gile aku tak jumpe, 3 tahun asenye,, asal nak jumpe je ade je aralnya,,

sekarng dah abeh zaman belajar, memasing dah kerja,, masing masing sibuk dgn kerja masing masing,, kawan kawan yang dah kawen lagi ler susah nak jumpa,, hahahhahaa,, semoga lepas nih kami  semua dapat berkumpul ramai ramai, mungkin di majlis perkahwinan kawan kawan yang lain  ataupun  hari raya nanti,,

p/s: rindu mase belajar tingkatan 6,, rindu kawan kawan sekolah(^,^)

gambar kawen


walaupun dah agak lewat aku nak kongsi gambar gambar kawen ni tapi tak pelah kan,, hehhehee,, aku nak kongsikan gambar kawen kawan sekolah aku masa form 6,, dia ni bakal cikgu Pengajian Am.,, ngah tunggu posting la nih,, suami dia lak kej kat JABATAN LAUT.. okeh, jom tengok gambar gambar kawen dorang yang di ambil oleh kawan sekolah aku jugak IENA atau nama facebooknya megi kembang :)) IENA ni jgk seorang fotographer,,,

 












 cantik kan??? tahniah buat HUSNA dan pasangannya SUHAZLI,, semoga ikatan yang di bina kekal hingga ke akhir hayat,, amin,,, 

p/s: sentiasa mendoakan buat teman teman seperjuangan,,




perkara baik,,


sebb xde kej aku pon tetibe merajinkan diri aku jejalan kt blog blog blogger yg lain,, pastu terjumpe dua blog yang entrynya sal foto foto perkahwinan or pertunangan yang dorng shoot,,gambar gambar dari blogger a.k.a fotographer ACAI JAWE n ZAKUAN  mmg cantik,, ni gambo2  dr encik zakuan,,,  nice kan???





cantik cantik jer gambar dan jgk pose pose dr pengntin nih,,, background nyer pon cantik,,  doaku buat pengantin pengantin semoga berbahagia dan hubungannya kekal hingga ke akhir hayat,,


Friday, April 20, 2012

tanggungjawab,,,

semalam macam biase kul 8.00 malam aku dah terpacak kat tv,, sementra tunggu LIGA ILMU aku tgok SEMANIS KURMA lepas tonton berita kejap n then tgok cite FRIDAY I'M IN LOVE kalau tak salah aku la tajuknye gitu,, ingat-ingat lupe je,, hehehehe,,, tengok SEMANIS KURMA topik CINA BUTA,, minggu sebelum ni topiknye KAHWIN SAMBIL BELAJAR,, okeh, dah cukup jam 10.00 mlm aku pun tukar channel,, dari TV9 ke channel OASIS,, nak tgok debat antra ustazah pilihan dengan imam muda.. imam muda masa tu IMAM MUDA HASSAN N IMAM MUDA,, hehehe lupa la pulak name nyer,, :)) ustazah pulak USTAZAH AFIDAH dngn ustazah,,, lupa jugak namanye,, hihihihihi,,, tapi semalam tgok dorang berdebat sal TANGGUNGJAWAB MENJAGA IBU BAPA LELAKI ATAU PEREMPUAN,, memang seronok mendengar mereka berdebat,, dan yang paling aku sedih bile DR. RIDHUAN TEE cite yg mak dia yang bukan islam baru ja meninggal dunia. dan dia cite macam mn bezanya cara pengurusan jenazah islam dan bukan islam. Katanya waktu itu dia teringin nak memandikan mak dia tapi tak dapat. dan ketika menceritakan keadaan itu beliau menangis..

kita yang masih ada mak ayah ni, tak kisahlah apa jua panggilan kita pada mereka sama ada walid dan umi, abah dan mak, papa dan mama, daddy, abi, mek dan sebagainya sayangilah mereka dan jagalah mereka sementara mereka masih hidup di dunia ni. takut nanti bila mereka dah tak ada kita akn menyesal. tanggungjawab menjaga ibu bapa ni senang cakap adalah dua-dua pihak perlu bertangungjawab. Samada lelaki atau perempuan, kita perlu menjaga mereka dan memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka. jangan bile dah besar dan senang kita lupakan mak dan ayah kita,,

sekarng ni mcam mcam yang dah berlaku, anak kelar mak, anak tinggal ibu kat hotel bajet dan yang terbaru ni anak kurung mak sebab tak setuju mak kawen laen,,, agak-agaklah lah kalau kita tak setuju pun jgn wat mak kita cam tu,, mana mentaliti kita sebagai anak?? nak pulak sakarng zaman dah maju dan moden, janganlah mentaliti masih di takuk yang lama,,

walaupun seseorng perempuan itu dah berkahwin dan jangan lupa akan tanggungjawab kepada ibu bapa meskipun suami adalah no 1. dan begitu juga dengan suami jangan lupa tanggungjawab pada mak dan ayah meskipun tanggungjawab yang di galas semakin besar... betul kata kata ustazah pilihan muda dan imam muda yang setiap debatan mereka berpandukan hadis dan ayat alquran,, kesimpulannya, hidup kita ni mesti berpegang kepada dua perkara tu supaya akidah kita tidak terpesong jauh...

same-samelah kita merenung sejauh mana layanan kasih syg kita kpd mak dan ayah kita :))

p/s: perlukan pengisian agama dalam hidup dan bukannya mengejar dunia semata-mata (*,^)

Thursday, April 19, 2012

anak kampung

anak kampung,, korang penah dgr tak lagu nih??? aku memule dgr lagu ni time kumpulan ZERO rajalawak 6 nyanyi lagu ni tuk final dorang,, ZERO ni dri sabah bah,, time tu aku tak tau tajuk aper,, bila dgr je kat SURIA.FM aku terus cari kt youtube n 4share n then download,, bes lagu ni ade banyak maksudnya,,
actually lagu nih ade 2 versi,, versi 1st dinyanyikan oleh JIMMY PALIKAT, anak jati SABAH,, yang aku nak kongsi ngn korang nih lagu versi baru yakni lagu ni di updatekan sikit,, JIMMY PALIKAT FEAT ONE NATION EMCEES tp bez,,, tp bergntung la pada semua telinge yg mendengar samada nak ckp yang lagu ni tak bez terpulang,, semua orng ade pandangan masing-masing,, enjoy it!!

jom dgr lagu anak kampung versi baru ::::::::
lirik lagu ni kat bawah video nih:::::





jp:
Memang aku ini , anak orang miskin
tiada apa-apa , yang dapatku berikan
engkau memang cantik
memang tidak padan dan tidak sepadan

mimi:
aku anak kampung , tiada pelajaran
kuli - kuli sahaja ,memang tidak padan
cute bah kau itu
ramai yang tergoda lagi yang jelita

CHORUS

tiada keretaku bawa kau jalan - jalan
rumahku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian
kahwin sama kamu
bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama org lain

2nd verse

mimi /jp
kita masih muda , masih ada masa
janganlah kau cari gadis macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal tiada guna

anak kampung ku anak kampung
tidak padan tidak sepadan

RAP

zydee
hey si gadis yang manis
ku simpan duit sampai perut kempis
kalau dah cukup kita renjis - renjis
jangan kau nangis menu kita ikan bilis

jojo
sia sanggup buat apa saja
siang malam overtime kerja
laman facebook nda sempat buka
ndamau kau sedih dan kecewa

zydee
jangan kau sedih sabar kau gia
nanti kereta,rumah , ku buat kau bahagia
bukan undur diri belum bersedia
kau tunggu saja odooii giaaa
JP

CHORUS

tiada keretaku bawa kau jalan - jalan
rumahku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian
kahwin sama kamu
bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama org lain


engkau masih muda , cantik lagi menawan (jangan2)
janganlah kau cari lelaki macam saya (ok bah kalu ko)
engkau memang cantik (ahaa yup)
nanti kau menyesal tiada guna

nanti kau menyesal tiada guna x3

ahaa byebye

Wednesday, April 18, 2012

A Thousand Years





penat aku carik lagu ni nak wat mp3 lam blog aku tp xde,, so, aku jaz bleh share je lah kt blog ni melalui youtube,,, bez lagu nih,, lirik dia pon ok,, melodi lgu ni sgt aku suke,,,
i like this song,,, how about uoolls??

sinopsis

dah lama aku tak menulis cerpen,, tangan ni rase gatal-gatl ja nak menulis,, dulu dah siap sinopsisnya tp ada beberapa pihak yang tersalah faham dgn sinopsis aku, aku terpaksa delete sinopsis cerpen aku yang dah separuh aku wat :(

so, aku terpaksalah wat sinopsis baru dan cerita baru,,

sinopsisnya::::;

Nia Qhalisya: saya hanya berserah pada jodoh, kalau jodoh kite dah tertulis sejak azali lagi maka adalah jodoh kita nanti,, cuma saya harap masing-masing tak letakkan harapan yang tinggi kerana saya takut nanti kita akan dikecewakan.

Qhaliff: saya tahu saya tak layak tuk awak Sya, tapi berilah saya peluang untuk membuktikan yang saya betul-betul sayangkan awak.

Akmal: Panggil je saya ni Nott, saya nak berkenalan dengan awak Sya, harap awak sudi dan tak menghampakan harapan saya.

Lia Suraya: Kau dah ambil anak aku! Dah cukup bertuah aku tak tuntut hak pengjaan anak kat mahkamah. Dasar jantan penipu!

Fendi: abang minta maaf Lia, abang tau salah abang, abang betul-betul dah menyesal sekarang...


Nia Qhalisya seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga yang kaya-raya, dari kecil sehinggalah besar, dia hanya ditaburi kemewahan. Namun sikapnya yang sentiasa merendahkan diri telah memikat hati seorang jejaka bernama Qhaliff yang hidupnya hanyalah sederhana. Tapi sayangnya bahagia yang dicipta hanyalah sementara apabila hubungan mereka mendapat tentangan yang kuat dari keluarga Nia Qhalisya. 5 tahun Qhaliff menghilangkan diri tanpa mempertahankan cintanya terhadapa Nia Qhalisya. Dalam tempoh itu, hadir Akmal yang kononnya ingin merawat kelukaan hati Nia Qhalisya. Namun hati Nia tetap kepada Qhaliff dan jauh di sudut hatinya, dia masih menunggu lelaki itu.

adakah Qhaliff akan terus menghilangkan diri atau kembali semula kepada Nia? Apa yang akan terjadi kepada Akmal? Dan bagaimana pula kisah Lia Suraya dan Fendi??

nantikan kemunculan
"Tanda Cinta Kita"

Thursday, April 12, 2012

tutup aurat vs dedah aurat

nape tibe tibe jer aku nak tulis enty sal aurat ni??? hm, actually, bile tgok keadaan masyarakat sekarng aku rasa terpanggil tuk menulis sal aurat,, dalam beberapa situasi yang berlaku depn mta aku, aku rasa topik aurat ni makin menjadi jadi,,,

jom tgok situasi situasinya:

situasi 1,,

jalan jalan kt satu tempat ni, dgn seseorng,, (lelaki) dan dia tanye aku,, "nape ye perempuan suke pakai tudung bagi nampak dada? dada that means payudara pompuan (sorry kalau nampak cam lucah, aku jaz nak terng kan je) jawapan aku??? aku jwb entah,, mls nak komen,,
dia tnye cam tu sebb depan kami mase tu ade seorng pompuan, jaz berselendang, tshirt lengan pendek, dukung anak dia, kt belakang dia suami dia,, mase tu aku terpikir, hm,, suami dia tak tegur ke?? hm,,

situasi 2,,,

nak kuar ngn seorng kawan, aku jaz saruk tudung bawal n then dia pakai shawl,, hm,, nampak tengkuk skit, n shawl tu tak tutup dada nye,, n then seorng kawan lelaki pun tegur, tutup dada n tengkuk tu sikit,, err,, aku yg mendengr ni sikit terkejut, dia tegur direct to the point tp baguslah cam tu atleast maybe dia rase tanggungjawab sesama islam,,

situasi 3,,

dalam facebook,, banyak sgt aku tgok gambar pompuan yang free hair n n tanpa segan silunya pose itu ini bagai n then meletakkan gmbar tu dalm facebook n tunggu kawan kawan komen " awak nmpak cute la" "cntiknya awak" eeerrr,, motif kau letak gambar cam tu lam facebook nak ape? nak dgr pujian bernas dr kawn kawan kau ke?? kau tak fikir ke sal aurt kau yang sepatutnya wajib dijaga dan buknnya ditayang untuk umum,,,,,,

satu lagi lam facebook aku jadi pelik dgn sesetengh manusia ni, gambar dia bertudung n tak bertudung bercampur campur, means dia ni on n off bertudung la,, err,,, motif kau bertudung n kemudiannya kau bukak tudung tu nape???

dlm facebook jer kadng kadng boleh nmpak pompuan ni bergambar 'syok sendiri' n then nampak bahagian bahagian yang tak sepatutnya,,, eerrr,, motif kau bergmbr gitu???

situasi 4,,

g pejabat pos sebb nak hantr borng, terserempak dgn kawan lama,, huh! sedikit terkejut sebab kawan aku ni dulu dari sekolah agama, dulu bertudung labuh tak hinggat, alim memng tak pyh ckp la,, bahasa arab A derrr,, sekali jumpe tudung dia dh singkt, siap 'up' lg tudung tu n nampak dada dia,, errr,, mn tudung labuh kau dulu?? kene bakar ke??

So, dlm islam dh ckp pakai tudung hendaklah menutup sehingga ke dada,, islam tu mudah,, islam tu indah,, kalau betul betul menghayati islam, betapa indah dan cantiknya islam tu,, kau kalau pakai tudung,, jgn bg nmpak rambut walaupun sehelai, jangn bg nampak tengkuk @ leher, jgn bg nmpak dada, pakaian kau pulak jgn ketat, jgn seksi,, yg memandng ni akan sakit mate,, samelah aku, sakit mate aku tgok orng yg menutup aurt tp still terdedah aurtnya,,

kalau timbul isu isu, "ala pakai tudung pun belum tentu baik, tu yang bertudung labuh tu entah entah ade sebb nape dia pakai tudung labuh,," tp kau penah nampak tak yg bertudung labuh ni pergi disko or kelab malm?? kau pernah nampak tak awek awek yang pakai tudung berbaju kurung masuk kelab malm?? tak kan?? so, ape beze orng yg bertudung dgn yg tak bertudung? pe beze orng yg menutup aurt dgn orng yg tak tutup aurat,, "sy tak bertudung tp sy solat ok??'''
'abeh tu kau nk ckp yg bertudung @ bertudung labuh ni tak bersolat??? so,, boleh nmpak tak perbezaan pemikiran or pandangn manusia terhadap yg bertudung dgn yg tak bertudung nih,, aku ni pun bukannya alim sgt, tp aku tahu bab bab aurat ni,, :))



tutplah aurt kamu wahai umat nabi muhammad S.A.W,,,rasanya anda semua dh tahu kot balasan bagi mereka yg tak menutup aurat,,wahai kaum hawa,, tontonilah auratmu hanya pada mereka yang di haruskan melihat aurat kamu,, jagalah aurat kamu untuk tontonan suami kamu,, peliharalah aurat kamu agar suami kamu tenang dan dia tidak di bebani dgn dosa dosa kamu nanti,, ringanilah tanggungjawabnya nanti meskipun dia adalah pelindung kamu,, sesungguhnya syurga seorng isteri terletak di telapak seorang lelaki yg bernama suami..