seindah memori

seindah memori

Tuesday, January 5, 2010

letih!!!!!!!

letihnya saya bila semalam, saya rajin-rajinkan diri ke kuliah.. awal tu saya ingatkan habis kelas kul 3ptg.OOOOPPPPSSS rupanya saya tak perasan saya da kelas KO-K ptg tu. kul 5.30-7.30 ptg. saya pun pergilah ke fakulti ekonomi dan pertadbiran tuk kelas ASAS MENDEKLAMASI PUISI. kenapa saya amek puisi?? minat ke??? minat sangat-sangat. hehehehe.. bukannya ape, saya tertarik dengan keindahan bahasa yang digunakan. kadang-kadang selain menulis cerpen, saya juga selalu menulis puisi.. kenapa ek?? kadang-kadang dengan menulis puisi, segala rasa hati saya terluah di situ. dah lama saya tinggalkan penulisan puisi dan mendeklamasi puisi ni. sejak dari bangku sekolah saya agak aktif dalam bidang ni. kali terakhir saya mendeklamasi puisi ni ketika saya di tingkatan 4. (SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KANGAR. lepas tu saya dah tak aktif dah. saya beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran. sebab tulah saya memilih deklamasi puisi tuk subjek KO-K saya.

pertama kali masuk ke kelas ini, hati saya berdebar-debar apabila pensyarah minta kami semua deklamasikan puisi yang diberinya. bila tiba giliran saya, saya buat sebaik mungkin. Alhamdulillah saya mendapat pujian atas persembahan saya.bukanlah nak riak sekadar nak berkongsi dengan pembaca semua.. tapi ada jugak yang lain turut mendapat pujian.. habis je kelas jam dah menunjukkan kul 7 ptg.pensyarah lepaskan awal. saya pon ape lagi bergegaslah balik kolej. kul 9 malam nanti latihan bola baling pula menunggu. Ahh!!! letihnya saya rasa.

tepat 9 malam saya dah terpacak kat gelanggang futsal menanti kelibat pengurus bola baling. dalam fikiran saya kalau lambat sangat nak je saya pergi latihan bola jaring yang turut diadakan pada malam tu.lama juga menunggu akhirnya dia pon tiba. dah bersiap sedia, kami pon mulalah dengan 'warming up'. aduh terasa penatnya, itu baru 'warming up' tak lagi latihan.. selesai tu, beberapa kali kami kena lari, tak sempat berehat lari lagi,.. penatnya saya. muka dah bertukar jadi merah, terlalu penat!! nasib baiklah tak bertukar hijau.hahahaha.. time tu jugak perut saya kosong.(dari pagi saya tak makan) sebelum mula latihan tu, perut saya dah sakit, tapi tuk mengelakkan 'penyakit' tu datang lagi, saya cepat-cepat amek biskut dan makan satu sudu nasi eni. buat alas perutlah katakan. selesa sikit perut.hehehehe..mood makn saya masih tak baik. entahlah sampai bila nak berkeadaan begini. harap-harap selepas ni saya ada balik selera makan tu. eni dan kak ema dah marah-marah saya sebab tak makan, last-last tuk tidak membiarkan telinga saya mendengar ceramah free mereka saya pun orderlah nasi kosong dengan sup sayur. awal tu order sup cendawan tapi dah habis pulak.huhuhuhu.. saya bungkus je. naik bilik rehat kejap (baru je lepas main bola baling kan) hehehehe.. pastu saya pun makanlah, tengok nasi cam banyak je.. boleh ke saya habiskan?? sesuap dua je masuk dalam mulut saya, lepas tu dah tak boleh nak terima. last-last eni jugak yang tolong habiskan. hehehehe.. Huh! penat sangat malam tu.. kul 3 pagi saya mandi tuk segarkan badan. siapkan assaigment yang tertangguh.. mata dah mula mengantuk dan akhirnya saya tertido.. mujurlah tak terlepas subuh. hehehehe.. rasa mengantuk tu ada, rasa cam tak nak pergi je kelas kul 11 pagi tu. tapi memandangkan kelas tutorial yang agak penting, saya pun pergilah..dalam kelas ape lagi tersenguk-senguklah saya.. hehehehe..letih punya pasal..kaki pun masih terasa sakit.. malam nanti ada lagi latihan yang menanti..

No comments:

Post a Comment