seindah memori

seindah memori

Thursday, April 7, 2011

dunia tes!s

okeh,, alhamdulillah,, akhirnya berjaya jugak aku siapkan tesis aku,, setelah penat bersengkang mata tak tido malam,, nak menangis bile bahan kajian yang nak wat tak jumpe,, hampir-hampir putus asa bila terasa cam tak teratur ja tesis aku,, berterabur,, tak de bahan,,

tp,, alhamdulillah,, Allah telah permudahkan urusan aku,, syukur yang tak terhingga,, bermula daripada aku berurusan dengan pihak Jabatan Perangkaan Malaysia,, nak dapatkan maklumat, data, dan bahan kajian aku,, tapi tak dapat respon yg baik dari dorang,, time tulah aku rasa cam nak menangis,, 2 minggu tesis aku tak berjalan,,

aku puji JKR kubang pasu sbb aku senang berurusan dengan dorang.
hari dah makin hampir dengan tarikh nak kena submit aku punya tesis,,
6/4 2011,, prof jamilah nak semak tesis student di bawah seliaan dia,, siap sume tesis so, nak dijadikan cite,, aku dah siap sume bab yakni dari bab 1 hinggalah bab 6,,

pastu ada la nak tambah itu ini,, so,, aku ingt aku boleh la kot siapkan dalam masa 2 jam,, jadi alkisahnya, disebbkan mata aku tak tahan ngntuk aku pon tido la kul 3.30 pagi.. dah bila tido, niat ni nak bangun awal nak sambung balik tesis aku,, nak kene anto,, bila aku bangun pagi terus ja aku buka laptop n then aku mula la menaip apa-apa yang patut.



aku tengok jam,, semakin lama makin cepat aku rasa,, aku rasa cam tak sempat je nak anto akt prof sebelum kul 1, aku dah kelam kabut..

okey, bila dah siap sume, jam dah kul 12.15.. nak print lagi,,,,

aku pon pe lagi,, sambar je t-shirt n jeans ngn selipar,, g la fakulti,,
sampai kat sana dah 12.30.. aku print kt fakulti pendidikan, dah amek masa yg lama sebb banyak page,, ok,, pastu dah selesai aku print dah kul 12.55,, ok sempat ke nak binding pulak kedai td dah tutup sebb rehat,, alamak,, aku dah gelabah,, waaaa
pe lagi aku berlari la g kedai fotostat fakulti sastera,, aku dah tak pedulik orang nak tengok aku ke ape ke yang penting aku dapat anto kat prof tepat pada waktunya,, hehhehehee

mujurlah kedai fotostat fac sastera xtutup lg,, dah siap binding, aku pon mempercepatkan langkah aku,, panjat pulak tingkat 3 jabatan Geografi,, aduh,, tercungap-cungap aku penat,, dah la perut kosong kot!!!

sampai ja kt bilik prof, aku pon ketuk pintu,, prof pon siap ckp lg kat aku, "xpe2 kamu rehat dulu k, bg hilang rase penat kamu tu'
hak2 aku tesengih-sengih jelah,, tp memang betul aku penat,, hahaaaahhaa

pastu aku pon serahkanlah tesis aku, dan setelah dikomen-komen, prof pun cakap, lepas ni boleh lah kamu jilid ye, tapi edit-edit lah bahagian mane yang sy komen tadi,,"

mujur tak banyak yang aku kena edit,, lega rasenye,,
aku pon kuarlah bilik prof dengan nafas yg sangat-sangat lega dan tersenyum. LEGA!!!! tesis dah siap,, pasni bolehlah tumpu kat saiment lak,,

dunia tesis menyerabutkan otak aku,,
dunia tesis juga kadang-kadang wat aku tertekan,,
tapi tu la namanya student,, hehhehehe

No comments:

Post a Comment