seindah memori

seindah memori

Sunday, September 9, 2012

di mana keadilan???

apa dah jadi dengan undang-undang sekarang???? undang-undang negara lebih memihak kepada perogol dan buknnya mangsa,, 2 keputusan mahkamah melibatkan perogol di bawah umur  buat rasa tak puas hati,,
kes pertama membabitkan seorang pemain bowling remaja yg diketepikan drpd hukuman penjara, sebaliknya hanya diperintahkan berkelakuan baik selama lima tahun ats alasan remaja terbabit mempunyai masa depan yang cerah,,

kes kedua,,

seorang juruelektrik juga dikenakan ikat jamin dan perintah berkelakuan baik atas alasan perbuatan dilakukan dgn persetujuan bersama dan gadis yg dirogol keciciran sekolah,,

aku tidklah arif tentng kehakiman negara tp apa sudah jadi?? adakah nasib dan masa depan si perogol lebih penting sehingga boleh mendapatkan keistimewaan melampaui batas undng2 yang sedia ada?? Adakah hanya kerana mangsa rogol seorng yang keciciran  sekolah, maka haknya boleh dinafikan begitu sahaja??

adakah perogol genius boleh senang senang terlepas tetpi jika si perogol itu seorng mat rempit, keputusannya berbeza???

selepas apa yg mereka lakukan, mereka masih dianggap mempunyai masa depan yg cerah sedangkan masa depan mangsa yg dirogol siapa yg peduli?? kalau  ditakdirkan mangsa mengandung, mangsa di beri 2 pilihan samada gugurkan kandungan atau lahirkan saja anak tersebut,,  macam mana pulak masa depan mangsa rogol??? macam mana pulak dngn rasa malu yg perlu ditanggung oleh keluarga,,

siapa nak jawab????

p/s: waspadalah wanita di luar sana,,,,,,,,

No comments:

Post a Comment