seindah memori

seindah memori

Monday, December 5, 2011

biarkaN rindu itu berlaGu 7

Hujan renyai-renyai diluar. aku menyelak sedikit langsir. Memandang ke arah luar jendela. Pemandangan yang sangat cantik dengan warna warni bunga-bunga yang pelbagai jenis. Hasil tangan aku menghias laman rumah. Air terjun mini mencantikkan lagi lanskap yang sememangnya sejuk mata memandang.
"Awak terima saya sebagai suami awak?"
Suara itu mengejutkan aku. Aku hanya menghembus nafas, memandng wajah tenang dihadapanku. tangannya kucapai lantas kukucup.

"Zairil, awak dah sah menjadi suami saya. Soalan tu sepatutnya saya yang tanya kat awak. Ye lah, saya ni hanya gadis kampung, berbanding awak yang tinggal di bandar. Sebelum saya ambil keputusan untuk berkahwin dengan awak, saya dah fikir masak-masak, bagi saya awak sahaja yang boleh memimpin saya ke jalan Allah."

"Qhas, saya tahu saya hanya insan biasa, dua tahun kita saling menunggu, saya ingat hati awak dah kat orang lain. terima kasih sudi terima saya sebagai suami saya walaupun awak ada calon lain."

Aku hanya tersenyum memandang wajah suamiku. " sebelum kita kahwin, dua kali je kite jumpe, yang pertama mase umi saya nak saya kenal awak dan yang kedua mase saya balik dari luar negara. Masa tu saya jumpe awak nak tahu sama ada hati awak pada saya atau tidak. Tak sangka pulak yang awak pun suke saya ye?" aku mengenyit matku pada suamiku. Dia tersenyum lantas mencuit hidungku. "Dah mule nak perasan la tu, mujurlah mak yang suruh saya jumpa awak, tak sangka ye jodoh kite berdua panjang. Ingatkan orang tu dah lupe kan kita."
"Tak lah, masakan saya lupakan awak, sedangkn saya dah janji dengan awak kan?"
Zairil hanya tersengih.
Dah hampir dua bulan aku dan suamiku bergelar suami isteri. Selepas aku ambil keputusan untuk bersuamikan Zairil, Helmi adalah orang pertama yang mengucapkan tahniah padaku. Katanya, dia juga tidak dapat menerima aku sebagai isterinya, dia hanya menurut kata orang tuanya. Helmi juga sudah berkahwin dengan pilihan hatinya sebulan selepas aku selamat menjadi isteri Zairil. Kini, aku bahagia dengan suamiku. Rumah anak-anak yatim juga tidak pernah aku tertinggal untuk melawat mereka di sana. Kasih aku kepada Anisa sama seperti dahulu. Aku ada mencadangkan kepada suami keinginan aku untuk menjadikan dia sebagai nak angkatku, tapi kata suamiku 'biarlah kita ade anak sendiri, bukan tak suke dengan anak angkat, takut nanti bile ade anak sendiri, dia akan rasa tersisih sebab dia hanya anak angkat.' Hm,,, bile difikir-fikirkan ada betulnya juga kata suamiku. Aku hanya menurut katanya. Suami, kalau dah mula guna kuasa vetonya,, apalah sangat yang boleh si isteri melawan.

No comments:

Post a Comment