seindah memori

seindah memori

Sunday, January 3, 2010

enjoy sikit..












rasa cam nak tercabut je jantung saya ni bila naik permainan yang agak menakutkan.. hehehehe.. ok, nak dijadikan cerita, hari sabtu,(2/1/2010) lebih kurang kul 12 tgh hari saya dan kak ema pon pegilah Berjaya Time Square..nak wat ape g situ?? shooping ke?? maklumlah duit PT dah masuk.. hehehhe.. Bukan shooping, tapi kami g main kat Cosmo World Theme Park. Ape yang ade kt sana??? macam-macm permainan yang ada. tuk kanak-kanak pon tak ketinggalan. hehehe.. ok, sampai je kat situ, kami pon belilah tiket. Tuk hari minggu harga tiket RM37 klu hari biasa palk RM32 (promote sikit) hehehhe.. niat tu nak main roller costers atau supersonic odyssey. sebab pe nak main benda alah tu??? sebb saya nak jerit sekuat-kuatnya. nak release tension yang ada. awalnya tu kami sangat teruja tuk naik roller costers tu. pastu bila dah start bergerak... huh tak payah la cakap. takut ya amat.. tp saya puas sebb dapat menjerit sekuat hati saya.. terasa hilang beban masalah saya selama ni.. mungkin betul kadang-kadang orag cakap bila kita menjerit, terasa ringan sikit beban masalah kita.. time tu punyalah takut sampai menangis. itulah kali pertama dalam hidup saya naik roller coster. hehehe.. sebb sebelum ni ayah saya tak bagi naik.. hehehee.. bukan pe takut jatuh.. tp bila difikir-fikirkan kalau nak mati kat mana-mana pun boleh mati kan kalau dah sampai ajal..

lepas tu kami mencuba permainan DNA MIXER. hah yang ni lagi satu menakutkan.. saya dan kak ema bukan pe, walaupun takut tapi tetap nak mencuba. hehehe.. konon nak advanture lah ni.. hahaha.. bila ia berpusing ke bawah dan ke atas dengan laju, ya allah, sekali lagi terjerit-jerit sape-sape yang cuba permainan tu. walaupun safetynya kuat tapi tetap rasa cam nak jatuh. hehehe..pastu pening punya pasal, kami rehat sekejap. mujurlah perut kami kosong.kalau tak gerenti dah termuntah kat situ.. huhuhu.. lebih kurang 20 minit kami berehat, kami pon mencuba satu lagi permainan yang agak mencabar tu.. SPINNING ORBIT. mula-mula tu tak lah rasa gerun sangat sebab ia berpusing dari bawah ke atas. bila dah sampai ke atas tu saya dan kak ema pejamkan mata. takut nak tengok bawah..entah ke berapa kali saya mengucap. dari mula main roller coster sampailah permainan terakhir. mulut saya ni tak putus-putus mengucap dua kalimah syahadah.takut kalu jatuh nanti tak sempat mengucap. hehehe.. walaupun tahu safetynya kuat tapi tetap takut. hehehehe..
permaianan seterusnya, saya orang je yang cuba. kak ema dah takut. dia tak nak cuba permainan ni. SPACE ATTACK. hah yang ni lagi la mencabar dari banyak-banyak mainan yang awal kami cuba. masa naik tu, kalimah Allah tak lekang dibibir saya. terasa nak menjerit, tp suara bagaikan tak terkeluar sebab dah banyak sangat menjerit. saya cuma pejamkan mata. bila ia naik ke atas secara menjunam, Ya Rabbi, terasa cam jantung dah nak terkeluar.saya rasa cam saya sendiri pun nak jatuh. saya terfikir kalaulah safetynya terlepas pandang, confirm mati dengan ketinggian yang sememangnya tinggi... lepas je permainan tu, saya dah rasa nak termuntah. rehat sekejap sebelum cuba permainan seterusnya. hehehe.. tak serik-serik lagi tu. bukan pe, alang-alang dah masuk, baik cuba semua permainan yang ada, kalau tak rugi je bayar 37 ringgit.

lepas tu saya dan kak ema pon cubalah permainan DIZZY IZZY. nampak cam biasa-biasa je.tak mencabar. sebab kanak-kanak pun ada yang main. tp sebelum tu, kanak-kanak kena ukur dulu ketinggian mereka, cukup atau tak tuk permainan ni. disebabkan permainan ni nampak cam tak mencabar, kak ema pun tanyalah saya, "nak menjerit tak?" saya pun jawablah, "taknaklah akak, dah tak ada sore nak jerit." cewah dengan bangganya lah jawab cam tu. tp sekali ia bergerak, hah amek kau.. tak nak menjerit ape nya, terpaksa menjerit sebab ia berpusing dengan laju, dalam keadaan senget dan tanpa henti, malah pusingannya hanya sehala..hah masa tu dah pening dah.ketinggiannya boleh tahan.nak jerit pon dah tak larat. dah abis tu, saya dan kak ema cepat-cepat pegi toilet. huh rasa nak termuntah tu datang lagi. dah la perut kosong. mujur lagi, kalau tak memang dah terkeluar sume yang saya makan. rasa kelakar pun ada, sebab nampak je tak mencabar, tapi ada yang nak termuntah, dan ada jugak yang siap bawa minyak cap kapak! lepas tu, kami mencari air yang masam-masam sikit, tuk hilangkan rasa pening dan termuntah tu.. lepas tu, last sekali permainan yang kononya tuk orang dewasa kami cuba. OOORT'S EXPRESS. rasa cam biasa je, tak mencabar jugak bila tengok orang main. bila pusingan dibuat yang awalnya perlahan, tetiba je jadi laju. pusingan tu dlam keaadaan sengit.bila dah sengit ni, orang sebelah tinggi ni terus je ke tepi pasangan sebelah. boleh dikatakan terhimpit jugaklah pasangan kita tu. lepas tu memang pening sakan. adauh hari ni memang kami buat kerja gila. dah tahu diri tu takut nak jugak cuba. huhuhuhu.. bukan pe, sesekali nak jugak enjoy. kami nak main permainan ni dari sem lepas lagi, tp modal tak cukup. jadi bila dah ada modal (masuknya duit pt) tu yang pergi terus tu. takut nanti tak sempat pulak dengan assaigment yang comfirm akan datang berlonggok-longgok. dah penat bermain, kami tak ketinggalan tuk bergambar. nak jadikan sebagai kenangan. puas berpossing, kami turut mencuba permainan kanak-kanak.Dah penat main permainan yang mencabar tadi, cuba pulak la permainan kanak-kanak. hehehe. FANTASY TRAIL. naik keretapi, masuk lam terowong, dan kemudiannya nampaklah haiwan-haiwan yang dilukis dan dibuat seolah-olah betul. best sangat, terasa lapang je dada ni. aha, sebelum tu, kak ema cuba main BUDDY GO ROUND. ala yang naik cam kuda pusing-pusing tu diiringi ngn lagu twingkle-twingkle tu. hehehe..

pastu dah penat berjalan, bermain dan bergambar kami pun keluarlah dari situ. dah penat sangat-sangat. tapi tak tersa nak isi perut. hehehe.. jam dah menunjukkan kul 5 ptg. nasib baiklah masa tu kedua-duanya 'cuti'. hehehhe.. tu yang boleh enjoy terlajak sikit tu. pastu kak ema nak shooping pulak. saya dah lenguh dah ni. terpaksa ikut jugaklah kak ema. hehhe.. pastu dah abih bershooping, keluar je dari dari Time Square, hujan lah pulak. dah la datang dengan motor. cam ne nak buat ni. sementara nak tunggu hujan renyai-renyai, masuk sekejaplah kat Giant. masuk je tapi tak beli ape-ape pon. dah tersa sengal-sengal di kaki, hujan pon dah renyai-renyai, so kami pun redah je lah hujan tu. bukan jauh sangat pun dari tempat saya. dah sampai kolej, kami singgah kejap kat cafe kolej ketiga, nak isi perut. jam dah pukul 6. tapi saya sejak dua menjak ni, tak da selera nak makan, sebab tu sampai kul berapa pun boleh tahan lagi perut ni. tapi lepas tu mulalah gastrik tu datang.teringat saya sem lepas, akibat dua hari saya tak isi perut, penyakit tu datang lagi. menyucuk-nyucuk perut saya.hari tu jugaklah badan saya berbau minyak angin. nak makn ubat, ubat tak ada..hahahha.. padan muka saya.. berbalik pada cerita saya td, pastu saya gagahkan jugalah makan makann kegemaran saya yang sememangnya bukan nasi. manalah tahu selera tu ada. tapi tak berkesan jugak. dah banyak hari saya tak jumpa nasi. huhuhu.. tak tahulah apa nak jadi dengan saya. hehehe.. teringat saya pada seseorang yang ada mensyorkan saya makan vitamin B complex. hehehe.. tp saya malas nak makan.hehehe.. sudahnya sampai ke malam la saya tak jamah sebarang nasi.just makan biskut je. sekurang-kurangnya menjadi alas perut saya.hehehe.. sepanjang cuti 2 hari (jumaat= awal tahun+ sabtu) saya dan kak ema enjoy je. hari jumaat kami pegi main bowling. pandai ker??? tak pandai sangat pon. masuk jugak longkang. hahahaha..

ape-ape pon kami enjoy walaupun takut mencuba permainan yang menakutkan, kalau ada rezeki terasa nak datang dan main lagi. walaupun takut, tapi tetap best!!!!!!! saya letaklah sikit gambar yang diambil ketika kat sana.. lepas ni nak pegi main bowling lagi.. sejak bila pulak saya suka main bowling ni??? sebenarnya saya masih baru dalam bowling. tak pandai, just cuba-cuba je. keinginan nak main bowling tu wujud dalam hati saya apabila terasa tak best je bila permainan cam tu tak cuba. sebab tu saya cuba bermain walaupun tak pandai. Thanks a lot to kak siti. dia yang mula-mula ajak saya dan ajar saya bermain bowling. hehehehe.. yang penting enjoy kan?? tak sabar saya nak tunggu 14 Jan nanti. nak tengok cite Adnan Sempit yang saya kira kelakar ceritanya.hehehee..saya ni kaki wayang ke?? tak jugak. saya mula jejak kat panggung wayang tu masa saya form 6. tu pun dengan kawan-kawan sekelas saya. sebab kitaorang nak cuba panggung yang baru je buka kat Pasaraya ANEKA time tu. hehehehe.. boleh dikiralah dengan jari berapa kali saya masuk panggung ni. last saya masuk, saya tengok cite senario beach boy dengan adik bongsu saya. dia yang beriya-iya ajak saya pegi tengok. kalau ikutkan hati saya tak nak.tp kesiankan adik sebab dia minat dengan senario.hehehehe...

tak salahkan sesekali kita enjoy dalam hidup kita. cuma jangan tersalah enjoy sudahlah. hehehehe..

Tuesday, December 29, 2009

selamat datang sem baru..

alhamdulillah sedar tak sedar dah hampir dua tahun saya menuntut di sebuah IPTA. sekarang dah masuk sem baru setelah sebulan lamanya bercuti.. dah berbulan otak ni kosong, kini terpaksalah disumbat dengan segala ilmu.. angka dan huruf tak perlu ditolak lagi. memang itu yg akan dipelajari.. penat?? mungkin! penat tuk menelaah pelajaran.. penat tuk masuk kuliah.. penat tuk ke kelas tutorial.. penat tuk memahami ape yg dipelajari... penat tuk melayan kerenah kawan-kawan yang tak pernah menutp mulut dari berceloteh.. ade je pendapat, perkara yg nak dibualkan.. tapi itulah kawan yag saya ada.. heheheee.. walaupun penat cam ne pun, semua tu pelu dilakukan dengan hati yg ikhlas.. nama pun student kan???? heeeheee... semua tu perlu dilalui dgn hati yg terbuka.. result sem lepas???? sebut sal result ni sedikit mengecewakan saye.. entah dimana silapnya, ia semakin merosot.. entahlah mungkin disebbkan saya mals study sem lepas.. hehehee...

so, tuk sem ni saya akan mulakan segala-galanya dengan azam yg baru.. heeehheee..tidak ada lg malas-mals nak ke kuliah, tutorial dan study.. semuanya kena full kali ni.. tak ade lg ponteng-ponteng.. hehehe.. insyaallah saya akan lakukan..
tiba masanya tuk berubah.. perjalanan hidup masih panjang.. sekali tersungkur takkan selamaya tersungkur.. cuma kita perlu bangkit dan kuatkan diri tuk teruskan perjalanan yang jauh itu...

pesan saya kepada semua pembaca agar mulakan azam baru di sem baru ini.. heheheee.. lagipun tahun 2010 akan muncul beberapa hari je lg...

indahnya jika memaafkan..

pernah tak kita terfikir... adakah aku selalu buat salah pada org? sama ada kecilkan hati atau yg sewaktu degnnya... jika kita terasa begitu, cepat-cepatlah minta maaf pada irg yg kita rasa bersalah tu.. tak semua yang kita rasa apa yang kita lakukan itu adalah betul.. tak salah sekiranya kita meminta maaf.. bukan soal jatuh maruah atau disebbkan ego yg tinggi, kita tak nak minta maaf pada org.. dan sebolehnya, sebelum tidak, kita memaafkan semua org.. tak semestinya bila kita rasa ada org buat salah dengan kita dan kita perlu mendengar ucapan maaf darinya baru kita nak maafkannya.. bila sebelum tido kita memaafkan semua org, insyaallah, tido kita tenang dan nyenyak..

betapa indahnya hidup kita jika kita memaafkan semua org... pendek kata tuk ape kita berdendam.. usah lakukan begitu.. Allah tak suka org yg berdendam.. saye??? saya bukanlah baik tapi saya tak berdendam pada org.. walaupun ada yang buat salah pada saya, saya biarkan aje.. saya cepat memaafkan org lain walaupun dalam diam...
untuk ape kita berdendam? ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.. di dunia ini tidak semuanya sempurna.. sebagai manusia, kita tak lari dari melakukan kesilapan.. sama ada kita sedar atau tidak.. kenapa kita perlu salahkan org lain sedang kan kita tahu diri kita bagaimana jika berlaku sesuatu permasalahan..

tidak ada gunanya kita berdendam sesama manusia.. kita perlu ingat "syaitan" tidak akan pernah lupa sesaat tuk menghasut kaum adam dan hawa tuk melakukan yg dilarang..
percayalah, jika kita memaafkan dan meminta maaf pada org kita akan tersa tenang...
"nabi pernah bersabda: sesiapa yg berada dalam sesebuah majlis dan ia banyak melakukan kesilapan di dalam majlis itu, kemudian sebelum bangun, dia menyatakan: Maha suci engkau, wahai Allah dan dengan pujian-pujian engkau,aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah, aku memohon pengampunan pada Engkau dan aku bertaubat pada Engkau; melainkan diampunkan apa yg telah dilakukan di dalam majlis itu...

kenapa kita perlu meminta maaf? ia adalah tuk menjaga hati dan perasaan org lain.. jika kita rasa apa yg kita lakukan adalah betul dan kita tak perlu minta maaf tetapi sebaliknya pada pandangan org lain perlukah kita menjadi seorang yg EGO tuk berkata maaf? perkataan MAAF.. adalah satu perkataan yang amat menyentuh hati.. percaya atau tidak jika kita marahkan org, dan org itu meminta maaf ats kesalahan yg dilakukan, hati kita tersentuh dan kita akan memaafkannya...

tidak ada ruginya jika kita memaafkan org lain...malah ganjaran lain pula yg akan diberikan kepada kita.. kita perlu ingat.. setiap perlakuan dan bicara kita walaupun secara tersembunyi tetap ada yang memandang dan mendengarnya...
oleh itu, lama atau sekejap masa yg diambil tuk memaafkan org lain, cubalah kita maafkannya.. tuk ape kita bermusuh? tidak ada gunanya semua itu.. pandanglah sekeliling kita dan perhatikan org sekeliling kita dan cuba katakan pada diri.. pernah tak aku lukakan hati mereka? pernah tak bicara aku menyakitkan hati mereka? pernah tak tingkah-laku aku menyakitkan hati mereka? cuba kita renung-renungkan dalam hati kita.. pernah tak kita lakukan semua itu.. jika kita tak pasti.. cepat-cepatlah mohon kemaafan kerna kadng-kadng tanpa sedar kita telah melukakan hati orng sekeliling kita...

p/s: betapa indahnya memaafkan sesama manusia..

tahun baru islam..

Selamat dtg MUHARrAM.. selamat dtg thun baru.. alhamdulillah, sedar xsedar dah nak masuk thun 2010... awal muharram dah pon disambut.. 1 MUHARRAM 1431.. umo pon dah makin meningkat...heheeee... bila umo makin meingkat ni perlulah persiapkan diri tuk bertemu Yang Esa nanti.. bekalan tu biar cukup. supaya nanti tak rasa takut untuk menghadapi MATI.. saya ni pon bukannya baik sangat.. banyak lagi yg perlu sy baiki dalam diri saya... saya bukanlah alim seperti ulama, cuma hamba Allah yang kurang serba-serbi.. jika dihitung amalan saya di dunia ini xlah sebanyak mna..sebut sal tahun baru ni, apa yg saya nak kongsi dgn pembaca semua adalah sy akan lakukan satu perubahan dalam hidup saya.. saya akan tinggalkan diri saya yang dulu.. akan menjadi diri yang baru.. perubahan ke arah kebaikan.. jika kita tak mampu tuk lakukannya secara drastik, lakukanlah dengan perlahan-lahan.. sebagai manusia biasa, insan yang lemah dr sgala hal, perlukan perubahan dalam hidup.. kadang-kadang dah tiba masanya manusia berubah dia akan berubah.. mencari sinar hidayah.. kata orang kita akan berubah bila dah dapt hidayah Allah..sesuatu yg kita xboleh nk zahirkannya.. bila kita dah rasa kita perlu berubah, maka berubahlah kita.. usah tangguh-tangguh lagi.. dunia semakin dekat dengn kiamat, cuma kita tak tahu bila.. pernah tak kita terfikir apa yang dilakukan saban hari, saban tahun, pendek kata ( panjang tak kate ke?) heeee..sepanjang kita hidup adakah cukup amalan yang dilakukan untuk bertemu hari muka.. ketika ini banyak sagt kematian, musibah yang berlaku. Ya Allah takutnya saya bila dengar semua tu.. takut bukannya ape sebb belum bersedia tuk menghadapi MATI.. sebab ape? sebab amalan yg dilakukan saya rasa tak cukup lg dan tak sempurna..

ketika ini teringat saya dengan apa yang pernah saya baca.. menceritakan perihal sejarah nabi dan sahabat-sahabat baginda.. perjuangan yang dilakukan serta pengorbanan yang dilakukan demi ISLAM.. malah sifat-sifat mereka dan baginda amat jauh dengan kita manusia biasa.. bagaimana menjadi wanita dan isteri yang solehah juga tak pernah lekang dari bibirnya tuk pengetahuan saya.. saat itu, saya terfikir..mampukah saya menjadi wanita dan isteri yg solehah? sedangkan jika kita mengecilkan hati suami kita dikira berdosa padanya sehinggalah dia memaafkan kita? mampukah saya menjadi seperti Fatimah Az-Zahra, yang sanggup mengelilingi suaminya Saiditina Ali, sebanyak 70 kali sambil mulutnya memohon kemaafan atas kesilapan yg dilakukan.. aahhh.. terlalu banyak kelemahan dan kekurangan saya.. terlalu kerdilnya saya...

ketika ini.. bila bersendirian.. saya terkenangkan dosa-dosa lalu.. dosa yang pernah saya lakukan.. tak terhitung rasanya.. terlalu banyak.. cuma saya mohon pengampunan dari-NYA.. kadang-kadang terfikir kenapa hidup saya tak seperti orang lain.. mungkin ada hikmahnya.. kadang-kadang kita perlu ingat, Allah menarik semula nikmat yang diberikan kepada kita tetapi Allah akan gantikan nikmat yang lebih baik.. contohnya jika hari ini kita diberi cahaya mata, tetapi kehilangan usah bersedih kerna tak mustahil Allah akan berikan kita sesuatu yang lebih baik.. mungkin kita akan dikurniakan anak kembar? siapa tahu kan? Allah itu maha segala maha, dia lebih mengetahui akan segalanya....

Thursday, November 19, 2009

dugaan....

alhamdulillah.. dah dua hari exam dah abih... lega rasanya.. namun saya menyesal kerana saya gagal untuk menjawab soalan dengan baik... mungkin disebbkan saya malas tuk study...tahlah, klu rajin stdy pon sy xingat apa yang dibaca bila masuk dewan peperiksaan.. 'bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna! itulah yg terjadi pada saya.. entahlah, maybe disebabkan saya tension juga sepanjang exam nih!sekarang saya takut tuk berdepan dengan result yang mungkin kali ini akan teruk bebanding sem lepas! saya anggap semua ni dugaan bagi saya.. setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..tapi saya harap saya tidak gagal pada sem ni.. bila jadi cam ni, barulah saya teringatkan susah payah ayah saya bekerja keras tuk biayai pengajian saya kt sini.. ptptn bukannya tak cukup, tp disebbkan saya ni boleh tahan boros, so pt jd tak cukup. akibatnya terpaksalah ayah tanggung tuk beberapa bulan... insyaallah.. perkara ni xkan berlaku lagi tuk sem depan..saya akan berusaha bersungguh2.. walaupun anugerah dekan mungkin sukar tuk saya kejar, tetapi segalanya tidak mustahil..

'GETTING STRAIGHT "A" IS NOT EASY BUT CERTAINLY NOT IMPOSSIBLE'

saya akan sentiasa mengingatkan diri akan kepayahan org tua saya tuk tanggung saya! saya amat berterima kasih pada insan yang bergelar AYAH dan IBU kerana mereka sanggup memerah keringat tulang empat kerat tuk anak mereka! thanks a lot my dad n mum. i love u...JASA DAN PENGORBANAN MEREKA SUKAR TUK DIBALAS.. INSYAALLAH SUATU HARI NANTI SAYA AKAN TETAP BALAS JUA JASA MEREKA MESKIPUN TIDAK SEBERAPA DENGAN APA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN TUK SAYA...rindunya pada mereka hanya Allah yang tahu.. tak sabar rasanya nak balik kampung. menjejaki suasana sawah padi yang tengah menghijau sekarang nih..heheheehheee...