seindah memori

seindah memori

Thursday, July 26, 2012

doktor oh doktor

pagi tadi memandangkan aku mengajar petang, so, aku pegi la klinik, konon nak cek kesihatan,, woohaa,,

"selalu ke sakit kepala nih?"
"selalu jugak, tp tak tahu sebab apa,,"
"magrin kot?"
"entah la doktor, tak tahu saya, doktor cek la,"

"tekanan darah awak rendah nih,,sebab tu selalu pening kepala,,"
"eh! hari tu saya derma darah ok jer doktor,"
"tekanan darah awak rendah sikit, kalau derma darah ok sbb ckit je,,xpe g amek darah dulu kat makmal,, jagp dtg sini balik,,,"

"nak MC ke?'
"tak payah la doktor, saya ngajar petang"
"owh, cikgu la ni, mengajar subjek ape?"
"bi"
''alamak, tak jadi nak takcle sebab saya tak minat bi"

 *eerr apa kaitan nak tackle saya dengan subjek yg saya ajar? aku tanya lam hati je la,,  tp ttp senyum doktor tu cakp cenggitu,,

doktor tu sempt ngusik aku dan dok bebel sengsorang,, last sekali lepas dia dh abeh tanda maklumat  kt kad rawatan aku, dia ckp
 " tak pe japg awak g amek ubat ya,,"
"ok la doktor, terima kasih,,  "

sempat lg dia cakp JANGAN CITE KAT PAKWE AWAK HHAHAHAHAA

doktor oh doktor,, aahhaa,, nama doktor tu DOKTOR FIQRIE,,

p/s: doktor yg hensem, org sakit pun dah jadi tak sakit,, hahhahaa

Thursday, July 19, 2012

ah lan wa sah lan ya ramadhan

sedar tak sedar sya'ban dah hampir nak melabuhkan tirainya,, selepas sya'ban ramadhan bakal menjelma,,  semalam sibuk berborak dengan sorang kakak ni kat bilik guru, maklumlah semalam ada program kat sekolah tuk pelajar jadinya free la tuk cikgu cikgu,, hehehheee,, dalam sibuk sibuk berborak tu, aku terfikir semalam dah 18 haribuln Julai, hari sabtu ni insyaallah semua ummat  islam akn berpuasa, lepas tu raye,, sedar tak sedar sekejap jer mase berlalu,,, akak tu pon cakp,, sekejap je mase berlalu sekrng nih,, kadang kadang tu rasa cam dah lama kerja,, heheheheee :))

okeh,, memandangkan ramadhan bulan yg mulia hampir tiba aku nak kongsi sikit tentng ramadhan :

"apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu pintu syurga, ditutup pintu pintu neraka dan diikat syaitan syaitan" 
                                                                                                              (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


"Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan intisab, nescaya diampun baginya segala dosa yang terdahulu,,,,"

                                                                                                   (Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim)

see?? betapa hebatnya kuasa allah,, begitu sygnya Allah pada umatNYA,, tp kita mcam mn jika berdepan dgn ALLAH? sygkah kita pada ALLAH? cintakah kita pada ALLAH? 

sempena ramadhan yg bakal tiba, sama-samalah kita memperbetulkan kekhilafan kita yg lalu,,, kejarlah rahmat di bulan ramadhan,, kejarlah berkat di bulan yg penuh kemuliaan dan keberkatan  ini,,, banyakkan amalan-amalan yang baik di bulan ramadhan ini ya kawan-kawan... (**,)


 "ah lan wa sah lan ya ramadhan" 

JEMARI QHALBU : jom muhasabahkan diri,,,,,,,,,,

Tuesday, July 17, 2012

santau

sempena dgn hari penyayang jumaat hari tu, aku dgn seikhlas hatinya, lepas je abeh kelas mengajar budak-budak tuisyen (buat part time) aku pon pegi la menderma,, 350ml darah yang telah aku dermakan,, semangat berkobar-kobar nak menderma kepada yg memerlukan,, zaman aku study kat KL dulu, dengar jer ade kempen menderma darah, aku akan pegi,, hihihihi,,, tak rugi menderma,, "KAMI SEDIA MEMBANTU" (**,)

ahhaa,,, SANTAU???? memandangkan hari ni sekolah cuti sebab semalam kat sekolah aku ada sukan padang dan balapan,, aku g rumah atok aku pagi tadi,, aku g merempit jer, tu pon ikut jalan belakang sebab motor tak de cukai jalan,, hahahhaha,,  selalunye adik aku yg naik motor ni g sekolah, hari ni dia bawa motor aku plak,, kete plak kakak bawak g pekan,,  so, terpakselah aku rembat jer motor adik aku tu,,hari-hari g sekolah dgn kete, bila nak naik motor rasa terkial-kial la pulak, tp aku bedal je, janji sampai kt destinasi aku yg lebih kurng 20 minit,,
sampai rumah atok, atok tengah masak,,  borak punye borak atok pun bercerita la,,

"......... kena santau"
hah? aku pun terkejut la,,,
"sape yg buat?"
"tak tahu sebab ............ makan di kedai, dah setahun lebih dia makn kt situ tak de ape2 pun, tetiba ja hari tu dia kena dengan kawan2 dia"
"ada org letak kt kedai tu kot"
"ustaz tu cakap, mmg ada org letak,, dia letak kaca dalm nasi dan serpihan kaca dalam air, .......... pon g berubat dan muntah keluar serpihan kaca,, bla,,bla,,bla,,,, "

aku hanya mampu beristifar,, astarfirullah al a'zim,, dunia makin moden pon masih ade sikap dengki cam tu,, tak leh ke bersaing cara sihat? nak kenakan orang cra tu buat apa?? menganiaya org lain tu kenapa? ish,,,, kesian kat tauke kedai tu dan kesian jgk kt pelanggan kedai tu,,

lumrah orang kita kalau nampak perniagaan org tu maju sikit dari kita mula nak berdengki guna ilmu hitam,, tak baik tau,, cukup2 la dgn sikap cenggitu,, bila melayu dan malaysia nak maju kalau masih ada org cam ni???? rezeki tu kan di tangan Tuhan,, percayalah rezeki kita ada di mana-mana sahaja,,,

p/s: melayu akan jatuh jugak di kemudian hari,,, 


Friday, July 13, 2012

pelik,, pelik,,,

bulan sya'ban dah nak habis, ramadhan pulak akan menyusul,, mcm mn agaknya ye bulan ramadhan nanti,, waktu bersahur, waktu berbuka,, solat terawih,, mula nak mengecat rumah,, aha,, baju raya tak terfikir lg,, dah 5 tahun, time raya mesti beli raya last-last minit, dulu selalu gak tempah kat tailor kat kampung aku nih, tp entah la, malas pulk nak tempah,, beli je la,, nak menjahit sendiri malas,, hahahahaa,,bukan malas pe, sibuk ngn kerja lagi,,hehehee,, student dah sibuk-sibuk nak dtg beraya kat rumah aku,, hahaha,, jemput lah dtg,, hihihihi

lepas pose, beraya, cadngnyer nak pegi melancong,, kaki ni tersa gatal-gatal pulak,, time cuti sekolah tu ar teruja sgt tengok penguin yg comey-comey,,nak-nak pulak bile penguin tu terjun dalam air,, ala,, comeynyer,, :))

aha,, nak cakap sal fesyen tudung terkini,, aduyai,, aku yang pompuan ni pon naik rimas tengok fesyen tudung skrng,, berbelit belit sne sini,, bagi dorng konon cantik la, bg aku: huh! naik sakit mata,,

mungkin aku jaz sorang yg simple,, pergi mn jaz ngn tudung bawal jer,, tu yg aku lebih selesa,, jnji dapt tutup aurat,, bukan aku kolot tp aku tidak selesa! TIDAK SELESA! kadang-kadang nak berfesyen tak salah tp jangan sampai nampak HODOH di mata orang,,,

dah klu bertudung pon dah macm pokok krismas,, ape ke hal???
dah kalau bertudung pun dah cam menyiksa diri terbelit sane sini,, dah kenapa?

aku jaz memerhati mereka-mereka yang bertudung tp berfesyen ntah pepe tuh!

oh satu lg,, perlu ke bile bertunang kau siap make up tebal-tebal segala bagai?? majlis pulak dah mcam majlis kawen??? huh! bertunang je pon,, tak sampai sehari je pon,, pihak lelaki dtg sebelah ptg contohnya pas asar,, selesai majlis balik la,,, so, agak-agak korang la kan, berapa lame je majlis betunng tu???fikir sendiri la,, :))
bukan aku dengki tp aku pelik dgn sesetengah org nih terutamanya pompuan,,yang kadang-kadang tu nak menunjuk,, kononnya majlis dialah yg terbaik, dialah yg paling cantik,, pakai tudung berbelit belit tu cntik la?? alahai,, dunia-dunia,,,

p/s: tidak merujuk kepada sesiapa tp hanya dari sudut pandangan mata kecil ini di merata-rata pelusuk,, (**,)

Tuesday, July 10, 2012

tamat sudaaa,,

sekarng kat sekolah yg aku sedng berkhidmat sekrang ni musim sukan,, so, secara automatiknya aku pon buzy sekalilah,, dengn nak latih budak2 berkawad lagi, kene make sure peserta rumah sukan untuk acara pertndingn nnti sume ade, macam-macam lagi lah,,  memula jadual lama aku tak banyak kelas tuk mengajar, tp bile tukar jadual baru, banyak lak timenya nak mengajar,, hukhuk,, tambah pulak satu subjek, ingtkan SIVIK tu senang, tp rupanya susah nak ngajar budak budak walaupon nampak jaz simple,,, :))

sukan yang paling aku suka tngok adalah acara larian,, nak nak lak kalau lelaki yg lari,, aaahhaa,, bukan gatal tp bila tengok dorang lari tu, peserta pertama mesti jauh ke depan dari peserta kedua dan ketiga,,, hihihihi,,



ahhaaa,, minggu lepas episod last citer JANGAN AMBIL PADANG KAMI!,, yes,, aku mesti rindu kat BETTO,, haaahhaaa,,, sekarang ganti ngn citer DI MANA HILANGNYA JUWITA? tp aku tak tgok pon, sebab aku tengok BETUL KE BOHONG?  tak kering gusi dibuatnya tgok BETUL KE BOHONG? nih, nak pulak ngn kelakar yg dibuat oleh JEPP,, hhaaahaaa,, alaahhaii JEPP,, aku dah tak ingt episod ke berapa dah BETUL KE BOHONG? nih sebab  aku selalunya tengok ulangannye jer,, heheheee,, satu lagi komedi yg leh wat aku tak putus-putus ketawa KAROT KOMEDIA X,, hahahahaa,, mcam sengal jer KAROT KOMEDIA X nih,, hahahaha,,,



 JANGAN AMBIL PADANG KAMI! ni banyak kisah yg dipaparkan dlm masalah flat,, kes kecurian, orang gile, dan macam macm lagi lah,, dan semangat mereka dalam menyelesaikan sesuatu kes,, betto(zain) bertindak selaku ketua mereka bertujuh yang selalu tenang,, walaupon rasanye tak logik nak amek balik padang yg bukan milik kite tp itulah dikatakan semangat kekitaan sebb padang itulah tempat kite bermain bola dan melepak, aleh-aleh pemiliknya amek balik, mestilah kita nak buat sesuatu kan supaya padang tu jadi milik kita! kesungguhan mereka bertujuh nih patut dipuji!! :)) walaupon sekadar lakonan! untuk menilai cerita itu tak perlu tunggu Aaron aziz, Shahizey Sam, Yana Shamsudin, maya karin, lisa surihani berlakon, cukup kalau jalan citenya menarik! yg penting nilai persahabatn yg penting dlm citer nih......

pe2 pun, JANGAN AMBIL PADANG KAMI! dah tamat,,, aku mesti rindu akan si kenit (Murat), zain, arai,, mai,,juju, akmar,,nik,,izzu islam,, yang masing masing bawa watak tersendiri dgn baik,,heheee,, ahaa,, pak leh tak lupe!!  hakhakhak

tamat sudah kisah kehidupan di FLAT SERI BAYU,, (**,)

p/s: time tuk masak seblum bersiap ke sekolah,, dddaaaaaaa:))