seindah memori

seindah memori

Sunday, August 14, 2011

biarkan rindu itu berlagu 2

"kenape termenung ni?" Aku memandang pada empunya suara. "Tak ada apelah umi, teringat zaman study dulu. Qhas selalu lepak dengan Ayu.Dah dua tahun dah rupenye Qhas dah habis belajar. Sekarang masing-masing dah kerja. Buzy lah, susah nak jumpe." "Kenangan tu sentiase ade dalam ingatan kita, kenangan yang tak kan berulang, kamu pun dh makin besar Qhas, dah boleh kahwin." "ala, umi ni, Qhas tak de calon lagi lah," "itu je yang umi dengar dari dulu sampai sekarang, tak de calon, habis bilenye nak ade calon?" Alahai, umi dah mula nak membebel. Aku memandang wajah redup itu. Lantas ku capai tangannya. "Umi, Qhas tahu umi nak tengok Qhas kahwin, ade keluarga sendiri, tapi tak de sape nak Qhas umi." "Jangan nak merepek, kamu tu yang selalu mengelak.Bulan lepas Haji Idris ade tanya umi pasal kamu. kalau kamu solo lagi dia nak pinangkan kamu dengan anaknya si Helmi tu. Mak ni tak berani nak cakap ape-ape." Bulat mata aku mendengar ayat umi. "Biar betul umi?" "Betullah, kamu ingat umi nak menipu?" "Eh, tak ade lah umi." "Hah, dah tu kamu nak ke tidak dengan Helmi tu?Kamu jangan cakap yang kamu masih tunggu Asyraf. Dah bertahun-tahun dia tinggalkan Qhas, Qhas tak ingat ape yang dia dah buat dengan Qhas? Mase Qhas sambung belajar di UKM dulu, ape yang dia dah buat belakang kamu? Itu kamu baru pergi sane sekejap, tak sampai sebulan dia dah cari orang lain. Umi tak nak menantu umi perangai macam tu. Dah, Qhas lupekan je dia." aku hanya berdiam diri. Kalau nak di ingatkan kisah aku, memang pedih. Teringat sewaktu Ayu tanya pada aku tentang teman lelaki. aku ada jawapannya, tapi aku tidak mahu mengungkit kisah lama. sudahnya pada dia aku katakan aku tidak mahu mencari teman lelaki. Asyraf! Ya, lelaki yang pernah aku cintai. Berkawan dari sekolah menengah lagi. Tapi bila aku dapat sambung belajar di UKM, hubungan kami mula renggang. Sampailah satu masa, mungkin Allah ingin beri petunjuk padaku bahawa lelaki yang aku cintai itu bukanlah lelaki yang terbaik untuk aku. Dia sedang bermesra dengan seorang perempuan. Saat itu, hati ini bukan sahaja terluka malah hancur berkecai. Seminggu aku menangis dan akhirnya aku mendapat kekuatan, aku bersemuka dengannya dan putuskan hubungan kami. Alhamdulillah selepas itu hidup aku makin tenteram, aku senang dengan cara hidupku. Kisah itu aku biarkan berlalu, aku bangun dengan hidup yang baru,hinggalah aku tamatkan pengajian ijazahku. Dan sekarang aku masih menunggu keputusan untuk aku sambung belajar di Australia peringkat master. Cinta? cinta aku buat Asyraf dah kosong. saat aku putuskan hubungan dengannya perasaan aku terhadapnya dah mati. Cuma untuk bercinta lagi aku rasa takut. Takut dikecewakan lagi."Qhas," Lembut suara umi memanggil aku. "Kenape ni nak? marahkan umi ungkit kisah kamu?" "Aku hanya tersenyum. "Tak adelah, umi, Qhas tak tunggu Asyraf, Qhas dah tak ade perasaan untuk dia. Cuma Qhas takut kalau Qhas bercinta lagi Qhas dikecewakan. Qhas tak nak rasa sakit tu berulang lagi umi." Umi memelukku. "Sabar Qhas, umi tahu penderitaan kamu dulu, umi tak paksa Qhas, cube satu je umi nak cakap, tak semua lelaki macam tu." "Qhas tahu umi. Umi, Qhas dah buat keputusan." "Ape dia nak?" "Umi tolong carikan calon untuk Qhas. Qhas dah bersedia untuk kahwin." "Betul ni Qhas?" Aku mengangguk sambil tersenyum. "Tapi umi dengan satu syarat." "Ade syarat pula? ape syaratnye?" "Bakal suami Qhas nanti mesti kene bersedia terima keadaan kalau Qhas dapat sambung belajar kat luar negara, dia mesti bersedia dari segi fizikal dan mental." "Itu je syaratnye? Ingatkan ape tadi. Tak sabar pulak umi nak dapatkan calon tuk Qhas." "Aiih umi, care umi bercakap ni macam dah ade calon untuk Qhas je" "Memang dah ade, tapi Qhas tunggu jelah,nanti umi minta dia kenal-kenal dulu dengan Qhas sebelum kahwin." Aku memandang umi. Biar betul umi aku ni. "Umi, tak kan Helmi?" Umi hanya tersenyum memandang aku. Dia menjongketkan bahunya pantas berlalu ke dapur. Dan aku, hanya terdiam. Betulkah tindakan aku kali ini dengan membiarkan umi mencari jodohku? Umi,, meninggalkan satu pertanyaan pada aku. Siapa calon bakal suami aku?

No comments:

Post a Comment