seindah memori

seindah memori

Sunday, August 21, 2011

BiarkaN rindU itu berLaGu 5

Kipas syiling berpusing ligat. Sunyi rumah banglo dua tingkat itu. Masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. satu keluarga yang harmoni menghuni di rumah itu. "mak, along tunggu dia dua tahun seperti yang along janji dengan dia. Tapi along tak pastilah dia pun tunggu along jugak ke tak." Zairil memecah kesunyian dalam rumah besar itu. "Mak faham perasaan kau nak, kenape kau tak tanya dia aje masih tunggu kau lagi ke tidak?" lembut tutur Hajah Saodah. "Along tak beranilah mak, along takut dia reject along." Hajah Saodah memandang penuh kasih wajah anak sulungnya itu. "Along sukakan Yusrina?" "Yusrina mana pulak ni mak? Along tengah bercakap pasal Qhaslah lah ibu." Ketawa Hajah Saodah mendengar rungutan anak lelakinya itu. "Yelah, nama Qhaslah kan Qhaslah Yusrina? Betullah mak sebut Yusrina tadi." Hajah Saodah mengenyit matanya. "Mak ni, orang panggil Qhaslah tu Qhaslah bukan Yusrina." "Eh, biarlah mak nak panggil dia Yusrina pun, nama dia jugak kan?" "yelah mak, suka hati mak lah." "Alahai anak mak ni, dah nak kahwin pun nak bermanja lagi dengan mak?" tegur Hajah Saodah taktala kepala anaknya dipahanya. Lengan tua itu dipeluknya. "Sebelum kahwin biarlah manja dengan mak puas-puas nanti dah kahwin nak manja dengan isteri pulak mak. " Ujar Zairil sambil tersenyum. "Mengada-ngalah kamu ni along, mak tanya tadi along sukakan Yusrina ke tidak?" "Along baru jumpe dia sekali mak. Lepas tu tak contact dia langsung sampailah sekarang mak." "Habis tu along tak de perasaan lah pada Yusrina?" "Entahlah mak, susah nak cakap, tapi along cube lupakan dia, ye lah mak, orang kalau dah ada kat luar negara tu macam-macam boleh jadi mak. Tapi along tak boleh lupakan dia mak. Along sendiri pun tak faham dengan perasaan along." "Tak apelah along, mak tak paksa along kalau along dah terbuka hati along nak terima Yusrina beritahulah mak. Lupakan jelah kisah kamu tu along. Kalau takut sangat kamu berterus- terang je dengan Yusrina tu, tengok sejauh mana dia boleh terima along." Zairil mengeluh. "Entahlah mak, nantilah jika berkesempatan along pergilah kampung dia." "Mak nak anak- anak mak bahagia, restu mak sentiasa ada pada anak-anak. Along anak yang sulung, tanggungjawab along besar. Tapi adik-adik semua dah berjaya atas jasa along. Sekarang, mak nak tengok along ada keluarga sendiri, ada keturunan kita yang boleh menyambung perniagaan kita nanti. " "Mak, biarlah along fikirkan dulu." Sayu mata tua milik Hajah Saodah melihat anak lelakinya itu.

****************************************************************

Panas hati! itu yang di rasanya sekarang. Geram pun ada. Memandi-mandai. Terasa ingin belasah saja lelaki yang ada dihadapannya sekarang. Mencerlung matanya melihat wajah yang seolah-olah tidak bersalah itu. "Siapa suruh awak hantar rombongan? Kenapa memandai-memandai?" Soalan yang diajukan seolah-olah menikam hati lelaki itu. Jelas wajahnya yang terperanjat. "Eh, kenapa awak nak marah-marah saya pulak? Itu urusan orang tua kita, bukan salah saya." "Bukan salah awak? Tak kan awak tak tahu yang keluarga awak nak merisik saya?" "Saya tak tahu lah, saya pun baru je balik kampung. Abah saya baru je cakap kat saya yang dia dah pun merisik awak." "Huh! Dulu dah merisik, sekarang merisik buat apa lagi?" " Mana sya tahu." "jangan nak buat-buat tak tahu. Saya tak boleh terima semua ni Helmi." nada suara yang tadi kedengaran sedikit meninggi dah berubah menjadi perlahan. "Saya tahu Qhas, saya faham. Saya tak memaksa awak, lagipun kita kan kawan sekampung, saya pun tak anggap awak lebih dari seorang sahabat. Tapi keluarga kita yang beria-ia nak satukan kita." "Tapi saya tak boleh Helmi. Mustahil seorang sahabat boleh menjadi kekasih apatah lagi suami. Saya tak boleh terima keadaan macam ni." Satu keluhan dilepaskan. Bicara soal hati ini kadang-kadang melemahkan hati sesiapa sahaja. Ah! meruntunnya jiwa. "Qhas, jangan cepat melatah. Perkara ni kita boleh selesaikan dengan cara baik, Nanti saya beritahu keluarga saya. Saya minta maaf ya dari pihak keluarga saya. Saya harap kita masih berkawan ya?" "aku hanya mengangguk setuju.
Kenapa aku tidak boleh jatuh hati pada Helmi sedangkan dia terlalu baik untuk aku malah dia memahami keadaan aku. Kenapa ya? Duhai hati kenapa kau berbagi-bagi begini. Ya Allah berilah aku pertunjuknya.

***********************************************************************
Aku tersenyum melihat seorang kanak- kanak perempuan berlari ke arah aku. Pantas tubuhku diraihnya. "Mama, Anisa rindu mama. Mana mama pergi? dah lama tau Anisa tunggu mama datang sini." aku hanya tersenyum sambil mendengar celoteh dari bibir mungil itu. "Mama tak pergi mana-mana pun, mama ada kat sini sayang." "Mama tipu, kenapa dah lama mama tak datang sini?" "Mama kan kerja sayang, sibuk sikit. Hm,, mama dengar ada orang tu tak nak makan? kenapa ya? merajuk ke?" "Anisa rindu kat mama sebab dah lama tak jumpa mama, mama jangan lupakan nisa lagi ya mama?" "Mama tak lupa sayang, tapi dengan satu syarat. Anisa mesti makan tak kira apa yang berlaku, boleh?" Kelihatan kepala milik kanak-kanak itu turun naik seketika. Aku tersenyum. "Okey, sekarang jom kita pergi makan cendol, nak?" "Betul ke ni mama?Anisa nak pergi,tapi mama dah bagitau Umi Kalsom ke?" "Dah sayang, mama dah minta kebenaran dah. Jomlah kita pergi sekarang, nanti Makcik Zai tutup pulak kedai dia." "Yeh, sayang mama." Tubuh aku dirangkulnya. Sayangnya aku ada dia tak ubah seperti anak sendiri. Anisa Atau Nur Anisa Qaisara, seorang kanak-kanak yang kehilangan kedua ibu bapanya sewaktu dia berusia 2 tahun. Kini usia Anisa mencecah 6 tahun.Setelah kehilangan kedua ibu bapanya, Anisa ditempatkan di Rumah Anak-anak Yatim Raudhah. Rumah yang dahulunya pernah aku huni. Dua hari seminggu mesti aku datang sini melawat anak-anak yatim di sini. Umi kalsom, aku lihat masih kuat. Dialah pemilik rumah anak-anak yatim ini. Rumah ini dibina hasil titik peluh Umi Kalsom dan suami. Aku memandang sepi rumah ini sebelum meneruskan perjalanan untuk ke gerai cendol Makcik Zai. "Ala, sayang, Makcik Zai tak bukak la gerai hari ni, so, sayang mama ni nak makan ape?" "Hm, Nisa rase nak makan McD lah mama. Boleh?" "amboi, sejak bila anak mama tukar selera orang putih ni?" "Teringin je mama,selalu tengok kat tv."" Ye lah sayang, jom mama bawa Nisa makan McD ya." "Baik mama." Berkerut dahi aku melihat barisan yang panjang. Alamak time macam nilah dia nak panjang pulak. Aku melihat angka jam tangan. 12.30 tengah hari. Patutlah! nak tak nak terpaksalah aku turut beratur jugak. Tapi tak boleh makan sini. Sudah penuh! kena take away lah jawabnya. Sesudah mendapat ayam goreng dua ketul, bubur ayam satu, aku dan Anisa pun berlalu meninggalkan restoran makanan segera itu. Kami singgah di tasik untuk menikmati makanan kami sebelum  aku menghantar Anisa pulang ke rumah anak-anak yatim. Anisa makin membesar. Dia sudah memahami erti kehilangan. Kasihan Anisa, pada usianya yang masih mentah sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

No comments:

Post a Comment