seindah memori

seindah memori

Sunday, August 21, 2011

Biarkan rindU itu berlaGu 3

Aku memandang lautan yang terbentang luas. sambil jemari aku menguis-guis pepasir pantai. sesekali aku memandang lelaki di sebelah aku. Sepi antara kami. "Qhaslah." lelaki itu memanggil namaku. Aku berpaling padanya. "kenapa?" aku hanya menunggu bait bicara dari bibirnya. Aku hanya melihat tingkah lakunya. sesekali matanya meliar ke kiri dan ke kanan. kelihatan ramai keluarga yang datang disini untuk berkelah. ada juga pasangan yang menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Terdengar satu keluhan dari bibirnya. "saya ade benda nak cakap dengan awak." "ye, cakaplah, saya tunggu awak bercakap dengan saya." "Awak tak kenal kan siapa saya? saya pun tak kenal awak. Awak rasa kita boleh ke teruskan hubungan tanpa mengenali satu sama lain?" Aku menarik nafas. "ye saya tahu tu, saya tak kisah awak, asalkan awak ade niat untuk menyayangi diri saya, insyaallah kita boleh memahami hati masing-masing nanti. tapi kalau awak rase awak tak boleh nak teruskan, baik kita jangan mulakan. saya takut nanti masing-masing akan terluka." "Saya paham apa yang awak nak sampaikan, tapi saya tak yakin dengan hati saya sendiri. saya ada kisah silam saya. jadi sukar untuk saya buat keputusan. Saya datang sini pun sebab mak saya yang minta saya datang sini. Katanya kalau saya datang sini, saya akan jumpa dengan jodoh saya." "so? awak nak cakap yang saya bukan jodoh awak?" Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya. "bukan itu maksud saya. saya tahu awak perempuan yang baik-baik, tapi saya ni.. ahh.. payah saya nak berterus terang dengan awak." "saya tahu kita kenal atas permintaan keluarga. Umi saya pun suruh saya datang sini, katanya ada orang nak berjumpa saya. rupanya orang tu adalah awak, bakal jodoh saya. " "Jadi sekarang macam mana? Kita nak mulakan hubungan ini ke?" "Saya dah dapat tawaran sambung belajar kat luar negara, bulan depan saya kena berangkat. kalau kita mulakan hubungan ini, awak dah bersedia ke?" "hm,, berapa tahun awak kat sane?" "sepatutnya setahun tapi saya rasa nak stay sana lagi setahun." "Kenapa pulak nak stay sana?" "saja nak pengalaman kat negara orang." "oh, kalau macam tu saya tunggu awak balik sinilah, nanti kita bincang semula. saya tak nak tanggung risiko, saya takut nanti saya bermatian-matian sukakan awak, tunggu awak kat sini, tapi awak ada yang lain kat sane." "eh, jangan cakap macam tu, kalau saya ade ikatan dengan awak insyaallah saya akan menjaganya sebaik mungkin. Saya jenis perempuan yang tak pandai untuk bercinta dengan ramai lelaki." "awak tak takut kalau saya pulak yang curang dengan awak?" "awak rasa awak akan curang dengan saya?" soalan aku dibiar sepi. lelaki itu hanya mengjongket bahunya. diam tanpa kata-kata. Umi, ini kah lelaki yang bakal menjadi suami Qhas? Lelaki yang tiada pendirian dan tidak yakin dengan diri sendiri. Mungkin juga lelaki yang tidak mengenali diri sendiri?

"awak pernah bercinta?" soalan yang aku ajukan untuk dia. Sepi. Soalan aku tiada respon. akhirnya aku membuat keputusan, biarlah dia dengan cara dia. Mungkin dia tidak bersedia lagi untuk bercerita dengan aku.
"Zairil, saya minta maaf kalau soalan saya tadi buat awak tak selesa. Tapi kalau awak nak kongsi pasal hidup awak dengan saya, ceritalah tapi kalau awak tak sudi, saya tak paksa awak."
Dia hanya memandang aku. aku mengalihkan pandangan aku ke arah lautan. Terasa malu untuk bertentangan mata dengan dia.
Satu keluhan dilepaskan. Mungkin dia tidak selesa dengan soalan aku.
"awak, hari dah nak malam, saya nak balik dulu, nanti umi tertanya-tanya pula mana saya pergi. dah lama kita kat sini."
"Hm,," itu sahaja yang aku dengar dari mulutnya.
"awak nak balik Johor hari ini jugak ke? Tak penat?"
"saya nak stay kat sini dua tiga hari lagi, lepas tu baru nak balik Johor. Lagipun saya dah 'booking' bilik.
"oh, kalau macam tu, saya balik dulu ya. awak jaga diri baik-baik kat sini. kalau perlukan bantuan saya, telefonlah saya. assalamualaikum."
Aku mengangkat punggungku pantas laju kaki ku melangkah meninggalkan lelaki itu. Umi, mesti banyak solan yang umi akan tanya padaku nanti. telinga bersedialah dikau. hahhaa

Mak, diakah perempuan yang mak nak jadikan calon menantu mak? Boleh ke along hidup dengan dia mak. Tanpa rasa cinta dan sayang? Diakah jodohku? ya allah berilah aku petunjuk jika benar dia adalah wanita yang tercipta untukku melayar bahtera hidup bersama ku hingga ke akhir hayat ku nanti. Qhaslah Yusrina, nama itu bermain di bibirnya.
langit mula kelam. matahari kian berlabuh, menutup tirai siang hari. Perlahan-lahan Zairil melangkah ke chalet. Tenang langkahnya menuju ke destinasi.

No comments:

Post a Comment