seindah memori

seindah memori

Thursday, August 25, 2011

biarkaN rindU itu berLaGu 6

Hujan renyai-renyai. Aku hanya memerhati kelam malam yang kian pekat. mendongak ke langit seoalah-olah mencari bintang yang hilang. teringat akan perbualan aku dengan umi petang tadi. Ah, pening aku dibuatnya. Nak kahwin pun susah, tak kahwin pun susah. Ya Allah bantulah hambamu ini ya Allah. Berilah aku pertunjuknya. Dan secara tiba-tiba fikiranku melayang jauh ke Benua Antartika.

"Qhas buatlah keputusan. Sama ada Helmi atau Amzar, umi terima je siapa pun jadi menantu umi. Dua-dua baik Qhas."
"Tapi umi, Qhas anggap Helmi macam kawan je umi."
"kalau macam tu pilihlah Amzar." umi memandang wajahku.
"Amzar tak 'contact' Qhas pun umi. Dia suka kat Qhas ke umi?"
"Qhas suka Amzar?"
"Entahlah umi, Qhas tak tahu apa yang Qhas rasa. Apa yang Qhas tahu, Qhas serahkan semuanya pada jodoh."
"Qhas kena buat pilihan yang terbaik untuk Qhas sebab ni semua berkaitan dengan masa depan Qhas."
"Umi, Qhas tahu semua tu. Umi, sebenarnya siapa calon umi?" Umi hanya tersenyum.
"Dua-dua calon umi. Umi ada beritahu Haji Idris pasal syarat kamu tu, dia salah faham pulak, dia ingat kamu nak suruh dia masuk meminang lepas kamu habis belajar. Itu yang dia datang merisik lagi sekali tu. Tapi mujurlah dia datang merisik, bukan nak meminang kamu."
"Macam mana umi kenal Amzar?"
"Masa umi dengan walid pergi Mekah dulu, kebetulan umi kenal dengan mak Amzar masa kat sana. Terus kami jadi kawan. Sembang punya sembang rupanya masing-masing ada anak dara dan teruna. Jadinya umi dan mak Amzar rancanglah nak satukan kamu. Tapi, yelah kita ni orang melayu, ada adatnya,ada hukumnya, bukan boleh main terjah je Qhas. Itu yang umi minta Amzar jumpa kamu dulu sebelum ada apa-apa ikatan antara kamu berdua."
"Umi kenal mak dia je, bukannya Amzar. Entah-entah dia tu jahat umi."
"ish tak baik kamu cakap dia macam tu. Mak dia baik, insyaallah anaknya pun baik. Kita tak boleh buruk sangka dengan orang lain Qhas."
"yelah umi, tapi antara Amzar dengan Helmi sape yang lebih baik umi?"
"Kita kenal Haji Idris tu baik orangnya. Helmi pun baik, hormat orang tua tapi Qhas lebih kenal mereka berdua.sebab itu umi nak Qhas kenal mereka berdua dulu sebelum buat sebarang keputusan. Percayalah Qhas, siapa pun pilihan Qhas, umi terima.

*****************************************************************************

"Apsal lambat sangat kau angkat 'fon'? lenguh tau aku tunggu." Aku memuntahkan kemarahan aku kepada Ayu. Berkali-kali aku cube 'call' tapi tak berangkat. Aku dah la ada hal penting nih. Dia tak nak angkat pulak. "Hoi cik kak, bagi salam dulu la, ini tak main serbu tak pakai helmet, aku cepuk-cepuk jugak kau ni karang. Apsal dengan kau ni? Kelam kabut je bunyi, macam ada hal penting je."
malu jugak aku ditegur begitu dengan Ayu. "sorry,, sorry.. Assalamualaikum Ayu, kau kena tolong aku ni."
"hm,, waalaikumusalam, kenapa ye? kereta kau kene tarik?"
"Ish, mana ada kau ni mulut, aku cili kang baru kau tahu. Ini soal hidup dan matilah."
"Kenapa? Ada orang meminang kau?"
"Eh! mana kau tahu ni?" "aku serkap jarang je, rilekslah Qhas, cool, cube kau cite kat aku one by one."
"Ala, minggu lepas ade kawan sekampung aku antar rombongan merisik aku, mujurlah baru merisik je, semalam aku dapat 'call' dari Hajah Saodah dia cakap nak meminang aku. Aku peninglah."
"Kau terima ajelah."
"aku nak terima yang mane?"
"Yang mane kau suka?" aikk,aku tanya soalan,aku dapat soalan balik dari Ayu. Memang nak kenalah dia ni.
"Aku tak tahulah Ayu, tu yang aku tengah fikir ni, Aku jumpa Azmar sekali je, lepas tu tak contact langsung. Dua tahun tak dengar cerita. Tup-tup nak masuk meminang aku. Tak ke haru aku. Dua orang pulak tu. Ayu, kau tolonglah aku."
"hm, kalau aku tak kahwin lagi boleh la aku ambik si Helmi tu, kau ambik Amzar"
Aku hampir menjerit mendengar ayat Ayu. Arrgh! perempuan ni, time-time macam ni nak buat lawak lagi dengan aku.
"Ayu, jawapan tu tak membantu aku." Toloanglah aku Ayu. Please."
"Hm, macam nilah Qhas, aku rasa better kau jumpa dulu dengan Amzar, tak pun kau call dia tanya apa perasaan dia terhadap kau. And then kau kena tanya Helmi juga. Nanti bila dah kau dapat jawapannya, kau boleh buat keputusan."
"hm,, ok jugak idea kau tu, kenapalah aku tak terfikir tadi. kalau tak,tak payah lah aku sibuk-sibuk call kau."
"kau tu kan bengap sikit bab-bab mcam ni." Selamba je Ayu mengutuk aku.
"Ayu!!!!!!!!!!!!!!"
dan aku dengar ketawa di talian sebelah sana. Ade-ade ja lah Ayu nak kenakan aku. Esok aku akan berjumpa dengan Helmi dan Amzar. Segalanya akan selesai.

No comments:

Post a Comment