seindah memori

seindah memori

Saturday, August 13, 2011

biarkan rindu itu berlagu 1

"Qhaslah, tunggu aku sekejap!" langkah yang diatur terhenti. aku menoleh ke arah datangnya suara tu. "kenape Ayu?" "Malam nanti kite study same-same nak?" "Boleh je, kau nak study subjek ape?" "Binaan Bangunan ni, aku tak fahamlah ape yang Prof. Marzuki ajar tadi, kau faham faham lah dia kalau mengajar, mane kite ni nak dengar, dewan kuliah bukan main besar, dia cakap macam kite ni ade sorang dua je.Alahai mane aku nak dengar."
Aku tersenyum mendengar komen Ayu. ya memang pun. Prof. Marzuki kalau mengajar je kompom student tak faham.

Dan malam itu pun aku study ngn Ayu.Dah penat beri penerangan kat Ayu. Tak pasal-pasal aku jadi mentor dia. Aku ni bukanlah pandai sangat. Setiap kali final tu boleh lah nak dapat anugerah dekan. tu pasal kene pulun study sikit. Nak kekalkan pointer aku sampai habis sem kat sini. Sedang asyik menelaah buku, tetibe je si Ayu menolak tepi buku-buku aku. "Hah, ni apsal ni?" "Ala, sikit-sikit dah la kite study, final lambat lagi. Qhas, aku nak tanye kau sikit". "Ape dia?" "aku tengok kau ni sibuk je study, siang malam asyik berkepit jer ngn buku tu, aku tak fahamlah, kau tak rase ke nak enjoy ke?" "eh! apsal tanya aku camtu pulak? xdelah, aku nak enjoy tu boleh, tapi bile fikir aku ni tak ramai kawan malas lah aku. Lonely lagi senang kot." "hah! baru aku perasan kau tak de pakwe kan? baik kau cite kat aku?" "Ish, kau ni, tak de soalan yang lagi mencabar ke nak aku jawab?" "Ni kire dah mencabar ni, kalau kau tak leh jawab." Ayu mengangkat keningnya. "So, kau nak aku jawab jugaklah?" "of koz la." satu jelingan aku hadiahkan kat Ayu. "aku ni bukan ape Ayu, malaslah nak fikir soal pakwe pakwe ni, aku takut lah nanti gaduh jadi masalah pulak. Kau kan tahu aku ni kaki study, kang merajuk pulak pakwe aku, so, baik aku solo je lagi senang. tak payah nak fikir ape-ape." "ish! aku pelik la ngan kau ni, sekali aku rase kes kau ni dah macam cite lam novel Seredup Kasihmu dah." "Banyak cekadak kau?" Ayu dah ketawe. "Ala, aku gurau jelah, tapi kan, kalau ade orang nak kenal dengan kau, kau nak?" "ah, sudah, jangan nak mengarut. Sape yang nak aku ni? dah la tak cantik, lelaki sekarang kan pandang kecantikan luaran dari dalaman. so aku rasa tak payah aku nak terhengeh-hengeh ngan lelaki. Aku lebih suka bercinta lepas kawin Ayu." "kau biar betul, kau tak takut ke nanti di buatnya bakal suami kau tu garang ke, mcam mane?" Aku hanya tersenyum. Memandang wajah Ayu. Jemarinya aku capai dan aku menggenggam lembut. "Ayu, jodoh pertemuan di tangan Allah, siapa bakal suami aku nanti, aku terima dengan hati terbuka walaupun aku tak pernah mengenalinya. Aku yakin dengan janji Allah. Aturan Allah adalah yang terbaik, Dia tahu ape yang terbaik untuk hambaNya. Allah tidak pernah salah Ayu. Manusia yang kadang-kadang tersalah memilih. Kite perlu berusaha, insyaallah suatu hari nanti aku akan jumpe dengan jodoh aku." Lantas aku memeluk erat tubuh Ayu. Biarlah segala kenangan tiga tahun lalu tersimpan kemas dalam ingatanku. Tak kan ade siapa yang tahu kecuali Yang Maha Kuasa.

nantikan sambungannya..

No comments:

Post a Comment