seindah memori

seindah memori

Sunday, August 21, 2011

BiarkaN rindU itu berLaGu 4

Sebelum pulang ke tanah air buat selamanya, aku bercuti di Gold Coast. Zairil langsung tidak aku hubungi. begitu juga dengan dia. entah masih ingatkan aku atau tidak. Helmi pulak yang makin kerap hubungi aku. Siapa sangka, aku ingatkan dulu dia adalah calon umi aku, alih-alih si Zairil bakal suamiku. tapi tidak ada kata putus dari kami berdua. Si Helmi, selepas aku berjumpa dengan Zairil, dia datang berjumpa dengan ku. Katanya ingin bertanya tentang risikan abahnya. Tak ke haru aku dibuatnya masa tu. Mujurlah dia memahami keadaan aku. Aku katakan yang aku belum bersedia. Sudahnya selepas itu, dia selalu hubungi aku. Tapi aku hanya anggap dia sebagai teman sekampung aku, tidak lebih dari itu walaupun dia dah berjaya menerajui syarikatnya sendiri di ibu kota sekarang.

Aku berjaya menamatkan pengajian master ku di sini. Syukur kepada Yang Esa tak sia-sia penat lelah ku selama ini. Percutianku di Gold Coast benar-benar memberi ketenangan padaku mana tidaknya dengan kecantikkan Pantai Main yang membuatkan aku teruja untuk bercuti di sini. Bersarapan di Pantai Main yang penuh glamor sebelum berenang untuk menyegarkan badan membuatkan aku teringat akan pertemuan aku dengan Zairil suatu ketika dahulu. Apa khabar dia sekarang ya? Dan di pesisir pantai ini juga pelancong boleh bersnorkeling atau menyelam dengan hidupan laut yang berwarna terang dalam bangkai kapal Scottish Prince.Bunyi macam seronok je. Kalaulah berteman kan lebih seronok? aku tersenyum. Siapalah yang sudi bercuti dengan aku di sini. Terasa ingin berenang tapi mengenangkan aku sendirian malu pula rasanya. Lainlah dengan masyarakat sini, mat dan minah saleh di sini berenang suka hati mereka je. Terasa nyaman menghirup udara bersih di sini ditambah pula dengan deruan ombak memukul pantai. Di pantai ini juga ada di antara peluncur-peluncur yang menunjukkan 'skill' meluncur masing-masing. Angin dan gelombang timuran bergabung untuk menghasilkan gelombang setinggi dua kaki lebih kurang seminggu sekali, dan apabila ombak memecah pantai, gelombang di bahagian lain tidak sesak dan terganggu. Setiap beberapa bulan, siklon luar pesisir pantai menghasilkan ombak setinggi empat kaki yang menjadi tarikan ramai peluncur air yang berbekalkan papan luncur dengan keazaman utuh terbayang di wajah masing-masing.Jadi, tidak hairanlah jika pantai ini menjadi tumpuan mereka. jika ingin menaiki papan boogie, paling elok dilakukan pada waktu pagi sebelum angin melanda, dan tempat terbaik untuk meluncur layang-layang adalah Narrowneck. Tengah harinya, aku bersiar-siar di kedai berjenama sepanjang lebuh Orchid dan Elkhorn atau hala ke kompleks beli-belah bertaraf tinggi Marina Mirage. Terdetik ingin membeli sesuatu di sini untuk mereka di kampung sebagai kenang-kenangan. Untuk umi dan walid sudah pasti. Untuk Zairil sekali. Kalau bertemu dengannya nanti bolehlah aku beri padanya, kalau tidak bertemu, simpan je lah, susah apa!

Petangnya pula aku bersiar-siar di pasar seni dan pertukangan di Lebuh Cavill. Pelbagai rekabentuk pertukangan yang dipamerkan, setiap barang pertukangan mempunyai keunikkannya tersendiri. Penat bersiar-siar, perut tiba-tiba berkeroncong minta diisi. sudahnya aku memilih untuk makan di restoran di Lebuh Orchid atau tuju ke Burleigh Heads untuk hidangan di tepi pantai.Romantik kan? alahai, kalau berbulan madu di sini aku rasa seperti tidak mahu pulang. usai makan, aku balik ke hotel. badan sudah letih, dari pagi sampai ke petang aku bersiar-siar di sini. Terasa lenguh-lenguh kaki ini. kalau umi ada, mesti bernanah telinga aku dileterinya. Memang aku suka berjalan-jalan di tempat-tempat yang menarik macam ni. kalau di Malaysia aku suka dengan keindahan Pulau Langkawi. Dah banyak kali aku menjejakkan kaki ke sana. dah puas rasanya berpusing-pusing di pulau lagenda itu. Esok pagi aku akan bertolak ke Malaysia. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan umi dan walid. rindunya aku pada wajah tua itu.

********************************************************************************

"Welcome back Qhas" tersenyum aku melihat Ayu di hadapan aku menyambut ketibaan aku di KLIA. Aku mendakap seeratnya tubuh kecil itu. "Rindunya aku kat kau Ayu, dah lama tak jumpa kau." " Aku ingat kau dah tak pandai cakap bahasa melayu." "banyaklah cekadak kau, eh, kalau kau nak tahu kat sane pun ade jugak 'student' luar cube belajar bahasa melayu. Lagipun ramailah 'student' Malaysia kat sana. Tak de nye aku nak lupe diri." Ayu hanya ketawa. "Dah la tu, jom aku hantar kau balik, nanti kita boleh sembang panjang lagi. Aku ambil cuti semata-mata nak jemput sahabat baik aku ni,tahu?" aku hanya ketawa mendengar celoteh Ayu. Intan Rahayu, teman baikku semasa di universiti dulu. Hingga kini persabahatan kami masih utuh. walaupun berbeza negeri, Ayu sanggup turun Pahang semata-mata untuk menghantar aku pulang. Katanya, dah lama tak lepak dengan aku, mendengar cerita pasal aku sejak aku ke luar negara. Ayu pula sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. alhamdulillah dah bertemu jodoh sahabat aku yang sorang ni. aku? entahlah tunggu je lah orang tua aku. A kata mereka A lah kata aku. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pahang hampir dua jam meletihkan aku. Terbayang-bayang wajah umi dan walid. Terbayang juga katil yang seolah-olah memanggil-manggil aku melepaskan rindunya terhadap aku!

No comments:

Post a Comment