seindah memori

seindah memori

Wednesday, March 16, 2011

dia...suamiku 9

"mama, kenapa mama menangis?" aslah begitu peka dengan keadaan aku. aku tersenyum lantas mengesat air mataku. aku baru sahaja lepas mengambil anak-anak aku di taska. maklumlah aku kerja, suamiku pun kerja, jadi anak-anak terpaksa dihantar ke taska. tugasku sebagai pegawai meteorologi membuatkan aku selalu sahaja sibuk. aku tersenyum memandang anak-anak kembarku. mungkin mereka berdua perasan yang aku dan papa mereka tidak lagi seperti dahulu. aku yang keras hati atau aku terlalu mengikut perasaan?
entahlah, tapi sampai bila aku dan suami nak macam ni.

"mama menangis sebab papa marah mama ke? ke mama merajuk dengan papa? ala, mama tak best la kalau mama merajuk dengan papa, rumah kita dah tak bising macam dulu. abang dengan adik nak mengusik mama pun takut. takut kene marah dengan mama. mama berbaiklah dengan papa. papa kan sayang mama." petah si adik bercakap.

"mama merajuk sebab pompuan hari tu datang cari papa ke mama?" sape pompuan tu mama? si abang pula menyampuk.
ah! anak-anak aku dah makin bersa, makin bijak berfikir.

aku mencium kedua-dua pipi anak-anak aku. "tak lah sayang, mama tak merajuk pun dengan papa. mama ok je dengan papa."

"tapi kenape mama dengan papa tak macam dulu? kalau tak, asal papa balik je mesti papa usik mama.sekarang adik tengok dah tak de, papa balik, papa naik bilik, mama tengok tv.kenape mama?"

"mama tak sayang papa ke?"

hati aku bertambah sayu. anak-anak memahami aku dan suami tapi mereka tak tahu apa masalah yang aku hadapi. aku hanya tersenyum. "anak mama nak ikut mama balik kampung tak?'
"kampung mane mama? kampung nenek ke opah?"
"kampung opah, nak?"
bulat mata anak-anak aku.melompat-lompat kesukaan mereka berdua."yeay, nak balik kampung opah, nak main pantai,, kita balik umah tok nek ye mama, boleh main kat pantai, abang nak buat istana pasir."

'adik tolong abang buat istana tu, bila nak pergi mama? hujung minggu ni ke?"
aku hanya mengangguk.
"papa ikut kite tak?" si kembar menarik muka bila melihat gelenggan aku.
"anak mama anak yang baik kan? papa kan keje, papa mana dapat cuti. lagipun aslah dengan adik tak kesian papa? papa penat cari duit untuk kita, nak bagi aslah dengan adik pakai baju baru, makan sedap-sedap, beli mainan baru, kesian kat papa kan?"

"tapi tak bestlah mama kalau papa tak ikut.'
"tak pelah nanti papa cuti kite pergilah dengan papa'"
"mama janji?'
"ye sayang, tapi kite kene tunggu papa cuti."
kedua-dua anak ku mengangguk, tanda setuju dan paham. fuh! lega aku, senang pujuk dorang, tak buat perangai macam dulu lagi.

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5584621141398374418" />

"assalamualaikum," suamiku memberi salam, dia dah balik, aku melihat jam di dinding yang menunjukkan angka 8 malam. suamiku tersenyum melihat aku dan anak-anak.
"waalaikumusalam, papa dah balik," kedua-dua anak ku mendapatkan papa mereka, seperti biasa tubuh itu akan dipeluk dan cium sebelum menyalami tangan papa mereka.
selepas anak-anak, aku pula menyalami tangan itu. sebuah kucupan hinggap di dahiku.
"abang rindukan awak." sayu aku mendengar kata-kata dari suami aku. ya, aku pun rindukan dia tapi aku terpaksa keraskan hati aku.

"papa, marilah duduk kat sofa ni, kita sembang-sembang dulu, mama cakap nak balik kampung, tak best lah papa tak ikut sekali."
suami memandang aku, mungkin dia agak terasa hati sebab aku mebuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

"betul ke awak nak balik kampung? rumah sape? mak ke ibu?'
"ibu,"
"bagi alsan kat abang, kenapa nak balik rumah ibu tiba-tiba je ni? nak merajuk dengan abang?"
aku menggeleng. "habis tu kenapa? nak mengadu dengan ibu pasal ape yang dah jadi antara kita?"
pantas aku menggelengkan kepala ku. "tak,saya nak balik kampung sebab teringat mak,tapi nak balik rumah mak, jauh sangat, saya tahu abang tak kan benarkan saya balik sendiri."
"habis tu nak balik rumah ibu, awak yakin abang izinkan awak balik sendiri?"
keras suara suamiku. anak-anak hanya berdiam diri. sesekali melihat aku dan suami.
"abang izinkan sy ye,"
suamiku menarik nafas.
"bila nak balik?"
"hujung minggu ni,lagipun tadi ibu ada call, tanya bila nak balik, dia rindu cucu kembarnya ni."
"hm,, abang izinkan, tapi dengan syarat, bawak kete tu baik-baik dan jangan cerita kat ibu pasal kite"
"terima kasih abang,"
"papa, boleh ke kami balik kampung?"
suamiku tersenyum, kemudiannya mengangguk.
"yeay, ni yang sayang papa ni,"
bertalu-talu si kembar mencium pipi papa mereka. aku tersenyum, mungkin seketika nanti hubungan aku dan suami akan pulih.

dia...suamiku,, masih seorang yang tenang, dan sentiasa pandai menjaga hati aku.
dia juga seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. tapi aku masih tidak dapat menerima hakikat bahawa suamiku dicintai perempuan lain.. ya allah, berilah aku kekuatan untuk hadapi dugaan-Mu ini dan aku mohon agar jodoh aku dan suami berpanjangan hingga ke akhir hayat kami. semoga hati suami aku tidak berubah cintanya pada aku dan anak-anak kami.

No comments:

Post a Comment