seindah memori

seindah memori

Saturday, March 12, 2011

dia......suamiku 1,,

sayang,, bangun lah, nanti lambat sayang," aku melihat suamiku masih nyenyak tidonye,,
jam ditangan dibelek, menunjukkan 8.30 pagi.
sekali lagi aku kejutkan suamiku,, "sayang, bangunlah,, semalam cakap nak bangun awal, cepatlah yang," masih tiada respon, hanya tubuh badanya sahaja yang bergerak-gerak. aku melangkah ke meja solek, bersiap-siap untuk keluar. menunggu jarum jam ke angka 9.00 pagi.

"sayang, bangunlah, dah pukul 9.00 ni yang, nanti lambat." aku memerhati suamiku, tanganku ditariknya agar tubuhku dekat dengannya, lantas tubuhku dipeluknya.

sayang, bangunlah..
hmmm,,itu je yang aku dengar dari bibir nipis suamiku, wajahnya ku tatap penuh kasih, pipinya kukucup lembut,pelukannya makin erat.

"sayang, bangunlah,,nanti tak sempat"
"awak tak payah balik lah,"
"mana boleh sayang, saya kene balik jugak"
"sayang dah siap?'
"dah, tinggal nak pakai tudung je ni,bangunlah"
"ye lah saya bangun"

ya, sekejap lagi aku akan balik ke kampung aku, suami aku? hanya hantar aku kat stesen bas je, dia tak dapat balik bersama-sama aku, maklumlah pekerjaan suamiku susah nak dapat cuti.

"awak g sarapan dulu, ibu tunggu awak tu"
"xpelah saya tunggu awak, awak g mandi dulu"

selesai sarapan, aku melihat suamiku bersiap,
"awak tak nak pakai tudung ke?' tegur suamiku, ape taknya dah asyik sgt tengok suamiku menyapu minyak kt rambutnya, hhehhee
"xnak, boleh tak?' (aku bergurau je tu) hhehehe
"ikut suke awak lah, nanti dalam bas mesti nampak comel"
"ye la 2, tak la, saya pakailah tudung," aku mencapai tudung berwarna putih. aku padankan tudung tu dengan baju ala-ala baby doll warna pink dan jeans warna hitam. aku membelek-belek penampilanku sebelum melangkah keluar.

"tak siap lagi ke?"
"dah, jomlah"

aku menyalami tangan ibu sebelum bertolak,
sepanjang perjalanan aku dan suami banyak berborak-borak. maklumlah dah nak berpisah sekejap lagi.



awk syg saya tak?' tanya ku pada suami.
ye syg, sy syg awk"
aku tersenyum,sambil mata meliar melihat kalau-kalau bas dah datang. hampir setengah jam menunggu akhirnya bas yang ditunggu-tunggu muncul jua.

"sy balik dulu" aku mencapai tangan suamiku, mencium belakang telapak tangannya. sayu hati aku rasa ketika itu,
aku memandang wajahnya, dia tersenyum pada ku,
"jaga diri"

tanpa melengahkan mase, aku memboloskan diri dalam bas, mencari tempat duduk,, seminit dua, bas pon bergerak, aku memandang suamiku dari dalam bas,dia melambaikan-lambaikan tangannya, aku tersenyum sambil membalas lambainnya. ahh,, sayangnya aku pada dia,, dialah suamiku..

No comments:

Post a Comment