seindah memori

seindah memori

Sunday, March 20, 2011

dia.... suamiku 11

"sape pompuan tu Afif? jangan nak buat perangai lame kamu balik. Sedar sikit kamu tu dah ade isteri, ade anak-anak. Esok luse bertambah lg anak tu, jangan nak mengada-mengada nak kahwin lain."

aku yang dengar ayat ibu mentua aku pon terangkat kening aku, ini kan pula suami aku, bukan setakat terangkat tapi tajam je mate dia tengok aku. Marah aku la tu, mesti dia ingat aku yang bagitau ibu. "ape ni ibu? pompuan mane pulak?" suamiku berlagak tenang. "yang datang rumah kamu hari tu la, cakap dengan ibu sekarang sape pompuan tu?" tinggi sikit suara ibu, aku pon kecut perut jadinya.
"tak de sape lah ibu, kwan sekerje je ibu,"
"kawan sekerje ape kalau dah suruh Dina tinggalkan kamu?"
aku memandang suamiku, matanya menyoroti aku. aku tahu dia marahkan aku. biarlah dia, dia berhak rase marah, tak kan aku nak bagitau yang anak sendiri yang mengadu kat opah dorang. ishh ,, tu dah kira melanggar etika seorang ibu. hheheehe..

"ibu dah tahu buat ape tanya Afif lagi?" suara suamiku masih boleh dikawal. aku tahu suamiku panas baran, kalau aku tak kawal keadaan, mungkin boleh bergaduh anak-beranak ni.

"err,, ibu, abang, biarlah, bende dah jadi, asalkan abang tahu ape yang dia buat, dah la ibu, saya tak kisah sangat."
"kamu tak kisah ke kalau kamu kene madu?'
Madu??? Gluuuppp!!! aku telan air liur. oh! tidak,, perkataan itu adalah racun bagi aku. tak, aku tak sanggup nak berkongsi kasih. aku menggeleng kepalaku apabila melihat ibu memandangku lama.
"bukan itu maksud sy ibu, maksud sy, pompuan tu pun dah tak ganggu sy, dia pon dah tak ade lagi datang rumah, kira okeylah tu ibu"
"entahlah kamu berdua ni, ibu pun tak pahamlah, jangan sampai rumah tangga kamu berpecah belah sudah la, ibu tak nak sorang ke sane, sorang ke sini."

ya! aku dan suami diberi ceramah percume oleh ibu. Bila aku balik kampung hari tu, tak sangka pulak suami aku juga turut balik rumah ibu selepas dia selesai kerjenya.
sudahnya, dia dimarahi oleh ibu pasal pompuan tu. dan aku dimarahi olehnya sebab sangkanya aku yang bagitau ibu. sabar je lah, tapi aku tak kan sesekali bagitau yang anak kami yang mengadu pada opahnya. disebabkan perkara itu, aku dan suami kembali dingin,

Linda??? selepas balik dari rumah ibu, aku aturkan pertemuan dengannya. aku berjumpe dengannya face to face. aku tak marah atau pukul dia, tapi aku nasihatkan dia supaya jangan ganggu kebahagiaan rumah tangga aku. walaupun dia sayangkan suami aku, tapi aku katakan padanya aku lebih berhak menyayangi suami aku kerana dia suami aku. dan dia juga papa kepada anak-anak kami.
mungkin sedar akan kesilapannya, dia berjanji tidak akn mengganggu suami aku lagi. khabarnya, dia juga telah berpindah tempat bertugas. mungkin nak elakkan diri dari suamiku agaknya. tak kisahlah, asalkan dah tak de sape yang ganggu aku dan suami. cume sekarang aku kene pulihkan keadaan. hm,, memujuk suami aku mungkin..

"puas hati awak?? dapat mengadu dengan ibu?? puas?? suami memarahi aku. aku hanya tertunduk diam.
"kenape diam?? sy tanya awak ni?" sedikit keras suara suamiku.
"sy minta maaf, ibu tanye, jadi sy terpakse cerita." terketar-ketar aku menjawab. takut!
"ape yang ibu tanye?"
"ibu tanye mcam mne dngn rumahtangga kite, sy cakp ok je, tp ibu ckp dia tahu ade yg tak kene dengan kite,"
"kan sy dah pesan jangan bagitau ibu?"
"sy minta maaf abang,"
"itulah awak, sy marahkn awk ni, tunggu sy dah ok nanti baru sy nak ckp dengan awak, sekarang sy tak nak bercakap dengan awk. ok?"

aaiikk?? macam tu pulak?? entah ape-apelah suami aku ni. perangai macam budak-budak je. aku diam jelah dah suami cakap cam tu. tunggu jelah kemarahannya reda.


"mama, mama tak sihat ke?"adik tengok muke mama pucat?"
"pucat? betul ke ni adik?"
"ye lah mama, cube mama tanya abang,"
aku memandang aslah. dia menggangguk. muka aku pucat? kenape pulak? aku sakit? tak lah. aku sihat-sihat je.
aku memandang suami yang berjalan ke arah kami. aku cube mengukirkan sennyuman. tapi macam biaselah suami aku, tak dilayannya aku. terase jugaklah hati ni, tapi kesabaran tu penting.

"papa, sinilah, tengok muke mama pucat!"
laju je aslah mengadu kat papanya. aaiihhh,, memang kuat mengadulah anak aku yang sorang nih.
suami memandang aku. "awk ni kenape muka pucat ni? sakit ke?" "sy sihat je bang," "abang nak makn ke? sy dah siapkan makanan kegemaran abang, ayam masak lemak."
"hm, jap lagilah sy makan, belum lapar lagi, anak-anak dah mkn?"
"belum, kami tunggu abang," selagi aku dengar dia bahasakan diri "saya" tu maknanya dia belum ok lagi. oh suamiku bila la mood kau nak baik ni. aku mengeluh.
"awak tak makn lagi nih, tu yang pucat ni, jomlah makan,"
aku bangun, tapi tibe-tibe je kepala aku rase pening, dan sesaat dua aku rasakan tubuh aku bagaikan melayang tp serasa ada tangan yang menyambut. aku sempat mendengar suamiku memanggil namaku dan anak-anak menjerit satu perkataan sahaja. mama!!!



aku memndang sebelah kanan, melihat suamiku terlena diatas kerusi sebelah katilku,aku memandang sebelah kiri, melihat anak-anak kembarku nyenyak tido di atas sofa yang dimuatkan dalam bilik yang agak luas itu. Aku memerhati keadaan sekeliling. Tak perlu tanya, aku dah tahu, aku kini berada di hospital, kenapa aku berada di sini? ya tadi aku jatuh, mungkin aku pengsan. aku melihat tubuh suamiku bergerak-gerak, kemudiannya, terpisat-pisat dia bangun sambil berjalan ke arahku. dia tersenyum memandang aku. aku membalas senyumannya. dahiku dikucupnya, "terima kasih sayang" ucapan itu yang aku terima, tapi kenape?
"kenape abang berterima kasih kat sy? sy masuk hospital dan menyusahkan abang, abang ucap terima kasih kat sy?"
suamiku hanya ketawe dan ketawe nya telah mengejutkan anak-anak aku. berlari-lari mereka mendapatkan aku. memeluk tubuhku.
"mama dah bangun? mama,, nanti mama kene sayang kan aslah dengan adik tau mama"
aku pelik dengan kata-kata aslah.
"abang dah tak boleh panggil adik,adik lagi sebab nanti adik pun nak jadi abang jugak, abang kene panggil adik, angah.adik pun nak panggil abang along.nanti senang sikit adik nak panggil kite, kan papa?"
aku makin pelik dengan kata-kata si adik, aku memandang suamiku. meminta penjelasan.
"ok, anak papa, sekarang bagitau mama kenape mama masuk hospital?" arah suamiku.
serentak anak-anak aku menjawab, "sebab kami berdua akan jadi abang, kami akan dapat adik, kan papa?
suamiku ketawa, aku memandang suamiku. bagaikan tak percaya. betul ke aku mengandung lagi? anak ketiga? makin lame senyuman aku makin lebar. terima kasih ya allah, mungkin inilah berkat kesabaran aku selama ini.

"sampai ke hospital abang bawa sy? kan abang boleh je check sy kat rumah?"
Suamiku hanya tersenyum. "Entahlah, abang jadi panik tadi, tetibe je awak pengsan. abang jadi risau. Tu yang bawa awak datang hospital. Si kembar awak tu membebel jugak. Kenape papa tak check je mama, papa kan doktor." suamiku mengajuk gaya percakapan anak ku. suanmiku oh suamiku, mane tak nye si anak selalu mengajuk papanye kalau dah papa pun same je. alahai suamiku. Dahiku dikucupnya penuh kasih.

"terima kasih sayang, abang pun tak sangka yang awak mengndung, patutlah muke tu pucat, doktor cakap awak tak alami alahan ibu mengandung, tapi sebaliknya pulak, lepas ni,,,"
"ye abang, saya tahu,, abang dah pesan kat sy sejak sy mengandungkan anak kembar abang lagi." aku memotong percakapan suamiku.
"tengok tu, abang belum habis cakap lagi, dia dah potong,"
aku hanya tersengih. suamiku menggenggam erat tanganku.

"abang kagum dengan isteri abang, tabah dan sabar."
"kenape?"
"abang tahu, awk ade jumpe dengan Linda selepas balik dari rumah ibu hari tu kan?"
aku hanya menggangguk.
"Linda jumpe abang, dia cakap abang bertuah dapat isteri macam awak, dia dah janji tak nak ganggu kite lagi. Lepas dia jumpe abang, abang dapat tahu dia ditukarkan ke Penang. Khabarnya, dia dah lame mohon, tapi baru sekarang pemohonannya diluluskan."
"mestilah sy nak pertahankan hak sy, ape? abang ingat senang-senang sy nak lepaskan abang sedangkan dah keluar dua orang anak, ni nak keluar pulak sorang lagi."
"abang bahagia sangat sayang, terima kasih sangat-sangat. satu lagi abang minta maaf sebab hari tu marahkan awak, awak pun satu tak bagitau aslah yang mengadu kat ibu, tengok kan dah kene marah dengan abang?"
aku hanya tersenyum."tak pe abang, sy tak kisah pun, sy rela kene marah daripada tengok anak-anak kene marah."
"itu yang buat abang bertambah sayang kat awak,"
suamiku memegang perutku. "bile anak papa nak keluar tengok papa yang hensem ni?'suamiku tersenyum.


"papa ke sane sikit, abang nak sembang-sembang dengan adik ni," si kembar menolak sedikit papa mereka, suami aku bergerak sedikit, perut aku dipegang mereka.
"hai adik, ni abang aslah, ni pulak abang ashraf, bile adik nak keluar tengok abang-abang yang comel ni?"
aku dan suami hanya ketawa mendengar si kembar berceloteh dengan 'adik' mereka.
"sape ajar ni?" tanyaku
"papa!"
ketawa suamiku makin kuat memecah ruang bilik pesakit.
"papa?"
"a,ah papa, along dengan angah nampak papa buat mcam ni kat mama tadi, pegang perut mama, pastu bercakap-cakap dengan 'adik', tp papa cakap 'bile anak papa nak keluar tengok papa yang hensem ni?'
keningku terangkt,pandai aslah mengajuk papanya.sisa-sisa ketawa suamiku masih kedengaran.suami memeluk aku. "abang sayang awak.agak-agak awak anak kite nanti kembar lagi tak?"
'abang?' keningku bertaut.
suamiku ketawa. nak main-mainkan aku lah tu.
alhamdulillah, kebahagiaan milikku kembali.

dia...suamiku,, aku bahagia dengannya,,
dia..suamiku,, seorang yang setia.
dia..suamiku.. aku sayangkan dia,,
aku jugak syg anak-anak aku dan anak yang bakal lahir tak lama lagi,,


terima kasih ya allah atas kurniaanMu ini.

dia...suamiku,,, DAH TAMAT~~

No comments:

Post a Comment