seindah memori

seindah memori

Wednesday, March 16, 2011

Dia..suamiku 8

aku dan suami bergerak ke hadapan. membuka pintu, terpancul seorang gadis.aku memandang suamiku, mengisyaratkan sape pompuan ni? jeng,,jeng,,jeng,,jangan kan korang, aku pon tertanya-tanya,, hehehe,, "Afif, sy ade sesuatu nak cakap dengan awk" pompuan tu bersuara. Eh! sape pompuan ni, salam pon tak bagi, kenalkan diri pon tak, tibe-tibe nak cakap dengan suami aku? tak minta izin aku pulak tu, ini sudah lebih!!! "eerr,, sape awk?" aku memberanikan diri bertanya bila tengok suami aku macam nampak hantu je,
"saya Linda, teman sekerja afif," "oohh, jemputlah masuk," "xpelah kak, sy datang ni pun nak cakap sekejap je dengan afif." "hm, pasal kerja ke? kalau pasal kerja pun, masuklah dulu." aku mempelawa tetamu itu sekali lagi. "abang ni kenape? macam nampak hantu je? kawan awak nak bercakap dengan awak tu." aku mencuit lengan suamiku. mengejutkan dia. "jangan nak wat kacau kat rumah saya, saya tak nak cakap ape-ape dengan awak." keras suara suamiku. aku jadi pelik, eh! kenape suami aku cakap cam tu? bukan ke pompuan ni cakap kawan sekerja tadi? pelik nih,,,
"abang? kenape nih? dia kan tetamu kite?"
suami aku hanya memandang aku.
"tak pelah, Linda berbuallah dulu, saya masuk ke dalam kejap."
"akak, lepaskan afif pada sy." langkah aku mati demi mendengar ayat tu. Hah? apsal pulak dengan minah nih? tetibe je suruh aku lepaskan suamiku? mesti ade something yang tak kena nih.

"akak, saya sebenarnya dah lame sukakan afif, tapi dia tak pernah layan saya, saya tahu dia dah kawin dan ada ank, saya juga tahu, dia sayangkan akak, tapi saya sayangkan dia." pompuan tu bercakap lagi.
bagaikan batu menghempap kepala aku bila aku dengar dia cakap macam tu.kenapa selama ni aku tak pernah tahu pasal ni? dan kenapa suami aku tak pernah ceritakan pada aku? kenapa? why?? tell me why?? aku dan suami sama-sama memandang. janganlah suami aku berperangai seperti dahulu. air mata, bertahanlah dikau. jangan menitis lagi.



"sayang, jangan salah sangka, abang sayangkan awak, abang tak pernah nak menduakan awak, abang dah ade awak, dah ade anak-anak, itu dah cukup untuk abang.abang tak de perasaan pun kat Linda," tenang suamiku berbicara. Ya! itulah suamiku, seorang yang tenang walaupun dia tahu dia ade masalah.

"tapi kenape abang tak pernah ceritakan pada saya semua ni? kenapa abang?"
"abang tak nak awak terluka, abang tak nak awak menangis, abang kenal siapa isteri abang, abang tahu kalau awak tahu semua ni awak akan menangis. abang kenal isteri abang seorang yang lembut, sebab tu abang tak nak lukakan hati awak."

"tapi saya tetap terluka abang, walaupun abang tak pernah layan dia, tapi abang tak jujur dengan saya. abang tak ceritakan pada saya."
air mataku mula bertakung. tunggu masa untuk menitis.

"akak, lepaskan afif untuk saya boleh?" saya pun nak bahagia juga dengan cinta saya."
gila!! pompuan ni memang dah gila!!

"pergi balik sekarang Linda, jangan nak sakitkan hati isteri aku, aku tak kan sesekali terima kau, jangan ganggu hiup kami."

"tapi,,,,," pompuan tu nak bercakap lagi. ish! kalaulah aku ni budak sekolah boleh jugak la aku tarik-tarik rambut dia, sebab nak ambik laki aku. tapi mujur aku dah besar, dah jadi mak orang dah pun, so aku kena berfikir secara rasional.

"pergilah balik Linda, akak takkan sesekali lepaskan suami akak, akak ada hak atas suami akak, akak dan afif bahagia selama ni, kenapa mesti awak datang dan mengganggu kehidupan kami? awak pon perempuan, saya pon perempuan, sanggup awak runtuhkan masjid kaum sejenis awak? sanggup awak? dan kalau afif terima awak sekali pun, awak yakin awak boleh bahagiakan dia? awak yakin dia boleh bahagiakan awak? awak sedar tak yang awak boleh memisahkan seorang isteri dengan suami dan seorang papa dengan anaknya? awak sedar tak yang perbuatan awak ni salah?" aku masih boleh bercakap tp dalam keadaan sebak. suamiku sudah memegang bahuku.
aku melihat Linda tertunduk. "pergilah balik Linda, carilah lelaki lain, aku tak mungkin terima kau." suamiku bersuara. kali ni lebih tegas.

tanpa berkata apa-apa, Linda berlalu pergi. La,, macam tu je? aku ingatkan dia nak merayu-rayu lagi suruh aku tinggalkan suami aku. ish! tak sanggup aku, tp aku sedey jugak ni. suami aku memeluk aku, air mata ku tertumpah jugak. "tengok tu menangis je kerja dia, dah la tu, abang kan dah cakap abang sayang awak,"

"abang tipu, patutlah selama ni abang selalu balik lewat kalau kerja malam, abang tipu sy." tersedu sedan aku dibahu suamiku.
"tak, abang tak tipu, abang kan dah cakap abang balik lewat sebab abang ade keje kan?"
"ape keje abang? mengorat pompuan tu la?"
"tak, sayang, janganlah macam ni, sayang abang tak?"
aku mengangguk.
"ok, kalau sayang abang, jangan fikir yang bukan-bukan lagi, dah la tu, tak malu ke anak-anak tengok? tengok tu hidung, mate dah merah."
"saya takut kehilangan abang, saya takut abang buat perangai mcam dulu lagi."
"sayang, zaman abang untuk enjoy dah habis, zaman untuk abang suke-suke dah tak de, sekarang zaman abang dengan isteri dan anak-anak. abang nak enjoy pun dengan awak dan anak-anak. abang kan dah janji dulu abang nak berubah. sekarang abang ada komitmen pada keluarga abang, keluarga kita, tak kan abang nak lepas tangan, tak kan abang nak lukakan hati awak lagi. cukuplah dulu abang pernah lukakan hati awak,"

"tapi abang, saya tak boleh terima semua ni, tibe-tibe datang seorang pompuan dan mengaku sayangkan abang,saya kecewa abang,"
"sayang,,,"
"abang, biakan saya sendirian dulu abang, bagi masa untuk saya tenangkan diri saya,,"
suami hanya memandang aku dengan mata redup sayunya. mata yang membuatkan aku jatuh cinta padanya suatu ketika dahulu dan masih kekal hingga sekarang perasaan itu.

suamiku tetap tenang,, ya! dia.. suamiku... rumah tangga kami bergolak, sejak dari peristiwa itu, aku mendiamkan diri, rumah tangga kami tidak lagi seceria dahulu. aku tahu suamiku bukan tidak pernah memujuk tapi dia kalau aku diam, dia pun lebih suka berdiam diri.,

No comments:

Post a Comment