seindah memori

seindah memori

Sunday, March 13, 2011

dia...suamiku 5

'muhammad aslah haziq' yang bermaksud yang terpuji,yang lebih baik dan cerdik pandai. muhammad ashraf hafiz yang terpuji,lebih luhur dan penjaga,pelindung. itu nama pilihan untuk anak-anakku, alhamdulillah setelah penat membawa usia kandunganku 9 bulan, aku selamat melahirkan sepasang kembar lelaki. syukur yang tak terhingga. aku melihat suamiku tak henti-henti tersenyum gembira, ibu dan abah lagilah, tak pernah lekang dengan cucu-cucu mereka. lepas je aku dibenarkan keluar hospital, suamilah yang banyak membantu. jika anak-anak kecilku ini menangis waktu malam, dialah yang bangun dodoikan mereka, alahai suamiku,, sayangnya dia pada anak-anak. kalau suamiku bekerja, ibu akan mengambil alih tugas suamiku, maklumlah dua orang, kalau dua-dua menangis tak jenuh jugak la aku nak pujuk dua-dua sekaligus.hehehee

dalam tempoh berpantang, mak aku yang kat kampung tu asyik telefon je, suruh aku amalkan itu, ini, rawatan kampung. makan itu, makan ini, yang itu tak boleh, yang ini boleh,, ok, aku pun dengar jelah nasihat mak aku. memang berpantang betullah aku. suami aku? ok, dia akan komen setiap kali aku cakap itu tak boleh makan, ini baru boleh makan.
lepas tu dia akan cakap "badan awak lepas ni mesti makin naik ni, mesti gemuk"
ish, macam nak cili-cili jer mulut suami aku. aku menjeling.
"ala, slim world kan ade, london pon ade, pergi je lah sane" aku membalas kata-kata suami, tanda tak puas hati.
"ok, xpe kite tengoklah kalau awk berjaya kuruskan badan"

suamiku oh suamiku...

itu dulu, selepas aku selamat melahirkan, kini anak-anak aku dah berusia setahun, masing-masing dah petah bercakap, cergas, melompat sane sini. aku yang teruknya. sebulan sekali atau bila-bila jika ade kelapangan aku akan balik kampung, rumah mak dan rumah ibu. suami? macam biase lah, tak dapat cuti.

bila aku balik kampung umah mak atau ibu, aku makin penat melayan kerenah anak-anakku. kadang-kadang itu, satu masalah akan timbul, yang mana satu adik? yang mana abang? ok, mereka keliru dengan wajah anak-anakku. kembar seiras. buatlah macam mane pon, tetap tak dapat cam.mujurlah aku dan suami boleh cam anak-anakku. naluri ibu dan bapa tu kuat, hehhehee..

"mama, papa cakap nak bawa kite g jalan-jalan, tp papa tido," bibir mungil milik aslah petah berbicara.
"kan papa tengah tido, papa letih tu sayang,"
"ala, papa dah janji nak bawa g jalan-jalan, tak aci kalau macam ni," anakku yang tu dah mula pandai merajuk.
ikut perangai sapelah budak ni, sikit-sikit merajuk ni, aku jugak kene pujuk.
"aslah anak yang baik kan? papa kan letih keje, aslah tak kesian papa?"
"tp mama, papa dah janji," muncung je bibir dia,, aik?? ikut perangai aku ke ni? habislah kalau suami aku tahu, mesti aku kena bahan dengan dia. yang si adik diam je, tp ikut jugak abang dia muncung bibir. anak-anakku menyilangkan tangan mereka ke dada. amboi protes sampai macam tu sekali kat aku.
"yelah, mama kejutkan papa"
"yeay,,yeay" terlompat-lompat kesukaan anak-anak aku, aku bergerak ke bilik, tp telinga aku dapat menangkap suara anak-anakku.
"yes! berjaya jugak taktik kite kan adik? si abang bersuara.
"aa, pandailah abang, merajuk sikit je, mama dah termakan dengan rajuk kita."
"kan papa selalu cakap mama senang dibuli"

hampir terjegil biji mata aku dengar kata-kata ank-ank aku. kurang asam punya ank, di kenekan aku yer, yang suami aku ni pun satu, ade ke patut cakap macam tu dengan anak. aku senang dibuli? ish, takleh jadi ni, siaplh suami kesayangan aku.



"abang, bangunlah, abang kan dah janji dengan anak-anak nak bawa dorang berjalan-jalan,"
"hmmm"
"bangunlah abang,"
"abang letihlah sayang,"
"sy tahu abang letih, tp abang dah janji dengan dorang, anak-anak dah merajuk tu abang, ikut perangai abang lah ni, sikit-sikit merajuk,"
mata suamiku yang sekejap tertutup sekejap terbuka, akhirnya terbuka luas.
"ape pulak abang anak-anak ikut awak lah, kuat merajuk, tak merajuk menangis, itu je keje awak."
"ape pulak sy, abang tu yang kuat merajuk." aku menjuihkan bibirku.
"hah, tengok tu, merajuk la tu,"
"mane ade, abang nak pergi tak ni?"
"abang le,,," belum sempat suamiku habiskan ayatnya, anak-anak aku terlebih dahulu menerpa ke arah papa mereka. suamiku mengaduh. ape taknye, dah kene serang secara mengejut. hyperaktif betullah anak-anak aku.

"yeay, yeay papa dah bangun, bangunlah papa, jom kite g jalan-jalan. bosanlah duduk rumah ni."
aku dan suami berpandangan. amboi sejak bila pulak anakku pandai cakap pasal bosan ni. aku dan suami hanya ketawa. ni mesti terpengaruh dengan cerita drama kat tv ni.

"sejak bila anak mama pandai cakap pasal bosan ni?"
"achik Naurah selalu cakap,"
sekali lagi aku tersentap, amek kau!
"abang?" macam tak percaya je anak-anak aku ni terpengaruh dengan Naurah.
"anak-anak kite dah besar awak, proses pembesaran mereka makin meningkat, mereka akan mudah terpengaruh dengan sape-sape je di sekeliling kite".
aku hanya mengangguk. ade benarnya kata-kata suamiku. asalkan anak-anak aku tak terpengaruh dengan benda yang tak elok sudahlah.

anak-anak aku masih lagi menindih dada suamiku, seolah-olah nak kejut papa mereka.
"papa ni lambat lagi ke nak bangun, cepatlah nanti tak sempat papa nak pergi kerja lagi malam nanti. papa tak boleh ke kerja siang? malam-malam boleh ade kat rumah, teman mama, kesian mama, tiap-tiap malam mesti menangis."
aku berpaling pada anakku yang sulung, ah, mulut anakku ni tak boleh nak tutup, ade je yang nak diadukan pada papanya. suami hanya memandang aku. tanganku dicapainya. si abang dan si adik bergerak ke tepi sikit, mungkin macam tahu-tahu je papa dorang nak bercakap dengan mama dorang ni.

"kenapa sayang? ade masalah ke?"
"xdelah abg, aslah seje je cakap camtu, mane ade sy menangis."
"jangan tipu abg, cakaplah kenapa?"
"tak ade ape,"
"tak nak gtau abg?"
"tak ade ape yang nak diberitahu abg,abang nak kluar tak ni?"
"hm, jomlah, kesian anak-anak nanti kalau abang tak bawa dorang jalan-jalan, kejap abang mandi dulu."
ingtkan suamiku dah nak bangun, tp tubuhku diraihnnya, pelukannya kejap, anak-anak yang melihat, turut berbuat benda yang sama. menindih dada papa mereka.
"alamak beratnya"
aku hanya ketawa mendengar komen dari suamiku. anak-anak turut ketawa kesukaan.
"awak dah berjaya kuruskan badan"
hah? ish suami aku ni, ade je nak kene kan aku, sempat lagi tu, depan anak-anak pulak tu, nanti aku kene buli lagi la dengan anak-anak. hampeh punya suami.
aku mencubit dada suamiku. akhirnya ketawa kami bersatu..

dia...suamiku,, aku bahagia dengannya..

No comments:

Post a Comment