seindah memori

seindah memori

Friday, March 18, 2011

dia...suamiku 10

"Dina ade masalah ke dgn Afif?" ibu mertua aku dah menyoal, mana dia tahu ni,, aku tak boleh bagitau, rahsia,,, "tak ade lah ibu, mane ade masalah, kami biase-biase je ibu, macam dulu lah, ibu macam tak kenal anak ibu tu, manje, dia kalau tak manje sehari mana boleh duduk ibu. ade je yang nak tunjukkan yang dia tu manje." sambil tersenyum aku melihat reaksi ibu mentuaku. "ibu tahu dia anak yang manje, tak de isteri manje dengan ibu, dah ade isteri dia manje dengan isteri dia, tapi ape pun yang dia buat, Dina sabarlah ye." itulah ibu mentuaku. selalu sebelahkan anaknya. Aku hanya berdiam diri. cakap lebih karang, dikatakan aku ni menantu kurang ajar pulak, so, baik aku diamkan diri aku. "tapi kan Dina, budak-budak selalunya tak kan tipu kite yang tua ni, nak-nak pulak opah doran, hm," keningku bertaut. aiisshh,, pelik je bunyi ayat tu, ibu tahu ke aku bergaduh dengan Afif? jangan-jangan si kembar yang bagitahu tak? kalau betul memang nak kena kembar ni. takpe-tak pe cool je Dina, buat mcam tak de ape-ape. "maksud ibu?' cewah,, pura-pura tanya pulak aku ni, hehee,, "ibu bukan nak masuk campur hal Dina dengan Afif, tapi bila ibu dapat tahu kamu dengan dia ade masalh ibu tak senang duduklah. sape pompuan tu Dina?" aku dah agak dah, ni mesti cucu-cucu kesayangan dia yang bagitau ni. macam pompuan la ank-ank aku ni, suka sangat mengadu. ish ikut perangai papa la ni,, eh? tak-tak suamiku tak pernah mengadu, yang suke mengadunya tu aku,, jadinya anak-anak aku ni ikut perangai aku lah kan? hehehe,,

"hm,, cucu kesayangan ibu ke yang bagitau ibu nih? si abang ke?" aku mengeluh berat melihat anggukan ibu mentuaku. "hm,, tak ade lah ibu, pompuan tu kawan Afif je, kwan sekerja," "betul ke kawan sekerja? ibu dengar dia suruh kamu tinggalkan Afif untuk dia? betul?" Aku menggangguk. tak guna kalau aku berbohong, ibu dah tahu segala-galanya. "jadi ape kata Afif?" "dia suruh pompuan tu balik, pastu dia cakap tak kan tinggalkan Dina, tapi tak tahulah ibu, kadang-kadang Dina takut dia kembali dengan perangai lamenye dulu." "Dina tak yakin dengan cinta Afif?" "bukan tak yakin ibu, tapi ye lah, kalau dibuatnya dia berubah hati kan susah tu ibu?"
"sape yang nak berubah hati?" bapa mentuaku menyampuk, sudah pulang dari kedai rupanya. "er, tak de sape lah abah, saje je sembang-sembang kosong dengan ibu." "kamu dah lame sampai?' "baru je abah, abah g kedai jande tu ke?" "pandailah kamu, karang merajuk pulak ibu kamu tu, jenuh abah nak memujuk." "saye senang je bang, kalau nak sangt kat jande tu, tido luarlah malam ni." ibu mentuaku menjawab sambil menjelingkan matenye. "dengar tu Dina? belum abah cakap ape-ape lagi dah nak merajuk, dah kene warning," "heheheehe,, abah dan ibu, walaupun usia perkahwinan mereka dah lama, hampir 30 tahun aku kira, tapi kasih sayang mereka tetap kekal hingga sekarang. sedangkan aku? ade sedikit masalah je, dah larikan diri dari suami. adeh! isteri ape aku ni? sepatutnya aku dengan dia kene berbincang, ini tak, aku ikutkan sangat rajuk hati aku. tak pelah nanti aku berbincanglah dengan dia.



"cube abang tengok menantu abang tu?kite sibuk bersembang, dia boleh pulak berangan." suara ibu mentuaku mengejutkan aku. "mane si kembar Dina?" "ade kat atas tu abah, tengok tv rasenye. kartunlah tu, ikut papa dorang suke tengok kartun."
"Afif tu memang suke tengok kartun, sampaikan ade anak pun masih lagi tengok kartun. Dia keje ke ni?" "keje abah, tu yang Dina dengan anak-anak je yang datang."
"Yelah, dah tu kamu tak nak tambah anak ke?' ish,, ape punya soalan la bapak mentua aku ni. ade ke patut dia tanya cam tu. ish,, malu la aku.aku rasa pipi aku ni dah macam udang kene bakar dah kot. malu siot!, "insyaallah abah, kalau ade rezeki, asyik tengok muke abang, muke si kembar tu, naik bosan jugak." hehehe, aku cube bergurau. "kamu ni ade pulak cakap tgok muke suami sendiri bosan, tambahla lagi anak tu, anak ramai baru best, kamu pun masing-masing keje, hidup senang, tak de masalah lah nak tambah anak." laju je bapa mentua aku bercakap.aku hanya ketawa. "Dina gurau je abah, alhamdulillah hidup dengan abang 6 tahun ni tak de lagi perasaan jemu tu, makin hari makin bertambah sayang, tambahan pulak ade anak-anak ni, rase seronok sangat abah. balik keje ambil dorang, pastu masak tuk dorang, ape yang saya masak tak pernah dikomplennya, kerja saya mudah abah, ibu, anak-anak dengar kate, cume tu lah bile ade papa dorang je menjadi-jadi sikit manje dorang tu, mungkin sebab jumpe sekejap-sekejap je kot dengan papa dorang, nak kuar hujung minggu pun susah, kadang-kadang tu Dina tengok dah macam bertahun-tahun tak jumpa papa dorang. kalau papa dorang balik, asyik melekat je dengan papa dorang tu, papa dorang pergi dapur, dorang pun masuk dapur, Afif tengok tv dorang pun tengok tv. sampaikan Dina ni dorang dah tak hiraukan lagi dah. buat macam kite ni tak de je kat rumah tu. itulah cucu kesayangan abah dengan ibu." panjang aku bercerita pasal cucu-cucu mereka. Aku melihat mereka berdua ketawa."Dina bercerita macam cemburu je bunyinya?" "mane ade ibu, takkanlah dengan anak-anak sendiri Dina nak cemburu, ibu ni mengarut jelah."

No comments:

Post a Comment